Home » » Lelaki Miliki 11 Orang Isteri

Lelaki Miliki 11 Orang Isteri

Lelaki Bergelar Ustaz Miliki 11 Orang Isteri

Lelaki Miliki 11 Orang Isteri
Lelaki ini didalam satu majlis nikah bersama salah seorang isteri yang berjaya dipercaya
Dalam Islam, seorang lelaki hanya boleh memiliki 4 orang isteri sahaja dalam satu satu masa. Lain pula dengan kes yang berlaku di Kuala Lumpur dimana seorang lelaki ini memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri. Bermodalkan 'ayat power', berperawatakan warak dan pakar memalsukan dokumen-dokumen bagi meyakinkan jabatan agama islam.

Menurut kes, lelaki ini mengaku bujang terhadap wanita yang ingin dinikahinya selain meraih simpati kononnya rumahtangganya mengalami masalah. Kadang mengaku telah bercerai. Ada diantara 'isteri-isteri' lelaki ini mengaku ditinggalkan hanya setelah sehari berkahwin.
Salah seorang isteri lelaki ini, Naimah Ismail (bukan nama sebenar) 24 tahun, berkata dia ditinggalkan selepas 4 hari berkahwin dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.

Menggunakan gelaran ustaz, lelaki ini sebelum ini pernah menipu pengujung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah. Selain itu lelaki ini juga pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan kegiatannya untuk seketika selepas wajahnya terpampang di dada akhbar atas pertuduhan jenayah.

Sumber Lelaki Miliki 11 Orang Isteri - HMetro

p/s : Nama lelaki ni........ Ustaz Keparat

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment