Home » , , » Keadaan Jerebu Di Lembah Klang

Keadaan Jerebu Di Lembah Klang

Jerebu Di Lembah Klang Semakin Buruk


Keadaan Jerebu Di lembah Klang 

Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin buruk dengan merekodkan IPU tidak sihat di empat kawasan berbanding 3 kawasan sebelum ini.

Indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan keadaan di Cheras bertambah buruk dengan bacaan IPU meningkat daripada 105 berbanding 91 sehingga jam 5 petang 15 Jun.

Lain-lain kawasan Lembah Klang yang dilanda jerebu, JAS telah merekodkan bacaan seperti dibawah (Rekod 15 Jun)
Pelabuhan Klang - Bacaan IPU Daripada 130 meningkat kepada 147
Shah Alam - Meningkat daripada 106 kepada 120
Kuala Selangor - Bertambah baik dengan bacaan daripada 131 menurun kepada 129
Petaling Jaya, Batu Muda dan Kuala Lumpur - 99
Banting - 95
Sri Manjung - 92
Tanah Merah - 88
Putrajaya - 78
Perai - 74

Ketiga-tiga kawasan Pelabuhan Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor berada pada tahap IPU tidak sihat. 34 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antara 51 hingga 100, manakala kawasan lain merekodkan bacaan IPU yang baik dengan menurun daripada 14 kepada 12

Menurut JAS, keadaan jerebu ini adalah disebabkan oleh jerebu rentas sempadan daripada Sumatera, Indonesia

JAS juga meramalkan keadaan jerebu ini mungkin akan berlarutan untuk beberapa hari memandangkan ramalan cuaca berkeadaan kering di bahagian utara dan pantai barat semenanjung.
  
Maklumat daripada Pusat Kepakaran Meteorologi Asean menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera sejak Selasa. Jerebu bergerak dari Riau Sumatera Tengah menuju panta barat semenanjung.

Sumber Keadaan Jerebu Di Lembah Klang - SinarHarian 15 Jun 2012

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment