Aktiviti Blogwalking

Aktiviti Blogwalking Yang Dah Lama Ditinggalkan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kembali ke udara. Hahaha... Semoga yang baca post ni sihat-sihat la yer.

Jom kita berceloteh. Yang mana ada blog, mesti tahu apa blogwalking kan. Blogwalking adalah kerja kerja melawat blog rakan-rakan yang lain.

Dulu waktu mula-mula berblog, rajin la aku berblogwalking ni. Ada juga aku buat entry pasal blogwalking.
Hahahahaha... Waktu buat entry 'Blogwalking Management' tu dulu, semangat berblog memang berkobar-kobar la. Entry tu dibuat pada tahun 2010!! Oh!! Dah lama rupanya blog aku ni :'(

Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan blog, blogwalking ni salah satu cara la untuk memperkenalkan blog kita kepada blogger lain selain ianya salah satu cara untuk memperbaiki kedudukan blog di Search Engine atau enjin carian macam Google.

Itu kisah dulu lah. Sekarang ni nak blogwalking, malas yang teramat sangat. Blog pun tak terupdate. :(
Selain malas, faktor masa pun mempengaruhi juga. Rindu sebenanrnya nak berblogwalking, Selain mengeratkan hubungan diantara rakan-rakan blogger, ianya dapat mewujudkan satu kepuasan sebenanrnya bila tengok komen banyak dekat post kita kan. Terasa la juga post kita ada yang baca. Hahaha... Tengok saja lah pada post-post aku yang dulu waktu rajin blogwalking, banyak komen-komen yang ditinggalkan. Sekarang ni? Huhuhu...

Baru-baru ni, aku singgah di blog rakan aku yang sememangnya setia singgah datang blog aku ni dari dulu walaupun aku jarang yang teramat sangat singgah blog dia. Tingalkan komen di blog dia jauh sekali.
Terima kasih aku ucapkan kepada saudara Fairus.

Beberapa hari lepas aku ada buat post pasal iklan lucah di blog beliau.
Dan beliau buat post pasal iklan tersebut dan bagi link kat aku. Terima kasih.
Hasilnya 2 blogger baru singgah datang ke blog aku ni dan meninggalkan komen.
Terima kasih kepada Bunda dan Cik Itah kerana bertandang.

Kepada Bunda dan Cik Itah, jangan terlalu berharap saya sering singgah di blog kalian ye sebab saya memang jarang blogwalking sekarang ni :( Kena time rajin InsyaAllah.

Akhir kata, kepada yang baru berjinak-jinak dengan blog, rajin-rajin la blogwalking yer :) Jangan malas macam eden.. :)

--------------------------------------------------

p/s : Dah lama tak berceloteh panjang. Pergh!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. salam. haha ok takpe..sy pun jarang blogwalking sekarang ni huhuk busy hiks ^^

    ReplyDelete
  2. SEMOGA KAU RAJIN-RAJIN BERTANDANG KE BLOG AKU.. HEHEHE

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment