Home » , , , » Cara Berhenti Merokok

Cara Berhenti Merokok

Tips Berhenti Merokok


cara berhenti merokok


Bagaimana cara untuk berhenti merokok? Ada banyak cara, kaedah dan petua untuk mengurangkan atau berhenti terus dari tabiat merokok.

Di bawah antara tips yang boleh diamalkan untuk berhenti merokok

1. Buang tabiat merokok. Tabiat biasa perokok adalah mencari rokok selepas makan atau waktu melepaskan 'hajat'..hehe.. Nak buang tabiat ni...beli rokok per batang, belilah 2-3 batang buat stok kat rumah, janngan beli sekotak walaupun beli per batang akan menjadikan perbelanjaan untuk sekotak rokok lebih tinggi. Dengan cara ni, rasa malas untuk membeli rokok di kedai selepas makan atau buang hajat akan membantu anda untuk terus menyambar rokok yang berada berhampiran anda... Rasa tak tahan sangat, barulah pi beli beberapa batang lagi. Bahasa mudah, lengahkan masa untuk terus menghisap rokok selepas makan atau sewaktu melepaskan hajat :)

2. Bila rasa keinginan untuk menghisap rokok tu datang, cari air kosong atau mineral dan minum dengan banyak. Ianya akan mengurangkan rasa ketagihan. Atau boleh juga mengunyah gula-gula getah atau apa-apa gula-gula lah, tapi bukan gula nak buat air. hehe.. Atau pada lelaki yang rasa dia macho waktu menghisap rokok, atau pantang tak ada aktiviti nak dibuat, mesti nak sambar rokok, hisap gula-gula yang ada batang macam lolipop, anggaplah itu rokok. Tak nampak macho, tapi nampak romantik pada mata perempuan... Ye ke? Tah.. haha. Kalau kat rumah, mandi dengan kerap.

Anda Pengguna Handphone? Cuba Klik Sini

3. Perokok ni pantang mengantuk tapi tak dapat tidur sebab ada tugas yang perlu dilakukan seperti orang yang perlu bekerja pada waktu malam. Sebab bila mengantuk tapi tak dapat tidur, kepala mereka hanya akan nampak rokok sebab mitos mengatakan rokok dapat menyegarkan mata. Alternatifnya, jangan merokok tapi minumlah air kopi atau nescafe. Bagi kawww sikit.

4. Perokok juga pantang berkumpul dengan rakan-rakan yang juga perokok, sewaktu bercerita mesti nak hisap rokok walaupun tak ada pun rasa nak merokok. Elakkan sering berkumpul. Nak berkumpul, tinggal kotak rokok di rumah, kemudian pow kawan sebatang dua. 10 hari anda mesti akan segan untuk pow lagi dan anda akan kurang merokok.. hehehehe

5. Rajin-rajin bersenam. Bila bersenam, peluh akan keluar bersama-sama dengan bahan kimia dalam badan hasil aktiviti merokok, semakin kerap bersenam, semakin banyak peluh keluar, semakin kurang ketagihan merokok... Badan pun rasa lebih sihat. Tak la lemah jer badan sebab bahan kimia dah berkumpul dalam badan. kan.

6. Sibukkan diri sehingga membuatkan anda lupa atau sukar untuk merokok. Aktiviti yang memerlukan anda menggunakan air sangat digalakkan seperti mencuci kereta atau motor. Sebab bila tangan basah cam no nak hisap rokok. Kalau boleh pun kan leceh sikit kannnnn....

7. Cari aweksss atau isteri yang benci pada rokok dan setiap kali anda merokok berhampiran dengan anda, anda akan dimaki oleh aweks atau isteri anda (Berkesan pada lelaki yang sayangkan pasangannya sahaja)

Macam merepek jer tips tips tu.. kih kih kih.. Try jer la... Sebab eden dulu perokok juga dan tips tu berdasarkan pengalaman den sendiri. Dan sekarang den memang tak merokok dah. Bila merokok, rasa rokok tu jadi tawar terus dan tak mau rokok dah.... Hanya dalam masa seminggu.. Tapi bukan cara di atas lah, ada cara lain. Nanti den buat post baru pasal cara tu...
Apa apa pun, nak berhenti merokok ni perlu lahir dari diri sendiri ler, kalau tak, dok tang tu juga la rokok tu :)

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment