Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Tangguhkan Perlaksanaan AES
Kuala Lumpur, Pemuda UMNO menggesa kerajaan menangguhkan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) susulan banyak rungutan yang diterima.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mengenal pasti banyak kelemahan yang terdapat pada sistem AES walaupun ianya bertujuan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.
"Bukan tak setuju. Mungkin pada dasarnya ia satu cadangan yang baik tapi kami sebulat suara tuntut kerajaan tangguhkan AES dan kaji semula perlaksaan sistem tersebut"
Menurutnya lagi, perlaksanaan sistem AES perlu dikaji semula meliputi beberapa aspek seperti lokasi pemasangan sistem AES, penetapan kadar had laju praktikal serta pendedahan kepada umum mengenai sistem tersebut.
"Bagaimanapun, penangguhan ini tidak bermakna menghalalkan pengguna jalan raya melanggar undang-undang sedia ada tetapi AES ini terlalu banyak masalah"
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di kawasan 'hitam' bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.
Sumber Pemuda UMNO Gesa AES Ditangguh - MStar
-----------------------------------------------------
Sistem bagus. Tapi perlaksanaan macam tak berapa nak bagus. Papan tanda nun jauh 1km dari kamera. Dekat negara luar, papan tanda diorang ada nyatakan dimana lokasi kamera. Jadi pemandu boleh alert. Itu baru betul nak kurangkan kadar had laju.
Dulu - Awas, Kawasan PERANGKAP had laju
Sekarang - Awas, Kawasan OPERASI had laju.
Kenyataan ubah sikit jer, nak bagi nampak 'manis' sikit ayat tu. Hahahahahahahaha
'Mengurangkan kadar kemalangan' dengan 'mengenakan pengguna jalan raya' adalah 2 maksud yang berbeza.
Entry berkaitan - Applikasi AES Detector Untuk Android
Admin
1:11 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTips Serta Petua Mengenali Sifat Perempuan
Manusia ni berbagai ragam. Tak kira lelaki tak kira perempuan. Ada yang mudah untuk 'dibaca' ada yang sukar. Namun terdapat beberapa tips atau cara untuk kita mengenali sifat seseorang itu. Didalam entry ni, aku tulis tips atau petua mengenali sifat wanita melalui cara wanita itu berjalan.
Berjalan seolah-olah berjengket.
Wanita seperti ini dikatakan seorang yang tidak jujur, bermulut laser serta sering menyakiti hati orang lain ketika berbual. Wanita seperti ini juga terkenal dengan sikap ego serta boros. Tetapi wanita seperti ini kebiasaannya menjadi rebutan ramai lelaki.
Sering menoleh ke kiri dan ke kanan sewaktu berjalan.
Perempuan yang berjalan seperti ini dikatakan seorang yang pandai menyimpan rahsia serta mudah diatur. Namun ramai yang berpendapat perempuan seperti ini tidak jujur, suka menipu rakan sendiri serta merugikan rakan-rakan yang lain.
Suka menunduk ketika berjalan.
Dikatakan perempuan yang berjalan seperti ini mempunyai sifat yang tertutup serta sukar untuk didekati disamping sering bersikap 'dingin'. Dia hanya akan berbual dengan rakan-rakan yang rapat dengannya serta boleh dipercayai. Disebabkan sifatnya itu, perempuan jenis ini sukar untuk ditawan hatinya, tetapi sekali dia menyayangi pasangannya, dia tidak akan mengkhianati pasangannya kerana perempuan seperti ini jenis yang setia.
Berjalan menatap lurus ke depan.
Perempuan ini mempunyai pendirian yang sangat teguh. Sukar untuk menerima pandangan orang lain serta sering berselisih pendapat. Jadi perempuan seperti ini jika dilihat, sering berbual dengan mereka yang berpengalaman luas dalam satu-satu perkara.
Badan bergerak ke kiri dan ke kanan ketika berjalan.
Perempuan seperti ini kebiasaannya suka mengambil mudah akan perkara-perkara di sekelilingnya termasuk masalah dirinya sendiri walaupun masalah tersebut rumit dan sukar untuk diselesaikan. Perempuan seperti ini juga dikatakan tidak mempunyai pendirian yang teguh.
Menegakkan badan ketika berjalan.
Seorang yang tegas didalam pendirian. Tidak suka orang lain mencampuri urusan peribadinya. Juga dikatakan seorang yang bertanggungjawab terhadap apa segala yang dilakukannya. Suka kepada lelaki yang berdikari.
Berjalan seperti zirafah.
Gaya jalan seperti zirafah iaitu badannya sering ke depan dan kebelakang sewaktu berjalan. wanita seperti ini sangat lemah perasaannya serta mudah tersinggung dan mengalirkan air mata.
Apa-apa pun ini hanyalah petua sahaja untuk kita mengenali sifat wanita. Ianya tidaklah 100% betul tetapi cukup sekadar sebagai panduan tertutama untuk golongan lelaki :)
p/s - Yang ada kekasih atau isteri tu, wajib tau lah gaya jalan pasangan dia kan. Tak tahu, pancung kepala. Hahahaha....
Admin
2:17 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaGaya Seorang Bakal Jutawan
Jutawan.......... Sesiapa sahaja sebenarnya mampu menjadi seorang jutawan walaupun dia tidak pandai membaca, tidak pandai menulis. Untuk menjadi seorang jutawan, strategi didalam pengurusan kewangan sangat memainkan peranan dimana kebanyakan jutawan akan memikirkan cara bagaimana untuk menjadikan wang atau asetnya yang sedia ada bertambah. Seorang jutawan juga begitu teliti didalam setiap keluar masuk wang mereka.
"Orang yang pandai bekerja untuk wang,
Orang yang bijak mempunyai wang yang bekerja untuk mereka"
Ciri-ciri seorang bakal Jutawan (Edisi santai) Hehehe
p/s - Jangan marah aaaaaaaaa.......
Jobdirumah.com Bukan Scam
Sebelum ni aku ada buat entry pasal buat duit dari rumah dengan Jobdirumah.com. Ramai yang cakap jobdirumah.com ni scam. Cuba tengok komen kat entry aku sebelum ni.
Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Banyak program-program macam ni dan kebanyakannya tak betul. Jadi ramai lah yang cakap jobdirumah.com ni scam atau tipu semata-mata.
Jobdirumah.com ni bukan scam. Diorang ni sama fungsi macam Jobstreet.com. Bezanya Jobstreet ni mengiklankan peluang pekerjaan dimana majikan mengiklankan jawatan kosong di syarikat-syarikat diorang yang yang mana kita hantar resume dan jika layak majikan akan menghubungi kita untuk hadir temuduga dan jika lulus temuduga, maka kita akan diterima bekerja dan perlu bekerja di syarikat diorang. Macam Jobdirumah.com, pemohon tetap perlu melalui sesi kelayakan, tapi tak tak perlu bekerja di syarikat, hanya bekerja dari rumah, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikan hanya dari rumah. Scop pekerjaan pula besar. Macam-macam scop. Jom tengok screenshot kat bawah
Jobdirumah.com ada cakap diorang akan hantar email setiap hari berkenaan kekosongan jawatan yang boleh kita apply. Tengok screenshot email aku dibawah. Setiap hari kan?
Tengok pula isi kandungan email dari pihak Jobdirumah.com ni.
Antara job yang ditawarkan.............
Terang? Jelas? Jobdirumah.com Scam? Tepuk dada tanya hati. Baru satu scop, banyak lagi scop yang ditawarkan sehinggakan ada yang mengupah untuk komen di video youtube sahaja!!
Jadi Jobdirumah.com ni macam agensi la. Diorang akan kumpulkan majikan-majikan yang ingin mengupah individu untuk melakukan satu-satu tugasan dan mereka akan email kepada kita setiap hari senarai kerja baru. Selain tu mereka juga ada beri kan tips-tips cara untuk memenangi hati majikan supaya majikan memilih kita melakukan tugasan yang diberi. Jobdirumah.com scam?? Korang nilai sendiri.....
Klik banner dibawah untuk ke laman rasmi Jobdirumah.com
P/S :- Ukur baju di badan sendiri... fikir masak-masak. Rasa-rasa boleh, cuba lah. Rasa tak boleh, tak usah masuk. Senang jer. Yang pasti Jobdirumah.com bukan scam.
Kepentingan Fizik Dalam Kehidupan
Apa sebenarnya ilmu fizik ni? Kalau korang tanya aku, sah aku tak boleh jawab sebab aku tak ambil mata pelajaran fizik dulu, aku ambil matapelajaran ekonomi. Hehehe... Kepada yang belajar fizik tu, korang tahu tak kepentingan fizik dalam kehidupan. Sah la tahu kan, tapi dalam entry ni aku nak korang pura-pura tak tahu. Kenapa?? Tengok video kat bawah..
Persoalannya.... Korang berani ker nak buat macam mamat dalam video tu buat? Hehehee... Terbaik.
Salam AidilAdha 1433H
Esok kita akan menyambut Hari Raya Qurban atau Aidiladha bagi tahun 1433H. Oleh itu saya sebagai pemilik Amry's Blog mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam.
Admin
10:44 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPelajar Perempuan Buang Bayi Dalam Tali Air
Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, Kangar.
Turut ditahan tiga individu termasuk teman lelaki pelajar terbabit selepas mayat bayi tersebut ditemui mati dalam tali air kira-kira jam 1 pagi yang terletak kira-kira 3 kilometer dari rumah pelajar terbabit.
Menurut Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron, pihak polis sedang menyiasat samaada bayi tersebut sewaktu dibuang ke dalam tali air tersebut masih hidup atau telah meninggal.
Kes pelajar perempuan berusia 17 tahun itu membuang bayinya ke dalam tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat terbongkar selepas seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) curiga dengan pendarahan yang dialami pelajar terbabit dan membuat laporan polis.
Hasil laporan, polis serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi tersebut setelah mendapat maklumat bayi tersebut dibuang kedalam sebatang tali air.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman 7 hari bagi membantu siasatan.
Sumber Pelajar Buang Bayi Dalam Tali Air - HMetro
Admin
5:37 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaNuffnangX Conversation Merosakkan Blog Aku
Adoi laaaaaaa.......... Rosak blog aku gara-gara NuffnangX Conversation ni... Malam tadi aku belek la NuffnangX tu, ada pula perkataan 'Claim Your Blog', aku pun klik la kat 'Claim Your Blog' tu, pas tu nuffnang minta aku sahkan yang aku tuan punya blog la dengan memasukkan kod kat template. Ada 2 option
1. 'Verified With NuffnangX Conversation'
2. 'Verified Only'
Yang aku ni tak tau apa kebenda NuffnangX Conversation ni, aku pun pilih la option 1, pas tu aku pun tutup la blog aku tuk tidur. Dah kul 2 pagi bai... Kena pocong duk sebelah aku tak naya :P
Tadi aku buka blog aku tengok-tengok, blogger comment plugin dengan facebook komen aku hilang digantikan dengan komen dari NuffnangX Conversation ni............. Waaaaaaaa......... Hancus blog aku. Adoi laaaa.....
Dah aku buang, kod pengesahan dari Nuffnang X tu, komen dari facebook tak keluar la pulakkkkk..... Nak kena belek pulak la ni..... Aduhaiiiii.. Jadi kerja la plakkkk :(
Admin
1:06 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPocong Muncul Di Kerian
Tengah duk belek-belek entry-entry yang di tulis oleh para blogger, terjumpa satu cerita yang memeranjatkan aku......iaitu kisah pocong di Kerian.
Ok. Cerita ni bukan rekaan ok sebab aku duk kat Bagan Serai, Kerian. Memang penemuan pocong ni sekarang tengah heboh kat tempat aku. Ada jiran sebelah rumah mendakwa dia pernah ternampak kelibat pocong ni di hadapan rumah aku di flat kerajaan Jalan Raja Syed Tauphy. Dekat dengan pasar baru
Menurut dari kata-kata penduduk sekitar, Pocong ni jelmaan seorang guru sekolah rendah yang dah meninggal dunia. Bernama.......... (Tak leh la tulis kan)
Sebelum ni pun dah pernah kecoh pasal pocong, dah lama dah sebelum kes ni, rasa dah makan tahun, sekarang ni timbul kes baru pulak yang mana dah merebak sampai ke Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau.
-------------------------------------------------------
Punca Mayat Bertukar Pocong
Tak tau la apa yang aku tulis ni sahih atau tak, tapi dari yang aku baca, mayat akan bertukar menjadi pocong disebabkan sewaktu upacara pengebumian, kain pengikat kain kafan si mati tidak dibuka menyebabkan si mayat marah. (Macam tak logik kan)
Ada pula yang aku terbaca, sekiranya terserempak dengan pocong, jangan lari. Baca ayat yassin atau kursi. Dalam masa yang sama, tiarap dekat tanah atau jalan gaya ular ke kiri dan ke kanan. Yang ni petua la kot, nak cuba boleh lah.
Paling afdal, buat la baccan yassin di surau-surau atau di masjid, InsyaAllah Pocong tu akan hilang :)
Paling afdal, buat la baccan yassin di surau-surau atau di masjid, InsyaAllah Pocong tu akan hilang :)
p/s - Pocong ni boleh tiba-tiba muncul depan mata sekelip mata....... Jeng jeng jeng.....
Admin
11:25 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaJana Pendapatan Dengan SAP Venture
SAP Venture merupakan satu perniagaan penjualan ebook secara pukal yang mana terdapat 10 pakej didalamnya. Dibangunkan oleh IBCT Enterprise (TR0087772-V) Pakej yang ditawarkan didalam perniagaan ini adalah serendah RM20 (SAP Venture I) sehingga RM99 (SAP Venture X) yang mana didalam setiap pakej disertakan produk ebook.
Dengan membeli produk ebook daripada SAP Venture, secara automatik mereka akan menjadi ahli didalam perniagaan ini dan berpeluang menambah pendapatan dengan mencari pelanggan baru untuk produk ebook mereka dan akan diberikan komisyen mengikut pakej yang telah mereka langgan sebelum ini.
Pelan Pemasaran SAP Venture
Percaya atau tidak, dengan hanya pakej SAP Venture I bernilai RM20, potensi pendapatan boleh mencecah sehingga RM39k. Ini kerana didalam SAP Venture, komisyen dibayar sehingga 6 level kebawah.
Lihat contoh pelan pemasaran untuk pakej SAP Venture I di bawah (Klik untuk besarkan imej)
Lihat contoh pelan pemasaran untuk pakej SAP Venture I di bawah (Klik untuk besarkan imej)
Jadi dengan SAP Venture, anda bukan sahaja mendapat produk yang bermanfaat untuk anda malah anda juga mampu menjana pendapatan daripadanya. Bak kata pepatah
'Menang Membeli, Menang Memakai'
Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perniagaan SAP Venture ini serta peluang-peluang yang bakal anda perolehi.
Mitsubishi Lancer Evo XI Hybrid Bakal Dilancar?
Sekarang ni kalau kita lihat, dah banyak kereta-kereta yang menggunakan kuasa Hybrid dihasilkan, antaranya Toyota Hybrid Prius-C, Honda CR-Z dan Honda Civic Hybrid. Ini kerana selain faktor alam sekitar, ianya juga menjadi pilihan dari segi penjimatan minyak.
Selari dengan perkembangan dunia permotoran kini, pengeluar kenderaan dari negara matahari terbit, Mitsubihi turut tidak mahu ketinggalan didalam menghasilkan kenderaan Hybrid mereka sendiri dengan model Lancer Evo XI
Daripada khabar angin yang tersebar, Lancer Evo XI ini dikuasakan oleh kuasa Hybrid Tubodiesel yang mampu memecut pada kelajuan 100KM/J kurang dari 5 saat. Motor elektrik berkuasa 81hp akan menggerakkan kereta pada rpm rendah dan disambung pada enjin diesel 1.6 liter pada kelajuan tinggi.
Teknologi S-AWC pada Evo X akan turut digunapakai pada model Lancer Evo XI ini. Walaubagaimana pun ianya masih lagi khabar angin.
Sumber - Topspeed
-----------------------------------------------------------------
p/s - Kalau la model Lancer Evo XI macam kat atas tu keluar, melelehhhhhhh....... Nyum...
Admin
11:13 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSumber - Topspeed
-----------------------------------------------------------------
p/s - Kalau la model Lancer Evo XI macam kat atas tu keluar, melelehhhhhhh....... Nyum...
Budak 11 Tahun Menghidap Penyakit Kulit Misteri Seakan Kulit Pokok
Pernah dengar kisah 'orang pokok', Dede dari Indonesia satu ketika dahulu yang pernah masuk majalah Mastika juga tersiar dalam rancangan 'My Shocking Story' di Astro Discovery Channel pada November 2007 yang lalu?
Dede yang dikatakan mengalami penyakit kulit misteri sehingga kulitnya ditumbuhi ketuat yang seakan hidup dan berterusan tumbuh di kulit Dede walaupun telah menjalani beberapa pembedahan bagi membuang ketuat tersebut.
Nasib yang hampir sama dialami oleh adik Nurirmayati Semaun 11 tahun dari Kampung Kedondong, Pasir Mas Kelantan. Adik Nurirmayanti yang juga menghidap masalah Sindrom Down terpaksa berhenti sekolah akibat dari penyakit kulit yang dialami dan kini dijaga oleh ibunya Rohimah Salleh, 51 tahun.
Keadaan adik Nurirmayanti semakin hari semakin teruk akibat kulitnya mengelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti berakar.
Masalah adik Nurirmayanti amat dibimbangi bapanya, Semaun Ismail, 59 yahun yang hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan gaji tetap RM500 sebulan dan terpaksa memperuntukkan RM200 untuk ubat-ubat-ubatan adik Nurirmayanti.
Sumber - HMetro
Admin
5:33 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSumber - HMetro
Pengesan Kamera AES | AES Detector
Hah!! Dia mai dah dia mai dah!! Sebelum ni kecoh orang memperkatakan tentang Kamera Automated Enforment System (AES) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ) baru-baru ni... Maka ramai lah yang memberi komen tentang Kamera AES ni yang melampau-lampau cekapnya... Ada yang memberi komen positif, ada komen negatif. Ada yang setuju dengan perlaksanaan kamera AES ni ada pula yang sebaliknya.
Jadi kepada sesaper yang tak setuju dengan perlaksanaan kamera AES ni yang sememangnya nak mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan dalam masa yang sama 'mencekik duit poket rakyat'...kot, korang boleh la download satu perisian ni yang mampu mengesan kehadiran 'makhluk asing' bernama kamera AES ni dekat handphone android korang masing-masing yer. Senang jer, pergi dekat 'Play Store' atau Google, taip la 'AES Detector', maka terpacullah applikasi AES Detector ni :) Free jer pun. Applikasi ni dibangunkan oleh Kevin Chua.
Untuk mengaktifkan applikasi AES Detector ni, kena la aktifkan sekali sistem GPS kat phone korang tu. Kalau tak, tak berfungsi la applikasi tersebut. Sekiranya terdapat kamera AES di kawasan pemanduan korang tu, applikasi ni akan memberi amaran dengan mengeluarkan bunyi dan applikasi 'AES Detector' ni mampu mengesan kamera AES ni sejauh 1000 meter dari titik pemanduan korang.
Aku baru jer install AES Detector ni, tak test pun lagi. Kepada yang tinggal dekat dengan area kemunting atau Perak Utara atau sering melalui Lebuh Raya km 205.6 Taiping Utara, berdekatan dengan susur keluar Tol Kemunting, boleh try. Kat situ ada 1 kamera AES..... Sekali macam halilintar da flash dia...... Kawan aku la cakap :)
Admin
10:12 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaLokasi Kamera AES
Harga Rokok Naik Mulai Esok
Kalau sebelum ni aku ada buat 1 entry pasal harga rokok bakal naik. Hari ni aku buat entry 'Harga Rokok Naik Mulai Esok'.
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) hari ini mengumumkan kenaikan harga untuk beberapa rokok tertentu ekoran kenaikan eksais dan cukai berkuatkuasa 22 Oktober 2012.
Menurut Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 18 Oktober secara rasmi telah memaklumkan peningkatan mandat dalam harga ex-factory untuk rokok mereka sekitar 26 hingga 58 peratus berkuatkuasa 19 Oktober 2012.
Senarai Kenaikan Harga Rokok 2012
Dibawah adalah senarai harga rokok selepas mengalami kenaikan harga
Dunhill - RM10.20
Kent - RM10.20
Peter Stuyvesant - RM8.70
Pall Mall -RM8.70
Pall Mall Plain - RM10.60
Benson & Hedges - RM10.20
Lucky Strike Plain - RM10.60
Rothmans International - RM10.60
Kepada perokok-perokok sila ambil perhatian... Termasuk la akuuuuuu.... Heeee
Admin
6:10 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSistem Autoresponder Percuma
Apa Fungsi Sistem Autoresponder
Pada yang baru nak berjinak-jinak atau yang baru nak belajar perniagaan internet ni, tentu ada yang kurang pasti apa sebenarnya Sistem Autoresponder ni? Apa sebenarnya fungsi Sistem Autoresponder dan bagaimana sistem ini membantu anda.
Jika anda tahu menggunakan email, anda sudah mempunyai basic atau asas didalam Sistem Autoresponder ini. Terkejut? :) Sistem autoresponder ini sama jer macam dengan email yang kita gunakan tu, bezanya Sistem Autoresponder ni kita boleh set waktu penghantaran email-email tersebut dan ianya akan bekerja secara auto untuk kita. Nama pun autoresponder kan. Jadi jika anda mempunyai web dan mempunyai sistem autoresponder ni didalam web anda, anda tak perlu risau sebab jika prospek anda masuk dalam web anda dan prospek tersebut mengunakan sistem autoresponder yang telah anda setkan, email akan dihantar kepada prospek tersebut secara auto walaupun anda sedang tidur.
Jenis Jenis Sistem Autoresponder
Terdapat banyak sistem autoresponder, ada yang percuma, ada yang berbayar. Ada yang mahal, ada yang murah dan ada pula yang ikut pakej. Tengok screenshot kat bawah
Kebiasaanya, penyedia Sistem Autoresponder ni mengenakan bayaran untuk setiap bulan. Tak kira lah berapa ramai yang 'subcribes', anda tetap perlu bayar servis penyedia Sistem Autoresponder ni setiap bulan.
Tetapi diantara kesemua penyedia Sistem Autoresponder diatas, ada satu penyedia Sistem Autoresponder ni yang hanya mengenakan bayaran sekali sahaja seumur hidup :) Dan yang menarik, ianya dibangunkan oleh orang Malaysia sendiri. Mana pilihan anda? Servis yang mengenakan bayaran per bulan atau sekali seumur hidup dengan pakej yang sama?
Tak perlu bercerita panjang, anda lihat sendiri apa kata mereka yang telah menggunakan Sistem Autoresponder buatan anak tempatan ini..... Zasssssss.....
Lelaki Bergelar Ustaz Miliki 11 Orang Isteri
Lelaki ini didalam satu majlis nikah bersama salah seorang isteri yang berjaya dipercaya |
Dalam Islam, seorang lelaki hanya boleh memiliki 4 orang isteri sahaja dalam satu satu masa. Lain pula dengan kes yang berlaku di Kuala Lumpur dimana seorang lelaki ini memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri. Bermodalkan 'ayat power', berperawatakan warak dan pakar memalsukan dokumen-dokumen bagi meyakinkan jabatan agama islam.
Menurut kes, lelaki ini mengaku bujang terhadap wanita yang ingin dinikahinya selain meraih simpati kononnya rumahtangganya mengalami masalah. Kadang mengaku telah bercerai. Ada diantara 'isteri-isteri' lelaki ini mengaku ditinggalkan hanya setelah sehari berkahwin.
Salah seorang isteri lelaki ini, Naimah Ismail (bukan nama sebenar) 24 tahun, berkata dia ditinggalkan selepas 4 hari berkahwin dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.
Menggunakan gelaran ustaz, lelaki ini sebelum ini pernah menipu pengujung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah. Selain itu lelaki ini juga pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan kegiatannya untuk seketika selepas wajahnya terpampang di dada akhbar atas pertuduhan jenayah.
Sumber Lelaki Miliki 11 Orang Isteri - HMetro
p/s : Nama lelaki ni........ Ustaz Keparat
Admin
1:07 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaReview Filem Hantu Kapcai
Hahaha.... Ok ok.. Aku gelak sebab aku beranggapan semua orang dah tengok filem Hantu Kapcai yang ditayangkan 27 Sept yang lalu. Aku jer yang baru tengok malam ni... Sungguh aku ketinggalan.. :p
Yang buat filem Hantu Kapcai ni menarik atau yang menjadi daya penarik kepada filem hantu kapcai ni pada aku dua orang pelakon dia la kot iaitu Fizz Fairuz sebagai Ibrahim dan juga Zizan Razak sebagai Ajib .. Memang lawak dua orang ni.. Si Zizan tak yah cerita la memang pelawak pun, Si Fizz Fairuz ni pula watak serius pun boleh, watak kelakar pun boleh, suam suam kuku la.. Bila suam suam kuku jadi la lawak selamber... ;p
Yang si Remy Ishak (Tiger) ni...... Boleh la... Penambah perisa la orang kata untuk menguatkan lagi filem ni.
Yang si Neelofa (Khatijah) ni pula sebagai penghias la kot... watak dia biasa biasa sahaja...watak ringan untuk lebih mencorakkan filem Hantu Kapcai ni.
Itu dari segi barisan pelakon, dari segi jalan cerita.....
Filem Hantu Kapcai ni bergenre komedi seram..... Dari segi komedi memang A, memang menjadi... boleh gelak sorang sorang kalau tengok filem ni. Tabik kat Fizz Fairuz kerana membawa watak yang baik (Muka serius yang lawak) Dari segi seram, tak ada seram pun, tak ada hantu pun. Si Zizan yang dikatakan menjadi hantu tu pun make-up dia tak der la berupa hantu. Macam halimunan jer pun watak dia... orang tak nampak, itu jer. Cuma dari segi logik tu..... Yang ni cam ner nak komen erk... Nak kata logik...tak logik. Nak kata tak logik, logik. Haish.... Yang tak logik tu si Zizan tu dah mati tapi boleh pula si Fizz Fairuz ni nampak dia. Boleh pula melawak.. Hantu lawak betul la Zizan ni.. Bab logik tu pula memang ada roh orang mati yang tak tenteram berlegar-legar di awangan kan. Tak diterima bumi... Macam tu la kot.
Yang menjadikan filem Hantu Kapcai ni sedikit kontroversi adalah waktu scene kat awangan tu waktu adik Ajib (Zizan) tak sedar tu pas tu jumpa Zizan kat "awangan".... Kat mana tu?? Syurga ker?? Yang ni agak kontroversi sikit, aku google pun ramai cakap pasal ni... Kalau awangan tu ditukar kepada kepulan asap mungkin boleh la penonton terima kan, masuk la akal sikit.. Pandangan aku la.
Dari segi morality, ada la mesej dia dimana filem hantu kapcai ni ajak kita jaga mak bapa kita kan, macam Ajib sewaktu hidup dia, dia bantu mak dia cari duit untuk menyembuhkan penyakit mak dia tu. Yang tak kena tu, cara si Ajib mendapatkan wang tu, filem ni macam menggalakkan rempit pula atau mendapatkan duit dengan berlumba.... Adeh...
Ada pula watak YB.... huhuhu... Sponser pula perlumbaan kat kampung Ajib ni... Penerbit macam ada maksud tersirat jer.....hehehe..
Secara keseluruhan....boleh la sekadar menghiburkan hati filem Hantu Kapcai ni.... Kelakar...kata ngkooooo.....
Tonton filem Hantu Kapcai Online
Sesaper yang belum tengok filem ni (aku jer kot yang belum tengok), rasa nak tengok boleh tengok kat sini :)
Diskaun 50% Harga Tiket KTMB Komuter Mulai 1 Nov 2012
Mulai 1 Nov 2012, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3000 akan mendapat 50% diskaun dengan pembelian tiket KTMB Komuter selama setahun iaitu dari 1 Nov 2012 hingga 31 Oktober 2013.
Susulan dengan pengumuman pemberian diskaun 50% dengan pembelian tiket KTMB Komuter tersebut, kad komuter 1Malaysia akan diperkenalkan sebagai kad identifikasi dan akan diberikan kepada mereka yang layak.
Mereka yang layak mendapat diskaun tiket KTMB komuter ini boleh membeli tiket dengan potongan harga 50% di semua stesen KTM komuter dengan menunjukkan kad komuter 1Malaysia beserta kad pengenalan masing-masing.
Setiap mereka yang layak hanya boleh memiliki 1 sahaja kad komuter 1Malaysia tersebut dimana pengeluaran kad tersebut melibatkan caj sebanyak RM1 dan jika berlaku kehilangan, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM5.
Permohonan 50% diskaun tiket KTMB Komuter
Borang permohonan diskaun tiket KTMB Komuter boleh dibuat di semua stesen komuter dan juga laman web KTM di http://ktmb.com.my mulai sekarang.
Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad komuter 1malaysia pula, sebanyak 20 kaunter khas akan dibuka di tujuh stesen utama iaitu stesen KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.
Kaunter pendaftaran akan dibuka mulai 22 Oktober 2012 yang akan beroperasi selama sebulan dari jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali cuti umum.
Sumber Diskaun 50% Tiket KTMB Komuter - SinarHarian
Admin
3:58 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTips Mencegah Penyakit Kanser
Sekarang ni atau lebih tepat zaman sekarang banyak sangat kita dengar orang kena kanser atau barah, macam-macam kanser, kanser hati, kanser usus, kanser prostat, kanser payudara dan macam-macam kanser lah. Baru-baru ni, masuk berita pelakon veteran Kuswadinata terlantar tenat disebabkan kanser usus yang dihidapi.
Kenapa aku cakap zaman sekarang?? Kalau dulu agak jarang la kita dengar pasal kanser-kanser ni, yang selalu kita dengar, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, tu pun penghidapnya sememangnya dah berumur. Sesuai lah dengan daya tahan tubuh yang dah lama beroperasi... Yang kanser ni kadang kita dengar orang muda pun dah ada yang kena kanser ni. Kenapa yer? 1 gaya hidup, 1 lagi pemakanan lah kot. Pemakanan sekarang banyak sangat yang dicampur itu la ini la, asid itu la asid ni la, contoh paling senang makanan segera. Sebab tu orang-orang tua pesan jangan selalu sangat makan makanan segera... Ada logik?
Kat bandar-bandar aku tak tahu la macam mana tahap kesihatan orang-orang yang berumur ni, kalau kat kampung aku tengok orang tua yang berumur 70 80 tahun sihat lagi, cergas lagi. Sebabnya faktor pemakanan la kot...
cPetua Pemakanan Mencegah Kanser
Orang kata mencegah lebih baik dari mengubat.
Bila dah kena kanser, jumpalah doktor, bila dah jumpa doktor, telan lah pil-pil apa segala, rawatan-rawatan chemotherapy bagai. Jadi sebelum kena, jom kita cegah kanser dengan pengambilan-pengambilan makanan pencegah kanser dibawah.
Avocado
Khasiat Avocado :-
Kaya dengan gluthatione iaitu antioksidan terbaik bagi melawan radikal bebas dalam badan dengan menghalang usus daripada menyerap sesetengah lemak yangmenjadi punca kanser usus.
Membekalkan pottasium kepada badan
Sebagai sumber Beta Carotene yang baik
Baik untuk merawat Hepatitis bervirus (penyebab kanser hati)
Brokoli
Khasiat Brokoli :-
Mengandungi Indole-3-Carbinol, menukarkan estrogen penggalak kanser kepada estrogen penghalang kanser.
Antioksidan Lutein dan Zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko terkena kanser prostat.
Mengandungi Fitokimia yang boleh mencegah kanser kolon dan kanser rektum.
Lobak Merah
Khasiat Lobak Merah :-
Beta Carotene - Mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser payudara, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser kerongkong, kanser perut, kanser usus, kanser kolon, kanser pundi dan kanser prostat.
Falcarinol - Membantu mengurangkan kanser.
Cili Merah
Khasiat Cili Merah :-
Mengandungi bahan kimia Capsaicin iaitu bahan yang boleh meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser)
Flax
Khasiat Flax :-
Lignin yang bertindak sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel kanser.
Kaya dengan Omega-3 yang membantu mencegah kanser kolon dan sakit jantung.
Bawang Putih
Khasiat Bawang Putih :-
Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko kanser perut dan dan kanser kolon.
Limau Bali/Limau Abung
Khasiat Limau Bali :-
Mototerpenes - Menghalang kanser dengan menyingkirkan karsinogen dari badan.
Kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene dan Asid Folik
Anggur Merah
Khasiat Anggur Merah :-
Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun.
Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.
Sayur-Sayuran Hijau Dan Kuning
Khasiat Sayuran Hijau Dan Kuning :-
Mengurangkan risiko kanser perut
Cendawan/Kulat
Khasiat Cendawan :-
Polysaccharides (lentinan) - Meningkatkan sistem imun badan
Beta Glucan dan Protein (lectin) - Berfungsi menyerang sel kanser dan menghalang pertumbuhan sel kanser.
Thioproline - Meransang pengeluaran interferon dalam badan.
Kekacang
Khasiat Kekacang :-
Mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.
Limau / Lemon
Khasiat Limau/Lemon :-
Mengandungi Limonene yang meransang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan mengurai bahan penyebab kanser.
Betik
Khasiat Betik :-
Sebagai antioksidan yang mampu mengurai penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses
Rasberi
Khasiat Rasberi :-
Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser
Rumpai Laut
Khasiat Rumpai Laut :-
Mengandungi mineral seperti Pottasium, Kalsium, Magnesium, Iron dan Iodine. Beta Carotene, Protein, Vitamin B12, Klorofil, Chlorophylone (asid lemak yang penting melawan kanser payudara)
Produk Soya (Tofu, Tauhu)
Khasiat Produk Soya :-
Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.
Daun Teh
Khasiat Daun Teh :-
Mengandungi antioksidan polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser merebak.
Mengandungi fitokimia epigallocathecin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor.
Tomato
Khasiat Tomato :-
Antioksidan Lycopene yang menyerap molukel oksigen bebas atau radikal bebas yang meransang kanser terutama kanser mulut.
Kaya dengan Vitamin C
Kunyit Hidup
Khasiat Kunyit Hidup :-
Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 yang sering dikaitkan dengan keradangan dan penyebab kanser kolon atau rektum.
Fiber / Serat
Khasiat Fiber :-
Mampu mencegah kanser terutama kanser prostat.
Jus Epal Tak Bertapis
Khasiat Jus Epal Tak Bertapis :-
Berupaya mencegah kanser kolon.
Selain daripada pengambilan makanan-makanan pencegah kanser diatas, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan seperti melakukan senaman untuk menguatkan lagi daya tahan tubuh.
Sumber Tips Mencegah Penyakit Kanser - Food To Prevent Cancer
Admin
1:23 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaMengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko kanser perut dan dan kanser kolon.
Limau Bali/Limau Abung
Khasiat Limau Bali :-
Mototerpenes - Menghalang kanser dengan menyingkirkan karsinogen dari badan.
Kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene dan Asid Folik
Anggur Merah
Khasiat Anggur Merah :-
Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun.
Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.
Sayur-Sayuran Hijau Dan Kuning
Khasiat Sayuran Hijau Dan Kuning :-
Mengurangkan risiko kanser perut
Cendawan/Kulat
Khasiat Cendawan :-
Polysaccharides (lentinan) - Meningkatkan sistem imun badan
Beta Glucan dan Protein (lectin) - Berfungsi menyerang sel kanser dan menghalang pertumbuhan sel kanser.
Thioproline - Meransang pengeluaran interferon dalam badan.
Kekacang
Khasiat Kekacang :-
Mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.
Limau / Lemon
Khasiat Limau/Lemon :-
Mengandungi Limonene yang meransang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan mengurai bahan penyebab kanser.
Betik
Khasiat Betik :-
Sebagai antioksidan yang mampu mengurai penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses
Rasberi
Khasiat Rasberi :-
Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser
Rumpai Laut
Khasiat Rumpai Laut :-
Mengandungi mineral seperti Pottasium, Kalsium, Magnesium, Iron dan Iodine. Beta Carotene, Protein, Vitamin B12, Klorofil, Chlorophylone (asid lemak yang penting melawan kanser payudara)
Produk Soya (Tofu, Tauhu)
Khasiat Produk Soya :-
Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.
Daun Teh
Khasiat Daun Teh :-
Mengandungi antioksidan polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser merebak.
Mengandungi fitokimia epigallocathecin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor.
Tomato
Khasiat Tomato :-
Antioksidan Lycopene yang menyerap molukel oksigen bebas atau radikal bebas yang meransang kanser terutama kanser mulut.
Kaya dengan Vitamin C
Kunyit Hidup
Khasiat Kunyit Hidup :-
Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 yang sering dikaitkan dengan keradangan dan penyebab kanser kolon atau rektum.
Fiber / Serat
Khasiat Fiber :-
Mampu mencegah kanser terutama kanser prostat.
Jus Epal Tak Bertapis
Khasiat Jus Epal Tak Bertapis :-
Berupaya mencegah kanser kolon.
Selain daripada pengambilan makanan-makanan pencegah kanser diatas, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan seperti melakukan senaman untuk menguatkan lagi daya tahan tubuh.
Sumber Tips Mencegah Penyakit Kanser - Food To Prevent Cancer