Home » , , , » Pelajar Jual Baucer Buku 1Malaysia

Pelajar Jual Baucer Buku 1Malaysia


Pelajar Universiti Jual Baucer Buku 1Malaysia Di Mudah.my, Forum

Pelajar U Jual Baucer Buku 1Malaysia Di Laman Web Mudah.my, Forum

2 3 hari ni kecoh juga aku baca kes pelajar Universiti menjual semula Baucer Buku 1Malaysia di laman web Mudah.my dan forum-forum terkenal yang lain.....

Kalau sebelum ni ada yang kata pelajar salah guna Baucer Buku 1Malaysia dengan membeli buku-buku yang tidak berkaitan dengan ilmiah, tetapi penjualan Baucer Buku 1Malaysia ni rasanya lebih memeranjatkan.

Penjualan Baucer Buku 1Malaysia perbuatan tidak amanah

Yup. Perbuatan menjual semula Baucer Buku 1Malaysia ni adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Samalah juga membeli buku-buku yang tidak berkaitan dengan pelajaran dengan Baucer Buku 1Malaysia tu. Mana tak nya, Baucer Buku 1Malaysia tu diberikan untuk membeli buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan pelajaran. Ini lain pulak jadinya....

Perlaksanaan Pemberian Baucer Buku 1Malaysia yang Kurang Cekap

Kenapa tak beri Baucer Buku 1Malaysia tu dalam bentuk rebate tunai? Sebab bukan semua pelajar perlu membeli buku.... Mungkin ada yang perlu membeli, perkakasan lain seperti printer, komputer, laptop atau sebagainya, kerja-kerja pengkhususan yang memerlukan wang untuk menyiapkannya. Sememangnya RM200 tu tak cukup untuk menampung perbelanjaan tersebut, sekurang-kurangnya, kes pelajar Jual Baucer Buku 1Malaysia ni tidak timbul. Tetapi bagaimana pula jika rebate tersebut digunakan untuk membeli benda lain yang tidak berfaedah? Susah juga rebate tunai ni.....
Pada pandangan aku, mungkin lebih molek jika Baucer Buku 1Malaysia ni ditukar kaedah pemberiannya dalam bentuk 'penebusan'. Wujudkan satu department "Penebusan Rebate Tunai" atau apa-apa Department yang seumpamanya di institusi-institusi yang terbabit utnuk menguruskan penebusan rebate tersebut. Penebusan bermaksud, pelajar perlu membeli terlebih dahulu peralatan berkaitan pelajaran yang mereka perlukan dalam jumlah RM200, seterusnya, kemukan resit pembayaran kepada Department tersebut sebagai bukti untuk mereka menebus rebate tersebut. Kalau jumlah perbelanjaan tu lebih dari RM200, pandai-pandai la keluarkan duit poket sendiri. Kalau tak mahu ada penyalahgunaan rebate tersebut, buktikan juga sekali barangan yang dibeli kepada Department tersebut (Resit pun boleh beli wokeh!!). So, dengan cara ni, kes seumpama Pelajar Jual Baucer Buku 1Malaysia ni tak kan berlaku.

Kalau pelajar yang jual Baucer Buku 1Malaysia tu sememangnya memerlukan duit, tak apa lah kot, dah dia tak perlukan buku, dia perlukan duit, nak buat macam mana. Lebih baik jual Baucer Buku 1Malaysia tu daripada dia menyamun merompak. Kepada yang suka-suka nak jual Baucer Buku 1Malaysia tu, adehhh... Mungkin korang boleh praktikkan "bakat keusahawanan" tu kearah lain yang lebih baik. :)

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. Memang tak patut buat macam tu


    Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment