Home » , » Microsoft Corp Perkenal Gadget Baru

Microsoft Corp Perkenal Gadget Baru

Microsoft Corp Perkenal Gadget Baru, Surface
Microsoft Corp Perkenal Surface 
LOS ANGELES 19 Jun - Syarikat perisian Microsoft Corp mengumumkan pengeluaran komputer tablet terbarunya yang diberi nama Surface.

Komputer tablet yang dilengkapi perisian Windows 8 dan skrin sesentuh mesra pengguna itu dijangka dilancarkan pada musim luruh ini.

Surface didatangkan dalam dua versi iaitu menggunakan pemproses Intel Corp dan ARM Holdings.
Kedua-dua versi itu turut dilengkapi penutup yang boleh dijadikan papan kekunci.
Ciri-ciri komputer tablet Surface didedahkan oleh Ketua Eksekutif syarikat Microsoft, Steve Ballmer, di sini semalam.

Harga gajet itu bagaimanapun masih belum ditetapkan.
Usaha melancarkan komputer tablet keluaran sendiri secara tidak langsung menjadikan Microsoft bersaing dengan syarikat penghasil perkakasan komputer seperti Samsung Electronics Co Ltd dan Hewlett-Packard Co.
Penjualan komputer tablet dijangka meningkat tiga kali ganda dalam tempoh dua tahun akan datang apabila dianggarkan sebanyak 180 juta unit akan dijual setahun pada 2013. - REUTERS

Sumber Microsoft Corp Perkenal Gadget Baru - Utusan Online

---------------------------------------------------

Aku bab-bab perisian komputer fail terus. heeee

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment