Ombak Kuat Melanda Pantai Pulau Pinang
Ombak setinggi kira-kira 3.5 meter mula melanda pesisir pantai Pulau Pinang bermula jam 2 petang tadi. Kejadian yang dikatakan kedua terburuk selepas bencana Tsunami 4 tahun lepas dalam tempoh 20 tahun.
Antara kawasan yang menerima kesan ombak besar ini adalah Padang Kota Lama (Esplanade), persiaran Gurney, Batu Feringghi dan Teluk Bahang. Di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney, air laut melimpah sehingga ke atas jalan raya.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkankan fenomena ini adalah fenomena biasa berikutan perubahan angin dari monsun timur laut ke monsun barat daya yang bermula pada 4 Mei lalu.
Keadaan ombak besar yang berlaku disebabkan kelajuan angin sehingga 40 ke 50KM/J. Keadaan ombak besar ini akan berakhir sehingga Jumaat ini dan nelayan diminta untuk tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.
Gambar sekitar ombak besar yang melanda pantai Pulau Pinang (Padang Kota Lama)
Gambar sekitar ombak besar yang melanda pantai Pulau Pinang (Padang Kota Lama)
-------------------------------
Pernah lepak kat Padang Kota Lama duk tepi pantai atas tembok. Tiba-tiba....... Kebabushhhhh air laut naik atas siot! Nasib baik sempat lari... Kalau tak mandi aku....
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
KALAU AKU KAT SITU PUN BOLEH NAIK TAKUT AIR NAIK CAMTU..
ReplyDeletehari tu memang rasa nak ke penang, tapi kensel pulak, last pergi melaka dan johor...
ReplyDelete