Cara Mudah Dan Pantas Post Iklan Di Facebook Group
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Moga sihat hendaknya....
Post ni aku buat khas untuk mereka yang menggunakan Facebook Group sebagai tempat membuat promosi. Yang rajin buat post kat Facebook Group ni terutama group group iklan sah-sah la yang ada produk untuk dijual atau mencari downline kan. Ops! Downline? Faham-faham jer lah. hehe
Di Facebook terdapat banyak group-group pengiklanan yang dihasilkan. Ramai yang beriklan atau membuat post di group-group ini terutama kepada mereka yang kekurangan bajet untuk beriklan menggunakan Facebook Ads. Dah ramai yang berjaya mengaut keuntungan dengan melakukan promosi atau membuat post di group ini memandangkan bilangan ahlinya yang ramai. Ramai ahli, maka ramai lah yang lihat post atau iklan tadi :)
Applikasi tercanggih Smart Phone.
Applikasi tercanggih Smart Phone.
Tetapi untuk beriklan atau membuat post di Facebook Group ini, ianya memerlukan sedikit kerajinan dan kesabaran. Ini kerana post-post yang dibuat didalam group akan tenggelam ke bawah kerana post yang baru akan berada diatas. Post akan lebih cepat tenggelam ke bawah jika ramai yang beriklan di dalam group tersebut. Apabila post tenggelam, potensi untuk mendapat pelanggan akan berkurangan. Untuk mengekalkan post iklan didalam group sentiasa berada di atas, anda atau seseorang perlu meninggalkan komen didalam post tersebut untuk meletakkan kembali post iklan anda tadi di atas. Jika tak ada komen, post iklan tersebut akan terus tenggelam ke bawah. Sebab itu, untuk beriklan didalam Facebook Group, memerlukan kerajinan dan kesabaran. Rajin post dan sabar menunggu feedback terutama didalam group yang ramai ahli dan banyak post atau iklan.
.
.
Bagaimana Nak Atasi Masalah Ini?
.
Kalau dah setiap 5 minit kena buat post kat Facebook Group, Tak jadi kerja jawabnya. Betul tak?
Kalau dah setiap 5 minit kena buat post kat Facebook Group, Tak jadi kerja jawabnya. Betul tak?
Jadi macam mana nak atasi masalah ni?
Pernah dengar BzEarn? BzEarn adalah satu applikasi bertindak sebagai robot untuk menghantar post ke dalam Page atau Group secara automatik.
Mudah dan pantas. Dengan BzEarn, anda tidak perlu risau jika tiada masa untuk membuat post ke dalam Facebook Group atau post iklan tenggelam kebawah. Apa yang perlu dilakukan adalah hanya tulis iklan yang ingin anda post dan setkan waktu iklan tadi dipost ke dalam group yang anda inginkan dan tinggalkan.
Robot Autopost akan mengambil alih tugas anda sehingga ke satu tarikh yang anda tetapkan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman BzEarn
Bukti Pendapatan Jobdirumah.com
Ye betul... Agak lama juga aku menyepi dari blog ni... Malas nak fikir post-post apa yang nak ditulis.. hahaha... Ni terasa rindu pulak kat blog ni.. huhu
Kalau sebelum ni entry pemanasan jari jemari aku ni berkisar tentang keunikan Road Walk di Penang. Kali ni aku nak post pasal duit sikit lerrrrr.... Boleh?? Ehhh... Kenapa tak boleh? Blog den, suka hati den la.. hahaha
Sebulan lebih juga aku meninggalkan blog ni, tetapi duit tetap masuk. Alhamdulillah, boleh la lepas time time sesak kan walaupun tak sampai meriban
Sesuai dengan tajuk, sebelum ni aku ada post sikit pasal bukti pendapatan aku dengan Jobdirumah.com ni. Tengok sinun.
Kali ni apa yang aku nak tekankan, walaupun blog ni lama tak terusik, tetapi Jobdirumah.com tetap menunaikan janji dia. Waaaahhhh... Love You la Jobdirumah.com. Korang memang telus.
Entry terakhir aku sebelum aku tinggalkan kejap blog ni adalah bertarikh 22.1.2013
dan kembali membersihkan sawang-sawang yang ada pada 13.3.2013 Sebulan lebih juga kan. Cer tengok bukti pendapatan aku di Jobdirumah.com selama blog ni aku ketepikan
![]() |
| Bukti Pendapatan Jobdirumah.com |
Sorry.... Belum sampai masa aku tunjuk income aku yang sebenar. Bukan apo, den ni pemalu... Yay!! Sila muntah kuning. Tapi yang pasti Jobdirumah.com tetap menunaikan janji :)
Kepada sesapa yang nak cuba buat duit dengan Jobdirumah.com ni, klik banner dibawah
Jobdirumah.com Tipu
Lagi entry berkaitan Jobdirumah.com. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak Jobdirumah.com sebab bagi link kat aku.
Terima kasih juga sebab mewujudkan satu lagi cabang pendapatan untuk aku
Detail pendapatan yang dah aku dapat nanti-nanti jer lah ye.... Simpan untuk entry di masa depan tatkala idea tengah tak der :) Lagipun entry ni bukan nak cerita pasal income pun. Jangan risau, duit korang tebal lagi, aku tau ;)
Jobdirumah.com VS Agen Pencari Kerja
Masih ramai yang masih sangsi dengan program Jobdirumah ni. Salah satu sebab nya sebab perlu keluarkan duit terlebih dahulu untuk join program ni. Kan. Dan salah satu ciri-ciri program scam atau program yang berunsur penipuan ni memerlukan korang membayar dahulu sejumlah wang kepada pihak-pihak tertentu. Betul?
Tapi apa yang aku boleh katakan disini, Jobdirumah merupakan salah satu program yang boleh dipercayai. Payment tak pernah lewat. Kalau korang bernasib baik... Korang akan rasa macam ada satu chemistry diantara korang dengan pihak Jobdirumah.. Pergh ayat! Senang cerita diorang ni friendly la. Baru-baru ni pihak Jobdirumah mengadakan satu pertandingan yang mana hadiah utama dia RM1500!! Best kan.. Tapi aku tak menang la :P
| Jobdirumah.com | Agensi Pencari Kerja |
| Kerja online | Kerja offline |
| Bayar sekali sahaja sebagai pendaftaran | Kekadang kena bayar (Potong gaji) |
| Kumpulkan senarai kerja kosong dan hantar ke email kita. Kita pilih | Hantar resume dan mereka akan carikan kerja |
| 2 pendapatan : Majikan & Jobdirumah | 1 pendapatan : Majikan |
| Permohonan berdasarkan kemahiran | Permohonan berdasarkan kelulusan |
Kat sini pihak Jobdirumah bukan majikan tetapi hanya bertindak sebagai agen pencari kerja sahaja yang mana diorang akan kumpulkan senarai kerja kosong yang dibuka oleh majikan dan hantar menerusi email kita. Seterusnya kita pilih la kerja berdasarkan skill yang kita ada.
Kalau rasa-rasa nak apply, klik Jobdirumah.com.
Amaran keras. Tiada paksaan untuk menyertai Jobdirumah.com. Segala pendapatan mahupun kerugian ditanggung oleh pihak anda sendiri.
Admin
4:15 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaJobdirumah.com Bukan Scam
Sebelum ni aku ada buat entry pasal buat duit dari rumah dengan Jobdirumah.com. Ramai yang cakap jobdirumah.com ni scam. Cuba tengok komen kat entry aku sebelum ni.
Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Banyak program-program macam ni dan kebanyakannya tak betul. Jadi ramai lah yang cakap jobdirumah.com ni scam atau tipu semata-mata.
Jobdirumah.com ni bukan scam. Diorang ni sama fungsi macam Jobstreet.com. Bezanya Jobstreet ni mengiklankan peluang pekerjaan dimana majikan mengiklankan jawatan kosong di syarikat-syarikat diorang yang yang mana kita hantar resume dan jika layak majikan akan menghubungi kita untuk hadir temuduga dan jika lulus temuduga, maka kita akan diterima bekerja dan perlu bekerja di syarikat diorang. Macam Jobdirumah.com, pemohon tetap perlu melalui sesi kelayakan, tapi tak tak perlu bekerja di syarikat, hanya bekerja dari rumah, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikan hanya dari rumah. Scop pekerjaan pula besar. Macam-macam scop. Jom tengok screenshot kat bawah
Jobdirumah.com ada cakap diorang akan hantar email setiap hari berkenaan kekosongan jawatan yang boleh kita apply. Tengok screenshot email aku dibawah. Setiap hari kan?

Tengok pula isi kandungan email dari pihak Jobdirumah.com ni.

Antara job yang ditawarkan.............
Terang? Jelas? Jobdirumah.com Scam? Tepuk dada tanya hati. Baru satu scop, banyak lagi scop yang ditawarkan sehinggakan ada yang mengupah untuk komen di video youtube sahaja!!
Jadi Jobdirumah.com ni macam agensi la. Diorang akan kumpulkan majikan-majikan yang ingin mengupah individu untuk melakukan satu-satu tugasan dan mereka akan email kepada kita setiap hari senarai kerja baru. Selain tu mereka juga ada beri kan tips-tips cara untuk memenangi hati majikan supaya majikan memilih kita melakukan tugasan yang diberi. Jobdirumah.com scam?? Korang nilai sendiri.....
Klik banner dibawah untuk ke laman rasmi Jobdirumah.com
P/S :- Ukur baju di badan sendiri... fikir masak-masak. Rasa-rasa boleh, cuba lah. Rasa tak boleh, tak usah masuk. Senang jer. Yang pasti Jobdirumah.com bukan scam.
Bekerja Dari Rumah Dengan Jobdirumah.com
Pernah dengar, terjumpa perkataan atau laman web Jobdirumah.com? Yang rajin mencari-mencari peluang menambah pendapatan dari rumah tu mesti pernah jumpa kan :) Ada yang berbayar ada yang percuma jer.
Kepada yang bijak pandai sikit bab-bab menjana pendapatan dari rumah ni, 'diorang' akan kutuk Jobdirumah.com ni habis habisan. Puncanya.... Jobdirumah.com ni mengenakan bayaran sebanyak RM50 untuk mereka yang ingin menyertai Jobdirumah.com ni. Sebab apa kena kutuk? Sebab pada mereka Jobdirumah.com ni scam (penipuan). Yer lah, dah nama bekerja dari rumah, bagi jer lah kerja, bila dah nama kerja, kita lah yang akan memperoleh pendapatan tanpa perlu membayar apa-apa wang. Ini kita pula kena bayar RM50. So, disitulah puncanya ramai golongan bijak pandai ni kutuk Jobdirumah.com ni scam. Maklumlah, golongan bijak pandai ni diorang menjana pendapatan beribu sebulan hanya dari depan komputer tanpa perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan. Ada yang pakar affiliate, pakar jualan produk fizikal, produk maya, blog dan lain-lain lagi. Kalau masuk forum carigold, ramai kita akan jumpa golongan bijak pandai ni :)
Sama juga macam aku mula-mula dulu. Nampak jer RM50 dalam laman web Jobdirumah.com ni, aku terus tekan butang 'X'... hehe. Sebab aku mengagak ni program cari orang la ni.... Kalau aku masuk, nanti dia suruh aku buat benda yang sama, cari orang then aku pun dapat komisyen :) Perkataan Kerja menaip data tu hanya gimik jer untuk pancing. Bukan kerja taip data, tapi taip iklan. Hohohoho....
Tapi semalam..................................Aku search search, terjumpa beberapa blogger yang buat entry pasal jobdirumah.com ni... Aik.. Kalau scam, takkan la diorang nak buat entry pasal jobdirumah.com ni kan. Mau buruk kreadibiliti diorang sebagai blogger yang berjaya... Hoho. Aku baca entry diorang.... Agak meyakinkan, siap ada yang tunjuk bukti bayaran yang diorang terima. Ok. Lepas 2 3 blog aku cek, aku baca balik web jobdirumah.com tu.. Aku baca setiap ayat dan aku fahamkan apa sebenarnya muslihat RM50 yang dikenakan tu. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset.. RM50 tu sebenarnya cas yang dikenakan kepada sesiapa yang ingin menyertai jobdirumah.com sebab pihak jobdirumah.com ni menyediakn servis dimana mereka memberi jalan kepada orang macam aku yang ingin bekerja hanya dari rumah. Diorang nyatakan dari mana aku boleh dapat kerja hanya dari rumah, bagaimana nak apply kerja tersebut, bagaimana nak tetapkan upah kita terhadap majikan. Selain itu mereka juga mempunyai sistem dimana pihak jobdirumah.com ni akan mengumpulkan senarai majikan yang ingin mengaji pekerja hanya dari rumah dan senarai itu akan dihantar kepada kita setiap hari. Tinggal pilih sahaja.
Konsep sama dengan penjual-penjual ebook. Contoh mamat ni jual ebook bertajuk 'Teknik Jana Pendaptan Dari Blog'. Harga ebook tersebut RM50. Kalai ada yang belajar jana pendapatan dari blog dan mahu beli ebook tersebut, dia kena lah bayar harga ebook tersebut. Sama juga dengan jobdirumah.com ni, bezanya mereka menyediakan servis, bukan ebook. Tujuan pembeli sama, menjana pendapatan :) Dan yang pasti, jobdirumah.com ni tak minta pun kita mencari downline! Tetapi disebabkan banyak program-program yang berselindung disebalik 'Jana Pendapatan Dari Rumah' yang banyak menipu, Jobdirumah.com telah disalah anggap. Dan perlu diingat Jobdirumah.com bukan program 'Home Based Business' tetapi 'Home Based Job'. Dua maksud yang sangat berbeza iaitu Business, Job.
Untuk meyakinkan lagi korang yang masih lagi sangsi....tengok beberapa screenshot dibawah dimana ada menerangkan beberapa jenis pekerjaan boleh dilakukan. (Ada beberapa bahagian yang perlu di censored untuk melindungi hak cipta jobdirumah.com)
Bukan itu sahaja, ada juga diterangkan tips-tips cara untuk memohon dan permohonan kita diterima. Cara mengelak daripada 'Fraud Project', cara penerimaan upah dan lain-lain. Lengkap beserta Video.
So, kepada suri rumah suri rumah, student, penganggur atau sesiapa sahaja yang tercari-cari peluang bekerja dari rumah tu, boleh la mencuba Jobdirumah.com. Kalau tak percaya lagi, tengok testimoni daripada mereka yang telah menyertai program ni di web Jobdirumah.com. Beserta I.P address tu....
Entry berkaitan
Jobdirumah.com Scam.
Jobdirumah.com Tipu
Bukti Pendapatan Jobdirumah.com
-----------------------------------------------------------------------------
.jpg)
.jpg)














