Home » , , , » Pemuda UMNO Gesa AES Ditangguh

Pemuda UMNO Gesa AES Ditangguh

Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Tangguhkan Perlaksanaan AES

Pemuda UMNO Gesa Perlaksanaan AES Ditangguh
Kuala Lumpur, Pemuda UMNO menggesa kerajaan menangguhkan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) susulan banyak rungutan yang diterima.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mengenal pasti banyak kelemahan yang terdapat pada sistem AES walaupun ianya bertujuan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

"Bukan tak setuju. Mungkin pada dasarnya ia satu cadangan yang baik tapi kami sebulat suara tuntut kerajaan tangguhkan AES dan kaji semula perlaksaan sistem tersebut"

Menurutnya lagi, perlaksanaan sistem AES perlu dikaji semula meliputi beberapa aspek seperti lokasi pemasangan sistem AES, penetapan kadar had laju praktikal serta pendedahan kepada umum mengenai sistem tersebut.

"Bagaimanapun, penangguhan ini tidak bermakna menghalalkan pengguna jalan raya melanggar undang-undang sedia ada tetapi AES ini terlalu banyak masalah"

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di kawasan 'hitam' bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.

Sumber Pemuda UMNO Gesa AES Ditangguh - MStar

-----------------------------------------------------

Sistem bagus. Tapi perlaksanaan macam tak berapa nak bagus. Papan tanda nun jauh 1km dari kamera. Dekat negara luar, papan tanda diorang ada nyatakan dimana lokasi kamera. Jadi pemandu boleh alert. Itu baru betul nak kurangkan kadar had laju.
Dulu - Awas, Kawasan PERANGKAP had laju
Sekarang - Awas, Kawasan OPERASI had laju.
Kenyataan ubah sikit jer, nak bagi nampak 'manis' sikit ayat tu. Hahahahahahahaha

'Mengurangkan kadar kemalangan' dengan 'mengenakan pengguna jalan raya' adalah 2 maksud yang berbeza.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. ENTAH LA BRO.. AKU RASA KALAU BENDA YANG BOLEH MENDATANGKAN KEBAIKAN SEPERTI MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN MENGAPA HENDAK DIBANTAH.. KALAU KENA BATANG HIDUNG SENIDIR ATAU AHLI KELUARGA MEREKA YANG KEMALANGAN BARULAH ADA PERASAAN BETAPA PENTINGNYA UNDANG2 DAN KAMERA SEBEGINI.

    PENDAPAT AKU JE NI..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment