Home » , , » Awasi Anak Anda Dari Penyakit HFMD

Awasi Anak Anda Dari Penyakit HFMD

Anak anda demam dengan suhu yang tinggi? Ada ulser (luka) di dalam mulut anak anda? Terdapat ruam di tapak tangan dan kaki anak anda? Anak anda berkemungkinan terkena penyakit HFMD

Apa Itu Penyakit HFMD?

HFMD, singkatan kepada Hand, Foot and Mouth Disease (penyakit tangan, kaki dan mulut) sangat dibimbangi dikalangan ibu dan bapa. HFMD ialah jangkitan yang disebabkan oleh virus yg dikenali sebagai Enterovirus Coxsackie A16 (CoxA16) dan Enterovirus 71 (EV71).

APA ITU PENYAKIT hfmd


Penyebaran penyakit HFMD ini berkait rapat dengan jangkitan secara sentuhan langsung kepada cairan hidung, air liur, lepuh atau najis kanak kanak yg telah dijangkiti virus pembawa HFMD ini. Penyakit ini sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran.

Kebiasaannya HFMD hanya berlaku kepada kanak kanak berusia 7 tahun kebawah. Bagaimana untuk mengetahui bahawa anak anda dijangkiti HFMD?

Simptom Dan Tanda Penyakit HFMD

Antara simptom atau kesan awal untuk mengetahui sama ada anak anda dijangkiti HFMD atau tidak ialah dengan melihat tanda tanda dan perubahan pada tubuh anak anda. Simptom biasa terjadi secara berperingkat

1. Demam
Kebiasannya anak yg dijangkiti HFMD akan diserang demam terlebih dahulu. Suhu badan akan meningkat akibat sistem imun cuba melawan virus yang baru dijangkiti. Jangan biarkan suhu terlalu tinggi.

2. Ulser di mulut
Ulser atau lepuh didalam mulut akan mula terjadi. Anak akan mula menolak utk susu atau makan. Air liur juga akan mula tidak dpt dikawal.

3. Lepuh atau ruam di kaki dan tapak tangan
Paling ketara apa anak anda dijangkiti HFMD ialah apabila anda lihat sesekitar tapak tangan dan juga tapak kaki timbul bintik bintik merah seperti ruam. Kadangkala terdapat juga disekitar mulut, siku dan lutut.

gejala tanda penyakit HFMD


Sekiranya anda mendapati simptom ini ada pada anak anda segeralah ke hospital berhampiran. Jangan tunggu lebih lama lagi kerana boleh memudaratkan si kecil. Jangkitan HFMD yg melibatkan virus EV71 boleh menyerang paru paru dan otak kanak kanak.

JANA PENDAPATAN TIAP HARI DENGAN HANYA BERMODALKAN RM40. KLIK SINI

Langkah Merawat Anak Yang Terkena HFMD

Hal pertama yang perlu anda lakukan jika anda mendapati anak anda terkena penyakit HFMD ini adalah membawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doltor seterusnya asingkan anak anda yang dijangkiti HFMD dengan anak anak yang lain atau rakan anak anda. Jika anak anda sudah masuk tadika atau sekolah, jangan hantar dahulu mereka ke tadika atau ke sekolah. Ini kerana penyakit HFMD ini sangat mudah untuk merebak kepada kanak kanak yang lain.

Langkah perawatan yang seterusnya yang perlu anda lakukan adalah :

1. Bersih dan cuci rumah anda.
Setelah mendapatkan perkhidmatan doktor. Kemungkinan anak anda akan ditahan ward bagi rawatan selanjutnya. Jangan khuatir kerana anak anda hanya akan dikuarantin bagi mengawal jangkitan. Sementara itu, inilah masa utk anda atau suami buat “pembersihan” dikediaman anda. 

2. Cuci semua permainan anak anda.
Jangan lupa juga untuk mencuci permainan anak anda menggunakan. Basuh dengan teliti terutama mainan yang sering dimasukkan kedalam mulut.

3. Cuci pakaian yg telah digunakan termasuk semua fabrik cadar, tuala dan sebagainya.
Untuk fabrik yang telah digunakan seperti cadar,baju,tuala..sebaiknya direndam kedalam air panas terlebih dahulu sebelum dicuci menggunakan mesin.

4. Bersihkan tubuh anak anda sekerap mungkin
Bersihkan tubuh anak anda sekerap mungkin sewaktu dia dijangkiti HFMD. Gunakan tuala bersih dan basahkan dengan air bersih.

5. Berikan makanan yang mampu meningkatkan imun si kecil anda.
Ini sepatutnya menjadi amalan ibu bapa memberikan makanan sihat dan bernutrisi kepada anak anak bukan hanya sewaktu anak tidak sihat. Imun anak masih lemah tidak sekuat orang dewasa. Sebab itu jangkitan HFMD mudah berlaku pada kanak kanak yg berusia 7 tahun kebawah kebiasaannya.

Langkah Pencegahan Dari Terkena Penyakit HFMD

1. Didik anak anda mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum makan dan selepas ke tandas. Anda juga sebagai ibu bapa perlu melakukan perkara yang sama terutama ketika menyediakan makanan untuk keluarga, selepas menukar lampin dan membersihkan najis si manja anda.

2. Mandi dan tukar pakaian setelah balik dari kerja sebelum bermesra dengan anak anak. Jika membawa anak anda keluar ke tempat awam, bersihkan dan mandikan anak anda apabila balik ke rumah.

3. Cuci sekerap mungkin alat mainan, permukaan meja, kerusi atau lantai yg boleh disentuh oleh anak anda.

4. Elak atau kurangkan membawa anak anda ketempat awam yg sesak seperti pusat membeli belah, kolam renang, pawagam atau pasar.

5. Didik anak anda supaya menutup mulut dan hidung sewaktu bersin atau batuk. Gunakan tuala atau tisu bersih.

6. Ajar anak anda supaya tidak berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi, berus gigi, dan sapu tangan. Barangan lain seperti sudu, garfu, cadar dan cawan juga harus dielakkan perkongsian.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment