Home » , » Mati Lemas Ditarik Ombak Di Teluk Bahang

Mati Lemas Ditarik Ombak Di Teluk Bahang

Remaja Mati Lemas Ditarik Ombak Kuat Di Teluk Bahang

Susulan daripada berita berkenaan ombak kuat di persisiran pantai Pulau Pinang semalam, hari ini ombak kuat tersebut telah meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang ketika itu sedang berehat di Pantai Keranchut Teluk Bahang.

Sewaktu kejadian, mangsa Muaz Munawir berasal dari Muar Johor dikatakan sedang berehat bersama rakan-rakan lain selepas mengikuti aktiviti merentas hutan anjuran Kelab Ikmar Teens.

Menurut pengarah program, Mohd Hafiz abdul Hamid, pada waktu itu keadaan ombak agak bergelora dan ombak tinggi datang secara tiba-tiba dan terus menarik mangsa ke tengah laut. Mayat Muaz ditemui terapung tidak jauh dari kawasan pantai setengah selepas kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Balik Pulau untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke kampung halaman untuk dikebumikan.

-------------------------------------------

Menurut Jabatan Meterologi, keadaan laut yang bergelora adalah disebabkan perubahan angin daripada monsun timur laut ke monsun barat daya dengan kelajuan angin 40 - 50 km/j dan keadaan ini dijangka sehingga jumaat ini.
SILA JAUHKAN DIRI DARI KAWASAN PANTAI SEKIRANYA MENDAPATI LAUT BERGELORA KUAT.

p/s : Al-fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa.


Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. PADA TAHUN AWAL 90-AN, SEPUPU AKU PERNAH MATI LEMAS.. MEMANG MENDAPAT LIPUTAN MELUAS DI AKHBAR DAN TELEVISYEN MASA TU.. AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat buat arwah Muaz...kawanku :'(

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment