Kisah Aku Buat Duit Dengan Blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kembali bersawang blog ini kerana lama sudah tidak terusik..
Walau sudah lama tidak terusik.. Blog ini tetap menjadi blog kesayangan admin. Mengapa? Kerana dari blog ini lah admin berjaya menhasilkan ribuan ringgit melalui Internet. Segalanya bermula dari blog dan blog ini adalah saksi kepada jerih perih menghasilkan wang melalui internet atau blog ini.
Mengimbau sejarah, blog ini telah dihasilkan pada Ogos 2010 dengan entry pertama adalah berkaitan program buat duit HyprobulkSMS.. Sudah 6 tahun rupanya blog ini berbakti tanpa sedar..
Admin masih ingat pertama kali mengetahui bahawa boleh buat duit melalui blog dan admin mula belajar menulis blog sewaktu masih di bangku sekolah.. Waktu tu belum ada komputer di rumah.. Pergi ke CC bawa buku mastika.. Cari cerita yang menarik sikit yang ada dalam buku mastika tu, salin balik bulat bulat kandungan buku tu dalam blog... Hahaha.. Cukup manis kenangan tu.. Tak mungkin dilupakan. Waktu tu orang lain seronok main game, admin sibuk menaip. Kikiki...
Dari situlah perlahan lahan admin belajar cara bagaimana menghasilkan wang dari blog sehinggalah wujudnya blog ini walaupun sekadar menggunakan platform percuma blogger atau blogspot. Orang lain dah guna domain sendiri...
Admin masih ingat juga satu pelajaran iaitu cara meningkatkan pelawat blog iaitu kaedah BlogWalking. BlogWalking bermaksud melawat blog blog rakan rakan yang lain.. Dari kaedah Blogwalking ini lah, admin kenal beberapa rakan rakan blogger blogger yang lain. Sekarang ada blog rakan yang masih diupdate saban hari, ada yang jarang jarang, ada juga yang dah lama bersawang seperti blog admin ni.. hehe
Bagaimana Menghasilkan Wang Dari Blog
Kepada yang baru berjinak dan baru nak belajar cara buat duit melalui blog, sebenarnya blog ini hanya lah medium untuk menghasilkan wang di internet. Terdapat banyak cara untuk menghasilkan wang di blog. Antaranya melalui iklan CPC (Cost Per Click) seperti Adsense dan Nuffnang. Servis tapak iklan di blog sendiri dimana anda menyediakan tapak iklan untuk mereka yang ingin beriklan di blog sendiri. Ini adalah dua cara yang paling ramai orang guna. Tapi cara ini pelawat blog kena lah kencang, baru masyuk.
Selain daripada itu, blog juga dijadikan platform penghubung di antara program atau perniagaan yang anda sertai. Contoh anda sertai program Affiliate. Masukkan banner affiliate ke dalam blog anda. Dari situ jika ada pelawat yang datang ke blog anda, mereka melihat banner affiliate anda tadi dan mereka berminat untuk mendapatkan produk affiliate tersebut, maka dari situ anda akan mendapat komisyen atau bonus.. (Admin banyak menghasilkan wang dari kaedah ini)
Walaubagaimanapun... Untuk menghasilkan wang atau pendapatan dari internet atau blog, bukan lah mudah seperti yang disangka.. Memerlukan ilmu dan sanggup berkorban masa.. Bukan kata hari ini buat blog esok dah dapat duit. Ianya akan melalui satu tempoh yang panjang. Anda perlu melalui proses proses pembelajaran.
Kepada yang baru nak belajar buat duit dengan blog atau dari blog... Jangan cepat putus asa... ;)
Kelam Kabut Bila Facebook Down
Anda peniaga atau menjalankan urusan jual beli di Facebook?
Jika ya, anda tentu perasan bahawa 27 Januari 2015 baru baru ni, Facebook down lebih kurang 1 jam iaitu antara jam 2.10pm -3.10pm waktu Malaysia.
Kejadian tersebut agak menimbulkan kekecohan sebentar terutama bagi mereka yang menjadikan Facebook sebagai medium pemasaran mereka.
Kecoh tak kecoh, jadi liputan media juga la kes Facebook tak boleh access selama 1 jam tu. Admin perasan juga Facebook down sebab waktu nak buka Facebook, tak boleh nak masuk. Katanya web temporary unavailable. Admin ingat line internet admin yang problem, tapi bila ada kawan yang tanya, baru la tahu Facebook down.
Besar tak besar kuasa Facebook kan. 1 jam je pun down, 1 dunia kecoh sampai masuk media. Mana taknya 1 dunia guna Facebook. Yang guna sekadar untuk bersosial tak ada masalah la kan, yang buat bisnes mau tak kalut. Facebook antara medium sosial terbesar dan utama seluruh dunia dan semestinya potensi untuk mendapatkan pelanggan dari Facebook sangat besar.
RAMAI PENIAGA GUNA ALAT INI UNTUK BERURUS NIAGA TANPA MEREKA SEDAR
ADA RAHSIA DISEBALIK ALAT YANG DIGUNAKAN
Baru 1 jam down..... Bagaimana jika Facebook dah berkubur... Atau diharamkan di Malaysia???? Rasanya boleh kena histeria kot terutama yang buat bisnes online guna Facebook. Dapat anda bayangkan??
Sebab tu ada pakar Internet Marketer (IM) cakap, sediakan payung sebelum hujan. Jangan bergantung hanya kepada 1 kaedah pemasaran. Pelbagaikan kaedah.
Jadi, apakah kaedah lain yang boleh digunakan? Gunakan blog atau laman web sebagai kedai online anda.
Ops... Untuk perniagaan, ada format untuk blog atau web perniagaan terutama yang mempunyai banyak produk jualan. Kita panggil Shopping Cart atau Web Jualan
Nak kena buat web?? Bukan kerja mudah tu.. Bukan boleh siap dalam 1 hari... Kena beli domain.. kena beli hosting pula.. Kena tau itu, kena tau ini.
Tak perlu risau dan anda tak perlu tahu itu semua... Ini kerana Tuan Saad sedia membantu anda menyediakan kedai online atau Shopping Cart anda dengan design yang amat menarik dan pastinya dapat meningkatkan lagi jualan produk anda ke tahap yang lebih tinggi.
Orang kata, berniaga ni kena ada modal. Nak tingkatkan keuntungan, kena tingkatkan modal.
Anda tak perlu risau kerana anda pasti tidak akan percaya dengan tawaran yang diberikan oleh Tuan Saad ini...
Pilih satu antara 2... Anda sayangkan modal anda sekarang atau anda sayangkan perniagaan anda di masa mendatang.
Klik link ini atau banner dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran Tuan Saad untuk membantu anda membina kedai online anda.
Pstt... Jangan terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh Tuan Saad.
RAMAI PENIAGA GUNA ALAT INI UNTUK BERURUS NIAGA TANPA MEREKA SEDAR
ADA RAHSIA DISEBALIK ALAT YANG DIGUNAKAN
Baru 1 jam down..... Bagaimana jika Facebook dah berkubur... Atau diharamkan di Malaysia???? Rasanya boleh kena histeria kot terutama yang buat bisnes online guna Facebook. Dapat anda bayangkan??
Buat Persediaan Dan Tingkatkan Jualan Dengan Shopping Cart Web Jualan
Sebab tu ada pakar Internet Marketer (IM) cakap, sediakan payung sebelum hujan. Jangan bergantung hanya kepada 1 kaedah pemasaran. Pelbagaikan kaedah.
Jadi, apakah kaedah lain yang boleh digunakan? Gunakan blog atau laman web sebagai kedai online anda.
Ops... Untuk perniagaan, ada format untuk blog atau web perniagaan terutama yang mempunyai banyak produk jualan. Kita panggil Shopping Cart atau Web Jualan
Nak kena buat web?? Bukan kerja mudah tu.. Bukan boleh siap dalam 1 hari... Kena beli domain.. kena beli hosting pula.. Kena tau itu, kena tau ini.
Tak perlu risau dan anda tak perlu tahu itu semua... Ini kerana Tuan Saad sedia membantu anda menyediakan kedai online atau Shopping Cart anda dengan design yang amat menarik dan pastinya dapat meningkatkan lagi jualan produk anda ke tahap yang lebih tinggi.
Orang kata, berniaga ni kena ada modal. Nak tingkatkan keuntungan, kena tingkatkan modal.
Anda tak perlu risau kerana anda pasti tidak akan percaya dengan tawaran yang diberikan oleh Tuan Saad ini...
Pilih satu antara 2... Anda sayangkan modal anda sekarang atau anda sayangkan perniagaan anda di masa mendatang.
Klik link ini atau banner dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran Tuan Saad untuk membantu anda membina kedai online anda.
Pstt... Jangan terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh Tuan Saad.
Cara Mudah Dan Efektif Meningkatkan Jualan Produk
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post kali ni nak sentuh sikit bab pemasaran iaitu bagaimana cara yang paling mudah dan efektif untuk meningkatkan jualan produk di internet
Sekiranya anda seorang peniaga atau usahawan internet iaitu memasarkan produk atau servis anda bermediumkan internet tidak kira samaada menggunakan web atau FB, tentunya anda memerlukan pelawat atau pelanggan bukan untuk mereka mendapatkan produk atau servis anda dan seterusnya menjana keuntungan kepada anda
Sekiranya anda mempunyai web atau blog perniagaan anda sendiri, pastinya anda memerlukan ramai pelawat yang datang ke web atau blog anda tadi dan mendapatkan produk atau servis anda. Jika anda menggunakan FB pula, semestinya anda ingin orang ramai melihat post status atau iklan anda.
Disini saya ingin berkongsi dengan anda satu produk yang dapat membantu anda meningkatkan pelawat web atau blog perniagaan anda atau membuatkan iklan anda dilihat oleh ramai pengguna FB.
Cuba anda klik pada link dibawah dan lihat apa yang akan berlaku.
Cara Mudah Dan Pantas Post Iklan Di Facebook Group
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Moga sihat hendaknya....
Post ni aku buat khas untuk mereka yang menggunakan Facebook Group sebagai tempat membuat promosi. Yang rajin buat post kat Facebook Group ni terutama group group iklan sah-sah la yang ada produk untuk dijual atau mencari downline kan. Ops! Downline? Faham-faham jer lah. hehe
Di Facebook terdapat banyak group-group pengiklanan yang dihasilkan. Ramai yang beriklan atau membuat post di group-group ini terutama kepada mereka yang kekurangan bajet untuk beriklan menggunakan Facebook Ads. Dah ramai yang berjaya mengaut keuntungan dengan melakukan promosi atau membuat post di group ini memandangkan bilangan ahlinya yang ramai. Ramai ahli, maka ramai lah yang lihat post atau iklan tadi :)
Applikasi tercanggih Smart Phone.
Applikasi tercanggih Smart Phone.
Tetapi untuk beriklan atau membuat post di Facebook Group ini, ianya memerlukan sedikit kerajinan dan kesabaran. Ini kerana post-post yang dibuat didalam group akan tenggelam ke bawah kerana post yang baru akan berada diatas. Post akan lebih cepat tenggelam ke bawah jika ramai yang beriklan di dalam group tersebut. Apabila post tenggelam, potensi untuk mendapat pelanggan akan berkurangan. Untuk mengekalkan post iklan didalam group sentiasa berada di atas, anda atau seseorang perlu meninggalkan komen didalam post tersebut untuk meletakkan kembali post iklan anda tadi di atas. Jika tak ada komen, post iklan tersebut akan terus tenggelam ke bawah. Sebab itu, untuk beriklan didalam Facebook Group, memerlukan kerajinan dan kesabaran. Rajin post dan sabar menunggu feedback terutama didalam group yang ramai ahli dan banyak post atau iklan.
.
.
Bagaimana Nak Atasi Masalah Ini?
.
Kalau dah setiap 5 minit kena buat post kat Facebook Group, Tak jadi kerja jawabnya. Betul tak?
Kalau dah setiap 5 minit kena buat post kat Facebook Group, Tak jadi kerja jawabnya. Betul tak?
Jadi macam mana nak atasi masalah ni?
Pernah dengar BzEarn? BzEarn adalah satu applikasi bertindak sebagai robot untuk menghantar post ke dalam Page atau Group secara automatik.
Mudah dan pantas. Dengan BzEarn, anda tidak perlu risau jika tiada masa untuk membuat post ke dalam Facebook Group atau post iklan tenggelam kebawah. Apa yang perlu dilakukan adalah hanya tulis iklan yang ingin anda post dan setkan waktu iklan tadi dipost ke dalam group yang anda inginkan dan tinggalkan.
Robot Autopost akan mengambil alih tugas anda sehingga ke satu tarikh yang anda tetapkan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman BzEarn
Tips Untuk Mendapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang
Kalau hari ni 5 Mei 2013 mungkin ramai blogger yang bercerita pasal hari mengundi PRU-13. Tapi aku nak bercerita pasal Buffered Earning atau lebih tepat tips untuk mendapatkan Buffered Earning dari Nuffnang. Hohohoho.....
Setelah agak lama iklan B.E tak singgah ke blog ni, dan secara automatik aku pun jadi malas nak buka akaun Nuffnang aku sebab merajuk. Haha... Semalam aku buka akaun Nuffnang aku, agak terperanjat sebab 4 iklan B.E menari-nari dalam blog aku... Hmm... Nama jer iklan B.E, income ciput jer pun :(
Nak bercerita tips untuk mendapatkan iklan Buffered Earning atau B.E dari Nuffnang ni, tips dia adalah.....
sorry.. den tak ado tips dio... Den pun dah setahun tak dapat iklan B.E. haha....
Tapi ramai blogger cerita nak dapat BE dari nuffnang ni,
1. Rajin-rajin update poll atau mengemaskini tinjauan dalam page nuffnang dan
2. Rajin-rajin hantar borang pertanyaan kepada pakcik-pakcik dan makcik makcik yang bekerja kat Nuffnang sana. muehehe.. Ini tips dari rakan blog den. En Fairus
Ini pula tips dari aku yang 'rasa-rasa' boleh dijadikan tips untuk mendapatkan iklan B.E ni. (Macam pelik jer ayat ni :P)
1. Rajin-rajin join event-event atau contest yang diadakan oleh pihak Nuffnang.
2. Buat entry yang fresh mresh supaya ramai 'unique visitor' yang masuk ke blog korang sebab dari logik, BE ni dikira berdasarkan 'unique visitor' yang masuk ke blog korang. Jadi kalau ramai unique visitor, pakcik makcik nuffnang mungkin terbekenan nak bagi iklan BE ni kat blog korang. kan kan kan.
Kalau korang rasa tips yang aku bagi, boleh dijadikan tips, gunalah. Sebab kenyataannya aku dah lama tak merasa BE ni..hehehe.... Entry ni sempena aku dapat BE dan sebab dah lama tak dapat BE. Jangan marah ye...
p/s : Jarang update blog sekarang sebab komputer dah tak ado Update kat Cyber Cafe jer. ScreenShot pun tak leh buat :(
Admin
3:08 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaBagaimana Buat Duit Menggunakan Handphone
Anda menggunakan Handphone? Anda Top Up / bayar bil setiap bulan?
Pernah anda mendengar orang menggunakan handphone :
Dapat perlindungan insurans kemalangan bernilai RM100K percuma
Dapat tiket penerbangan Air Asia percuma
Dapat menebus mata ganjaran dengan Handphone
DAPAT MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN SECARA BERTERUSAN
Klik banner dibawah untuk mengetahui bagaimana menjadikan handphone anda mesin duit!
Teknik Buat Duit Dengan Blog
Kalau hari tu aku ada buat entry pasal 'Tips Buat Duit Dengan Blog' yang boleh aku katakan idea datang sewaktu aku menulis, lain yang nak di tulis, lain pula yang keluar. Ini lah tajuk asal yang aku nak tulis hari tu,
'Teknik Buat Duit Dengan Blog'. Lebih kurang jer tajuk pun :P
Lagi sekali aku pinjam kata kata seorang blogger dari luar negara, Bryan Clark dari copyblog.com
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your reader's"
Idea 2 entry ni datang daripada satu entry blogger yang rasanya ramai kenal kalau korang da agak lama dalam dunia blogging. Blogger yang aku maksudkan adalah blogger Denai Hati yang terkenal dengan tag line nya 'Hidupkan Untuk Memberi'
Sesuai dengan tagline Denai Hati, 'Hidupkan Untuk Memberi'. Selain daripada entry-entry yang sememangnya terbaik yang banyak bagi tips tips dan info-info menarik, banyak juga contest-contest atau program-program yang boleh bagi kita sedikit duit dengan blog Denai Hati ni.
Sebelum ni aku buat entry 'Tips Buat Duit Dari Blog', sekarang 'Teknik Buat Duit Dengan Blog'
2 entry ni idea datang dari blog Denai Hati.
Kalau dalam entry 'Tips Buat Duit Dari Blog', aku ada cakap bukan senang sebenarnya nak buat duit dari blog walaupun hanya duk depan komputer atau laptop sahaja. Kena ada skill-skill dan teknik-teknik tertentu.
Aku kagum dengan blog Denai Hati ni sebab aku rasa la ramai yang nak jadikan blog masing-masing macam blog Denai Hati ni yang mampu menjana ribuan ringgit hanya dari blog termasuk aku.
Nak tahu kenapa aku kagum dengan blog Denai Hati ni??
Hebat bukan, hanya dari blog, Denai Hati mampu buat seminar. Apa yang aku kagum, teknik dia buat duit.
Cuba lihat bagaimana seminar tersebut mampu memberikan Denai Hati Pendapatan.
Pertama satu entry berkenaan 'Seminar Buat Duit Dengan Blog' yang akan diadakan ditulis yang mana dari Seminar tersebut, peserta perlu membayar RM50 yang pada aku cukup murah berbanding ilmu yang akan disampaikan dan insentif-insentif yang diberikan.
Untuk memeriahkan lagi Seminar Buat Duit Dengan Blog tersebut, Denai Hati mencari penaja yang berminat untuk menaja seminar tersebut. Dengan menjadi penaja, nama penaja akan diumumkan didalam seminar dan juga di blog Denai Hati yang mana dapat menaikkan lagi branding si penaja tersebut. Selain daripada itu, penaja yang menyumbang untuk nilai RM1000 ke atas, berpeluang mengiklankan produk atau servis mereka di blog Denai Hati serta membuka gerai jualan di dalam seminar tersebut.
Lihat Bagaimana Denai Hati buat duit dari blog. Duit datang dari Seminar, Duit datang dari penaja. Macam aku ni harap kat iklan-iklan dengan affiliate jer la yang nak dapat duit pun.
Bukan senang nak jadi macam blog Denai Hati tu yang sampai boleh buat event-event macam ni yang sememangnya kena maintain beribu pelawat dan fans.
Cara Denai Hati...
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your reader's."
(Ketepikan sekejap bab SEO) :D
Korang ada blog? Tak tahu cara nak buat duit dari blog? Nak jadi macam Denai Hati???
P/S : Ok. Teknik aku tak kena... :( (Siapa faham maksud ayat aku ni angkat kening..)
Tips Panduan Buat Duit Dari Blog
Rasanya sekarang ni ramai yang ada blog. Budak umur 12 tahun pun da ada blog rasanya. Ada yang saja-saja buat blog isi masa lapang, kongsi cerita tu kongsi cerita ni, ada yang buat blog nak cari kawan-kawan blogger yang lain, ada juga yang nak buat duit dari blog.
Aku sendiri rasanya dah nak dekat 5 tahun aku kenal dunia blogging ni. Mula-mula dulu buat blog sebab terbaca satu artikel berkenaan 'buat duit dari blog'. Padahal waktu tu apa kebenda blog aku pun tak tahu. Hahaha... Tapi dah lama-lama, baru la aku kenal apa itu blog walaupun cuma 1% :P
Dan baru tahu bukan senang sebenarnya nak buat duit dari blog. Sesapa yang baru nak berblog, baru kenal apa itu blog, rasa nak buat duit dari blog, simpan dulu impian tu dalam peti besi.
Pernah tak korang dengar atau rasa macam keadaan dibawah.
"Saat kita mencari sesuatu barang yang kita nak pakai atau guna waktu tu, memang tak jumpa.
Tapi bila kita dah tak cari benda tu, benda tu akan datang tanpa di cari"
Inilah perumpamaan dalam dunia blogging ni kalau ada impian nak buat duit dari blog.
Maksudnya, kalau kita berniat nak buat duit dari blog, duit tu tak kan datang, kalau datang pun ak banyak.
Tapi kalau kita berblog dengan ikhlas, InsyaAllah duit tu akan menyusul walaupun kita tak cari.
Berblog dengan ikhlas? Macam mana tu? Yang ikhlas tu yang susah tu. Aku sendiri fail dalam bab ni. Dalam blog, pelawat tu yang penting (kalau nak buat duit dari blog la) Kalau buat blog syok sendiri, pelawat tu belakang kira. Jadi bila nak pelawat, buat la entry-entry yang dapat memberi kebaikan dan juga manfaat atau input kepada pembaca dan keikhlasan tu terletak pada sejauh mana kita nak bagi input, kebaikan atau manfaat tu kepada pembaca (Ketepikan bab SEO sekejap). Bila content blog berkualiti, tanpa diminta, akan ada pembaca yang akan follow blog tersebut, dan dari situlah pelawat akan bertambah dan kreabiliti/kepercayaan akan meningkat dan seterusnya pelawat akan bertambah, bertambah dan bertambah.
Jadi nak berblog cara ikhlas atau telus, income simpan dalam peti besi, pelawat letak no 2, kualiti content no 1. (Ketepikan bab SEO sekejap)
Aku teringat kata-kata Mentor Kejayaan dan Kekayaan No 1 Malaysia, Dr Azizan Osman
"Kalau nak buat bisnes, jangan fikir banyak mana duit yang akan datang, tapi fikir macam mana kita nak tolong orang"
Ni pula kata-kata dari blogger luar negara yang berjaya
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your readers" Bryan Clark - Copyblogger.com
Macam mana entry ni terhasil???? Aku tak fikir pun nak buat entry bertajuk Tips Buat Duit Dari Blog. Tajuk lain mulanya....Tajuk tu adalah.....
Bersambung............
* Bukan nak tunjuk pandai sebab aku ni bukan blogger pandai pun. Sekadar kongsi apa yang terlintas di minda.
** Ketepikan bab SEO sekejap = SEO satu bab special dalam blogging
Admin
7:09 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia** Ketepikan bab SEO sekejap = SEO satu bab special dalam blogging
Bukti Pendapatan Jobdirumah.com
Ye betul... Agak lama juga aku menyepi dari blog ni... Malas nak fikir post-post apa yang nak ditulis.. hahaha... Ni terasa rindu pulak kat blog ni.. huhu
Kalau sebelum ni entry pemanasan jari jemari aku ni berkisar tentang keunikan Road Walk di Penang. Kali ni aku nak post pasal duit sikit lerrrrr.... Boleh?? Ehhh... Kenapa tak boleh? Blog den, suka hati den la.. hahaha
Sebulan lebih juga aku meninggalkan blog ni, tetapi duit tetap masuk. Alhamdulillah, boleh la lepas time time sesak kan walaupun tak sampai meriban
Sesuai dengan tajuk, sebelum ni aku ada post sikit pasal bukti pendapatan aku dengan Jobdirumah.com ni. Tengok sinun.
Kali ni apa yang aku nak tekankan, walaupun blog ni lama tak terusik, tetapi Jobdirumah.com tetap menunaikan janji dia. Waaaahhhh... Love You la Jobdirumah.com. Korang memang telus.
Entry terakhir aku sebelum aku tinggalkan kejap blog ni adalah bertarikh 22.1.2013
dan kembali membersihkan sawang-sawang yang ada pada 13.3.2013 Sebulan lebih juga kan. Cer tengok bukti pendapatan aku di Jobdirumah.com selama blog ni aku ketepikan
![]() |
| Bukti Pendapatan Jobdirumah.com |
Sorry.... Belum sampai masa aku tunjuk income aku yang sebenar. Bukan apo, den ni pemalu... Yay!! Sila muntah kuning. Tapi yang pasti Jobdirumah.com tetap menunaikan janji :)
Kepada sesapa yang nak cuba buat duit dengan Jobdirumah.com ni, klik banner dibawah
Jobdirumah.com Tipu
Lagi entry berkaitan Jobdirumah.com. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak Jobdirumah.com sebab bagi link kat aku.
Terima kasih juga sebab mewujudkan satu lagi cabang pendapatan untuk aku
Detail pendapatan yang dah aku dapat nanti-nanti jer lah ye.... Simpan untuk entry di masa depan tatkala idea tengah tak der :) Lagipun entry ni bukan nak cerita pasal income pun. Jangan risau, duit korang tebal lagi, aku tau ;)
Jobdirumah.com VS Agen Pencari Kerja
Masih ramai yang masih sangsi dengan program Jobdirumah ni. Salah satu sebab nya sebab perlu keluarkan duit terlebih dahulu untuk join program ni. Kan. Dan salah satu ciri-ciri program scam atau program yang berunsur penipuan ni memerlukan korang membayar dahulu sejumlah wang kepada pihak-pihak tertentu. Betul?
Tapi apa yang aku boleh katakan disini, Jobdirumah merupakan salah satu program yang boleh dipercayai. Payment tak pernah lewat. Kalau korang bernasib baik... Korang akan rasa macam ada satu chemistry diantara korang dengan pihak Jobdirumah.. Pergh ayat! Senang cerita diorang ni friendly la. Baru-baru ni pihak Jobdirumah mengadakan satu pertandingan yang mana hadiah utama dia RM1500!! Best kan.. Tapi aku tak menang la :P
| Jobdirumah.com | Agensi Pencari Kerja |
| Kerja online | Kerja offline |
| Bayar sekali sahaja sebagai pendaftaran | Kekadang kena bayar (Potong gaji) |
| Kumpulkan senarai kerja kosong dan hantar ke email kita. Kita pilih | Hantar resume dan mereka akan carikan kerja |
| 2 pendapatan : Majikan & Jobdirumah | 1 pendapatan : Majikan |
| Permohonan berdasarkan kemahiran | Permohonan berdasarkan kelulusan |
Kat sini pihak Jobdirumah bukan majikan tetapi hanya bertindak sebagai agen pencari kerja sahaja yang mana diorang akan kumpulkan senarai kerja kosong yang dibuka oleh majikan dan hantar menerusi email kita. Seterusnya kita pilih la kerja berdasarkan skill yang kita ada.
Kalau rasa-rasa nak apply, klik Jobdirumah.com.
Amaran keras. Tiada paksaan untuk menyertai Jobdirumah.com. Segala pendapatan mahupun kerugian ditanggung oleh pihak anda sendiri.
Admin
4:15 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaJobdirumah.com Bukan Scam
Sebelum ni aku ada buat entry pasal buat duit dari rumah dengan Jobdirumah.com. Ramai yang cakap jobdirumah.com ni scam. Cuba tengok komen kat entry aku sebelum ni.
Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Banyak program-program macam ni dan kebanyakannya tak betul. Jadi ramai lah yang cakap jobdirumah.com ni scam atau tipu semata-mata.
Jobdirumah.com ni bukan scam. Diorang ni sama fungsi macam Jobstreet.com. Bezanya Jobstreet ni mengiklankan peluang pekerjaan dimana majikan mengiklankan jawatan kosong di syarikat-syarikat diorang yang yang mana kita hantar resume dan jika layak majikan akan menghubungi kita untuk hadir temuduga dan jika lulus temuduga, maka kita akan diterima bekerja dan perlu bekerja di syarikat diorang. Macam Jobdirumah.com, pemohon tetap perlu melalui sesi kelayakan, tapi tak tak perlu bekerja di syarikat, hanya bekerja dari rumah, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikan hanya dari rumah. Scop pekerjaan pula besar. Macam-macam scop. Jom tengok screenshot kat bawah
Jobdirumah.com ada cakap diorang akan hantar email setiap hari berkenaan kekosongan jawatan yang boleh kita apply. Tengok screenshot email aku dibawah. Setiap hari kan?

Tengok pula isi kandungan email dari pihak Jobdirumah.com ni.

Antara job yang ditawarkan.............
Terang? Jelas? Jobdirumah.com Scam? Tepuk dada tanya hati. Baru satu scop, banyak lagi scop yang ditawarkan sehinggakan ada yang mengupah untuk komen di video youtube sahaja!!
Jadi Jobdirumah.com ni macam agensi la. Diorang akan kumpulkan majikan-majikan yang ingin mengupah individu untuk melakukan satu-satu tugasan dan mereka akan email kepada kita setiap hari senarai kerja baru. Selain tu mereka juga ada beri kan tips-tips cara untuk memenangi hati majikan supaya majikan memilih kita melakukan tugasan yang diberi. Jobdirumah.com scam?? Korang nilai sendiri.....
Klik banner dibawah untuk ke laman rasmi Jobdirumah.com
P/S :- Ukur baju di badan sendiri... fikir masak-masak. Rasa-rasa boleh, cuba lah. Rasa tak boleh, tak usah masuk. Senang jer. Yang pasti Jobdirumah.com bukan scam.
Jana Pendapatan Dengan SAP Venture
SAP Venture merupakan satu perniagaan penjualan ebook secara pukal yang mana terdapat 10 pakej didalamnya. Dibangunkan oleh IBCT Enterprise (TR0087772-V) Pakej yang ditawarkan didalam perniagaan ini adalah serendah RM20 (SAP Venture I) sehingga RM99 (SAP Venture X) yang mana didalam setiap pakej disertakan produk ebook.
Dengan membeli produk ebook daripada SAP Venture, secara automatik mereka akan menjadi ahli didalam perniagaan ini dan berpeluang menambah pendapatan dengan mencari pelanggan baru untuk produk ebook mereka dan akan diberikan komisyen mengikut pakej yang telah mereka langgan sebelum ini.
Pelan Pemasaran SAP Venture
Percaya atau tidak, dengan hanya pakej SAP Venture I bernilai RM20, potensi pendapatan boleh mencecah sehingga RM39k. Ini kerana didalam SAP Venture, komisyen dibayar sehingga 6 level kebawah.

Lihat contoh pelan pemasaran untuk pakej SAP Venture I di bawah (Klik untuk besarkan imej)

Lihat contoh pelan pemasaran untuk pakej SAP Venture I di bawah (Klik untuk besarkan imej)

Jadi dengan SAP Venture, anda bukan sahaja mendapat produk yang bermanfaat untuk anda malah anda juga mampu menjana pendapatan daripadanya. Bak kata pepatah
'Menang Membeli, Menang Memakai'
Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perniagaan SAP Venture ini serta peluang-peluang yang bakal anda perolehi.
Buat Duit Dengan Murahnya.my
Kalau sebelum ni entry aku cerita pasal kerja dari rumah dengan Jobdirumah.com. Hari ni aku nak cerita sikit pasal kerja dari rumah dengan Murahnya.my :)
Kalau Jobdirumah.com kita kena bayar RM50 untuk sertai program tersebut lain pula dengan program Murahnya.my ni. Haaaa... Dah dapat agak kan..?? :) Yup, dengan murahnya.my, korang tak peru bayar apa-apa untuk sertai program ni. F.O.C!!
Yang lagi best, murahnya.my ni dibangunkan oleh orang Malaysia..... Woooo... Bangga kejap kan :)
Macam mana buat duit dengan Murahnya.my ni?? Sonang jo.. Jika korang ada apa-apa skill atau kemahiran yang berkaitan dengan komputer macam bina fan pages ker, bina software ker, buat web ker, blog ker, apa-apa jer lah, boleh la korang promote kat murahnya.my.
Contoh korang sediakan servis bina blog, tulis kat situ pas tu letakkan lah harga untuk servis yang korang sediakan. Lepas tu tunggu jer lah sesaper yang berminat untuk mendapatkan servis korang tu... :)
Berkaitan dengan pendapatan, pihak murahnya.my nak juga duit sikit dari usaha diorang bina platform ni kan. Pihak Murahnya.my akan potong 30% dari cas servis yang kita kenakan kepada 'buyer'. Jadi kalau satu servis korang letak RM10 korang akan dapat RM7. Oklah tu kan...

Selain tu ada pula level dan rating yang mana dapat menonjolkan kreadibiliti si seller. Tengok kat bawah...


Bukan sahaja kepada mereka yang ada skill, yang tak ada skill pun boleh join dan buat cadangan atau permintaan atau pengumuman untuk mana-mana 'seller' yang boleh buatkan servis yang diminta untuk dia.
So.... Ada skill? Ada kemahiran? Ada nak cari seseorang yang boleh upkan traffik web atau blog korang? Atau apa-apa sahaja.... Jom tengok di Murahnya.my
So.... Ada skill? Ada kemahiran? Ada nak cari seseorang yang boleh upkan traffik web atau blog korang? Atau apa-apa sahaja.... Jom tengok di Murahnya.my
Bekerja Dari Rumah Dengan Jobdirumah.com
Pernah dengar, terjumpa perkataan atau laman web Jobdirumah.com? Yang rajin mencari-mencari peluang menambah pendapatan dari rumah tu mesti pernah jumpa kan :) Ada yang berbayar ada yang percuma jer.
Kepada yang bijak pandai sikit bab-bab menjana pendapatan dari rumah ni, 'diorang' akan kutuk Jobdirumah.com ni habis habisan. Puncanya.... Jobdirumah.com ni mengenakan bayaran sebanyak RM50 untuk mereka yang ingin menyertai Jobdirumah.com ni. Sebab apa kena kutuk? Sebab pada mereka Jobdirumah.com ni scam (penipuan). Yer lah, dah nama bekerja dari rumah, bagi jer lah kerja, bila dah nama kerja, kita lah yang akan memperoleh pendapatan tanpa perlu membayar apa-apa wang. Ini kita pula kena bayar RM50. So, disitulah puncanya ramai golongan bijak pandai ni kutuk Jobdirumah.com ni scam. Maklumlah, golongan bijak pandai ni diorang menjana pendapatan beribu sebulan hanya dari depan komputer tanpa perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan. Ada yang pakar affiliate, pakar jualan produk fizikal, produk maya, blog dan lain-lain lagi. Kalau masuk forum carigold, ramai kita akan jumpa golongan bijak pandai ni :)
Sama juga macam aku mula-mula dulu. Nampak jer RM50 dalam laman web Jobdirumah.com ni, aku terus tekan butang 'X'... hehe. Sebab aku mengagak ni program cari orang la ni.... Kalau aku masuk, nanti dia suruh aku buat benda yang sama, cari orang then aku pun dapat komisyen :) Perkataan Kerja menaip data tu hanya gimik jer untuk pancing. Bukan kerja taip data, tapi taip iklan. Hohohoho....
Tapi semalam..................................Aku search search, terjumpa beberapa blogger yang buat entry pasal jobdirumah.com ni... Aik.. Kalau scam, takkan la diorang nak buat entry pasal jobdirumah.com ni kan. Mau buruk kreadibiliti diorang sebagai blogger yang berjaya... Hoho. Aku baca entry diorang.... Agak meyakinkan, siap ada yang tunjuk bukti bayaran yang diorang terima. Ok. Lepas 2 3 blog aku cek, aku baca balik web jobdirumah.com tu.. Aku baca setiap ayat dan aku fahamkan apa sebenarnya muslihat RM50 yang dikenakan tu. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset.. RM50 tu sebenarnya cas yang dikenakan kepada sesiapa yang ingin menyertai jobdirumah.com sebab pihak jobdirumah.com ni menyediakn servis dimana mereka memberi jalan kepada orang macam aku yang ingin bekerja hanya dari rumah. Diorang nyatakan dari mana aku boleh dapat kerja hanya dari rumah, bagaimana nak apply kerja tersebut, bagaimana nak tetapkan upah kita terhadap majikan. Selain itu mereka juga mempunyai sistem dimana pihak jobdirumah.com ni akan mengumpulkan senarai majikan yang ingin mengaji pekerja hanya dari rumah dan senarai itu akan dihantar kepada kita setiap hari. Tinggal pilih sahaja.
Konsep sama dengan penjual-penjual ebook. Contoh mamat ni jual ebook bertajuk 'Teknik Jana Pendaptan Dari Blog'. Harga ebook tersebut RM50. Kalai ada yang belajar jana pendapatan dari blog dan mahu beli ebook tersebut, dia kena lah bayar harga ebook tersebut. Sama juga dengan jobdirumah.com ni, bezanya mereka menyediakan servis, bukan ebook. Tujuan pembeli sama, menjana pendapatan :) Dan yang pasti, jobdirumah.com ni tak minta pun kita mencari downline! Tetapi disebabkan banyak program-program yang berselindung disebalik 'Jana Pendapatan Dari Rumah' yang banyak menipu, Jobdirumah.com telah disalah anggap. Dan perlu diingat Jobdirumah.com bukan program 'Home Based Business' tetapi 'Home Based Job'. Dua maksud yang sangat berbeza iaitu Business, Job.
Untuk meyakinkan lagi korang yang masih lagi sangsi....tengok beberapa screenshot dibawah dimana ada menerangkan beberapa jenis pekerjaan boleh dilakukan. (Ada beberapa bahagian yang perlu di censored untuk melindungi hak cipta jobdirumah.com)
Bukan itu sahaja, ada juga diterangkan tips-tips cara untuk memohon dan permohonan kita diterima. Cara mengelak daripada 'Fraud Project', cara penerimaan upah dan lain-lain. Lengkap beserta Video.
So, kepada suri rumah suri rumah, student, penganggur atau sesiapa sahaja yang tercari-cari peluang bekerja dari rumah tu, boleh la mencuba Jobdirumah.com. Kalau tak percaya lagi, tengok testimoni daripada mereka yang telah menyertai program ni di web Jobdirumah.com. Beserta I.P address tu....
Entry berkaitan
Jobdirumah.com Scam.
Jobdirumah.com Tipu
Bukti Pendapatan Jobdirumah.com
-----------------------------------------------------------------------------
Edisi nak tulis cepat-cepat. Mood tetiba hilang. Grrr
Entry ni bukan isu semasa. Tetapi pasal diri aku der.... Baru-baru ni aku ada buat satu entry tentang biz di internet. Tarikh entry tu 11 Jun tadi Dimana aku masukkan link landing page pasal biz aku tu dalam entry tersebut. Tak la banyak pelawat yang masuk. Tapi bolehla...
Dalam landing page aku tu pulak aku ada masukkan sistem autoresponder......
Setahu aku sistem autoresponder akan link dengan personal email jika ada yang subcribe atau isi form sistem autores aku tu. Aku cek-cek kat email tak ada notification pasal sistem autoresponder aku tu. Aku fikir tak ada yang isi la kot. Tadi bila aku masuk dalam web sistem autoresponder aku tu, alangkah terkujatnya aku!!!
Kenapa aku terkujat??
Tengok gambar bawah
*** Data-data my top secret loooo....
Tengok gambar ni pulak
Terkujat aku bila tengok ada 12 subscriber hanya dalam tempoh 3 hari sahaja... Waaaa.... Sistem auto aku tu tak siap setup pun..baru buat 1 email...huhuhu....
Padah menggunakan sistem autoresponder edisi percuma :(
p/s : Aku rasa yang subcribe tu yang dah join biz tu sebab ayat landing page aku tu memang buat diorang panas.. Kottt... hehehehheehhe..... nak spy la tuuuu.... :P
Kaitan Status Glitterati Nuffnang Dan Iklan Adsense
Sorry lah kalau tajuk gimik sikit. Hehe.... Sebenarnya tak ada kaitan apa pun antara Status Glitterati dengan Iklan Adsense dari Google ni. Kepada yang tak tahu, iklan Adsense ni adalah program Pay Per Click daripada Google. Sama macam Nuffnang cuba beza bentuk iklan jer. Nuffnang menggunakan gambar, manakala iklan Adsense menggunakan baris ayat.
Sebelum ni, aku ada terniat nak masukkan iklan Adsense dalam blog aku ni... Kot la boleh dapat RM5-RM10 sebulan kira ok la kan, huhu, tetapi aku agak risau jika aku masukkan iklan Adsense ke dalam blog aku yang ada iklan dari Nuffnang yang berstatus Glitterati ni, status Glitterati tu akan bertukar kepada status Ordinary.
Pernah terbaca kalau masukkan iklan Adsense ke dalam blog yang ada Nuffnang dan berstatus Glitterati, status tersebut tak kan bertukar sebab Adsense bukan pesaing bagi Nuffnang iaitu bukan penyedia iklan dari negara Asia sama seperti Nuffnang. Tapi aku masih tak berani nak masukkan iklan Adsense ni. Buffered Earning je la yang aku harap baiii..... Kalau sempat dia bertukar, nangis tak berlagu aku, dah la earning aku pun ciput.
Untuk kepastian, aku hantar tiket pertanyaan kepada pihak Nuffnang berkenaan iklan Adsense ni. Dan jawapan yang ringkas, iklan Adsense tidak mempengaruhi status Glitterati. Lega la aku dapat jawapan tu, boleh la aku letak iklan Adsense....
Masalah lain pulak timbul bila akaun Adsense aku 'Disable'. Adoiiii.... Sedih den... Aku pun tak paham sangat maksud akaun Adsense 'Disable' ni dan apa kepuncanya... Try buat akaun lain tak boleh... tambah pening aku. Aku terbaca kat Wangcyber, kata forumer dalam tu, kalau akaun Adsense dah 'Disable', memang susah nak aktifkan balik akaun Adsense tu. Antara punca akaun Adsense 'Disable' sah-sah langgar terma dan syarat yang Google tetapkan antaranya klik iklan sendiri, letak iklan didalam web pihak ketiga... Yang web pihak ketiga ni aku tak paham. Tapi seingat aku aku tak ada buat apa-apa kesalahan yang melanggar terma dan syarat pengiklanan Adsense.

Akaun Adsense aku tu dah lama. Dah berkurun... Sebelum lahirnya blog aku ni, aku dah ada buka akaun Adsense tu, waktu tu baru nak kenal blog. Kata forumer Wangcyber tu lagi, nak aktifkan balik akaun Adsense yang dah Disable, cuba buang dulu kesemua iklan Adsense yang dipasang kemudian minta pihak Adsense review balik permohonan tersebut untuk memastikan pemohon tidak melanggar terma dan syarat pengiklanan Adsense. Masalahnya...... Blog aku tu aku dah lupa pun alamat urlnya....Ayayayayayaiiiiii..
Nampaknya sampai kesudah la aku tak boleh pasang iklan Adsense ni... Hmmm.... Berkenan sangat nak pasang iklan Adsniaga, tapi yang tu terang-terang la Status Glitterati aku ditarik...
So kepada sesaper yang belum ada akaun Adsense, boleh la cuba mohon dan pasang kat blog masing-masing, kena gaya, masyuk la jugaaaaa......
Admin
1:34 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTeknik Buat Duit Dengan Affiliate
Affiliate adalah salah satu program buat duit dimana seseorang itu akan mendapat ganjaran atau komisyen hasil daripada penjualan produk yang dibuat melalui link yang diberikan oleh penjual produk.
Ramai yang telah berjaya meraih pendapatan hasil daripada program affiliate ini dan program affiliate ini antara 'favorite program' di antara berbagai program jana wang di internet yang terdapat di internet kerana ianya mudah untuk dilakukan dan kebanyakan program affiliate ini tidak memerlukan modal untuk dijalankan.
Mudah Tidak Beerti Senang
Walaupun program ini antara program yang mudah untuk dilakukan dan peluang menjana pendapatan daripada program affiliate ini adalah tinggi, tetap masih ada diantara mereka yang gagal menjana pendapatan daripada program affiliate ini. Seperti yang saya nyatakan, mudah tidak beerti senang. Walaupun mudah, ianya tetap memerlukan teknik dan kaedah yang betul untuk berjaya didalam program affiliate ini. Antara teknik yang sering diguna pakai oleh pakar-pakar affiliate adalah melalui mailing list atau sistem autoresponder dan juga melalui website.
Menggunakan kaedah mailing list atau sistem autoresponder, bayangkan jika seseorang itu mempunyai 1000 mailing list, dengan hanya mengambil masa 15 minit untuk menghasilkan sebuah email tentang peluang menjana pendapatan di internet bertajuk 'RM50 dalam masa 1 jam' (Contoh tajuk subjek) yang mempunyai link affiliate, dan dengan hanya 1 klik email tersebut dihantar kepada 1000 mailing list tadi. Dan bayangkan hanya 10% daripada kesemua penerima email tadi membuka email tersebut dan mendapatkan produk 'RM50 dalam masa 1 jam' itu tadi yang mana setiap 1 pendaftaran atau pembelian, komisyen adalah RM10. RM1000 dalam gengaman.
Begitu juga dengan mempromosikan link affiliate menggunakan website. Jika sesebuah website mempunyai bilangan traffik yang tinggi setiap hari, 5K misalnya. Dan 10% daripada 5k pelawat mendapatkan produk affiliate yang dipromosikan. Bukankah RM5000 bakal menjadi milik affiliater tersebut.
Itu antara sebilangan kecil cara serta teknik untuk menjana pendapatan daripada program affiliate ini. Masih banyak lagi teknik serta cara yang akan didedahkan bagaimana untuk cemerlang didalam menjalankan program affiliate ini dan menjana wang daripadanya dan ianya bakal didedahkan.
Dapatkan teknik serta cara yang betul bagaimana untuk menjana pendapatan daripada program affiliate bernilai RM398 secara percuma hari ini
"Ramai yang gagal didalam melaksanakan sesuatu perkara yang mudah kerana mereka yakin mereka dapat melakukannya tanpa sedar kesukaran menunggu mereka dihadapan dan kesukaran itu berpunca daripada anggapan 'mudah' yang ada didalam pemikiran mereka"
Itu antara sebilangan kecil cara serta teknik untuk menjana pendapatan daripada program affiliate ini. Masih banyak lagi teknik serta cara yang akan didedahkan bagaimana untuk cemerlang didalam menjalankan program affiliate ini dan menjana wang daripadanya dan ianya bakal didedahkan.
Dapatkan teknik serta cara yang betul bagaimana untuk menjana pendapatan daripada program affiliate bernilai RM398 secara percuma hari ini
"Ramai yang gagal didalam melaksanakan sesuatu perkara yang mudah kerana mereka yakin mereka dapat melakukannya tanpa sedar kesukaran menunggu mereka dihadapan dan kesukaran itu berpunca daripada anggapan 'mudah' yang ada didalam pemikiran mereka"
Jana Pendapatan Tanpa Sebarang Modal
Suka sangat aku guna ayat Jana Pendapatan Tanpa Sebarang Modal. hehehe.... Tapi betul ker boleh jana pendapatan tanpa menggunakan sebarang modal? Kalau aku skopkan maksud aku pada dunia sebenar, maksud aku dua realiti la kan, mungkin agak sukar untuk jana pendapatan tanpa sebarang modal ni. Boleh, bukan tak boleh.... Cecuba kumpul tin-tin minuman yang kosong atau paper-paper lama atau besi-besi buruk pas tu jualkan kepada mereka-mereka yang sudi membeli barangan tersebut. DIJAMIN, orang tu akan dapat duit. DIJAMIN!!
Itu aku skopkan kepada dunia realiti, kalau aku luaskan kepada dunia maya, atau bahasa standard dia, dunia online... Mungkin akan ada yang terkial-kial. Sebabnya dunia maya atau online ni kita sedia maklum ianya memerlukan sebuah komputer dan jalur internet. Macam mana nak jana pendapatan tanpa sebarang modal dengan hanya berbekalkan sebuah komputer atau laptop serta jalur internet sahaja. Nak kena jual ker komputer tu? Haish....
Kepada yang baru kenal dunia online ni, yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan online ni, pasti akan ada yang kabur tentang bagaimana untuk menjana pendapatan tanpa sebarang modal ni terutama menggunakan medium internet. Aku berani cakap macam tu, sebab aku pun pernah rasa macam tu dulu. "Macam mana nak buat duit dengan internet?" "Macam mana nak jual barang hanya dengan berada depan komputer?" "Macam mana dengan urusan pembayaran?" "Macam mana nak berkomunikasi dengan seseorang yang berminat untuk berurusan dengan kita atau berminat dengan satu-satu produk yang ingin kita pasarkan?" Itu antara persoalan-persoalan yang pernah bermain di kepala aku. Persoalan-persoalan ni juga aku rasa pernah bermain di kepala mereka-mereka pada satu masa dahulu yang kini sudah pun bergelar Internet Marketer (IM). Dan sekarang ni, kalau kita tanya kepada Internet-Internet Marketer yang ramai diluar sana macam mana nak jana pendapatan di internet tanpa sebarang modal, aku rasa sebelum diorang menjawab soalan tu, diorang akan tersenyum dulu. Sebabnya terlalu banyak cara untuk menjana pendapatan di internet ni tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal seperti Affiliate, Dropship. Kepada yang ada blog tu, advance sikit la sebab diorang pasti tahu yang diorang boleh jana pendapatan tanpa modal dengan memaparkan iklan-iklan seperti Nuffnang, Adsense, adsniaga dan sebagainya. Kepada "beginner" la. Yang otai-otai IM tu, yang dah kumpul puluh-puluh ribu dari internet ni, tak kan la tak boleh nak keluarkan modal untuk mengaut keuntungan yang lebihkan daripada perniagaan internet yang dijalankan. Macam pelaburan lah, semakin banyak yang kita labur, semakin banyak keuntungan yang akan diperoleh. Kalau tanpa modal boleh untung RM50, dengan mengeluarkan modal RM50 boleh untuk RM500 rasanya sangat berbaloi.
Panjang pula aku berceloteh. Sebenarnya dalam entry aku ni, aku nak perkenalkan satu program yang sememangnya menarik. Aku fokuskan kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak nak jana pendapatan di internet ni tanpa sebarang modal. Seriously... Tanpa perlu mengeluarkan modal, korang tetap mampu menjana pendapatan daripada program ni. Program yang aku maksudkan adalah... Program Affiliate Hyper Fanpage
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.........
Entry ni adalah lanjutan daripada entry aku, Asas Menjana Pendapatan Online.....
Oleh sebab tak nak ebook aku tu dicop "ebook sampah", So, aku ada mintak review daripada rakan-rakan tentang ebook aku tu....
Terima Kasih aku ucapkan kepada Tupai Karan, pemilik blog @hatitupai kerana sudi meluangkan masa meriew kandungan ebook aku tu
So untuk meyakinkan lagi para prospek produk ebook aku tu, aku akan masukkan review kedalam web/landing page aku. Dan sebagai penghargaan kepada yang meriew ebook aku, link turut disertakan kedalam web aku tu.
So kepada rakan-rakan yang lain, kalau nak ebook aku tu, sila ke entry aku yang sebelum ni k, isi form. Kalau nak bagi review tu, terima kasih banyak-banyak la aku ucapkan yer.
Nak kena touch-up balik web dan kandungan ebook, terutama web.. Memang kureng giler la. huhuhu...
Terima kasih juga kepada bro Fairus yang memberi sokongan moral kepada aku :)
Admin
9:11 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum rakan-rakan sekalian. Apa khabar? Moga sihat semuanya. Lamaaaaaaaaaaa aku tak blogwalking kan. Mintak mahap la sangat-sangat yer. Ada sesuatu yang perlu diberi perhatian yang lebih. Ops!
Beberapa minggu (ke bulan) yang lalu aku agak sibuk menghasilkan ebook jualan aku yang pertama. Asas Menjana Pendapatan Online. Sesajer nak test market.. Hehehe..... Ebook aku tu dah siap beberapa hari yang lepas tapi ada beberapa masalah yang aku sendiri tak tahu puncanya. Link download aku tak leh buka.. Sekarang alhamdulillah pas aku mintak beberapa rakan tolong buka, dah boleh. Mungkin besar sangat size file download aku tu, aku pun tak tahu. 7MB.
Sempena pelancaran ebook Asas Menjana Pendapatan Online aku ni, ewah ayat, aku nak buat promosi kat pelawat-pelawat setia Amry's Blog. Harga pasaran aku letak RM20.....jer.... Tapi untuk korang aku bagi free. Kira Pre-Launch la kan. Disamping leh la aku dapat pendapat korang tentang kandungan ebook aku tu. Manalah tahu kalau-kalau ebook aku tu dicop "ebook sampah".... huhuhu.... Sebelum tu aku nak gitahu awal-awal, ebook aku tu aku buat khas untuk sesaper yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan online... Macam aku....Rasa-rasa kalau diri tu memang dah bergelar usahawan internet, tak yah la apply ebook ni. Buang masa je. hee
Alhamdulillah juga, hari ni agak teruja buat aku sebab laman web aku tu berada didalam first page carian google dengan keyword "asas menjana pendapatan online" selepas aku curi backlink dari youtube.
Tak sangka juga aku sebab aku bukan terror SEO pung... Harap-harap pasni ada la yang nak beli ebook aku. Doakan la yerk. Den baru nak belajor-belajor ni....
Sebelum aku terlupa.... Tawaran aku ni sementara jer.. Terhad. Aku rasa aku nak tarik balik tawaran ni, aku tarik la yer..... :P. Harap maklum
So kepada sesaper yang berhajat tu, sila isi form dibawah
So kepada sesaper yang berhajat tu, sila isi form dibawah






.jpg)
.jpg)
































