Kenangan Dan Jasa Sebuah Blog

Entry terakhir blog ini adalah pada Febuari 2017 iaitu entry berkenaan harga minyak petrol.
Kedua terakhir adalah pada Januari 2017.. Entry berkenaan cuti umum tahun 2017..
Sekarang bulan Jun 2017.. 4 bulan blog ini tidak terusik dan ditinggal bersawang tanpa entry baru..
Ada apa dengan Blog? Apa menariknya menulis blog? Pentingkah sebuah blog?
Jawapan itu hanya ada pada seorang blogger dan jawapannya mungkin berbeza beza...
Ada orang menulis blog sebagai suka suka...
Ada orang menulis blog untuk menyampaikan informasi dan memang menulis adalah hobinya.
Ada orang menulis blog kerana beranggapan ianya mampu memberikan sedikit pendapatan tambahan.
Selama mana jangka hayat satu satu blog itu mungkin bergantung pada tujuan asal blog itu di tulis..
Amry's Blog pernah melalui zaman zaman kegemilangannya yang tersendiri sebelum ianya ditinggal usang yang mula di hasilkan pada Ogos 2010.. Sudah 7 tahun rupanya blog ini.. :')
Banyak kenangan banyak pembelajaran banyak rakan yang admin dapat dari blog ini dan tidak dinafikan kerinduan untuk menulis blog itu masih ada walaupun blog iini hanya sekadar blog picisan... Kepuasan menulis dan menghasilkan blog juga hubungan sesama rakan blogger hanya blogger itu sahaja yang tahu :)
Melihat kembali blog ini teringat zaman zaman aktif berblog dahulu.. Walaupun tak berapa nak aktif.. huhu.. Rakan rakan blogger seperjuangan dulu pun dah ramai yang kurang aktif berblog...
Sesuai dengan faktor usia juga komitmen juga mungkin.. Yang pasti blog ini tak pernah di lupakan :)
Banyak kenangan dan jasa dari blog ini...
Dari blog ini admin belajar berblog..
Dari blog ini admin belajar menulis..
Dari blog ini admin belajar menghasilkan sedikit wang..
Dari blog ini admin dapat berkenalan dengan rakan rakan blogger yang tak pernah tau rupa :)
Rasa macam nak rajin balik berblog... Walau gaya penulisan tak macam dulu lagi :)
Admin
9:55 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKisah Aku Buat Duit Dengan Blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kembali bersawang blog ini kerana lama sudah tidak terusik..
Walau sudah lama tidak terusik.. Blog ini tetap menjadi blog kesayangan admin. Mengapa? Kerana dari blog ini lah admin berjaya menhasilkan ribuan ringgit melalui Internet. Segalanya bermula dari blog dan blog ini adalah saksi kepada jerih perih menghasilkan wang melalui internet atau blog ini.
Mengimbau sejarah, blog ini telah dihasilkan pada Ogos 2010 dengan entry pertama adalah berkaitan program buat duit HyprobulkSMS.. Sudah 6 tahun rupanya blog ini berbakti tanpa sedar..
Admin masih ingat pertama kali mengetahui bahawa boleh buat duit melalui blog dan admin mula belajar menulis blog sewaktu masih di bangku sekolah.. Waktu tu belum ada komputer di rumah.. Pergi ke CC bawa buku mastika.. Cari cerita yang menarik sikit yang ada dalam buku mastika tu, salin balik bulat bulat kandungan buku tu dalam blog... Hahaha.. Cukup manis kenangan tu.. Tak mungkin dilupakan. Waktu tu orang lain seronok main game, admin sibuk menaip. Kikiki...
Dari situlah perlahan lahan admin belajar cara bagaimana menghasilkan wang dari blog sehinggalah wujudnya blog ini walaupun sekadar menggunakan platform percuma blogger atau blogspot. Orang lain dah guna domain sendiri...
Admin masih ingat juga satu pelajaran iaitu cara meningkatkan pelawat blog iaitu kaedah BlogWalking. BlogWalking bermaksud melawat blog blog rakan rakan yang lain.. Dari kaedah Blogwalking ini lah, admin kenal beberapa rakan rakan blogger blogger yang lain. Sekarang ada blog rakan yang masih diupdate saban hari, ada yang jarang jarang, ada juga yang dah lama bersawang seperti blog admin ni.. hehe
Bagaimana Menghasilkan Wang Dari Blog
Kepada yang baru berjinak dan baru nak belajar cara buat duit melalui blog, sebenarnya blog ini hanya lah medium untuk menghasilkan wang di internet. Terdapat banyak cara untuk menghasilkan wang di blog. Antaranya melalui iklan CPC (Cost Per Click) seperti Adsense dan Nuffnang. Servis tapak iklan di blog sendiri dimana anda menyediakan tapak iklan untuk mereka yang ingin beriklan di blog sendiri. Ini adalah dua cara yang paling ramai orang guna. Tapi cara ini pelawat blog kena lah kencang, baru masyuk.
Selain daripada itu, blog juga dijadikan platform penghubung di antara program atau perniagaan yang anda sertai. Contoh anda sertai program Affiliate. Masukkan banner affiliate ke dalam blog anda. Dari situ jika ada pelawat yang datang ke blog anda, mereka melihat banner affiliate anda tadi dan mereka berminat untuk mendapatkan produk affiliate tersebut, maka dari situ anda akan mendapat komisyen atau bonus.. (Admin banyak menghasilkan wang dari kaedah ini)
Walaubagaimanapun... Untuk menghasilkan wang atau pendapatan dari internet atau blog, bukan lah mudah seperti yang disangka.. Memerlukan ilmu dan sanggup berkorban masa.. Bukan kata hari ini buat blog esok dah dapat duit. Ianya akan melalui satu tempoh yang panjang. Anda perlu melalui proses proses pembelajaran.
Kepada yang baru nak belajar buat duit dengan blog atau dari blog... Jangan cepat putus asa... ;)
Template Baru Amry's Blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Moga sihat-sihat semua.
Semalam blog ini dah pun bertukar wajah dengan menukarkan template baru setelah sekian lama blog ni tak tukar 'baju'. Dulu rajin lah tukar template, kejap kejap tukar kejap kejap tukar. Sekarang tak serajin dulu dah. Huhuhu..
Template lama ditukar sebab dah nampak kusam dan ada masalah pada widget 'Page Navigation' dia. Malas nak godek tukar terus template.
Penting ke template kepada blog? Ke sekadar nak bagi cantik blog je?
Kalau nak tahu template ni memainkan peranan juga dalam Search Engine Optimization atau SEO.
Huish, tak layak rasanya nak cerita bab SEO ni, tapi memang template ada peranan dalam membawa pelawat ke blog. Tak caye, cuba google Template Mesra SEO.
Kalau di mata pembaca template yang kemas memang la sedap mata membaca. Bagi 'Robot Crawler' pula, dia tak tengok cantik ke hodoh blog tu, tapi dia tengok pada susunan kod-kod template... Semakin tersusun kod semakin senang dia nak jelajah blog. semakin senang crawler ni jelajah lagi senang dia nak bawa pelawat.
Pemilihan template ni bergantung kepada individu dan niche blog. Kalau sekadar blog suka suki dan personal, hantam ja lah nak pakai template apa pun. Dah nama pun suka suki. Tapi yang mempunyai tujuan dalam menghasilkan blog dan mempunyai niche niche tertentu, dia perlulah memilih template yang sesuai, yang penting, template tu mesra SEO untuk membawa masuk pelawat.
Template kali ni diberi nama 'New Super SEO Friendly'. Super SEO la sangat blog ni..
Template ni adalah antara template terbaru untuk tahun 2014. Template ni dipilih kerana ianya agak friendly dengan Robot Crawler a.k.a SEO selain susun atur dia yang kemas.
Kalau korang terasa nak tukar template, boleh klik link dibawah. Di sana ada beberapa pilihan template yang mesra SEO dan agak sodap mata dipandang
Aktiviti Blogwalking Yang Dah Lama Ditinggalkan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kembali ke udara. Hahaha... Semoga yang baca post ni sihat-sihat la yer.
Jom kita berceloteh. Yang mana ada blog, mesti tahu apa blogwalking kan. Blogwalking adalah kerja kerja melawat blog rakan-rakan yang lain.
Dulu waktu mula-mula berblog, rajin la aku berblogwalking ni. Ada juga aku buat entry pasal blogwalking.
Hahahahaha... Waktu buat entry 'Blogwalking Management' tu dulu, semangat berblog memang berkobar-kobar la. Entry tu dibuat pada tahun 2010!! Oh!! Dah lama rupanya blog aku ni :'(
Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan blog, blogwalking ni salah satu cara la untuk memperkenalkan blog kita kepada blogger lain selain ianya salah satu cara untuk memperbaiki kedudukan blog di Search Engine atau enjin carian macam Google.
Itu kisah dulu lah. Sekarang ni nak blogwalking, malas yang teramat sangat. Blog pun tak terupdate. :(
Selain malas, faktor masa pun mempengaruhi juga. Rindu sebenanrnya nak berblogwalking, Selain mengeratkan hubungan diantara rakan-rakan blogger, ianya dapat mewujudkan satu kepuasan sebenanrnya bila tengok komen banyak dekat post kita kan. Terasa la juga post kita ada yang baca. Hahaha... Tengok saja lah pada post-post aku yang dulu waktu rajin blogwalking, banyak komen-komen yang ditinggalkan. Sekarang ni? Huhuhu...
Baru-baru ni, aku singgah di blog rakan aku yang sememangnya setia singgah datang blog aku ni dari dulu walaupun aku jarang yang teramat sangat singgah blog dia. Tingalkan komen di blog dia jauh sekali.
Terima kasih aku ucapkan kepada saudara Fairus.
Beberapa hari lepas aku ada buat post pasal iklan lucah di blog beliau.
Dan beliau buat post pasal iklan tersebut dan bagi link kat aku. Terima kasih.
Hasilnya 2 blogger baru singgah datang ke blog aku ni dan meninggalkan komen.
Kepada Bunda dan Cik Itah, jangan terlalu berharap saya sering singgah di blog kalian ye sebab saya memang jarang blogwalking sekarang ni :( Kena time rajin InsyaAllah.
Akhir kata, kepada yang baru berjinak-jinak dengan blog, rajin-rajin la blogwalking yer :) Jangan malas macam eden.. :)
--------------------------------------------------
p/s : Dah lama tak berceloteh panjang. Pergh!!
Admin
3:54 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca pembaca dan pengunjung pengunjung Amry's Blog... Apa khabar? Sihat sihat semua hendaknya disamping orang tersayang.
Lama betul tak update blog ni. Mau dekat 4 bulan. Dah usang macam Banglo Villa Nabilla dah.. Cuma tak berpuaka je. haha.. Bukan nak tinggalkan dunia blog atau malas nak update.. cuma tak berkesempatan.
Sekarang ni nak buka blog memang jarang sangat.. Nak update jauh sekali. Sebabnya... tak perlu kot aku kongsi kat sini. Cukup sekadar aku cakap ada benda yang lebih penting yang perlu aku fokus selain berblog. Kalau ikutkan hati memang hari-hari nak update blog... Ada satu kepuasan melihat ada pelawat yang masuk membaca post post yang di tulis.
Selepas post ni mungkin akan ada 1 atau 2 post lagi yang akan ditulis dan selepas tu tak tahu lah bila pula nak update blog ni.. Tunggu jer lah.. Hmm.. Yang pasti aku selalu merindui dunia blogging ini yang pernah berjasa kepada aku dengan memberikan sedikit duit poket ;)
Pst.. Sekarang kembali tinggal di rumah bujang... Komputer tak ada... Nak ke CC malas... That why ma... hehe
Admin
4:50 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTips Untuk Mendapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang
Kalau hari ni 5 Mei 2013 mungkin ramai blogger yang bercerita pasal hari mengundi PRU-13. Tapi aku nak bercerita pasal Buffered Earning atau lebih tepat tips untuk mendapatkan Buffered Earning dari Nuffnang. Hohohoho.....
Setelah agak lama iklan B.E tak singgah ke blog ni, dan secara automatik aku pun jadi malas nak buka akaun Nuffnang aku sebab merajuk. Haha... Semalam aku buka akaun Nuffnang aku, agak terperanjat sebab 4 iklan B.E menari-nari dalam blog aku... Hmm... Nama jer iklan B.E, income ciput jer pun :(
Nak bercerita tips untuk mendapatkan iklan Buffered Earning atau B.E dari Nuffnang ni, tips dia adalah.....
sorry.. den tak ado tips dio... Den pun dah setahun tak dapat iklan B.E. haha....
Tapi ramai blogger cerita nak dapat BE dari nuffnang ni,
1. Rajin-rajin update poll atau mengemaskini tinjauan dalam page nuffnang dan
2. Rajin-rajin hantar borang pertanyaan kepada pakcik-pakcik dan makcik makcik yang bekerja kat Nuffnang sana. muehehe.. Ini tips dari rakan blog den. En Fairus
Ini pula tips dari aku yang 'rasa-rasa' boleh dijadikan tips untuk mendapatkan iklan B.E ni. (Macam pelik jer ayat ni :P)
1. Rajin-rajin join event-event atau contest yang diadakan oleh pihak Nuffnang.
2. Buat entry yang fresh mresh supaya ramai 'unique visitor' yang masuk ke blog korang sebab dari logik, BE ni dikira berdasarkan 'unique visitor' yang masuk ke blog korang. Jadi kalau ramai unique visitor, pakcik makcik nuffnang mungkin terbekenan nak bagi iklan BE ni kat blog korang. kan kan kan.
Kalau korang rasa tips yang aku bagi, boleh dijadikan tips, gunalah. Sebab kenyataannya aku dah lama tak merasa BE ni..hehehe.... Entry ni sempena aku dapat BE dan sebab dah lama tak dapat BE. Jangan marah ye...
p/s : Jarang update blog sekarang sebab komputer dah tak ado Update kat Cyber Cafe jer. ScreenShot pun tak leh buat :(
Admin
3:08 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTeknik Buat Duit Dengan Blog
Kalau hari tu aku ada buat entry pasal 'Tips Buat Duit Dengan Blog' yang boleh aku katakan idea datang sewaktu aku menulis, lain yang nak di tulis, lain pula yang keluar. Ini lah tajuk asal yang aku nak tulis hari tu,
'Teknik Buat Duit Dengan Blog'. Lebih kurang jer tajuk pun :P
Lagi sekali aku pinjam kata kata seorang blogger dari luar negara, Bryan Clark dari copyblog.com
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your reader's"
Idea 2 entry ni datang daripada satu entry blogger yang rasanya ramai kenal kalau korang da agak lama dalam dunia blogging. Blogger yang aku maksudkan adalah blogger Denai Hati yang terkenal dengan tag line nya 'Hidupkan Untuk Memberi'
Sesuai dengan tagline Denai Hati, 'Hidupkan Untuk Memberi'. Selain daripada entry-entry yang sememangnya terbaik yang banyak bagi tips tips dan info-info menarik, banyak juga contest-contest atau program-program yang boleh bagi kita sedikit duit dengan blog Denai Hati ni.
Sebelum ni aku buat entry 'Tips Buat Duit Dari Blog', sekarang 'Teknik Buat Duit Dengan Blog'
2 entry ni idea datang dari blog Denai Hati.
Kalau dalam entry 'Tips Buat Duit Dari Blog', aku ada cakap bukan senang sebenarnya nak buat duit dari blog walaupun hanya duk depan komputer atau laptop sahaja. Kena ada skill-skill dan teknik-teknik tertentu.
Aku kagum dengan blog Denai Hati ni sebab aku rasa la ramai yang nak jadikan blog masing-masing macam blog Denai Hati ni yang mampu menjana ribuan ringgit hanya dari blog termasuk aku.
Nak tahu kenapa aku kagum dengan blog Denai Hati ni??
Hebat bukan, hanya dari blog, Denai Hati mampu buat seminar. Apa yang aku kagum, teknik dia buat duit.
Cuba lihat bagaimana seminar tersebut mampu memberikan Denai Hati Pendapatan.
Pertama satu entry berkenaan 'Seminar Buat Duit Dengan Blog' yang akan diadakan ditulis yang mana dari Seminar tersebut, peserta perlu membayar RM50 yang pada aku cukup murah berbanding ilmu yang akan disampaikan dan insentif-insentif yang diberikan.
Untuk memeriahkan lagi Seminar Buat Duit Dengan Blog tersebut, Denai Hati mencari penaja yang berminat untuk menaja seminar tersebut. Dengan menjadi penaja, nama penaja akan diumumkan didalam seminar dan juga di blog Denai Hati yang mana dapat menaikkan lagi branding si penaja tersebut. Selain daripada itu, penaja yang menyumbang untuk nilai RM1000 ke atas, berpeluang mengiklankan produk atau servis mereka di blog Denai Hati serta membuka gerai jualan di dalam seminar tersebut.
Lihat Bagaimana Denai Hati buat duit dari blog. Duit datang dari Seminar, Duit datang dari penaja. Macam aku ni harap kat iklan-iklan dengan affiliate jer la yang nak dapat duit pun.
Bukan senang nak jadi macam blog Denai Hati tu yang sampai boleh buat event-event macam ni yang sememangnya kena maintain beribu pelawat dan fans.
Cara Denai Hati...
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your reader's."
(Ketepikan sekejap bab SEO) :D
Korang ada blog? Tak tahu cara nak buat duit dari blog? Nak jadi macam Denai Hati???
P/S : Ok. Teknik aku tak kena... :( (Siapa faham maksud ayat aku ni angkat kening..)
Tips Panduan Buat Duit Dari Blog
Rasanya sekarang ni ramai yang ada blog. Budak umur 12 tahun pun da ada blog rasanya. Ada yang saja-saja buat blog isi masa lapang, kongsi cerita tu kongsi cerita ni, ada yang buat blog nak cari kawan-kawan blogger yang lain, ada juga yang nak buat duit dari blog.
Aku sendiri rasanya dah nak dekat 5 tahun aku kenal dunia blogging ni. Mula-mula dulu buat blog sebab terbaca satu artikel berkenaan 'buat duit dari blog'. Padahal waktu tu apa kebenda blog aku pun tak tahu. Hahaha... Tapi dah lama-lama, baru la aku kenal apa itu blog walaupun cuma 1% :P
Dan baru tahu bukan senang sebenarnya nak buat duit dari blog. Sesapa yang baru nak berblog, baru kenal apa itu blog, rasa nak buat duit dari blog, simpan dulu impian tu dalam peti besi.
Pernah tak korang dengar atau rasa macam keadaan dibawah.
"Saat kita mencari sesuatu barang yang kita nak pakai atau guna waktu tu, memang tak jumpa.
Tapi bila kita dah tak cari benda tu, benda tu akan datang tanpa di cari"
Inilah perumpamaan dalam dunia blogging ni kalau ada impian nak buat duit dari blog.
Maksudnya, kalau kita berniat nak buat duit dari blog, duit tu tak kan datang, kalau datang pun ak banyak.
Tapi kalau kita berblog dengan ikhlas, InsyaAllah duit tu akan menyusul walaupun kita tak cari.
Berblog dengan ikhlas? Macam mana tu? Yang ikhlas tu yang susah tu. Aku sendiri fail dalam bab ni. Dalam blog, pelawat tu yang penting (kalau nak buat duit dari blog la) Kalau buat blog syok sendiri, pelawat tu belakang kira. Jadi bila nak pelawat, buat la entry-entry yang dapat memberi kebaikan dan juga manfaat atau input kepada pembaca dan keikhlasan tu terletak pada sejauh mana kita nak bagi input, kebaikan atau manfaat tu kepada pembaca (Ketepikan bab SEO sekejap). Bila content blog berkualiti, tanpa diminta, akan ada pembaca yang akan follow blog tersebut, dan dari situlah pelawat akan bertambah dan kreabiliti/kepercayaan akan meningkat dan seterusnya pelawat akan bertambah, bertambah dan bertambah.
Jadi nak berblog cara ikhlas atau telus, income simpan dalam peti besi, pelawat letak no 2, kualiti content no 1. (Ketepikan bab SEO sekejap)
Aku teringat kata-kata Mentor Kejayaan dan Kekayaan No 1 Malaysia, Dr Azizan Osman
"Kalau nak buat bisnes, jangan fikir banyak mana duit yang akan datang, tapi fikir macam mana kita nak tolong orang"
Ni pula kata-kata dari blogger luar negara yang berjaya
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your readers" Bryan Clark - Copyblogger.com
Macam mana entry ni terhasil???? Aku tak fikir pun nak buat entry bertajuk Tips Buat Duit Dari Blog. Tajuk lain mulanya....Tajuk tu adalah.....
Bersambung............
* Bukan nak tunjuk pandai sebab aku ni bukan blogger pandai pun. Sekadar kongsi apa yang terlintas di minda.
** Ketepikan bab SEO sekejap = SEO satu bab special dalam blogging
Admin
7:09 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia** Ketepikan bab SEO sekejap = SEO satu bab special dalam blogging
Blog Fatin Liyana
Lama juga aku menyepi....lagi...hehe. Timbul timbul, keluar pula nama Fatin Liyana. Siapa pula Fatin Liyana ni??? Al kisah... Hari tu adik perempuan aku yang belajar kat Matriks Gopeng balik kampung. Sesekali balik kampung, komputer ni la yang dia duk ngadap ngan adik aku yang paling bongsu. Tak apa lah kan, kat Matriks tu dah berpinau biji mata duk ngadap buku jer. Kebetulan mood aku nak ngadap komputer ni berkurang menjak dua menjak ni. Kalau tak, chance diorang nak ngadap komputer ni kurang la sikit... hehe.
Dalam duk diorang ngadap komputer ni, aku intai-intai la juga apa benda yang diorang buka. Biasalah, Facebook, Youtube, Blog. Bukan main sakan lagi aku tengok diorang ni. Rupa-rupanya diorang tengok blog si Fatin Liyana ni... Memula tu aku tak amik port la.. Biasa la kan. Kalau blog tu beruang yang punya, sah aku amik port :P Time diorang buka Youtube pulak, cerita pasal si Fatin Liyana ni juga. Aik... Siapa Fatin Liyana ni?? Macam special jer. Dah ada blog, ada pula Youtube...
Ok. Aku spy sikit. Waktu adik adik aku ni buka blog si Fatin Liyana ni, aku sempat jeling la jumlah current visitor dia...Wooooo.... 100++ dalam satu satu masa. Sah bukan calang-calang blogger ni. So, dengan muka selambernya aku tanya la adik aku ni siapa Fatin Liyana ni... Adik aku pun menjawab.. Dia ni doktor... Lagi lah bertambah kagum aku kan. Kagum tu sebab Fatin Liyana ni muda lagi. Kalau dah berumur tu ok la kot. Cantik juga :P
Nak dijadikan cerita lagi.. Aku pun curi-curi buka blog Fatin Liyana ni. Nak tau la apa isi kandungan blog si doktor ni kan sampai ramai sangat peminat dia :) Dalam duk usha-usha tu, terkantoi pula dengan adik aku yang bongsu... Langsung dia gelakkan aku. Hampas tul. (Dia gelak sebab aku buka blog perempuan kot.. Mungkin juga diorang fikir aku jealous sebab blog aku tak ramai traffik macam blog Fatin Liyana ni. Grrrrr) Peduli apa aku... haha...
First time aku masuk blog Fatin Liyana ni...2 entry yang aku sempat baca. First tentang piramid makanan, kedua tentang trip dia ke Korea. Terus aku jatuh cintaaaaaa.... Dengan blog dia la. heee.
Memang best la blog dia. Cara penulisan yang santai. Diselitkan dengan tips tips dan info-info. Jadi tak hairan la kenapa blog dia ramai peminat dan pelawat. Tak macam blog aku ni. Bersawang :P
Aku tak habis jelajah lagi blog Fatin Liyana ni, tapi daripada 2 entry yang aku dah baca, aku beranggapan entry-entry dia yang lain pun menarik juga. Ada aura tersendiri... :P
Kekuatan Blog Fatin Liyana
Daripada yang aku sempat baca, Fatin ni menulis berdasarkan pengalaman dia juga kepakaran dia yang menjadikan blog dia lain daripada bog yang lain. Senang cerita tak ada copy paste teh paste milo paste apa segala paste. Orang lain tak pernah melancong ke Korea contoh, so dia tulis pengalaman dia ke Korea. Point yang menarik tu. Dia tulis pengalaman dia ke Korea yang mungkin menarik pada mereka yang tak pernah pergi ke sana :) Tentang piramid pemakanan pula dia tulis tentang kepakaran dia. Dah nama pun doktor, bab kesihatan tu kepakaran dia la kan yang orang lain kurang arif.
Suka hati aku jer story blog orang kan.. Jangan marah Dr Fatin... Den nulih joo.. Tak do idea nak nulis... :P
p/s - Gelak sakan adik aku kat aku aku tulis pasal blog Dr Fatin Liyana ni. Grrrrr
Admin
10:49 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaNuffnangX Conversation Merosakkan Blog Aku

Adoi laaaaaaa.......... Rosak blog aku gara-gara NuffnangX Conversation ni... Malam tadi aku belek la NuffnangX tu, ada pula perkataan 'Claim Your Blog', aku pun klik la kat 'Claim Your Blog' tu, pas tu nuffnang minta aku sahkan yang aku tuan punya blog la dengan memasukkan kod kat template. Ada 2 option
1. 'Verified With NuffnangX Conversation'
2. 'Verified Only'
Yang aku ni tak tau apa kebenda NuffnangX Conversation ni, aku pun pilih la option 1, pas tu aku pun tutup la blog aku tuk tidur. Dah kul 2 pagi bai... Kena pocong duk sebelah aku tak naya :P
Tadi aku buka blog aku tengok-tengok, blogger comment plugin dengan facebook komen aku hilang digantikan dengan komen dari NuffnangX Conversation ni............. Waaaaaaaa......... Hancus blog aku. Adoi laaaa.....
Dah aku buang, kod pengesahan dari Nuffnang X tu, komen dari facebook tak keluar la pulakkkkk..... Nak kena belek pulak la ni..... Aduhaiiiii.. Jadi kerja la plakkkk :(
Admin
1:06 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaBercakap pasal etika didalam blogging ni banyak juga etikanye. Entry aku ni aku sentuh satu jer. Spamming!!!!
Panas la aku yang suka suki letak link biz dalam entry-entry aku ni.. Lari topik plak tu.... Alo... Aku pun ada gak buat biz kat internet ni, TAPI AKU TAK DER LA NAK MAIN SPAM-SPAM PAKAI BEDAL JER LETAK LINK AKU DALAM BLOG ORANG LAIN. ETIKA LA SIKIT!! Kalau yer pun mintak izin la dulu. Ini suka hati kau jer nak letak!! Mintak mahap la kalau komen yang macam tu memang aku remove laaaaa..... Kalau ko mintak izin kot aku fikir juga nak kasi tak kasi letak link biz ko tu...
Ini jenis masuk rumah orang tak kasi salam terus suh orang beli barang ape hal! Marah betul aku.
Nak spam sangat kan. Nah aku kasi peluang, siap aku tolong promote lagi tapi tak bagi link la... Mintak mahap banyak-banyak.
"Promosi Pakej Trading Forex Automatik dan Manual 2012 Salam Sejahtera dan terima kasih kerana sudi membaca artikel yang ditulis dan dihantarkan oleh saya ini. Kini kami sedang membuat Promosi terhebat di tahun 2012 untuk Pakej Trading Forex Automatik dan Manual kami. Kini Trading Forex Anda Lebih Mudah, Dan pastinya newbie lebih mudah mempelajari dan memahami forex dengan Pakej Trading Forex Saya ini. pakej ini bukan sahaja mempunyai pelbagai panduan dan ebook, pakej ini juga di lengkapi dengan software sebagai tambahan untuk anda memudahkan lagi trading anda. Apa yang Disediakan? Kami menyediakan beberapa software sebagai tambahan@Extra ke dalam Pakej ini dalam memudahkan trading anda dengan System yang disediakan Iaitu WellFX Forex System Templates V2 dan juga WellFX Forex System Autotrader V2 untuk mengetahui kelebihan kedua-dua software ini anda boleh melayari laman web yang tertera. Kini peluang anda cerah untuk mula jana pendapatan forex yang lumayan Maklumat Lanjut dan membuat tempahan Boleh Layari laman saya di ------Censored!!-----"
Bukan main panjang lagi komen erk. Aku cerita pasal jerebu ko cerita pasal forex. Bila masanya aku main forex? Grrr.....
p/s :- Sila hormati owner blog!
Admin
5:56 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia3 Remaja Perempuan Maut Motosikal Bertembung Van Di Langkawi
Sumber Remaja Maut Motosikal Bertembung Van - BHarian
----------------------------------------------
Blogger Perempuan Maut Motosikal Bertembung Van
Mulanya aku tak nak post entry ni, tapi satu blog telah membuatkan aku untuk menulis entry ni. Rupa-rupanya salah seorang daripada 3 remaja peremepuan yang maut tu adalah seorang blogger juga. Remaja yang dimaksudkan adalah Yasmin Suhari, 17 tahun. Aku tak tahu salah seorang remaja perempuan tu blogger (http://misschronicz.blogspot.com/ ) sehinggalah aku terbaca entry "Al Fatihah Buat Yasmin J Hunwick – Trending di Twitter Remaja Yang Maut Dilanggar Lari" dari Nurizspace.
Aku tak pernah masuk blog arwah. Nak tahu tentang arwah boleh lah ke blog Nurizspace untuk mengetahui serba sedikit tentang arwah.
Takziah kepada keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Admin
9:13 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKalau korang ada blog, tapi tak tahu apa kejadahnya blog list tuh, meh sini aku sekeh kepala korang sekor-sekor..haha.. Aku anggap korang semua lebih hebat dari aku, maka tak yah la aku citer apa kemendanya blog list tu kannnn....
Dulu aku pernah letak bloglist ni kat blog aku, tapi fikir pasal SEO, aku buang bloglist tu sebab dalam bab SEO semakin banyak link out yang ada dalam blog tu, semakin susah ranking blog tu nak naik... Lebih kurang la.. aku tak pandai SEO...
Link Out bahasa aku, bahasa SEO Outbound link :P
Sekarang ni aku masukkan balik bloglist tu kedalam blog aku sebab........................................
Aku tak boleh masukkan widget Top Commentator. Tah apa masalahnya aku tak tahu. Malas nak tukar template.
Tak ada tukar-tukar link.... Aku tengok blogger tu rajin komen kat blog aku aku masukkan lah... walaupun kat blog dia tak ada nama blog aku.. Salah seorang blogger yang paling rajin komen kat blog aku adalah
Gilor kontang setia blogger ni.... Haaaa....nak cari pengomen setia, g komen kat blog si Fairus ni.. Kompom blog korang akan dapat kunjungan balas dari dia kalau korang komen blog dia... Entry dia pun best walaupun nak jumpa gambar dia senyum teramat susah..hehe.. Jangan marah brooo....
Serius setia sebab walaupun aku tak komen blog dia, dia tetap lawat n komen blog aku.. Terbaekkk!!
Blolist aku ada 2 jer....... Kalau yang 1 Fairus... Yang 1 lagi..... baru sekali dia komen kat blog aku terus aku masukkan dia ke dalam bloglist aku..... Siapa dia??
Sungguh aku tak sangka kawan aku ni pun ada blogg.. Kenapa aku terkejut..? Biarlah dia menjadi rahsia antara aku dan dia... kahkahkah... Blogger si Johari ni dulu member 1 tempat kerja aku.... Orang ada blog dia pun nak ada blog.... Sungguh aku tak sangka..keh keh keh...
Kepada blogger Fairus, terima kasih la sebab rajin datang n komen kat blog aku nii... Kalau aku lama tak melawat atau komen tu, harap bloglist ni dapat la mengalirkan sedikit pelawat kat blog ko daripada blog aku ni..Maklumla aku ni kadang timbul kadang tenggelam.. (Apasal macam ayat sedih jer ni??)
Kepada member aku, Johari...... Selamat berblogging..... Nak juga berblogging.... pengggg peng :)
Admin
8:15 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaApakah Akta Keterangan (Pindaan) 2012?
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 pada definisi aku adalah sebagai satu garis panduan kepada mana-mana aktiviti yang melibatkan penggunaan internet secara umum yang mana secara khasnya penyebaran maklumat menggunakan medium internet. Akta Keterangan (Pindaan) 2012 ini dipinda untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang berbau fitnah atau tuduhan yang bertujuan untuk memburukkan atau menjatuhkan seseorang menggunakan medium internet.
Akta Keterangan Pindaan 2012 ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.
Isi kandungan Akta Keterangan (Pindaan) 2012
Dibawah adalah antara isi kandungan yang termaktub didalam Akta Keterangan (Pindaan) 2012
Dengan media baru yang semakin popular seperti Facebook, Twitter termasuk blog, serta usaha dalam menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkain atau pun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman facebook page anda, Tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan 'menumpang' taian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta menfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah dan perlu membuktikan sebaliknya.Anda mungkin akan menghadap masalah sekiranya :* Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.* Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda dianggap sebagai menerbitkannya.* Seseorangmenggunakan Tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.* Seseorang menggunakan komoputer atau laptop anda untuk menerbitkan sesuaut pada internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.* Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.* Dan pelbagai perkara yang berkaitan.Didalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong mereka. Sekadar perbandingan, akaun facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekalligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutunya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.Jadi secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda dikemudian hari.
---------------------------------------------------------------
Jeng jeng jengggggg.......... Tak mencuri tak merompak tak membunuh pun boleh disabitkan kesalahan wooooooo............ Silo berhati-hati yo... Den tak nok kena penjaro..haha
Admin
3:36 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKisah Lucu Seorang Blogger Terkenal Malaysia
Saban hari pasti akan ada blog-blog baru yang dihasilkan, mungkin berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-beribu. Ada yang bina blog tuk dapat duit, nak cari kenalan, nak kongsi kisah hidup, macam-macam lagi. Begitu juga dengan kepuasan diri si blogger dengan membina blog. Kepuasan mungkin dicapai apabila blog yang dihasilkan cantik. Ada munge-munge, mungkin kepuasan akan dicapai bila ada yang melawat blog dia walaupun hanya sekadar meninggalkan komen di 'Shoutbox'. Atau kepuasan dirasai apabila ada yang sudi membaca entry yang dihasilkan dan meninggalkan komen. Macam-macam lagiah kepuasan yang dirasai bergantung kepada niat si blogger tersebut daialam menghasilkan blog.
Pada blogger baru, mungkin mereka akan rasa seronok apabila mereka mempunyai ramai 'follower' beribu riban. Seolah menandakan dengan mempunyai ramai 'follower' membuktikan blognya menarik dan mempunyai ramai peminat.
Lama-kelamaan, satu perasan yang hampir sama dirasai dan hampir dingini oleh kesemua blogger akan dirasai iaitu kepuasan melihat angka pelawat yang masuk ke blog setiap hari. Apabila dirasai kepuasan berblog bukan sekadar ada yang meninggalkan komen, bukan sekadar memiliki 'follower auta' yang beribu riban. Tetapi sejauh mana blog tersebut menjadi tumpuan pengguna internet dari seluruh negara. Dan yang paling penting adakah blog tersebut mempunyai ramai pelawat disebabkan oleh 'jenama' blog itu sendiri sehinggakan pembaca akan jatuh cinta pada blog tersebut walaupun pertama kali melawat blog tersebut.
Refresh Blog Setiap 5 Minit Untuk Melihat Jumlah Pelawat
Mungkin ada diantara kita yang pernah lakukan perkara diatas, terutama apabila ada entry baru yang dihasilkan. Kepuasan mungkin dirasai apabila ramai yang melawat entry baru tersebut, dan jumlah pelawat mendadak naik dengan adanya entry baru tersebut. Sebaliknya kecewa apabila entry tersebut tidak mendapat jumlah pelawat yang ramai atau jumlah pelawatnya semakin menyusut selang 2 3 hari selepas entry tersebut dihasilkan.
Semua blogger adalah sama, bermula dari bawah. Blogger terkenal Malaysia juga pernah melakukan perkara yang sama seperti di atas. Gembira melihat jumlah pelawat yang ramai, kecewa melihat tiada pelawat pada hari tersebut. Kini blogger terkenal tersebut mampu meraih jumah pelawat hampir 200 ribu orang sehari dan hampir 5 juta pelawat dalam sebulan!
Pada bogger yang masih baru, mungkin itu bukan perkara lucu, sebaliknya mungkin itu sering dilakukan. Tetapi bagi blogger yang mempunyai Alexa Traffic Rank pada kedudukan 10,305 dan mempunyai Google Pagerank pada level 3, mungkin itu sesuatu yang melucukan jika setiap 5 minit dia perlu refresh blog untuk melihat peningkatan jumlah pelawat blognya.
Entry ni aku nak tekankan yang semua orang boleh berjaya dalam dunia blog. Semua orang bermula dari 0. Tetapi yang membezakan blogger itu adalah usaha dan kesungguhan dia untuk berjaya didalam dunia blogging.
Pada luarannya, budak umur 12 tahun pun boleh menghasikan sebuah blog, tetapi untuk berjaya didalam dunia blogging, Professor pun belum tentu boleh.
Blogger terkenal yang aku maksudkan adalah blog..................
BeautifulNara.com (Sure tahu blog ni kan)
Entry ni bersumberkan daripada entry Bounce Rate Blog BeautifulNara Memang Gila
InsyaAllah entry lain akan menyusul bersumberkan sumber yang sama...... Tak janji der... Kalau aku rajin... Hmm.... Angan-angan jer la aku ni nak jadi blogger terkenal macam blog Abang Nara tu kan... (Sila muntah)
Admin
12:20 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTips Tarik Trafik Blog
Mula-mula sekali aku nak mintak maaf la kat pengunjung blog aku yang terbaca enty aku yang bertajuk "Tips Tarik Trafik" ni. Sebabnya dalam entry aku ni tak ada tips pun aku nak bagi tuk tarik trafik blog. Trafik blog aku ni pun ciput sangat!
Apa yang aku nak cerita kat sini adalah....... Tengok screenshot dibawah dulu.....
Komen yang bernas lagi munasabah ni aku dapat dari entry aku yang bertajuk "Kempen Bebaskan Anwar 901". Sebelum aku tulis dengan panjang lebar lagi, aku nak ucapkan terima kasih berbanyak kepada anonymous 'terhormat' tu sebab entry ni aku buat kerana komen dia yang amat bernas tu. Dia tak komen, tak ada la entry ni. Kan.
Orang macam ni.... Tak guna kita nak bertelagah... Kalau bertelagah pun, buang masa, buang karan. Selalunya orang yang macam ni lah yang suka mencetuskan fenomena alam :)
Segala yang orang cakap di fikiran dia tak betul. Ini tak betul itu tak betul... Dia jer lah yang betul. Dah empunya mulut cakap macam tu, yang p bangkang tu apasal, mulut yang sedang bercakap ni sedang menggunakan otak dia ker yang sesuka hati nak menafikan apa yang aku nyatakan?
Bila aku cakap aku tak ambil port pasal politik, tak ambil port lah. Yang bangkang apasal? Tak semestinya bila aku cakap aku tak ambil port, tapi bila aku tulis pasal politik, aku munafik, aku tipu yang aku ambil port pasal politik. Meh aku nak bagitahu... Entry bertajuk "Kempen Bebaskan Anwar 901" yang aku tulis tu hanyalah untuk aku tarik trafik atau pengunjung datang ke blog aku ni. Aku percaya En Anon tu tak kan faham apa yang aku tulis. (Dia tak baca pun)
Salah satu cara untuk tarik trafik atau pengunjung datang ke blog adalah dengan menulis satu-satu entry yang mempunyai keyword panas atau menulis tentang satu-satu isu yang sedang hangat berlaku yang menjadi carian tertinggi di enjin carian untuk satu tempoh masa tertentu. Contoh macam kempen tu lah. Aku cakap salah satu cara, sebab tak semua blogger suka mencari traffik dengan cara tu. Aku yang kurang ilmu SEO ni yang tu jer lah yang aku boleh buat supaya blog aku ni ada pengunjung, walaupun ciput.
Dah isu kempen anwar tu kecoh kat satu malaysia ni, dan aku pulak duk kat malaysia, surat khabar, TV, member-member tempat kerja semua cakap pasal tu, jadi aku tahulah. Bila aku tahu tak semestinya aku terlibat dengan benda tu! Dan bila aku tahu, aku nak tulis kat blog aku ni, aku tulis lah! Sebab aku nak cari trafik. Bukan sebab aku sibuk ikut nak buat demo! Duk kat umah tengok TV lagi baik!!
Kepada En Anon yang terhormat tu, sila belajar cara nak respect pendapat, pandangan, atau cara pemikiran orang lain. Jangan tahu nak bedal orang jer!
Aku cukup pantang orang macam ni. Tahunya nak perleceh orang jer!!
Marah sambil tersenyum. Hohohoho
Admin
12:07 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog Sekalian. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang usang ini.......
Maksud yang Tidak Kesampaian
Macam tajuk novel la plak...hahahaha
Maksud yang tidak kesampaian..... Sebelum entry ni ditulis, aku ada mengarang satu entry lain. Entry tu idea dia datang dengan tiba-tiba.... Tengah semangat mengarang, bila aku baca balik....."eh..apa yang aku tulis ni.....??" Aku sendiri tak paham apa yang aku tulis. Erk!!
Sewaktu aku mendapat idea tu untuk menulis, menarik dah idea tu. Tapi bila aku jelmakan ke dalam bentuk tulisan. Dirasakan macam apa yang aku nak sampaikan tu macam tak sampai.
Aku rasa bila orang baca pun akan pening-pening lalat yang boleh membawa kepada muntah hijau.......Argh!!
Pernah perkara macam tu jadi kat korang?
Kenapa ye?
Sebab aku dah lama tak tulis hasil dari idea aku sendiri ker?
Sebab aku paksa otak aku untuk menyusun ayat-ayat tu supaya menjadi seperti sebuah penyampaian yang kelihatan lebih matang sehingga apa yang ingin aku sampaikan tercicir ditengah jalan...ker?
Orang kata....Parang yang dulu tajam kalau dibiar akan tumpul. Kan? Ewah.... Macam dulu penulisan aku bagus jer. hahaha......
Aku rasa idea sahaja tak cukup untuk menghasilkan sebuat penulisan yang baik atau berkualiti kan. Teringat waktu belajar dulu. Mata pelajaran bahasa melayu. Nak buat karangan kena ada pendahuluan, isi 1, isi 2, isi 3 dan seterusnya. Lepas tu penutup. Barulah apa yang ingin disampaikan tu jelas dan sampai kepada si pembaca. Tapi kalau sekadar tulis blog tak perlu la kot rasanya kan, tapi aku percaya ada yang buat.
Macam aku, idea dah ada...tapi point-point yang perlu aku tekankan mungkin tak cukup untuk aku menjelaskan apa yang terbayang didalam fikiran aku tu.... Kesan lama tak mengarang ker? hahahahaha
Ops!! Idea baru muncul!! : Bagaimana untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Macam menarik jer. Haaa.... Sapa yang ada idea, yang ada point, boleh la mula mengarang... haha
Ops!! Idea baru muncul!! : Bagaimana untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Macam menarik jer. Haaa.... Sapa yang ada idea, yang ada point, boleh la mula mengarang... haha
p/s : Nak cuba tulis yang mana dalam penulisan tu kurang ayat mengarut-ngarut, ayat munge-munge dan segala bagai... Straight to the point... tapi jelas. Macam susah jer. hmmm
Admin
8:26 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSalam rakan-rakan ku sekalian. Nampaknya minggu ni agak kerap aku update blog aku yang buruk ni...huhu.... Aku berada dalam keadaan yang teruja k!! Teruja sampai aku hold dulu kerja-kerja projek aku tuk aku buat entry ni. Dalam tengah duk buat kerja, merayap jap kat blog member, aku terjumpa artikel pasal Ridzuan Riche ni. So, terus aku buat entry pasal bro ni. Huhuhu.... Teruja kenapa??? Haaa...... Meh aku nak story.... kekekeke......
Hamek kau... Bapak punya besar title aku kasi!!!hahahahahha....
Sebelum aku meneruskan langkah aku dalam memerah otak aku tuk story.. Aku nak wish dulu lah kat member kita ni "Happy Anniversary bro. Moga ko lebih Success"
Ok. Siapakah Ridzuan Riche ni? Kalau korang tanya aku soalan tu aku pon tak tahu cam ner nak jawab, sebab aku pon tak kenal sangat bro ni. Aku kenal dia hanya melalui blog peribadi dia. melalui celoteh dia yang giler rileks selamba tahap Power Ranger. Eh? Hari ni melalui blog member aku, Zikrihusaini, baru aku tahu rupanya bro yang selamber rileks ni rupa-rupanya seorang IM!! Seorang blogger sepenuh masa. Mana tak nya, kalau korang pergi ker blog personal dia, gaya penulisan dia memang membuatkan korang tak sedar yang dia seorang IM. Selalunya lah aku tengok kan, para IM ni bila menulis, penuh adab tata susila, yer la kan, jaga kreadibiliti ma. Tapi lain la dengan bro Ridzuan ni, disebalik gaya selamber dia, rupa-rupanya dia ni juga seorang IM. Serious aku tak sangka. Aku juga sangat-sangat terkejut yang bro selamber ni pon ada buat Talk dia. Pergh!! Memang tarbaek ar... Kalau dah tahap boleh buat talk, bukan calang-calang la bro....
Aku tak ingat macam mana aku tersangkut kat blog Ridzuan ni, tapi aku rasa dah lama la aku kenal dia melalui dunia blog ni, cuma tak pernah jumpa jer la. Dulu bro ni pernah buat review tentang blog aku. Memang aku terkejut la, yer la, blog dia aku tengok mana ada segmen review mereview ni, so bila dia review blog aku, memang aku terkejut la dan aku rasa sangat bertuah, waktu tu aku pelan-pelan nak naik, semangat berblog baru nak tumbuh. (Sekarang pon aku merangkak nak naik...huhu)
Ridzuan Riche ni kalau korang nak tahu, cuma sekali jer la dia komen kat blog aku ni, tu pon setelah aku sound dia sikit, bagi motivasi sikit, gertak dia sikit....hahaha...ayat mengong, aku tipu, dia cuma rajin jadi silent reader aku jer lah. But it's ok bro. Aku rajin gak bertandang ke blog dia dan bagi komen. Sekarang ni jer jarang sikit. Kenapa aku rajin ke blog dia?? Haaaa... Ni lah yang dikatakan aura blog yang aku ceritakan sebelum ni. Aku suka gaya penulisan dia yang santai... tak der la berbuku sangat kan.. hehehe... Selain tu, tiap komen yang aku bagi, dia akan balas.... Tu yang buat aku suka tu. Entry-entry dia pon tak membosankan aku.
Sempena ulangtahun ke tiga blog Ridzuan Riche tu, dia buat contest la. Aku dapat tahu bro ni julung-julung kali la nak buat contest, so bila dia buat contest, aku merajinkan diri aku la untuk join tanda aku support IM tempatan kita dan tanda aku...tanda akuu....apa erk?? tanda aku kawan dia laaaaa...hahahaha.... (Ayat bodek..tak boleh blah!! kah kah kah)
Kepada sesiapa yang belum kenal Ridzuan ni, silalah bertandang ke blog beliau dan join la juga contest tu.... Serious blog dia best..... Tahap Power Ranger.. Ngeee
Admin
2:46 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan. Sihat hendaknya yer. Alhamdulillah hari ni 1 lagi entry berjaya aku diterbitkan.
Entry tertunggak? Ingatkan bil-bil jer yang tertunggak. Entry pon tertunggak juga erk. Ya. Sememangnya entry aku ni dah lama sangat tertunggak. Rasanya dah lebih sebulan kot. Yang jadi tertunggak tu tak lain disebabkan kekangan masa yang aku hadapi selain FEELING untuk aku menulis entry ni belum datang. Entry yang aku nak tulis ni sememangnya perlu ada feeling sikit sebab ianya melibatkan seorang rakan blog aku. Kira macam review la kan. Huhuhu....
Kira-kira sebulan lepas aku telah berjanji untuk menulis entry tentang rakan blog aku ni. Sebelum tu aku memang dah mintak izin dari empunya badan untuk aku menulis tentang rakan blog aku ni. "AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA" Ewah. Macam lirik lagu Ramli Sarip la plak. Hehe... Aku nak tulis entry ni memang bukan kerna nama. Tetapi sememangnya aku tertarik dengan blog dia. Tertarik dengan orangnya juga. Lelaki ok, bukan perempuan. Sila neutralkan otak anda :P
BAGAIMANA PERKENALAN BERMULA?
Perkenalan aku dengan rakan blog aku ni bermula apabila dia datang bertandang ke blog aku. Aku tak ingat lawatan pertama dia ada meninggalkan komen atau tidak. Tetapi apa yang buat aku terperasan adalah sebab dia menjadi follower aku. Waktu tu follower aku tak ramai sangat. Sekarang pon tak ramai der. Mengamalkan anti "U FOLLOW ME, I FOLLOW U", aku tak follow balik. huhu, tapi aku ada singgah juga blog dia sebab nak tahu siapa gerangan orangnya.. Dengan memberi keutamaan kepada mereka yang bagi komen, aku tidak mengutamakan rakan aku ni. Adus. So, rakan aku ni hanya sekadar follower jer. Ngeh ngeh ngeh... Tak lama lepas tu, aku terperasan dia unfollow blog aku, tapi 5 minit kemudian dia follow balik, kali ni meninggalkan komen. Aku pon tinggalkan komen dan follow dia sebab aku rasa macam dia ni rajin juga masuk blog aku. Dulu aku tak tahu macam mana nak tengok silent reader ke apa ker. Refer pada komen jer. Hehe... Selepas dari tu lah kami sering kunjung mengunjung sambil pekena teh tarik kat blog masing-masing. Hohohoo
MENGAPA TERTARIK DENGAN BELIAU?
Seorang yang tidak melupakan asal usul dirinya. Itu sahaja yang aku minat tentang dia. Kenapa? Baca sampai habis lah no. Aku sangat tertarik dengan setiap entry-entry yang dihasilkan. Kenapa? Entry-entry yang dihasilkan sememangnya kaya dengan informasi. Sememangnya kaya. Entry yang dihasilkan tidak pernah kosong. Pembaca pasti akan mendapat output daripada entry-entry yang dihasilkan. Maka tidak hairanlah jika komen dari setiap entry beliau tinggi. Komen dari pembaca mampu mencerminkan blog k, bukan bilangan follower semata-mata. Huhuhu. Blog aku ni komen dari pembaca ciput jer. Miahaha... Aku jenis yang suka melekat kat blog-blog yang membalas komen pembaca. Ada satu communication kan. Bukan sekadar tulis dan tunggu komen dari pembaca. Yang jenis tak balas ni, aku malas sikit. Tapi tengok keadaan juga kan. Kalau ramai sangat yang komen kat blog tu, paham lah aku pon. Memang tak sempat nak balas pon. Blog rakan aku ni memang dia jarang balas komen, tapi disebabkan entry-entry yang sememangnya berinformasi dan dia sendiri seorang yang peramah, aku terus melekat kat blog dia walaupon jarang aku masuk.
Aku rasa rata-rata pembaca blog aku kenal rakan aku ni dan pernah bertandang ke blog beliau....
SEORANG YANG TIDAK MELUPAKAN ASAL USUL BELIAU?? SIAPAKAH DIA???
![]() |
Entry Tertunggak - sahromnasrudin.com |
Kepada Bro Sahromnasrudin. Moga hubungan ukhwah ini akan terus berkekalan :)
Admin
12:11 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia