Home » » Antara Amanah Dan Nilai Kemanusiaan

Antara Amanah Dan Nilai Kemanusiaan


Antara Amanah Dan Nilai Kemanusiaan

Aku tertarik dengan satu artikel yang aku baca didalam facebook aku... Entri tu aku rasakan sangat menarik kerana terselit sebuah kisah kemanusiaan. Kisah kemanusiaan disebuah dunia realiti yang mungkin dapat dijadikan iktibar. Aku nak kongsi artikel tu tapi dia dalam bahasa Indonesia. Kisah ni berlaku di negara Indonesia.


Mengisahkan tentang seorang hakim menangis kerana terpaksa menjatuhkan hukuman ke atas seorang nenek atas kesalahan mencuri. Nenek tersebut mendakwa terpaksa mencuri singkong (sejenis makanan). Nenek itu terpaksa mencuri kerana hidupnya yang miskin, anak lelakinya sakit dan cucunya lapar.
Hakim yang membacakan pertuduhan keatas nenek itu termenung melihat hukuman yang terpaksa dijatuhkan keatas nenek itu yang terpaksa mencuri semata-mata untuk meneruskan kehidupan serta menanggung anak serta cucunya.
Demi tugas dan amanah, demi keadilan....hakim itu terpaksa menjatuhkan hukuman keatas nenek yang 'bersalah' itu serta ingin menunjukkan kepada orang lain bahawa hukuman tidak mengenal sesiapa. Salah tetap salah dan hukuman perlu dijatuhkan.
Sambil menghela nafas yang dalam, hakim itu berkata "Maafkan saya, anda didapati bersalah dan saya tidak dapat membuat pengecualian kepada anda untuk menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan yang anda lakukan , dengan ini anda dijatuhkan hukuman membayar denda 1Juta Rupiah (Sekitar RM300) atau penjara 2-5 tahun jika ggal membayar denda.
Si nenek tertunduk lemah! Hatinya remuk. Apalah yang mampu dilakukannya? Sedangkan hendak membeli makanan pun tidak mampu, inikan pula untuk membayar 1Juta Rupiah!
Selepas menjatuhkan hukuman keatas nenek itu, si hakim membuka topi kehakiman yang dipakainya dan memasukkan wang 1Juta Rupiah kedalamnya dan berkata kepada hadirin yang hadir didalam sidang itu.
"Diatas nama keadilan, saya menjatuhkan denda keatas setiap hadirin yang hadir pada sidang ini sebanyak 50Ribu Rupiah (Sekitar RM20) kerana membiarkan seorang nenek yang kelaparan sehingga dia terpaksa mencuri untuk mendapatkan makanan" 
Akhirnya, perbicaraan selesai dan si hakim meninggalkan ruang sidang dan si nenek itu juga pergi dengan membawa wang berjumlah 3.5Juta Rupiah (Sekitar RM1000)

--------------------------------------------------------------

Kita mungkin pernah terjumpa kes seperti ini, mungkin di media-media cetak yang mana seseorang itu terpaksa melakukan sesuaut yang dilarang atas desakan hidup. Tetapi jarang kita melihat dimana seorang yang berkedudukan, yang berkuasa seperti hakim Marzuki mengenepikan kedudukannya itu untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Keadilan sememangnya perlu ditegakkan, tidak kira siapa, tidak kira apa kesalahan, tidak kira apa hukuman, salah tetap salah. Tetapi dengan pangkat dan kedudukan, ianya bukan sahaja untuk menghukum, mungkin ianya juga dapat digunakan untuk membantu mereka yang lemah.
Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Amanah tetap amanah. Tak salah jika disatukan dengan nilai kemanusiaan.

p/s : Tengok kes la juga. Kalau dah memang niat nak mencuri. Memang elok sangat dihukum. Kasi pengajaran.
p/s/s : Tenung muka nenek tu dalam-dalam. Kalau ada rasa kesian, sila share. Thanks!
P/s/s/s : Bro, entry ni aku amik masa 3 hari tuk di publish! :P

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. TU LA MASALAHNYA.. SUKAR JUGA MAHU KOMEN NI.. TAPI, DALAM ISLAM, KALAU SUDAH MENCURI ITU, MEMANG TETAP BERSALAH DAN BERDOSA.. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..

    NAMUN BEGITU, KITA YANG SEDIKIT SENANG ATAU MEMPUNYAI SUMBER KEWANGAN YANG KUKUH HARUSLAH TERUS MEMBANTU MEREKA YANG AMAT MEMERLUKAN.. KASIHANILAH MEREKA..

    ReplyDelete
  2. kalau mcm kes nenek ni, mmg patutla kite bantu sbb dia mmg dah tak berdaya, tp kalau mcm kes yg ada2 tu, kdg2 badan tegap2, muda2 tp minta derma, masuk bersamamu segala, patut ke kita bantu?? mak sy sendiri kerja jaga anak org utk tambah pendapatan, sbb xnak nyusahkan anak2...

    ReplyDelete
  3. walaupun depa negara bangsa, tapi perundangan dan nilai kemanusiaan depa memang A la...

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment