Home » , » Datuk Aziz Sattar Dirawat Di CCU

Datuk Aziz Sattar Dirawat Di CCU

Datuk Aziz Sattar Terkena Serangan Jantung
Datuk Aziz Sattar Terkena Serangan Jantung 
Pelakon Veteran era 60'an, Datuk Aziz Sattar dikejarkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital Ampang pada sabtu lalu setelah mengadu sesak nafas.

Menurut anak Datuk Aziz Sattar atau lebih mesra dengan panggilan Pak Aziz, Fandakiah 44 tahun, Pak Aziz mengadu penat sebelum nafasnya mula tidak teratur dan terus dikejarkan ke Hospital Ampang. Sebelum ini Pak Aziz tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.

Sehingga kini keadaan Pak Aziz stabil namun masih berada dibawah pengawasan pihak Hospital. Dimaklumkan juga Pak Aziz tidak mahu menerima sebarang pelawat daripada pihak media dan ingin berehat.

Terlebih dahulu, berita berkenaan Datuk Aziz Sattar di rawat di CCU diketahui oleh Presiden Seniman, Zed Zaidi.

--------------------------------------------------

Semoga Pak Aziz cepat sembuh yer. Suka tengok lakonan Pak Aziz bersama rakan-rakan di era 60'an. Dari pandangan aku, Pak Aziz ni lembut, penyayang orangnya. Susah nak marah-marah. Bibir sentiasa mengukir senyuman.. Manis senyuman Pak Aziz.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. SEMOGA BELIAU CEPAT SEMBUH.. SERONOK LAKONAN-LAKONAN BELIAU BERSAMA P. RAMLEE.. KELAKAU..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment