Assalamualaikum rakan-rakan. Apa kahabar semua? Moga sihat-sihatlah hendaknya yer. Nampaknya prestasi aku dalam berblog ni agak menurun sejak dua menjak ni. huhu.... Tahu kenapa? Tahu tahu tahu?? :P
Korang percaya tak melalui blog, seseorang itu mampu membentuk dirinya dari yang kurang baik ke arah yang lebih baik? Dunia blog ini bolehlah dianggap satu medium komuniti dimana kita saling memberi, menerima dan berkongsi satu-satu pendapat di antara satu sama lain. Sedar atau tidak perkongsian itu sebenarnya mampu membentuk diri seseorang itu ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, jika sebelum ini seseorang itu merasakan pendapatnya tidak didengar oleh orang lain, melalui blog mungkin pendapatnya itu dapat disuarakan dan apabila pendapatnya itu diterima, ianya sedikit sebanyak mampu membina keyakinan diri didalam diri blogger itu.
Dari aspek lain jika seseorang itu merasakan mungkin hanya pendapat dia sahaja yang betul, mungkin melalui blog dia mula sedar bahawa masih banyak pendapat-pendapat orang lain diluar sana yang masih boleh diterima pakai dan mungkin lebih baik dari pendapat dirinya dan ini akan membuat kan dirinya belajar menerima pendapat orang lain.
Itu mungkin dari segi perkongsian pendapat dan pembinaan keyakinan diri seseorang itu melalui blog. Bagaimana pula dengan pembentukan diri seseorang itu? Sebagai contoh, kesedaran sivik. Jika sebelum ini seseorang itu seorang yang mementingkan diri sendiri dengan melakukan kerosakan itu ini, membuat pencemaran atau lain-lain. Mungkin melalui blog dia dapat berubah. Bagaimana blog mampu mengubah diri seseorang itu? Contoh seseorang itu mempunyai blog dan sering melakukan blogwalking. Contoh artikel yang dilawati "Vandalisme, bangsa yang merosak" dan pelawat itu meninggalkan komen "Ya. Aku setuju pendapat ko, budak-budak yang suka buat kerosakan ni memang tak ada otak!" Sedar atau tidak komennya itu mampu menghalang dirinya dari melakukan kerosakan jika sebelum ini dia sering melakukan kerosakan. Bagaimana? Saat dia ingin melakukan kerosakan, dia akan terfikir kembali komen yang pernah diberikan. Dia bagi komen budak-budak yang buat kerja kerosakan atau vendalisme ni tak ada otak. Jadi jika dia buat juga maknanya dia tak ada otak lah dan dia menipu diri dia sendiri! Cakap tak serupa bikin! Betul tak? So dari situ sudah wujud kesedaran didalam diri dia melalui artikel tersebut. Orang kata, budak-budak macam ni semakin dimarah, semakin dibuatnya. So cuba cara psikologi macam ni pula. Kan. Ini contoh jer lah. Banyak lagi contoh sebenarnya.
So, dengan blog ini sememangnya mampu membentuk diri seseorang itu daripada negatif kepada yang positif.
Kalau kat dunia realiti ni orang kata, ikut orang yang baik, kita pon akan jadi baik dan sebaliknya. Samalah dengan blog. Dia nak bina kreabiliti diri dia mestilah tunjukkan sikap yang baik walaupon dia tu kurang baik. Dari situ sedikit sebanyak akan membentuk dirinya sendiri. Ada juga jasa blog ni kan? Bukan sekadar nak tarik traffik dapat duit. Muahaha..
P/S : Contoh vandalisme di atas bukan aku erk. Tapi aku ngaku la selama berblog ni ada juga perubahan dalam diri aku. Kalau sebelum ni aku memang banyak tak tahu tentang satu-satu perkara tu, melalui blog banyak yang aku belajar. terutama dalam penambahbaikan kualiti hidup. Ngeeee Admin 2:22 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
IPanelonline |
Sape nak buat duit online sila angkat kedua-dua belah kaki selama 10 saat tanpa duduk atau menampan menggunakan tangan! Huhuhu....
Tengah-tengah aku berblogwalking, aku terjumpa satu entry ni di blog Sissyira yang menceritakan tentang program jana wang online IPanelonline.. Disebabkan aku ni addict la juga tentang duit ni, aku pon try la lawat laman web IPanelonline ni... Merayap-rayap jap dalam laman web tu, rupa-rupanya program jana wang ni adalah program survey. Program Survey k, bukan "Paid Per Survey" Kenapa aku cakap bukan Paid Per Survey sebab survey yang dilakukan tidak terus dibayar sebaliknya diberikan mata atau point. Maksudnya kena kumpul point dululah baru boleh ditukarkan kepada hadiah atau wang tunai. Nilai minima point atau mata yang diperlukan untuk menebus mata ganjaran adalah serendah 520 mata. Bersamaan........... RM5!!
Ayak! penat wei nak kumpul 520... dapat RM5 jer.. Huhuhu...
Rayap punya rayap, aku pon try lah join.... Sebab...... Pendaftaran percuma baiii... Kalau dah percuma tu, cuba jer lah kannnn.... Bukan aku kuar duit pon. Huhuhu.... Apabila korang mendaftar, korang akan terus mendapat 50 mata dari pendaftaran korang tu...
Daripada apa yang aku baca didalam laman web tu, ada dua cara untuk mendapat point iaitu
1. Membuat survey
Setiap survey yang dilakukan, korang akan mendapat point. Nilai point adalah bergantung kepada tahap kesukaran satu-satu survey tersebut. Setakat ni yang aku tengok paling tinggi 5 point satu survey. Senang jer survey dia. Objektif.
2. Mencari Referral.
Referral adalah orang yang mendaftar dibawah korang. Setiap seorang berjaya mendaftar dibawah korang, korang akan mendapat 50 mata. So Referral income ni la yang nak buat duit pon kan...
Belajar dari pengalaman.... Aku pon tanyalah pakcik Google pasal IPanelonline ni samada ianya Scam atau pon tidak. Aku tengok IPanelonline ni macam baru lagi di Malaysia ni. Rata-rata ramai yang masih belum tahu akan kewujudan program jana wang ni. Disebabkan masih baru... So tak jumpa lagilah suara-suara sumpah seranah tak dapat cash-out kan. Rata-ratanya dapat cash-out.. Tak tahulah pada masa akan datang pulak.
Waktu aku masuk laman web IPanelonline ni, aku agak pelik dari segi bahasa melayu dia. Rasa-rasa budak darjah 6 lagi bagus tatabahasa dia. Muahahaha... So aku pikir yang memperkenalkan program jana wang ni adalah orang cina Malaysia sebab ada sikit-sikit tulisan cina. Rupa-rupanyaaaa..... Betul la apa yang aku pikir tu.... Orang cina yang buat program ni! Tapi...... Bukan cina Malaysia, cina ori punya ni. Shanghai mariiii
Refer sini. Program ni dah wujud sejak 2004! Dah 7 tahun!! Dan program ni bukan setakat di Malaysia, malah dah masuk beberapa negara-negara lain seperti New Zealand, Australia, Korea Selatan, Vietnam, India, Indonesia dan banyak lagi.
Setakat tu jer la yang aku selidik. Kalau korang nak selidik lagi Lawatlah laman web IPanelonline ni. Kalau rasa nak buat duit, cuba jer lah register. Benda percuma jer pon.... Lagipula rasa peluang tu cerah kot, sebab masih baru dan tak ramai yang tahu pasal IPanelonline ni. Cari referral banyak-banyak. Ajak satu kampung join korang. muahahahahahaha....
-------------------
Promote yer yer jer aku ni kan. Aku tak la addict sangat. Tak la berharap sangat program jana wang macam ni. Sebab macam ada baur-baur Scam kan. Tapi try jer lah. Benda percuma. Untung batu tenggelam..Untung sabut timbul... Huhuhu.. Agak-agak dengar benda ni Scam. Stop jer lah.. huhu
Innit - Nuffnang |
1. Teknik ini hanya untuk mereka yang benar-benar serious didalam dunia blogging (Complicated!!)
2. Teknik ini hanya untuk mereka yang ingin upkan traffik dari Nuffnang
3. Teknik ini hanya untuk mereka yang RAJIN!!
4. Teknik ini memerlukan KEJUJURAN!!
-------
Salam sahabat-sahabat sekalian.
Kali ni aku nak dedahkan satu teknik yang mana MUNGKIN mampu menggandakan sedikit traffik blog korang daripada Nuffnang. Idea ni sebenarnya aku dapat 2 hari lepas sewaktu aku nak balik kerja. Waktu tu hujan lebat, aku berenti kejap untuk berteduh dan waktu tu lah idea ni datang. Cumanya aku tak sempat nak update entry aku pada hari tersebut.
Aku tak pastilah kalau teknik ni dah pernah didedahkan atau pon tidak sebelum ni sebab aku tak pernah jumpa lagi lah teknik ni di mana-mana blog yang aku terjah dan belum ada yang buat teknik ni aku tengok di Innit.
Kenapa ada amaran untuk entry ni? Teruskan pembacaan korang....
Bagaimana caranya untuk mencuri atau mendapatkan atau upkan traffik dari nuffnang?
Teknik yang aku nak kongsikan ni adalah berkait rapat dengan featured post dan nang.
Innit - Featured Post |
Teknik 1 : Submit entry pada waktu yang tepat!
Aku pernah terbaca didalam satu blog (aku tak ingat blog apa sebab dah terlalu lama), katanya kalau nak mendapatkan nang yang tinggi dan seterusnya entry blog tersebut terpapar didalam featured post. Seeloknya submit entry di Innit selepas atau sekitar jam 12 malam. Ini kerana pada jam 12 malam. Innit akan update entry-entry baru yang di ping untuk tarikh yang baru. Bermaksud, entry di featured post pada 1 Mac 2011 (Contoh) akan digantikan dengan entry yang baru untuk tarikh 2 Mac 2011. Jadi sekiranya entry korang dihantar pada jam 12 malam, entry korang tu adalah yang terawal. Apabila menjadi yang terawal, ianya akan terpapar didalam featured post walaupon entry tu hanya mendapat beberapa nang sahaja kerana pada tarikh yang baru, entry nang yang tertinggi dikira dari 0 nang. Jadi jika entry tersebut mendapat 5 nang, ianya pasti akan terpapar di dalam featured post, betul?
Namun begitu faktor tajuk dan juga entry itu sendiri perlu memainkan peranannya jika ingin kekal lebih lama didalam featured post. Kalau tajuk "Kucing saya lahirkan 5 ekor anak", rasanya susah sikit la kot :P
Teknik 2 : Interaction
Aku namakan teknik 2 ni sebagai interaction sebab ianya lebih kepada persetujuan diantara 1 pihak dengan pihak yang 1 lagi. Iaitu admin entry dengan pembaca. Bagaimana? Gunakan ruang komen sebagai senjata!!
Jika kita klik pada satu-satu tajuk entry tu, kita akan dibawa pada satu page yang menunjukkan description tentang entry tersebut terlebih dahulu sebelum dibawa terus ke blog tersebut. Bukan? Pada page description tu ada ruang komen bukan? Sebagai admin untuk entry korang tu.... Tulis ayat ni "Kepada nanger, blog anda pasti diterjah! Entry anda akan di nang!" Dengan komen ini, ianya akan membentuk satu interaksi diantara admin entry dengan pembaca bukan? Walaupon teknik ini kosepnya lebih kurang "u follow me, i follow u" Tetapi ianya membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.
"Win-win situation", walaupon dengan cara ini berkemungkinan pembaca itu hanya ingin mengambil kesempatan sahaja agar entry dia juga akan mendapat nang yang tinggi dan seterusnya terpapar didalam featured post dengan hanya nang entry korang tetapi tidak melawat pon blog korang, korang masih mendapat kelebihan dimana korang mungkin mendapat nang yang tinggi juga dan entry korang terpapar didalam featured post. Didalam keadaan ini. Tajuk entry pula yang akan memainkan peranannya.
Itu jika pembaca itu hanya ingin mengambil kesempatan. Jika dia sememangnya melawat ke blog korang, dah dapat 1 pelawat dari Innit. Kalau pembaca tu hanya nang, kita pon nang sajalah juga. Kalau dia melawat, kita lawat lah balik. Kalau dia komen, kita pon komen lah balik :) Tapi.................. Sila bersikap jujur ok! Janganlah member tu nang, korang tak nang balik. Benda ni sebab dah dibuat perjanjian kan kat kotak komen.
Dah baca amaran aku tadi kan? Complicated...? Sanggup buat untuk traffik...? Rajin tak nak terjah setiap blog mereka yang nang entry korang? Jawapannya...........
Hanya untuk mereka yang benar-benar serious didalam dunia blogging!!
Aku sendiri tak sure aku mampu atau tidak buat teknik ni. But at least aku kongsi idea aku ngan korang kan. Kan kan kan :P Jom test market!!! :D
Kalau teknik ni menjadi, kena lantik seorang PA... Pening rasanya. Entry ni pon dah buat aku pening. huhuhu... Admin 12:50 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Webmaster Tool |
Salam. Hari ni aku nak kongsi secubit
Selain menyenaraikan blog ke dalam Google, Google Webmaster Central/Google Webmaster Tool ini mampu memberikan guide atau panduan untuk blogger atau pemilik laman web untuk mengoptimalkan lagi satu-satu laman web atau blog.
Tanpa menggunakan ayat yang berbunga-bunga. Aku terus listkan step-step dia ok.
1. Buka Google Webmaster Tool
2. Log-in menggunakan akaun Gmail. (Jika masih tiada akaun Gmail, daftar disini)
3. Setelah log-in, klik butang "add a site" dan masukkan nama blog korang.
Webmaster Tool - Home |
4. Setelah itu, page "Verify Ownership" akan keluar. Page ini adalah untuk mengesahkan bahawa korang adalah pemilik blog yang ingin didaftarkan. Terdapat 4 pilihan untuk membuat pengesahan.
Webmaster Tool - Verify ownership |
i. Add a Meta Tag to your side's Home Page
Memasukkan kod pengesahan ke dalam HTML page blog (Rujuk arahan)
ii. Add a DNS record to your domain's configuration
Option ini adalah untuk mereka yang menggunakan webhosting berbayar (Rujuk arahan)
iii. Link to your Google Analytic account
Option ini boleh digunakan sekiranya pada pada server atau HTML page satu-satu blog itu mempunyai Google Analytics tracking code. Jika tiada, pengesahan tidak dapat dilakukan.
iv. Upload an HTML file to your server
Option ini boleh digunakan sekiranya korang menggunakan webhosting berbayar (Rujuk arahan)
**Untuk pengguna blogspot, sila gunakan pilihan pertama dan rujuk arahan yang diberikan. (Save dahulu template sebelum memasukkan kod pengesahan sebagai langkah berjaga-jaga sekira berlaku kesilapan)
5. Setelah langkah-langkah pengesahan telah dilakukan. Klik butang "veify". Jika tiada error. Blog tersebut telah pon disahkan dan "Dashboard" untuk blog tersebut akan keluar. Klik pada "more" pada bahagian Sitemaps.
Webmaster Tool - Dashboard |
6. Page Sitemaps akan keluar. Klik pada "Submit a Sitemap".
7. Copy dan masukkan satu persatu RSS/Sitemaps dibawah dan masukkan ke dalam kotak "Submit a Sitemap" dan klik "Submit Sitemap" untuk setiap satu RSS/Sitemap.
i. /at
ii. /at
iii. /fe
iv. /fe
v. /fe
vi. /rs
vii. /rs
Apabila sudah selesai kesemuanya, kesemua RSS/Sitemap akan tersenarai seperti ini
Webmaster Tool - Sitemaps |
Setiap kali ada entry baru. Resubmit kesemua Sitemap yang telah dilistkan. InsayAllah dalam masa 1-2 hari, entry korang akan tersenarai didalam enjin carian Google.
P/S : Tersenarai didalam enjin carian tidak bermaksud tersenarai didalam page pertama enjin carian. Masih banyak faktor yang mempengaruhi penyenaraian satu-satu blog atau laman web itu didalam enjin carian Google.
P/S/S : Otai-otai sifu kalau ada salah silap tolong tegur.... Den bukan arif sangat. huhu Admin 11:41 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
SEO Consultant |
Entry ni bukanlah aku nak cerita tentang apa itu SEO. Aku nak cerita, aku sendiri pon tak khatam bab SEO ni. Senang citer SEO ni adalah singkatan untuk Search Engine Optimization. Ianya adalah teknik-teknik didalam mengoptimalkan web untuk tersenarai didalam enjin carian. Nak bagi lagi 'senang' cerita....bukan 'senang' untuk mengoptimalkan laman web tu supaya sentiasa tersenarai di dalam enjin carian terutama page pertama enjin carian tersebut kerana kedudukannya sentiasa berubah-ubah. Kenapa boleh jadi macam tu... Jangan tanya aku :P
Apa pula SEO Consultant? Consultant bermaksud penasihat. Penasihat SEO ni bermaksud membantu pemilik-pemilik laman web ini untuk menyenaraikan laman web mereka di dalam enjin carian. Nasihat disini bukan macam bagi nasihat la tapi lebih kepada diorang setkan atau optimalkan laman web tersebut untuk disenaraikan didalam enjin carian. Dan sudah tentu ianya bukan percuma. Ada yang mengenakan bayaran bulanan iaitu consultant ni sentiasa memantau perkembangan satu-satu laman web tersebut. Ada pula yang mengenakan hanya sekali bayaran dimana mereka akan berikan tip-tip atau software untuk mengoptimalkan laman web supaya tersenarai didalam enjin carian dan kita lakukan tip-tips itu sendiri. Persoalannya..... Berbaloikah menggunakan servis-servis mereka ini? Berbaloikah melaburkan duit untuk mendapatkan servis-servis dari SEO consultants ini?
Mungkin ada penyedia-penyedia servis ini yang sememangnya mampu membuatkan satu-satu lama web tersebut tersenarai didalam enjin carian tetapi perlu berhati-hati kerana bimbang sekiranya mereka menggunakan teknik yang salah atau 'Black Hat' yang mana satu-satu laman web tersebut mungkin akan di banned oleh Google.
Sekiranya korang pernah terjumpa laman web laman web yang menyediakan servis seperti ini yang menyatakan bahawa mereka mampu menyenaraikan laman web di tangga teratas enjin carian, Kemungkinan ianya hanyalah gimik semata-mata. Mereka mungkin hanya ingin mengaut keuntungan sahaja dengan alasan kita tidak tahu untuk mengoptimalkan laman web tersebut.
Betul SEO ini sukar dan ramai yang tidak tahu teknik-teknik SEO ni termasuklah aku. Tetapi rasanya banyak sumber-sumber yang boleh didapati yang menyediakan tips-tips SEO ini tanpa sebarang bayaran yang mana jika kita mengikut teknik-teknik yang betul, tidak mustahil untuk membuatkan laman web tersebut tersenarai didalam enjin carian. Sanggup tak sanggup jer. Blogger di Malaysia ni pon ramai yang hebat-hebat dan pakar-pakar SEO. Google jer dan pasti akan terjumpa tips-tips yang diorang bagi
Disini aku ada senaraikan antara laman web laman web yang dirasakan boleh dijadikan panduan untuk mengoptimalkan laman web dan ianya adalah percuma.
Banyak lagi rasanya laman web laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk mengoptimalkan laman web ni, rasanya 3 ni pon dah cukup.. tu pon tak terkejar rasanya.
P/S : Aku pon buta SEO der...benda ni sajer la nak kongsi...kan kan kan. Tak salah kan... Ada sesaper nak sekeh kepala aku? :P
Admin
12:50 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAku buat segmen yang dianjurkan oleh Brother Fairus ni bukanlah sebab aku nak balas jasa dia kerana menyertai Segmen Kenali Blogger Bersama Amry's Blog yang aku anjurkan. Tapi sebab memang aku nak join pon segmen dia ni. Selain dari blog dia, keramahan dia membuatkan aku terus melekat macam cicak dekat blog dia. huhu... Ramah der member aku ni walaupon rock. Kekeke..
Sebelum ni pon aku pernah buat entry pasal semangat dia berblog di Cyber Cafe. Suspect ar lu bro. hehe
Aku nak citer sikit la awal-awal aku kenal member aku ni erk. Aku dah lupa sebenarnya macam mana aku tersesat masuk ke dalam blog member aku ni....tapi dulu banner dia bukan macam tu, banner dia menunjukkan diri n wajah dia. wajah dia kat banner tu pulak ganas der, cuak gak aku. Kena pulak rock. Rockers ni ganas-ganas kan. hehe... Pastu aku komen la kat satu entry dia..."Sepak Raga Bulatan". aku komen "dulu waktu budak2 ada la main,sekarang tak dah..." dia balas, "aku yang tua ni pon still main lagi.."
aik!! selamber tul mamat ni aku fikir...hati kering punya komen. huhu.. memang kena la dengan gaya rock dia tu..hhuhu...mungkin waktu tu aku baru kenal dia, mind aku pon jadi lain la sikit kan. hehe... aku fikir bukan semua minat sepak raga atau sepak takraw ni bang oiii... kekeke... pas tu dah lama-lama, aku pon jiwa kering gak laaaa ngan member aku ni.. huhuhu.... Kesimpulannya, member aku ni memang ramah dan sempoiiiii...... Terjah. Jangan tak terjah.. huhu..
p/s : faktor pemilihan.... Kuat membodek atau "kipas". Hah bro!! Ni aku bukan kipas lagi dah... Aku kasi Air Cond kat ko....suka dakkkkk....?? hehehehehehehe
p/s/s : Nak join? klik "Kenapa Saya Mahu Jadi Bloglist Fairus.com" Admin 10:46 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Wallaweiiii.....dah bersawang blog aku ni. Argh! Untuk maklumat korang aku sekarang tak dapat nak access internet di rumah aku disebabkan gangguan teknikal yang berlaku terhadap sistem komunikasi TMNET. Aku dapat tahu pon daripada adik aku. Balik-balik kerja nak online, adik aku cakap internet tak dapat access. Aku ingat modem aku yang problem, rupa-rupanya ianya adalah kesan daripada fonemena alam Tsunami di Jepun tempoh hari.
Cari-cari maklumat di internet, dapatlah aku maklumat yang mengatakan beberapa kabel Japan-US Cable Network (JUCN) dan Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) menagalami kerosakan yang mana kabel-kabel ini merupakan kabel yang menghubungkan Malaysia dengan US dan juga Hong Kong. Kerosakan ini mungkin disebabkan pergerakan kerak bumi di dasar laut yang telah menindih, memutus atau apa-apa yang boleh merosakkan kabel-kabel tersebut. Kabel-kabel ni ditanam di dasar laut.
Tak tahu bila masalah ni akan selesai. Harap-harap akan segera lah kembali kepada keadaan asal. Kalau tak, penat juga la aku... Pihak TMNET sedang berusaha mencari punca masalah tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dari masa ke semasa.
Info lanjut. Internet Service Discruption
p/s : kenapa line internet kat CC ni ok jer erk? Ada sesaper tahu? Aku ni bukan tahu sangat hal-hal connection ni. hehe Admin 8:19 PM New Google SEO Bandung, Indonesia

Datuk (Dr.) A. Samad Said. Sasterawan Negara |
Otak hang! Otak hang!! Grrrr..... Masalah besar ni, kategori masalah dunia woooo.... Kritikal kritikal!! Adehhhh..... Orang buat entry, dia pon sibuk-sibuk nak buat entry!! Dia tu bukan korang erk. Dia tu aku laaaa.....huhu..
Korang pernah tak hadapi situasi macam yang aku hadapi sekarang? Situasinya..... Idea untuk menulis ada, tapi idea nak mengolah ayat tu tak der.... Pernah pernah pernah? Haaaa.... Ni laaaaa yang aku tengah duk fenin ni. Ish. Idea ada tapi nak mengolah ayat tu yang masalah tu.
Didalam mengupdate entry atau artikel blog ni, selain daripada misi pencarian idea tu sendiri, idea untuk mengolah ayat pon penting. Kalau tak ada idea untuk mengolah ayat, penyampaian ayat didalam entry tu tak mustahil akan jadi carca marba, berterabur. Kalau ayat penyampaian dah berterabur, tajuk yang gempak pon boleh jadi tak gempak. Silap-silap haribulan point yang hendak disampaikan didalam entry tu tak kesampaian. Betul tak? Betul tak? Betul tak? Macam orang tua tak ada gigi sedang bercakap laaa. Hujah power sampai terangkat-angkat tangan menunjukkan ekspresi tapi orang lain tak paham apa yang dicakapkan. Rugi tu. hehe
Kebiasaannya entry-entry yang memerlukan pengolahan ayat yang baik ni adalah seperti entry yang memberi informasi.... Di tambah pula kalau entry tu panjang berjela.. Berbeza jika dilihat pada entry-entry yang agak santai atau entry yang lebih menjurus kepada cerita peribadi seseorang itu dimana ayat penyampaian atau pengolahannya kurang dititikberatkan.
Sedar atau tidak, cara penyampaian atau pengolahan ayat yang baik mampu menyerlahkan kematangan diri si penulis sekaligus menarik minat pembaca untuk terus membaca hasil-hasil penulisannya disampingkan mewujudka rasa kagum/respek pembaca terhadap diri si penulis tersebut. Contoh terbaik yang dapat dilihat, Sasterawan Usman Awang, A. Samad Said. Walaupon penulisan mereka lebih kepada buku, tetapi konsepnya adalah sama bukan. Penyampaian atau pengolahan jalan cerita itu mampu meletakkan diri seseorang itu di tahap tertentu.
Bagaimana untuk membuat olahan atau penyampaian ayat yang baik? Soalan ni aku sendiri tak tahu jawapannya. Tetapi kebiasaannya aku kalau dapat idea, aku tak terus menulis, aku cari dulu point-point yang ingin aku tekankan. Apabila aku dah betul-betul bersedia untuk menulis entry tersebut, barulah aku menulis. Menulis dalam keadaan yang terburu-buru seringkali menjadikan ayat itu berterabur. Satu lagi pada pendapat aku, sewaktu menulis, letakkan diri/minda didalam situasi yang ingin kita sampaikan.
Ada juga beberapa rakan blogger aku yang aku tengok pengolahan ayatnya cukup baik. Sangat menunjukkan kematangan didalam penulisannya.... Nak pergi jauh dalam dunia blog? Penyampain ayat merupakan salah satu faktor..... Kan? hehe
P/s : Ayat aku sendiri pon berterabur derrrr....huhu
P/s/s : Menjadi juga entry aku ni... Entry tak dirancang :P
Admin
12:20 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaHuh..tengah-tengah aku berblogwalking di rumah, aktiviti aku terhenti. Aku stop aktiviti aku untuk berblogwalking untuk membuat entry ni. Entry khas untuk rakan blog aku. Padlie. Entry ni adalah entry aku yang kedua yang aku buat melibatkan rakan blog aku. Sebelum ni aku buat entry tentang semangat rakan aku juga didaam dunia blogging ni. "On The Cyber Cafe" Amry's Blog - BUKAN SEKADAR BLOG. Aku ingin merealisasikan tagline aku. Aku berblog bukan sekadar menulis, bukan sekadar memberi pandangan pendapat, atau suka-suki menulis untuk mencari sedikit $$$. Aku ingin pergi lebih jauh dengan blog aku ni. Aku ingin mewujudkan satu perhubungan diantara aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Biarpon hanya melalui dunia maya.
Padlie... Aku lupa bila aku kenal si Padlie ni dalam dunia maya ni, tapi dia terlebih dahulu berkunjung ke blog aku dan hubungan aku dengan si padlie berterusan dengan saling membalas kunjungan dan meninggalkan komen. Perkenalan aku masih baru dengan Padlie. Aku masih tak dapat berkenal rapat dengan insan bernama Padlie ni. Tapi yang aku pasti....Dia adalah seorang yang sangat TABAH dan KUAT. Dan sedikit
Dalam pada aku berblogwalking di blog si Padlie ni, aku baca entry pendek dia bertajuk "Bila Padlie Kusyuk MenGoogle" Pada mulanya aku ingat ianya hanyalah entry santai bersahaja. Tetapi telahan aku melesat. Di dalam entry tu ada disertakan link download majalah. Majalah berunsur artis gamaknya. Aku tak minat sangat pasal artis. So aku tak naklah download. Terbaca pula pada komen yang diberikan. Rupa2nya ada kisah Padlie di dalam majalah tu. Apalagi lajulah aku mendownload.... Dan kisah si Padlie ni dalam majalah tu.....sungguh membuat aku KAGUM pada rakan aku ni!
Walau serba kekurangan dengan faktor fizikal, tetapi dia seorang yang sangat KUAT, TABAH dan CEKAL! Aku betul2 kagum dengan semangat yang ada pada Padlie. Aku walaupon dilahirkan dalam keadaan yang sempurna hingga kini, tidak mampu menyaingi kehebatan dan kecekalan Padlie yang serba kekurangan tu. Dalam keadaan dirinya yang sukar itu, dia tidak menjadikan kekurangannya itu sebagai batu penghalang untuk dia berjaya! Malah dia mungkin tidak menganggap lansung dirinya seorang insan yang lemah! Ya. Dia seorang insan yang BERJAYA!
*** Jangan menjadikan kekurangan didalam diri seseorang itu sebagai batu ukur kejayaan dirinya.Mungkin korang masih blur2 tentang si Padlie ni dan kenapa aku begitu memuji dia dan apa yang sebenarnya berlaku kepada si Padlie ni. Korang boleh lah melawat ke blog si Padlie ni sekarang. Jangan lupa download dan kenali siapa si Padlie ni. Ok??
*** Jangan sesekali menghina mereka yang lemah. Kerana disebalik kelemahannya itu, terselit kekuatan yang mungkin tidak ada pada diri kita yang sempurna ini.
*** Jangan jadikan kekurangan diri sebagai batu penghalang didalam menempuh kejayaan.
Padlie - You Are The Best!!!
P/S : Padlie..Umur awak berapa tahun yer?? Kalau lebih tua nak panggil "abang Padlie" hehe Admin 1:19 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Salam rakan-rakan sekalian.
Kali ni entry aku biasa yang teramat. Tak ada apa2 yang menarik..
Aku dekat CC, dan entry ni aku buat dalam keadaan yang teramat kelam kabut. Time nak habis. setelah hampir 40 minit aku dalam CC baru idea datang nak buat entry ni.
Kadang-kadang memang aku akan ke CC untuk update blog. Tapi selalunya kalau dekat CC aku blogwalking jer.
Idea ni terbit apabila aku terbaca entry salah seorang sahabat blog aku. Bro Fairus. Kepada bro Fairus.... Entry ni aku buat khas untuk ko. Aku respek ko bro atas semangat ko. Rajin sungguh ko pergi CC semata-mata untuk melihat blog, membalas komen dan berblogwalking...Kalau dah ke CC, paham2 lah, kena lah hulur kan. Memang rasa tak aman kalau update kat CC sebab terassa dikejar masa!!
Ok... Time out!!
P/S : Bro Fairus. Apasal tak boleh komen kat entry ko tu?? Admin 8:21 PM New Google SEO Bandung, Indonesia

Salam sahabat-sahabat sekalian. Balik kerja terus on komputer. Buruk tul perangai. huhuhu... Sila jangan ikut. :)
Korang tahu apa itu penyakit "Gila Update"? Haaa...Penyakit ni bukanlah penyakit gila meroyan k. hukhuk....
Sindrom Gila Update atau BUKAN dalam bahasa Sepanyolnya "Craziatoz Updiates Sindromon" merujuk kepada kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog mereka. Kebiasaannya penyakit ni menular kepada mereka-mereka yang baru membuka blog sebab masih banyak idea. Tidak kurang juga kepada mereka yang dah lama berblogging dan sememangnya diorang ni banyak idea. Tak kiralah Idea tu idea yang bernas atau pon idea yang merapu meripan. Kadang tu 3-4 entry sehari. Situasi ni pernah berlaku terhadap diri aku juga k.
Seperti yang kita semua tahu. Kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog menunjukkan seseorang blogger itu seorang yang aktif menulis dan banyak idea. Dari sudut SEO juga ianya memberi kesan yang agak baik terhadap blog tu dari segi Page Rank atau apa sahaja lah penganugerahan dari pakcik Google tu (Aku tak arif dalam SEO, jangan tanya aku)
Dari pemerhatian abang-abang Nuffnang pula, kekerapan mengupdate blog mampu menyumbangkan Buffered Earning kepada blog tersebut.
Namun begitu, disebalik kelebihan mereka yang rajin update blog atau yang banyak idea ni, ada juga keburukannya. Ada Pro dan Contranya. Entry aku ni lebih merujuk kepada blog yang kurang mesra SEO macam blog aku k dan lebih mengharap kepada kunjungan rakan-rakan blog didalam usaha meningkatkan bilangan traffik blog. Sekiranya seseorang blogger tu terlalu kerap mengupdate blog, ianya mungkin akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pembaca-pembaca blog tersebut. Bukan kesukaran untuk membaca entry-entry mereka. tetapi kesukaran untuk mengejar masa didalam membaca kesemua entry-entry terbaru mereka. Jika sehari 1-2 entry mungkin boleh diterima. Tapi jika 3, 4 atau 5 entry sehari bagaimana? Kena pula 1 entry tu panjang berjela, nak habiskan 1 entry memakan masa 10-15 minit. Kemungkinan besar pembaca hanya akan membaca entry yang terpaling-paling terbaru atau terkini ataupon yang mereka rasakan mereka ingin membaca entry tersebut. Lebih memburukkan keadaan, entry-entry tu semua entry merapu meripan. Perlu diingat bahawa sesetengah pembaca perlu merayap bukan 1 2 blog sahaja, mungkin ada yang perlu berbogwalking sehingga 10-20 blog rakan-rakan yang lain. Sekiranya masa yang diperuntukkan untuk membaca entry-entry pada blog tu sahaja memakan masa 30 minit. Rasanya ianya sedikit membebankanlah. Bila dah beban, mungkin hanya 1-2 entry sahaja yang dibaca dan dikomen. Sesetengah pembaca mungkin mereka hanya sekadar ingin meninggalkan jejak atau membuat komen balas daripada blog mereka yang telah dikomen. Ingat perkataan ni..."sekadar". Sekadar bermaksud.."Oklah tu, aku dah buat kunjungan balas, aku dah komen. Kiranya aku dah melawat blog ni. Aku nak melawat blog lain pulak.Bye!". Nampak? Perkara ni mungkin berlaku k walaupon pembaca tu adalah pembaca tegar blog tersebut. Masa amat terhad.
Dalam perkara ni, aku rasa kualiti penulisan tu adalah lebih penting berbanding kuantiti. Tak salah pon sebenarnya kalau nak buat 3-4 entry sehari. Korang punya blog, korang punya pasallah kan. Ok. Tapi kalau semua entry-entry tu cerita pasal kisah peribadi, jatuh cinta, jatuh moto, gaduh ngan pakwe makwe apa segala tak kena juga kan. Aku rasa lebih baik update hanya sekali sehari tetapi kandungannya memberi informasi. Kekerapan sesuatu blog itu diupdate bukan kunci untuk mengekalkan pelawat atau pembaca, tetapi intipati atau input yang bakal diterima oleh pembaca itu sendiri.
Entry ni aku buat bukan sebab aku jeles kepada blog-blog yang rajin update erk sebab sekarang aku agak jarang update. Tetapi sekadar perkongsian pendapat aku jer ler. Apa-apa pon aku tetap respek cara berblogging blogger-blogger lain dan aku pegang kata-kata "blog aku, aku punya pasal!"
Sekarang ni aku manage waktu, hari ni aku buat entry, esok blogwalking. Nak buat dua-dua aktiviti ni. 24 jam pon tak cukup baiii... Aku bukan full time blogger. Ahakz!
P/S : Jangan ada yang terasa tau. Ni pendapat aku jer.
P/S : Nak baca semua entry-entry baru member, tapi masa jeles sangat kat aku. Yai!! Admin 10:48 AM New Google SEO Bandung, Indonesia

Assalamualaikum semua. Masih ingat pada entry aku bertajuk Theme Dan Peranannya ? Pada entry aku tu aku ada gtahu yang aku akan kasi tuto cara menukar template atau mendownload template yang bukan daripada blogspot basic template. Dah nama pon blogspot kan, so tuto aku ni aku lebih fokus kepada mereka yang menggunakan hosting percuma Blogspot lah yer. Yang berbayar Wordpress tu, aku pon tak tahu sebab aku blogspot jer. hehehe....
Kenapa aku buat tutorial ni? Walaupon tutorial ni mungkin terlalu basic terutama yang menggunakan blogspot tu, tapi mungkin kita terlepas pandang kepada diorang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni. Aku dulu mula-mula nak tukar template tak tahu caranya. Tak tahu nak download file, nak extract file tu dan seterusnya mengupload ke dalam blog aku. Aku cuma mengharap pada template yang telah tersedia ada kod HTMLnya. Tak perlu download apa semua. Tinggal copy paste jer kodnyer tu. Huhuhu...
"Tahunya seseorang tu pada sesuatu perkara, bermula dari ianya tidak tahu dan rasa ingin tahu." :P
PremiumBloggerTemplates adalah salah satu sumber yang aku selalu pergi untuk menukar template aku. Template-template yang ada disana menarik-menarik juga. Terdapat banyak lagi sumber yang boleh diperoleh. Google sahaja.
Langkah-langkah :
1. Pilih template yang berkenan dihati
Tips : Sekiranya satu-satu blog tu ada niche tertentu, eloklah pilih design yang menjurus kepada niche tersebut. Aku tak tahu kenapa tapi aku pernah terbaca ianya sedikit sebanyak dapat membantu SEO. Kalau bukan kerana SEO sekali pon, template yang menjurus kepada niche blog tu mungkin criteria/rekabentuk template dia lebih baik dari template lain kan. Contoh, blog tu tentang Gadget, maka template yang paling sesuai mungkin "Gadget Fan". Kalau boleh pilih yang background dia putih atau cerah. Nampak lebih pro :P
2. Download file template.
Klik button download. Sekiranya ianya tidak didownload secara auto, klik button download pada page yang keluar selepas page yang pertama tadi.
3. Siap di download, buka file tersebut. Klik pada folder file tersebut seterusnya extract file tersebut ke mana-mana location yang diinginkan. Nak senang extract je ke dalam Desktop.
4. Log-in blog, klik "Dashboard", klik "Edit HTML", klik "Download full template". Download full template sebagai back-up. kalau jadi apa-apa pada blog tu selepas template ditukar, template asal boleh guna balik.
5. Klik "Choose File". Cari dimana file tadi di extract. Macam contoh tadi, di desktop. Dari file folder tadi, cari "XML Document". Dah jumpa, upload file XML tadi.

6. Sekiranya keluar "warning box" seperti dibawah. Klik "Keep Widget"
7. Lihat blog bersama template baru tadi, dan godek2lah kedudukan widget didalam ruangan "Page Element".
8. Setkan kembali Meta-Tag blog yang baru daripada blog asal. Tukar template baru. Meta-Tag hilang. Rujuk Template blog yang lama. Copy paste yang patut dari template lama ke template baru. Siap.
P/S : Hati-hati kepada yang belum biasa. Jangan sampai blog jahanam ok. Back-up! Better buat "try n error" pada "blog try n error" terlebih dahulu.
P/S/S : Segala kerosakan blog adalah tanggungjawab sendiri :)
Admin
3:18 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualikum semua...
Rasanya korang pasti tahu perumpamaan di atas kan?? Saper tak tahu....??
Maksudnya sesuatu perkara tu yang kita belum pasti akan memberi pulangan kepada kita, tetapi kita terlalu mengharapkan pulangan darinya kerana dikaburi oleh pulangan-pulangan yang lumayan. Sedangkan sesuatu yang telah memberi pulangan kepada kita telah kita lupakan hanya kerana pulangan nya yang kurang lumayan.
Perkara ni seringkali berlaku kepada mereka-mereka yang agak rakus. Contoh terbaik adalah..... aku. huhu....
Masih ingat akan projek aku yang aku ceritakan pada korang? Ya, entry ni masih berkisar tentang projek aku tu :) Setelah puas aku menggoogle, rupa-rupanya bukan lah sesuatu yang mudah untuk mendapatkan hasil daripada projek aku tu. Memerlukan masa dan kesungguhan untuk belajar selok belok pembinaan PHP kod yang sememangnya agak memeningkan kepala.
Kerana terlalu taksub akan "Pendapatan Lumayan Yang Segera". Beranggapan aku akan mendapat pulangannya pada hari "esok", aku langsung melupakan blog aku ni yang TELAH pon memberi kan pulangan kepada aku. Walaupon tidak banyak tetapi ianya telah membuahkan hasil kepada aku. Dan jika aku terus berusaha membangunkan blog aku ni, tak mustahil juga aku akan mendapat pulangan yang tidak kurang lumayan juga, mungkin lebih lumayan dari projek aku tu (tak yah lumayan la, sekurang-kurang merasa hasilnya dah kira ok. kan). Yang penting, usaha yang berterusan dan tidak memikirkan pulangan yang terlalu cepat untuk satu-satu usaha tu.
Kini aku seperti tersedar dari mimpi yang panjang. Mimpi buruk!! Mimpi buruk aku bersama dengan "pembelajaran hidup" yang baru, "Jangan terlalu mengimpikan sesuatu yang belum pasti!! Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
Yang baik jadikan teladan yang tidak jadikan lah ia sempadan :)
Semangat berblog aku kembali!!! Nantikan entry-entry aku yang lebih hangat selepas ini... Dah lama tak blogwalking. Sorry...
P/S : Masih pening dengan projek aku tu... Benda dah tahu basics, belajar jer lah kan. Tak kan kerana susah sikit, terus tutup buku :P Yang pasti aku tak kan dapat pulangannya "esok"
Meh baca sini juga. Nice entry!!
Admin
11:42 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia