Cara Mudah Dan Efektif Meningkatkan Jualan Produk
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post kali ni nak sentuh sikit bab pemasaran iaitu bagaimana cara yang paling mudah dan efektif untuk meningkatkan jualan produk di internet
Sekiranya anda seorang peniaga atau usahawan internet iaitu memasarkan produk atau servis anda bermediumkan internet tidak kira samaada menggunakan web atau FB, tentunya anda memerlukan pelawat atau pelanggan bukan untuk mereka mendapatkan produk atau servis anda dan seterusnya menjana keuntungan kepada anda
Sekiranya anda mempunyai web atau blog perniagaan anda sendiri, pastinya anda memerlukan ramai pelawat yang datang ke web atau blog anda tadi dan mendapatkan produk atau servis anda. Jika anda menggunakan FB pula, semestinya anda ingin orang ramai melihat post status atau iklan anda.
Disini saya ingin berkongsi dengan anda satu produk yang dapat membantu anda meningkatkan pelawat web atau blog perniagaan anda atau membuatkan iklan anda dilihat oleh ramai pengguna FB.
Cuba anda klik pada link dibawah dan lihat apa yang akan berlaku.
Template Baru Amry's Blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Moga sihat-sihat semua.
Semalam blog ini dah pun bertukar wajah dengan menukarkan template baru setelah sekian lama blog ni tak tukar 'baju'. Dulu rajin lah tukar template, kejap kejap tukar kejap kejap tukar. Sekarang tak serajin dulu dah. Huhuhu..
Template lama ditukar sebab dah nampak kusam dan ada masalah pada widget 'Page Navigation' dia. Malas nak godek tukar terus template.
Penting ke template kepada blog? Ke sekadar nak bagi cantik blog je?
Kalau nak tahu template ni memainkan peranan juga dalam Search Engine Optimization atau SEO.
Huish, tak layak rasanya nak cerita bab SEO ni, tapi memang template ada peranan dalam membawa pelawat ke blog. Tak caye, cuba google Template Mesra SEO.
Kalau di mata pembaca template yang kemas memang la sedap mata membaca. Bagi 'Robot Crawler' pula, dia tak tengok cantik ke hodoh blog tu, tapi dia tengok pada susunan kod-kod template... Semakin tersusun kod semakin senang dia nak jelajah blog. semakin senang crawler ni jelajah lagi senang dia nak bawa pelawat.
Pemilihan template ni bergantung kepada individu dan niche blog. Kalau sekadar blog suka suki dan personal, hantam ja lah nak pakai template apa pun. Dah nama pun suka suki. Tapi yang mempunyai tujuan dalam menghasilkan blog dan mempunyai niche niche tertentu, dia perlulah memilih template yang sesuai, yang penting, template tu mesra SEO untuk membawa masuk pelawat.
Template kali ni diberi nama 'New Super SEO Friendly'. Super SEO la sangat blog ni..
Template ni adalah antara template terbaru untuk tahun 2014. Template ni dipilih kerana ianya agak friendly dengan Robot Crawler a.k.a SEO selain susun atur dia yang kemas.
Kalau korang terasa nak tukar template, boleh klik link dibawah. Di sana ada beberapa pilihan template yang mesra SEO dan agak sodap mata dipandang
Aktiviti Blogwalking Yang Dah Lama Ditinggalkan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kembali ke udara. Hahaha... Semoga yang baca post ni sihat-sihat la yer.
Jom kita berceloteh. Yang mana ada blog, mesti tahu apa blogwalking kan. Blogwalking adalah kerja kerja melawat blog rakan-rakan yang lain.
Dulu waktu mula-mula berblog, rajin la aku berblogwalking ni. Ada juga aku buat entry pasal blogwalking.
Hahahahaha... Waktu buat entry 'Blogwalking Management' tu dulu, semangat berblog memang berkobar-kobar la. Entry tu dibuat pada tahun 2010!! Oh!! Dah lama rupanya blog aku ni :'(
Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan blog, blogwalking ni salah satu cara la untuk memperkenalkan blog kita kepada blogger lain selain ianya salah satu cara untuk memperbaiki kedudukan blog di Search Engine atau enjin carian macam Google.
Itu kisah dulu lah. Sekarang ni nak blogwalking, malas yang teramat sangat. Blog pun tak terupdate. :(
Selain malas, faktor masa pun mempengaruhi juga. Rindu sebenanrnya nak berblogwalking, Selain mengeratkan hubungan diantara rakan-rakan blogger, ianya dapat mewujudkan satu kepuasan sebenanrnya bila tengok komen banyak dekat post kita kan. Terasa la juga post kita ada yang baca. Hahaha... Tengok saja lah pada post-post aku yang dulu waktu rajin blogwalking, banyak komen-komen yang ditinggalkan. Sekarang ni? Huhuhu...
Baru-baru ni, aku singgah di blog rakan aku yang sememangnya setia singgah datang blog aku ni dari dulu walaupun aku jarang yang teramat sangat singgah blog dia. Tingalkan komen di blog dia jauh sekali.
Terima kasih aku ucapkan kepada saudara Fairus.
Beberapa hari lepas aku ada buat post pasal iklan lucah di blog beliau.
Dan beliau buat post pasal iklan tersebut dan bagi link kat aku. Terima kasih.
Hasilnya 2 blogger baru singgah datang ke blog aku ni dan meninggalkan komen.
Kepada Bunda dan Cik Itah, jangan terlalu berharap saya sering singgah di blog kalian ye sebab saya memang jarang blogwalking sekarang ni :( Kena time rajin InsyaAllah.
Akhir kata, kepada yang baru berjinak-jinak dengan blog, rajin-rajin la blogwalking yer :) Jangan malas macam eden.. :)
--------------------------------------------------
p/s : Dah lama tak berceloteh panjang. Pergh!!
Admin
3:54 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTingkatkan Traffik Blog Dengan Facebook Comment Plugin
Facebook Comment Plugin merupakan satu 'application' yang terdapat didalam laman sosial Facebook yang boleh dimasukkan ke dalam laman web/blog sebagai widget.
Facebook Comment Plugin membolehkan seseorang pelawat laman web atau blog meninggalkan komen mereka menggunakan akaun facebook mereka tanpa perlu mereka memasukkan nama, email, atau alamat URL. Mereka yang meninggalkan komen menggunakan Facebook Comment Plugin ini besar kemungkinan mereka tidak mempunyai laman web atau blog.
Dengan menggunakan Facebook Comment Plugin ini, ianya akan dapat membantu sesebuah laman web atau blog itu menjana traffik daripada laman sosial Facebook secara viral. Viral disini dapat didefinisikan sebagai penyampaian secara tidak langsung sesuatu maklumat (laman web/blog) kepada orang lain melalui orang tengah atau perantara. Contoh : Ali meninggalkan komen didalam sebuah blog bertajuk "Tingkatkan Traffik Blog Menggunakan Facebook Comment Plugin" menggunakan Facebook Comment Plugin yang terdapat didalam blog tersebut. Melalui komen yang ditinggalkan oleh Ali tadi, sekaligus entry blog bertajuk "Meningkatkan Traffik Blog Menggunakan Facebook Comment Plugin" tadi dapat disebarkan melalui akaun facebook Ali dimana rakan-rakan Ali turut dapat mengetahui serta melihat kewujudan entry blog tersebut. Daripada Ali seorang, entry tersebut dapat disebarkan kepada 10 orang, melalui 10 orang, disebarkan lagi kepada 10 orang yang lain dan seterusnya.


Tetapi keberkesanan meningkatkan traffik blog menggunakan Facebook Comment Plugin ini bergantung kepada beberapa faktor seperti niche blog, tajuk entry, dan juga siapa pelawat blog itu sendiri.
Niche blog : Kalau niche blog tu tentang cintan cintun si blogger tu kepada kekasih dia, berapa kerat sangat nak masuk ke dalam blog tersebut serta meninggalkan komen. Niche tentang isu semasa, sukan, dunia artis mungkin dapat meningkatkan peratus pelawat meninggalkan komen menggunakan Facebook Comment Plugin ini. Kata yang lebih mudah, niche yang dapat menarik minat orang ramai untuk membaca entry tersebut.
Pelawat : Jika pelawat yang membaca entry "Meningkatkan Traffik Blog Menggunakan Comment Plugin" tersebut kebanyakannya merupakan 'return visitor' yang sememangnya mempunyai blog mereka sendiri, pelawat tersebut pasti akan meninggalkan komen menggunakan comment widget daripada penyedia blog itu sendiri berbanding menggunakan Facebook Comment Plugin. Tetapi jika pelawat-pelawat blog itu daripada search engine atau rakan-rakan facebok yang mungkin tidak mempunyai blog, ini akan meningkatkan peratus pelawat tersebut meninggalkan komen menggunakan Facebook Comment Plugin.
Namun begitu, menggunakan Facebook Comment Plugin ini ada baik buruknya juga. Ini kerana jika pembaca meninggalkan komen melalui Facebook Comment Plugin ini, tiada 'notification' yang akan memberitahu empunya milik laman web atau blog tersebut akan komen-komen baru yang diterima seperti mana terdapat notification daripada sistem blog yang memberitahu akan kewujudan komen baru jika pembaca meninggalkan komen daripada ruangan komen blog itu sendiri. Mungkin fungsi notification ini tidak penting bagi seseorang blogger itu kerana dia hanya sekadar untuk meningkatkan traffik, tetapi ianya sangat penting jika ia membabitkan sesebuah temujanji, mungkin blogger itu seorang pakar perniagaan internet yang mana terdapat pembaca yang menjemput blogger itu membuat 'talk', atau mungkin blogger itu seorang pakar motivasi.
Apa-apa pun semuanya bergantung kepada empunya blog atau laman web itu sendiri samada ingin memasukkan Facebook Comment Plugin atau tidak. Jika dirasakan blog itu mempunyai banyak traffik daripada enjin carian atau mempunyai pembaca setia daripada laman sosial facebook, Facebok Comment Plugin ini mungkin dapat membantu meningkatkan lagi bilangan traffik blog atau laman web tersebut. Macam Amry's Blog, suka-suka letak jer Fcebook Comment Plugin ni, kalau ada pembaca yang tingalkan komen menggunakan Facebok Comment Plugin tu, adalah, kalau tak ada, tak ada lah. Nasib lah :)
Tips Tarik Trafik Blog
Mula-mula sekali aku nak mintak maaf la kat pengunjung blog aku yang terbaca enty aku yang bertajuk "Tips Tarik Trafik" ni. Sebabnya dalam entry aku ni tak ada tips pun aku nak bagi tuk tarik trafik blog. Trafik blog aku ni pun ciput sangat!
Apa yang aku nak cerita kat sini adalah....... Tengok screenshot dibawah dulu.....
Komen yang bernas lagi munasabah ni aku dapat dari entry aku yang bertajuk "Kempen Bebaskan Anwar 901". Sebelum aku tulis dengan panjang lebar lagi, aku nak ucapkan terima kasih berbanyak kepada anonymous 'terhormat' tu sebab entry ni aku buat kerana komen dia yang amat bernas tu. Dia tak komen, tak ada la entry ni. Kan.
Orang macam ni.... Tak guna kita nak bertelagah... Kalau bertelagah pun, buang masa, buang karan. Selalunya orang yang macam ni lah yang suka mencetuskan fenomena alam :)
Segala yang orang cakap di fikiran dia tak betul. Ini tak betul itu tak betul... Dia jer lah yang betul. Dah empunya mulut cakap macam tu, yang p bangkang tu apasal, mulut yang sedang bercakap ni sedang menggunakan otak dia ker yang sesuka hati nak menafikan apa yang aku nyatakan?
Bila aku cakap aku tak ambil port pasal politik, tak ambil port lah. Yang bangkang apasal? Tak semestinya bila aku cakap aku tak ambil port, tapi bila aku tulis pasal politik, aku munafik, aku tipu yang aku ambil port pasal politik. Meh aku nak bagitahu... Entry bertajuk "Kempen Bebaskan Anwar 901" yang aku tulis tu hanyalah untuk aku tarik trafik atau pengunjung datang ke blog aku ni. Aku percaya En Anon tu tak kan faham apa yang aku tulis. (Dia tak baca pun)
Salah satu cara untuk tarik trafik atau pengunjung datang ke blog adalah dengan menulis satu-satu entry yang mempunyai keyword panas atau menulis tentang satu-satu isu yang sedang hangat berlaku yang menjadi carian tertinggi di enjin carian untuk satu tempoh masa tertentu. Contoh macam kempen tu lah. Aku cakap salah satu cara, sebab tak semua blogger suka mencari traffik dengan cara tu. Aku yang kurang ilmu SEO ni yang tu jer lah yang aku boleh buat supaya blog aku ni ada pengunjung, walaupun ciput.
Dah isu kempen anwar tu kecoh kat satu malaysia ni, dan aku pulak duk kat malaysia, surat khabar, TV, member-member tempat kerja semua cakap pasal tu, jadi aku tahulah. Bila aku tahu tak semestinya aku terlibat dengan benda tu! Dan bila aku tahu, aku nak tulis kat blog aku ni, aku tulis lah! Sebab aku nak cari trafik. Bukan sebab aku sibuk ikut nak buat demo! Duk kat umah tengok TV lagi baik!!
Kepada En Anon yang terhormat tu, sila belajar cara nak respect pendapat, pandangan, atau cara pemikiran orang lain. Jangan tahu nak bedal orang jer!
Aku cukup pantang orang macam ni. Tahunya nak perleceh orang jer!!
Marah sambil tersenyum. Hohohoho
Admin
12:07 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum semua pembaca-pembaca dan pelawat-pelawat Amry's Blog.
Mode : Jiwa kacau a.k.a tunggang langgang. Tak da ayat bunge2.
Sorry lama menyepi.
Tips Tingkat Traffik Blog Dengan Facebook Fan Page
Ada blog? Ada.... Bagus.
Ada Facebook fan page? Tak ada?
Tutorial kasi cun Facebook fan page
1. Create satu fan page blog korang.
2. Dah siap create page blog, taip "Tradable Bits" pada FB search box.
Tradable Bits adalah penyedia applikasi untuk membina tab untuk page.
3.Pada bahagian "Welcome" klik "Get started now"

5. Pada bahagian "Welcome" klik "install"

6. Seterusnya masukkan gambar yang ingin dimasukkan pada tab tersebut samada top image atau buttom image. Juga boleh dimasukkan video dari Youtube. Tick pada "add send+like link" juga "add comment" jika mahu. Save

7. Untuk menamakan tab tadi dan menjadikannya front page, klik pada bahagian edit di "About"

8. Untuk menamakan tab tadi, klik pada "app"

9. Cari "welcome tab" tadi klik "edit setting" dan namakan tab tadi. Save.

10. Untuk menjadikan tab tadi front page, klik pada "manage permission". Pada "default landing tab" select welcome yang dinamakan tadi. Save.

Hasilnya.....

11. Buat Page Badge dan tempek kat blog atau website.
Nak lebih advanced, explore setiap tab function yang ada.
Nak lebih advanced, upgrade akaun dari free member kepada paid member.

Nak komen atau share entry blog, gunakan page.
Sekian.....
Kalau suka, sila like, kalau menyampah, duk diam-diam
Admin
1:46 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia3.Pada bahagian "Welcome" klik "Get started now"
4. Pada bahagian page yang dibina tadi, klik "add tab"

5. Pada bahagian "Welcome" klik "install"

6. Seterusnya masukkan gambar yang ingin dimasukkan pada tab tersebut samada top image atau buttom image. Juga boleh dimasukkan video dari Youtube. Tick pada "add send+like link" juga "add comment" jika mahu. Save

7. Untuk menamakan tab tadi dan menjadikannya front page, klik pada bahagian edit di "About"

8. Untuk menamakan tab tadi, klik pada "app"

9. Cari "welcome tab" tadi klik "edit setting" dan namakan tab tadi. Save.

10. Untuk menjadikan tab tadi front page, klik pada "manage permission". Pada "default landing tab" select welcome yang dinamakan tadi. Save.

Hasilnya.....

11. Buat Page Badge dan tempek kat blog atau website.
Nak lebih advanced, explore setiap tab function yang ada.
Nak lebih advanced, upgrade akaun dari free member kepada paid member.
Up peminat page = Up traffik blog
Cari mana-mana blog member yang ada fan page dan like page dia menggunakan page korang tadi, "use facebook as page".
Nak komen atau share entry blog, gunakan page.
Sekian.....
Kalau suka, sila like, kalau menyampah, duk diam-diam












