Home » , , » Akta Keterangan Pindaan 2012

Akta Keterangan Pindaan 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Bermula 1 Jun 2012




Apakah Akta Keterangan (Pindaan) 2012?
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 pada definisi aku adalah sebagai satu garis panduan kepada mana-mana aktiviti yang melibatkan penggunaan internet secara umum yang mana secara khasnya penyebaran maklumat menggunakan medium internet. Akta Keterangan (Pindaan) 2012 ini dipinda untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang berbau fitnah atau tuduhan yang bertujuan untuk memburukkan atau menjatuhkan seseorang menggunakan medium internet.
Akta Keterangan Pindaan 2012 ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.

Isi kandungan Akta Keterangan (Pindaan) 2012
Dibawah adalah antara isi kandungan yang termaktub didalam Akta Keterangan (Pindaan) 2012

Dengan media baru yang semakin popular seperti Facebook, Twitter termasuk blog, serta usaha dalam menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkain atau pun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman facebook page anda, Tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan 'menumpang' taian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang  perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan  dengan undang-undang serta menfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadap masalah sekiranya :
* Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
* Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda dianggap sebagai menerbitkannya.
* Seseorangmenggunakan Tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
* Seseorang menggunakan komoputer atau laptop anda untuk menerbitkan sesuaut pada internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
* Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan  dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
* Dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Didalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong mereka. Sekadar perbandingan, akaun facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekalligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutunya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.
Jadi secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda dikemudian hari.

---------------------------------------------------------------

Jeng jeng jengggggg.......... Tak mencuri tak merompak tak membunuh pun boleh disabitkan kesalahan wooooooo............ Silo berhati-hati yo... Den tak nok kena penjaro..haha

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment