Home » , , , » Memikat Hati Pelanggan

Memikat Hati Pelanggan

Menarik Minat Pelanggan Berbelanja Dan Membuat Repeat Order


Asslamualaikum dan salam sejahtera. Next entry. Huhu....
Entry kali ni pasal perniagaan sikit, lebih tepat marketing strategi atau strategi pemasaran. Aku ni bukan pakar ekonomi. Tapi dah idea ni jer yang ada buat masa ni, sapu je la. Nak update pasal MH307? Tak payahla, aku sendiri tak tahu hujung pangkal.

Idea untuk menulis entry ni dah lama dah, cuma tak berkesempatan nak menulis... Eh, menaip.
Cuba tengok gambar kad yang aku snap kat bawah


Ni bukan 'name card'  atau 'bisnes kad' tapi pada aku anggap lebih kepada promotion card. Kad tu aku dapat waktu aku pergi saloon rambut (first time masuk saloon rambut, selalu kedai india jer RM6 sekali cantas, huhu)

 Kalau tengok pada kad, Pemilik saloon tu buat satu cara supaya customer dia datang balik kat kedai dia untuk mendapatkan servis dia iaitu kunjungan kali ke-10 akan dapat offer percuma cuci rambut atau gunting rambut dan apa-apa rambut lah. Dan pada tarikh hari jadi akan dapat diskaun sebanyak 20%

Cara ni sama macam yang digunakan di pasaraya-pasaraya yang mana di pasaraya ada member kad iaitu bila berbelanja di pasaraya mereka, pelanggan tu akan dapat mata ganjaran yang boleh ditukar kepada pembelian.

Dekat pasaraya, senang sebab ada sistem untuk track perbelanjaan pelanggan. Tapi macam kedai-kedai kecil mungkin susah sikit sebab kena buat manual macam kad di atas.

Yang pasti, cara ni akan membuatkan pelanggan datang balik untuk mendapatkan servis atau produk (repeat order) bergantung kepada faktor-faktor lain lah macam servis perkhidmatan. Kalau servis tak bagus, promote pi lah macam mana pun, pelanggan tak mau punya.

Tak semua perniagaan boleh guna cara ni, lihat keadaan la mana yang sesuai untuk menarik hati pelanggan. Yang pasti, kerja-kerja mempromosi ni memerlukan idea-idea yang kreatif dan fresh. Hohohoho... yer yer jer aku ni :P.

Itu kalau bisnes sebenarlah. Kalau bisnes online, kreadibiliti pula yang penting.

Yang mana ada bisnes tu, pandai-pandai lah cari idea untuk membuatkan produk atau servis korang terlaaajak laris. Pelanggan ni suka offer-offer ni selain produk atau servis yang dapat memberikan kepuasan kepada mereka.

Ok. Cukup merapu meraban untuk kali ni..... Salam.

-------------------------------------------------------------

-Knowledge Not Power, Apply The Knowledge Is Power-


Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment