Proton Artiga, Model Baru Proton Satria Neo
Proton memperkenalkan model baru Satria Neo, Proton Artiga. Model Proton Artiga ini yang pernah dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2012 pada 13,14, dan 15 jan 2012 telah direka semula dengan penampilan yang lebih garang dan gah berbanding Proton Satria Neo sebelum ini.
Tidak pasti samada Proton Artiga ini merupakan kereta konsep atau akan dipasarkan di pasaran tertentu.
Gambar Proton Artiga, Model Baru Proton Satria Neo
Yang pasti, model Proton Artiga ini kelihatan lebih garang dan ebih gah daripada model Proton Satria Neo sebelum ini.
Penunggang Motosikal Yang Berhemah, Sila Ambil Perhatian!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah korang seorang penunggang motosikal? Rata-rata ramai penduduk di malaysia ni tahu menunggang motosikal. Tak kira transmisi auto atau manual. Entry ini ditujukan khas kepada penunggang motosikal yang berhemah sewaktu menunggang motosikal di atas jalan raya yang senantiasa mematuhi undang-undang jalan raya! Kepada mat-mat serta minah-minah rempit, teguran ni akan membuatkan diorang corner ketawa baring sampai nak pecah perut
Pernah tak korang sewaktu memandu atau menunggang atau membonceng motosikal, terserempak dengan penunggang motosikal di hadapan korang yang terlupa untuk mematikan suis lampu signal selepas mengambil selekoh ditambah menunggang ditengah-tengah jalan? Sememangnya tidak mematikan suis lampu signal tidak menyalahi mana-mana peraturan jalan raya seperti melanggar had laju, melanggar lampu merah atau melakukan aksi-aksi merbahaya lagak mat rempit.
Tetapi akibat kecuaian tidak mematikan suis lampu signal itu boleh mengundang bahaya kepada si penunggang juga orang lain. Lampu signal tersebut akan mengelirukan penunggang motosikal atau pemandu kereta yang berada di belakang.
Aku beberapa kali terserempak dengan penunggang yang seperti ini dan ianya memaksa aku untuk mengikut dari belakang sahaja motosikal tersebut, bimbang untuk memintas dan sememangnya ia menimbulkan sedikit rasa marah. Petang tadi dua orang perempuan yang tidak mematikan suis lampu signal menunggang dengan kelajuan 40KM/J ditengah-tengah jalan.... sambil mata melihat ke arah sesuatu di belakang.... Aku yang berada di belakang ni geram betul. Dah lah jalan sempit.
So kepada penunggang-penunggang motosikal yang berhemah diluar sana, jangan disebabkan kecuaian yang kecil, menjadi punca kepada kemalangan di jalan raya. Matikan signal selepas mengambil selekoh. Tapi kalau nak ambil selekoh tu, jangan la tak bagi signal pula....
Kepada yang menggunakan kereta model lama yang mana suis lampu signal perlu dimatikan secara manual, entry ini juga untuk korang (Dah berjela taip, baru teringat ada juga pemandu kereta model lama yang terlupa untuk mematikan suis lampu signal..hoho)
Banyak lagi la punca-punca kemalangan yang disebabkan kecuaian kecil ni, dalam entry ni aku nak zoom kat lampu signal la sebab banyak sangat aku jumpa kes penunggang atau pemandu yang tidak mematikan lampu signal selepas mengambil selekoh. Kalau nak list semua kesalahan lalu lintas yang menjadi punca kemalangan di jalan raya ni, memang sampai kesudah la tak siap-siap entry ni..
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke 26 | AJL 26
Daripada keseluruhan 12 lagu yang dipertandingkan didalam Anugerah Juara Lagu AJL 26 kali ni, hanya 5 buah lagu yang dinobatkan sebagai pemenang iaitu, Juara Lagu 26, Naib Juara Lagu 26, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Persembahan Terbaik dan Vokal terbaik.
Juara Lagu 26 akan membawa pulang trofi beserta wang tunai berjumlah RM35K, Naib Juara Lagu 26, trofi beserta wang tunai RM15K, tempat ketiga, trofi beserta wang tunai RM12K manakala bagi persembahan serta vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi serta wang tunai RM10K.
Senarai Pemenang Bagi Anugerah Juara Lagu AJL Ke 26
Juara lagu Ke 26
Awan Nano - Hafiz
Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan - 3 Suara
Tempat Ketiga Juara Lagu Ke 26
Karma - Faizal Tahir
Persembahan Terbaik
Kisah Hati - Alyah
Vokal Terbaik
Awan Nano - Hafiz
Tahniah kepada Juara Anugerah Juara Lagu AJL Ke 26, Hafiz dengan lagunya Awan Nano yang berjaya merangkul 2 anugerah.
Juga kepada pemenang-pemenang yang lain.
Admin
12:31 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaHarga Gula Tahun 2012 Kekal RM2.30 Sekilogram
Sumber Harga Gula 2012 Kekal RM2.30 Sekilogram : UtusanOnline
Jika dilihat pada trend kenaikan harga gula dibawah, hampir 2 tahun juga harga gula dikekalkan pada harga RM2.30 sejak kali terakhir harga gula dinaikkan daripada RM2.10 kepada RM2.30 pada May 2010 berbanding 3 kali kenaikan pada tahun 2010
Dr. Haron Din Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pengunjung Amry,s Blog sekalian. Semoga kita semua sentiasaa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda akan kita perolehi.
Video Dr. Haron Din bermimpi bertemu Rasulullah SAW ni aku tak tahu bila dirakam atau divideokan. Aku baru dapat melalui seorang rakan facebook yang mengupload video Dr. Haron Din bermimpi bertemu Rasulullah SAW.
Subhanallah.... Bertapa bertuahnya Dr. Haron Din dapat bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Ya Allah......
Telah diriwayatkan dalam beberapa hadis berkaitan mimpi bertemu Rasulullah salah satunya ialah, berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Aku yang hanya melihat video ni sahaja pun sungguh tersentuh mendengar pengalaman Dr. Haron Din bermimpi bertemu Rasululah SAW apalagi Dr Haron Din yang merasai sendiri pengalaman tersebut sehingga beliau menitiskan air matanya dan sesiapa sahaja yang yang mencintai baginda pasti akan menitiskan air mata jika dapat bertemu baginda didalam mimpi, dan mereka hanyalah antara yang terpilih oleh Allah SWT. Subhanallah...
Doa Semoga Bermimpi Bertemu Rasulullah SAW
Nampaknya kes pelajar Jual Baucer Buku 1Malaysia bukan setakat kecoh, tetapi dipandang serious oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sehingga membuat laporan polis.
Boleh accept lagi la kesalahan ni kalau kena sisasat pun, tak der la sampai kena penjara, paling tak pun nasihat jer.... Lain la kes Pelajar USM Ugut Bunuh PM kan.... Yang tu sah-sah sua leher....
Pelajar Universiti Jual Baucer Buku 1Malaysia Di Mudah.my, Forum
2 3 hari ni kecoh juga aku baca kes pelajar Universiti menjual semula Baucer Buku 1Malaysia di laman web Mudah.my dan forum-forum terkenal yang lain.....
Kalau sebelum ni ada yang kata pelajar salah guna Baucer Buku 1Malaysia dengan membeli buku-buku yang tidak berkaitan dengan ilmiah, tetapi penjualan Baucer Buku 1Malaysia ni rasanya lebih memeranjatkan.
Penjualan Baucer Buku 1Malaysia perbuatan tidak amanah
Yup. Perbuatan menjual semula Baucer Buku 1Malaysia ni adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Samalah juga membeli buku-buku yang tidak berkaitan dengan pelajaran dengan Baucer Buku 1Malaysia tu. Mana tak nya, Baucer Buku 1Malaysia tu diberikan untuk membeli buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan pelajaran. Ini lain pulak jadinya....
Perlaksanaan Pemberian Baucer Buku 1Malaysia yang Kurang Cekap
Kenapa tak beri Baucer Buku 1Malaysia tu dalam bentuk rebate tunai? Sebab bukan semua pelajar perlu membeli buku.... Mungkin ada yang perlu membeli, perkakasan lain seperti printer, komputer, laptop atau sebagainya, kerja-kerja pengkhususan yang memerlukan wang untuk menyiapkannya. Sememangnya RM200 tu tak cukup untuk menampung perbelanjaan tersebut, sekurang-kurangnya, kes pelajar Jual Baucer Buku 1Malaysia ni tidak timbul. Tetapi bagaimana pula jika rebate tersebut digunakan untuk membeli benda lain yang tidak berfaedah? Susah juga rebate tunai ni.....
Pada pandangan aku, mungkin lebih molek jika Baucer Buku 1Malaysia ni ditukar kaedah pemberiannya dalam bentuk 'penebusan'. Wujudkan satu department "Penebusan Rebate Tunai" atau apa-apa Department yang seumpamanya di institusi-institusi yang terbabit utnuk menguruskan penebusan rebate tersebut. Penebusan bermaksud, pelajar perlu membeli terlebih dahulu peralatan berkaitan pelajaran yang mereka perlukan dalam jumlah RM200, seterusnya, kemukan resit pembayaran kepada Department tersebut sebagai bukti untuk mereka menebus rebate tersebut. Kalau jumlah perbelanjaan tu lebih dari RM200, pandai-pandai la keluarkan duit poket sendiri. Kalau tak mahu ada penyalahgunaan rebate tersebut, buktikan juga sekali barangan yang dibeli kepada Department tersebut (Resit pun boleh beli wokeh!!). So, dengan cara ni, kes seumpama Pelajar Jual Baucer Buku 1Malaysia ni tak kan berlaku.
Kalau pelajar yang jual Baucer Buku 1Malaysia tu sememangnya memerlukan duit, tak apa lah kot, dah dia tak perlukan buku, dia perlukan duit, nak buat macam mana. Lebih baik jual Baucer Buku 1Malaysia tu daripada dia menyamun merompak. Kepada yang suka-suka nak jual Baucer Buku 1Malaysia tu, adehhh... Mungkin korang boleh praktikkan "bakat keusahawanan" tu kearah lain yang lebih baik. :)
Kaitan Status Glitterati Nuffnang Dan Iklan Adsense
Sorry lah kalau tajuk gimik sikit. Hehe.... Sebenarnya tak ada kaitan apa pun antara Status Glitterati dengan Iklan Adsense dari Google ni. Kepada yang tak tahu, iklan Adsense ni adalah program Pay Per Click daripada Google. Sama macam Nuffnang cuba beza bentuk iklan jer. Nuffnang menggunakan gambar, manakala iklan Adsense menggunakan baris ayat.
Sebelum ni, aku ada terniat nak masukkan iklan Adsense dalam blog aku ni... Kot la boleh dapat RM5-RM10 sebulan kira ok la kan, huhu, tetapi aku agak risau jika aku masukkan iklan Adsense ke dalam blog aku yang ada iklan dari Nuffnang yang berstatus Glitterati ni, status Glitterati tu akan bertukar kepada status Ordinary.
Pernah terbaca kalau masukkan iklan Adsense ke dalam blog yang ada Nuffnang dan berstatus Glitterati, status tersebut tak kan bertukar sebab Adsense bukan pesaing bagi Nuffnang iaitu bukan penyedia iklan dari negara Asia sama seperti Nuffnang. Tapi aku masih tak berani nak masukkan iklan Adsense ni. Buffered Earning je la yang aku harap baiii..... Kalau sempat dia bertukar, nangis tak berlagu aku, dah la earning aku pun ciput.
Untuk kepastian, aku hantar tiket pertanyaan kepada pihak Nuffnang berkenaan iklan Adsense ni. Dan jawapan yang ringkas, iklan Adsense tidak mempengaruhi status Glitterati. Lega la aku dapat jawapan tu, boleh la aku letak iklan Adsense....
Masalah lain pulak timbul bila akaun Adsense aku 'Disable'. Adoiiii.... Sedih den... Aku pun tak paham sangat maksud akaun Adsense 'Disable' ni dan apa kepuncanya... Try buat akaun lain tak boleh... tambah pening aku. Aku terbaca kat Wangcyber, kata forumer dalam tu, kalau akaun Adsense dah 'Disable', memang susah nak aktifkan balik akaun Adsense tu. Antara punca akaun Adsense 'Disable' sah-sah langgar terma dan syarat yang Google tetapkan antaranya klik iklan sendiri, letak iklan didalam web pihak ketiga... Yang web pihak ketiga ni aku tak paham. Tapi seingat aku aku tak ada buat apa-apa kesalahan yang melanggar terma dan syarat pengiklanan Adsense.
Akaun Adsense aku tu dah lama. Dah berkurun... Sebelum lahirnya blog aku ni, aku dah ada buka akaun Adsense tu, waktu tu baru nak kenal blog. Kata forumer Wangcyber tu lagi, nak aktifkan balik akaun Adsense yang dah Disable, cuba buang dulu kesemua iklan Adsense yang dipasang kemudian minta pihak Adsense review balik permohonan tersebut untuk memastikan pemohon tidak melanggar terma dan syarat pengiklanan Adsense. Masalahnya...... Blog aku tu aku dah lupa pun alamat urlnya....Ayayayayayaiiiiii..
Nampaknya sampai kesudah la aku tak boleh pasang iklan Adsense ni... Hmmm.... Berkenan sangat nak pasang iklan Adsniaga, tapi yang tu terang-terang la Status Glitterati aku ditarik...
So kepada sesaper yang belum ada akaun Adsense, boleh la cuba mohon dan pasang kat blog masing-masing, kena gaya, masyuk la jugaaaaa......
Admin
1:34 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPenyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia
Terkejut juga aku dengan berita kematian penyanyi Izwan Pilus ni. Serious aku ingat ada yang buat-buat cerita. Yer lah, masih muda kan... Google Google sah Izwan Pilus telah meninggal dunia.
Aku tak la ikut sangat perkembangan dunia selebriti ni, tapi aku tahu jugalah yang Izwan Pilus ni penyanyi, dan masih muda, bukan penyanyi era 80-an.
Ajal maut jodoh pertemuan semua dah ditentukan.... Al-fatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarga arwah
Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee 20 Januari 2012
Pada 20 Januari 2012, Farah Lee 22 tahun telah pun selamat diijab kabul bersama pasangan hidupnya, Ally Iskandar 36 tahun, seorang pengacara TV3 pada jam 10 pagi. Dengan hanya dua kali lafaz, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Binti Romli, seorang pelajar kejuruteraan mekanikal telah pun sah menjadi isteri kepada Ally Iskandar. Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kristal Tamadun Islam Terengganu
Farah Lee yang diwalikan oleh bapanya, Romli Ismail dinikahkan oleh jurunikah Tuan Haji Mohamad Abu Bakar dengan mas kahwin RM250.
Di dalam majlis pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee, Ally menghantar 7 dulang hantaran berupa sirih junjung, Mac Book Pro, sejadah, cincin, telekung, mas kahwin, sebuah rumah, baju kurung dan senaskah al-quran. Dibalas 9 dulang dari pihak Farah Lee iaitu, manisan, baju melayu, bunga rampai, sejadah, jubah, iPhone, cincin dan replika rumah.
Pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee merupakan pilihan keluarga dimana pihak keluarga Ally Iskandar telah datang merisik Farah Lee pada Syawal Tahun Lalu dan dipertemukan pada Ogos lalu.
Ally Iskandar sebelum ini pernah bertunang dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal 26 tahun tetapi hanya dapat bertahan selama 5 bulan iaitu putus pada 30 Julai tahun lalu kerana tiada keserasian.
Ally Iskandar sebelum ini pernah bertunang dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal 26 tahun tetapi hanya dapat bertahan selama 5 bulan iaitu putus pada 30 Julai tahun lalu kerana tiada keserasian.
Gambar Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah lee 20 Jan 2012
Juruwang Islam Di Taiping Dipaksa Pegang Daging Babi
Sumber Juruwang Islam Dipaksa Pegang Daging Babi : Utusan Online 19 Jan 2012
--------------------------------------------------
Tak puas hati betul. Pengurus Pasaraya tu aku definisikan sebagai B*****T. Aku rasa nak terajang jer pengurus yang kurang ajar tu. B****G!!! Dah berapa lama duk kat Malaysia, tak kan tak tahu lagi orang Islam tak boleh sentuh daging babi. Pelanggan tu pun sama. Bingai!! Pekerja yang penakut nak buat aduan tu pun sama. Sanggup pegang daging babi, ikut telunjuk pengurus tu hanya kerana takut ditukar ke bahagian lain... Aduhaii... Tukar pun tukar jer lah... Asalkan tak pegang benda haram tu.... Kalau kena buang sekali pun, banyak lagi kot tempat kerja yang boleh dimohon, daripada kerja dengan pengurus yang B*****T tu!
Azwan Ali Mohon Maaf Berkaitan Ugutan Bunuh Terhadap Ummi Halfida Ali
Sebelum ini, kecoh Azwan Ali membuat ugutan bunuh terhadap Ummi Halfida Ali, adik kandungnya sendiri. Kini Azwan Ali telah memohon maaf serta aku janji secara terbuka menerusi media terhadap Ummi Halfida Ali berkaitan ugutan bunuh tersebut. Azwan Ali juga memohon maaf kepada pemimpin-pemimpin politik serta para artis yang terlibat diatas ketelanjurannya didalam laman Twitternya.
Video Sidang Akhbar Dan Kenyataan Akhbar Mengenai Ugutan Bunuh Azwan Ali Terhadap Ummi Halfida Ali
Permohonan Maaf Dan Aku Janji Azwan Ali Berhubung Tindakannya Mengugut Ummi Halfida Ali Menerusi Sidang Akhbar
Gambar Azwan Ali Dan Ummi Halfida Ali di sekitar Kenyataan Akhbar berhubung ugutan Bunuh Azwan Ali Terhadap Ummi Halfida
Azwan Ali Ugut Bunuh Ummi Halfida Ali
Sumber gambar Ummi Halfida Ali membuat Laporan Polis berkaitan ugutan bunuh oleh Azwan Ali : HMetro 18 Jan 2012
Sumber Azwan Ali didakwa ugut bunuh Ummi Halfida Ali : Utusan Online 18 Jan 2012
Dunia artis... Macam-macam. Tapi aku rasa kalau sampai nak membunuh saudara sendiri, dah tahap melampau dah. Kalau Azwan Ali tu bukan artis sekalipun, boleh jadi isu juga. Ugut bunuh darah daging sendiri..... Haish... Dunia akhir zaman....
Orang lagi nak berbaik dengan saudara sendiri, adik beradik sendiri, ini nak bunuh pulak... Hilang nilai keharmonian dalam institusi kekeluargaan tu kalau jadi macam ni, tak perlu ugut bunuh la, bergaduh saja pun dah penuh rasa sedih didada...... :(
Ummi Halfida Ali Membuat Laporan Polis Berhubung Ugutan Bunuh Azwan Ali
Sumber Azwan Ali didakwa ugut bunuh Ummi Halfida Ali : Utusan Online 18 Jan 2012
Dunia artis... Macam-macam. Tapi aku rasa kalau sampai nak membunuh saudara sendiri, dah tahap melampau dah. Kalau Azwan Ali tu bukan artis sekalipun, boleh jadi isu juga. Ugut bunuh darah daging sendiri..... Haish... Dunia akhir zaman....
Orang lagi nak berbaik dengan saudara sendiri, adik beradik sendiri, ini nak bunuh pulak... Hilang nilai keharmonian dalam institusi kekeluargaan tu kalau jadi macam ni, tak perlu ugut bunuh la, bergaduh saja pun dah penuh rasa sedih didada...... :(
Produk Ramly Food Mengandungi DNA babi
Seingat aku dulu pernah ada isu pasal Produk Ramly Food mengandungi DNA babi dan tidak halal. Seingat aku la.... Tak pasti pulak kalau yang itu produk lain. Tapi pernah ada isu yang sama...
Produk Ramly... Siapa yang tak tahu produk Ramly Food ni... Pergi la mana-mana gerai yang menjual burger, kebanyakannya ada sticker "Ramly" ni. Baru-baru ni kecoh pasal Produk Ramly Food mengandungi DNA babi... Betul ker dakwaan tu??
Produk Ramly Food Mengandungi DNA Babi adalah fitnah
Betul ker Produk Ramly Food ada DNA babi dan tidak halal? Lihat Sijil Pengesahan Halal Produk Ramly Food dibawah
Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi menafikan dakwaan yang mengatakan Produk Ramly Food mengandungi DNA babi dan tidak halal demi menjaga reputasi Kumpulan Syarikat Ramly Food.
Admin
1:10 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPelajar USM Ugut Bunuh Perdana Menteri Ditahan Polis
Sumber Pelajar USM Ugut Bunuh Perdana Menteri : Kosmo 15 Jan 2012
Gambar FB Pelajar USM Ugut Bunuh Perdana Menteri
Orang kata sebelum buat sesuatu, fikir dulu. Kalau tidak inilah jadinya..... Memakan diri... Ugut PM bang, bukan ugut kawan... Dalam blog pulak tu... Kalau bisik kat telinga kawan sebelah kot tak kena tahan.....
Cari penyakit.. inilah dia.....
Admin
12:52 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaCari penyakit.. inilah dia.....
Kerajaan Perkenal Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan didalam Pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, satu skim akan diwujudkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah bawah antara RM500 hingga RM3000 iaitu Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia atau SARA 1Malaysia.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia merupakan gabungan produk pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini mampu memberikan aliran tunai atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah.
Perdana Menteri Najib Tun Razak yang melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini pada 12 Januari 2012 yang lalu mengatakan skim ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan golongan-golongan atau isi rumah yang berpendapatan rendah antara RM500 hingga RM3000 ini menabung dan melabur sekaligus membantu golongan ini mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.
Melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini, satu-satu isi rumah boleh membuat pelaburan samada melalui pinjaman bank atau simpanan sendiri berjumlah RM5000. Sekiranya melalui pinjaman bank, peminjam boleh membuat pinjaman RM5000 untuk tempoh 5 tahun dengan pembayaran balik hanya sebanyak RM84 daripada RM134, RM50 merupakan keuntungan daripada pelaburan. Manakala yang membuat pelaburan melalui simpanan sendiri, keuntungan bersih RM134 akan diperolehi. Untuk tempoh 5 tahun, pelabur akan memperoleh keuntungan sehingga RM5000 bagi yang membuat pinjaman dan RM13000 yang menggunakan simpanan sendiri.
Melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini, satu-satu isi rumah boleh membuat pelaburan samada melalui pinjaman bank atau simpanan sendiri berjumlah RM5000. Sekiranya melalui pinjaman bank, peminjam boleh membuat pinjaman RM5000 untuk tempoh 5 tahun dengan pembayaran balik hanya sebanyak RM84 daripada RM134, RM50 merupakan keuntungan daripada pelaburan. Manakala yang membuat pelaburan melalui simpanan sendiri, keuntungan bersih RM134 akan diperolehi. Untuk tempoh 5 tahun, pelabur akan memperoleh keuntungan sehingga RM5000 bagi yang membuat pinjaman dan RM13000 yang menggunakan simpanan sendiri.
Syarat Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia
Cara Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia
Untuk membuat permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan dimana-mana salah satu cawangan bank yang terlibat dengan perlaksanaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula 30 Januari 2012. Borang permohonan yang telah siap diisi perlu diserahkan kembai kepada pihak bank untuk semakan.
Bank yang terlibat dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia adalah Maybank, CIMB, RHB dan BSN
Sila bawa bersama dokumen asal serta salinan yang telah disahkan iaitu
1. MyKad Pemohon beserta 2 salinan
2. MyKad pasangan (Jika berkenaan) beserta 1 salinan
3. Bukti pendapatan
* 1 salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini
* 1 salinan penyata bank 3 bulan terkini
Tempoh permohonan adalah selama setahun bermula dari tarikh pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, atau sehingga kesemua peruntukan pembiayaan habis dilanggan yang mana lebih awal.
Maklumat lanjut Skim Amanah Rakyat 1Malaysia layari http://www.sara1malaysia.com.my
Maklumat lanjut Skim Amanah Rakyat 1Malaysia layari http://www.sara1malaysia.com.my
-------------------------------------------------------------------------
Yang belum berkelamin jangan tergedik-gedik nak memohon yer.... Isi rumah bermaksud yang berkahwin atau pernah berkahwin tetapi bercerai (duda janda) ^_^
Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2012
Sumber Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2012 : Utusan Online
Jadual Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2012
Admin
11:32 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTonton Biografi Datuk Siti Nurhaliza Di Saluran Astro History Channel
Siti Nurhaliza Binti Tarudin...... Saper yang tak kenal dengan nama tersebut? Aku rasa satu Malaysia kenal. Peminat ker bukan peminat ker semua kenal. Penyanyi no.1 Malaysia.
Pada 11 Januari 2012 jam 10 malam, kisah hidup Datuk Siti Nurhaliza telah dirakam dan ditayangkan menerusi saluran Astro History Channel. 11 Januari 2012 merupakan tarikh lahir Datuk Siti Nurhaliza yang ke 33 tahun dan rancangan bertajuk 'Siti Nurhaliza' di History Cahnnel ini adalah rancangan khas sempena ulang tahun kelahiran Datuk Siti Nurhaliza.
Siaran ulangan rancangan 'Siti Nurhaliza' di History Channel akan di ulang tayang pada 12 Januari jam 8 malam, 14 Januari 6 petang, dan 15 Januari 9 malam. Kepada peminat-peminat Datuk Siti Nurhaliza yang ada Astro tu jangan lepaskan peluang menonton artis kesayangan Malaysia ni. Yang tak ada Astro tu, jangan bersedih........ tonton Biografi Datuk Siti Nurhaliza di History Channel menerusi youtube. Layan......
Pelancaran Toyota MPV Avanza Baru
Pada 11 Jan 2012, Toyota telah melancarkan kenderaan MPV mereka yang terbaru. Masih mengekalkan nama yang sama iaitu Avanza tetapi diberikan nafas baru dari segi spesifikasi.
Didatangkan dalam 4 variasi yang berbeza dengan kapasiti enjin 1.3 liter dan juga 1.5 liter yang mana enjin berkapasiti 1.3 liter menggunakan kotak gear manual manakala 1.5 liter menggunakan kotak gear automatik. 4 variasi MPV Avanza tersebut adalah 1.3E (MT), 1.5E (AT), 1.5G (AT) dan 1.5S (AT)
Harga bagi Toyota MPV Avanza baru yang ditawarkan bermula dari harga RM63,864,00 sehingga RM79,590,00 seunit. Berikut adalah senarai bagi harga Toyota MPV Avanza baru mengikut warna juga pakej kepenggunaan.
Variasi Warna Toyota MPV Avanza Baru
Gambar Toyota MPV Avanza Baru
Apa kata mereka yang pernah menggunakan Toyota MPV Avanza
Sumber Apa Kata Pengguna Toyota MPV Avanza : arenakereta.com
p/s : Ada sesaper yang nak cuba merasa Toyota MPV Avanza Baru? ^_^
Admin
11:49 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia