Home » , , » Cara Pendekkan tempoh hutang Kereta

Cara Pendekkan tempoh hutang Kereta

Cara Pendekkan Tempoh Pembayaran Hutang Pinjaman Kereta

Cara Pendekkan Tempoh Pembayaran Hutang Pinjaman Kereta


Kereta oh kereta.... Kereta ni antara 'permainan' kaum lelaki la terutama yang muda mudi walau tak semua... Perempuan pun ada juga yang meminati dunia kereta ni.

Selain kereta yang sekarang ni dah macam keperluan (Keperluan ke), tapi kalau seseorang tu tak ada kereta terutama yang geng geng muda ni dia rasa macam dia ketinggalan sikit dengan kawan kawan lain yang dah ada kereta..

Apalagi pengaruh pengaruh dari filem barat macam "The Fast and the Furious" juga dari majalah majalah automotif. Belum ada kereta pun dah berangan untuk memiliki kereta ubahsuai sana ubahsuai sini... Yang dah ada kereta pula, dari kereta proton boleh dibuatnya jadi Mitsubishi... Haa... begitulah kuatnya pengaruh dunia automotif ni terutama anak anak muda yang meminati dunia automotif ni...

Disebabkan rasa minat yang teramat terhadap dunia automotif ni dari zaman sekolah, ditambah pengaruh pengaruh media media eletronik dan media media cetak jadi ramai lah anak anak muda yang baru saja tamat belajar, dapat kerja, terus rembat kereta idaman.... DISINILAH BERMULANYA MASALAH KEWANGAN SEHINGGA RAMAI DI ANTARA KITA TIDAK DAPAT MEMBUAT SIMPANAN.

Perlu diingat bahawa apabila membeli kereta dengan membuat pinjaman bank, bermakna anda sudah terikat dengan hutang yang wajib dibayar setiap bulan. Yang bijak sikit, mungkin mereka akan congak dahulu adakah gaji yang mereka terima mampu untuk membayar pinjaman kereta tersebut. Yang kurang bijak.. Gaji RM2000, ansurans bulanan pinjaman kereta sampai RM1500 sebulan.
Dah dapat kereta, Kereta terperuk kat parking, tuan kereta makan meggi hujung bulan... Padan muka.

Cara Pendekkan Tempoh Pembayaran Hutang Pinjaman Kereta


Jadi macam mana cara supaya boleh memiliki kereta tanpa terlalu terbeban dengan pembayaran balik pinjaman hutang kereta a.k.a hutang bank sekaligus memendekkan tempoh pinjaman hutang.

SABAR SEKEJAP + MANAGE DUIT 

Tips Memendekkan Tempoh Hutang Kereta


Ini adalah pelan ataupun idea jika korang dah teringin sangat nak pakai kereta.

Diharap bakal graduan baca untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Kerana jika salah percaturan membeli kereta ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.

1. Korang dah dapat kerja dan teringin nak pakai kereta. Tahan kehendak tu selama setahun. Boleh kan? Tumpang kawan, naik motosikal dulu. Kalau kerja korang memerlukan kenderaan sendiri ataupun tiada jaringan pengangkutan awam tu lain cerita la.

2. Katakan korang dah berminat dengan kereta Myvi 1.3 Automatik misalnya. Harga dalam RM43K dan bulanan dalam RM464. Sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat tu. Mohon ASB Financing RM100K dulu. Tempoh pembiayaan: 30 tahun. Kadar keuntungan bank: 5.2%. Bulanan dalam RM585. Kalau korang mampu bayar ansuran kereta sebanyak RM464, kena tambah juga dengan kos minyak kereta dalam Rm200. Jadi, takkan RM585 bulanan tak mampu bayarkan kan kan.

3. Selepas setahun dividen ASB akan diumumkan. Katakan 7.25%. Dividen korang akan dapat ialah RM7250. Gunakan dividen RM7250 untuk bayaran ansuran kereta korang nanti. Deposit kereta pandai-pandai la korang cari ye.

4. Jika ansuran bulanan kereta korang dalam RM500. RM500X12 bulan = RM6000. RM7250-RM6000=RM1250. Ada lagi baki RM1250. Boleh korang gunakan untuk duit minyak, roadtax, maintenance, saman ke..kakakaka.

5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan dan gunakan dividen ASB bayar ansuran kereta.

6. Selepas 5 tahun, baki hutang kereta tinggal RM13,862. Terminate pembiayaan ASB RM100K. Dan hasil terminate ialah;
Dividen terakhir: RM7250
Surrender value: RM7900
Jumlah kasar: RM15,150

7. Dah dapat pulangan pelaburan ASB terus bayar baki hutang kereta. Nah. Kan kereta sudah habis bayar dalam masa 5 tahun sahaja.

Itu sebab korang tengok kebanyakan kaum Cina, mereka akan bayar ansuran kereta hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Kalau nak jual balik kereta, masih bernilai tinggi lagi.

Kaum Melayu je yang terhegeh-hegeh bayar ansuran kereta sampai 9 tahun. Padahal beli kereta tak padan dengan gaji. Kakakaka.

Harga kereta yang disarankan sebenarnya ialah 12 bulan pendapatan bulanan kita. Contohnya gaji korang RM2500. RM2500X12 bulan=RM30,000. Sepatutnya korang beli kereta dalam lingkungan harga tersebut je. Ada faham?

Kena ingat, kereta ni liabiliti. Liabiliti ni mencuri wang daripada akaun bank kita. Kalau aset, dia memasukkan wang ke dalam akaun bank kita.

Harga kereta setiap tahun akan jatuh jika korang dah beli. Berbeza dengan aset dan hartanah dimana harga semakin naik. Jadi, beli kereta di bawah kemampuan lagi elok.



Ada orang lagi bijak. Dia gunakan aset hartanah / untung sewaan rumah untuk membeli kereta. Ansuran kereta ada orang bayarkan. Jika hartanah ada 3 buah dengan keuntungan rumah sewa RM300 setiap buah. Dia dah boleh pakai kereta secara percuma!!

Beli hartanah dahulu dan korang mampu beli kereta. Tapi korang beli kereta dahulu belum tentu korang mampu beli hartanah. Jadi rancanglah sebaiknya.

Kalau korang dah ada kereta dan nak buat pelan ni, kena korbanlah setahun bayar dua benda ni iaitu ASB Financing dan ansuran kereta. Anggaplah itu yuran ketidakpandaian korang masa zaman muda.

Aku harap pelan ni mampu mencetuskan idea ke korang. Korang jimat 4 tahun. Hutang kereta dah habis bayar. Bolehlah kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.

Kalau korang nak pakai kereta Honda Civic, buat ASB Financing RM200K. Ansuran dalam RM1100 sebulan. Takde la lepas 9 tahun korang dapat besi buruk jeeee. Kah!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment