Penampilan Terkini Klon Penyanyi Pelakon Ziana Zain Buat Ramai Netizen Terkejut
Masih ingat atau pernah lihat video persembahan Klon penyanyi dan pelakon Ziana Zain ini yang dulu pernah viral dan jadi bahan ketawa ramai netizen di media sosial satu masa dulu?
Di cop sebagai klon Ziana Zain kerana beliau mampu melakonkan kembali watak pelakon serta dialog Ziana Zain dan Erra Fazira d dalam filem Sembilu. Dan di katakan klon Ziana Zain kerana beliau pernah membaakan lagu Ziana Zain. Tonton video di bawah
**********************************************
Kini klon Ziana Zain dan Era Fazira itu tampil dengan penampilan yang membuat ramai Netizen terkejut..
Terkejut kerana rupa rupanya klon Ziana Zain itu bukanlah perempuan, tetapi beliau sebenarnya seorang lelaki... Malah penampilan beliau sekarang bukan sahaja kembali ke fitrah asal beliau sebagi lelaki, malah seorang yang waraq seperti seorang ustaz..
Perubahan yang sangat baik dan luar biasa.... Semoga terus berada di bawah naunganNya
Admin
6:16 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPerbezaan Di Antara Orang Yang Berjaya Orang Yang Gagal
Entry ni adalah sambungan daripada entry "Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan" sebelum ini.
Dalam entry lepas aku ada tulis bagaimana seorang lelaki cina yang boleh menjadi jutawan walau hanya lepasan SRP.
Sememangnya tidak dinafikan pelajaran yang tinggi mampu menjamin pekerjaan yang baik seterusnya meletakkan kehidupan seseorang itu di dalam paras 'Selesa'. Tetapi itu bukan janji.
Tidak mengambil kira statistik pengangguran, setiap tahun pengangguran itu tetap ada, bezanya meningkat atau menurun sahaja.
Kita ambil 2 model yang sama-sama bergelar penganggur. Beranggapan seorang penganggur berjaya meletakkan dirinya diparas selesa sedangkan seorang lagi masih buntu bagaimana meneruskan kehidupan sebagai seorang penganggur yang 'bertauliah' :p
Apa beza kedua-dua model penganggur diatas.
Aku rujuk balik kata-kata Dr Azizan Osman didalam seminar Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan beliau. 4 faktor utama yang mempengaruhi kejayaan seseorang
1. Thinking
2. Feeling
3. Communication
4. Action
Thinking
Cara berfikir adalah salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang. Setiap orang mempunyai minda tetapi cara minda itu diapplikasikan mungkin berbeza mengikut individu itu sendiri.
Orang yang berjaya memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi agar dia tetap mampu mencapai apa yang diimpikan sedangkan orang yang gagal menjadikan masalah itu sebagai tembok penamat didalam dia mencapai kejayaan.
Feeling
Apa yang dimaksudkan dengan 'Feeling' atau perasaan didalam menentukan kejayaan?
Cuba kita lakukan aktiviti dibawah
Bayangkan kita ingin mewujudkan sebuah syarikat perniagaan kita sendiri.
Dalam diri katakan "AKU MESTI DAPAT MEMBUKA PERNIAGAAN AKU SENDIRI!!!" Di sekolah dulu cikgu ada ajarkan apa maksud tanda '!' :)
Sekarang katakan pula "Tengoklah.. kalau aku rasa aku boleh, boleh la kot, tak boleh nak kata apa kan"
Dapat apa yang aku sampaikan?
Jadi feeling atau perasaan itu penting untuk melonjakkan diri kita di dalam mencapai apa yang diinginkan.
Perasaan takut ketika dikejar anjing mampu membuatkan seseorang itu melintasi sungai yang sebelum ini tidak dapat dilakukan. See?
Communication
Aku sendiri tak berapa faham point Dr Azizan Osman berkenaan communication ni. Cam ner erk? hehe..
Aku buat point aku sendiri la erk. Communication atau komunikasi ni rasanya bukan bermaksud cara kita berkomunikasi dengan orang lain, tetapi cara kita berkomunikasi dengan diri kita sendiri. Pernah dengar 'pujuk hati'?
Maksud dia lebih kurang macam ni kot... Bila mana kita gagal mencapai apa yang kita inginkan, kita akan putus asa. Betul? Jadi dalam point Communication ni cuba kita berinteraksi dengan perasaan kita sendiri dengan mengatakan bahawa kita masih mampu mencapai apa yang kita inginkan. Kegagalan adalah proses didalam mencapai kejayaan.
Action
Perbuatan. Senang jer kan.. Buat jer lah. Tapi kat sini la ramai yang fail. Kata Dr Azizan Osman la.
Kita dah planning ni, buat itu buat ini, perasaan teruja timbul, keyakinan diri mula terbit tetapi tidak menzahirkan ketiga-tiga faktor di atas langsung FAIL.
Kalau nak ikut kata Dr Azizan Osman, dia suruh senaraikan impian kita 10 tahun dari sekarang. Tak kira lah nak kereta besar ker, rumah besar ker, isteri besar ker, eh!! :p duit banyak dah tentu kot.
Lepas tu dia suruh post kat wall FB! Pergh!! Ada berani?? Aku tak berani lagi..
Kat situ Dr Azizan nak bagitahu perbuatan kita untuk berjaya sering terhalang sebab takut mendapat negatif response daripada orang sekeliling. "Eleh.. Ye ye jer la ko ni.... berangan jer lebih" Ada kawan cakap macam tu amacam??? Woooo.... Syahdu jer dengar kan :p
Orang yang berjaya dia tak peduli semua tu. Yang dia tahu kalau dia tak buat hancus punah semua harapan untuk dia berjaya. Aku tak sampai tahap tu lagi kot :P hehe.... Nak post kat FB jer pun dah terketar, cam ner dalam kehidupan sebenar?? :D
Bersambung............................... Kalau ada... hehe
Admin
5:06 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaInsentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan Dr Azizan Osman
Siapa tak kenal Dr Azizan Osman, Jurulatih Kejayaan No.1 Asia yang telah memotivasikan lebih daripada 260,000 peserta program Intensif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan anjuran beliau sejak tahun 2008.
Kalau sebelum ni aku hanya melihat iklan-iklan berkenaan program-program Dr. Azizan didalam surat khabar. Kali ni aku telah pun menyertai sendiri program Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan Dr Azizan Osman yang diadakan di Bandar Sunway, Penang pada 15 Januari 2013 baru-baru ini untuk yang pertama kalinya.
Seperti sedia maklum, program Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan Dr Azizan Osman ini semestinya sesak dengan ribuan orang yang ingin melihat sendiri bagaimana beliau mengubah minda orang ramai tentang bagaimana untuk mencapai kejayan. Seminar kali ini yang diberi nama 'BERANI 2013' tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada peserta. Ternyata sangkaan aku meleset. Aku macam tak percaya Mentor Kejayaan No. 1 Asia yang terkenal ini memberikan motivasi secara percuma kepada peserta :)
Sesuai dengan gelaran Mentor Kejayaan No 1 Asia, Dr Azizan Osman menekankan point-point bagaimana untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Didalam seminar tersebut, Dr Azizan Osman ada menceritakan bagaimana kejayaannya bermula dari bawah sama seperti orang lain. Kalau dahulu, Mentor Kejayaan No 1 Asia ini pernah terlibat dengan aktiviti jualan langsung, pernah mengalami kerugian sebanyak RM100K akibat aktiviti pelaburan haram dan hampir-hampir rumah ibu bapanya tergadai waktu itu.
Bermula dari bawah, Dr Azizan Osman menggorak langkah. Apa yang paling aku ingat kata-kata beliau didalam Seminar 'BERANI 2013' (lebih kurang la ayat dia yer)
"Dunia hari ni tak tengok korang belajar sampai mana. Tapi sebanyak mana kekayaan korang. Kalau korang nak buat pinjaman bank, kakitangan bank tak minta sijil-sijil, diploma-diploma apa segala. Tetapi diorang akan minta slip gaji. Kalau korang belajar setinggi gunung Everest sekalipun, gaji korang RM2000 sebulan tolak hutang sana tolak hutang sini, tinggal RM20..then....." :)
Betul. Pelajaran yang bagus akan memberikan pekerjaan yang bagus dan semestinya wang yang banyak. Tetapi adakah itu sebuah JANJI? :)
Didalam mencari kunci kejayaan, Dr Azizan Osman pernah bertanya kepada seorang jutawan cina (tak ingat nama cina tu) bagaimana dia berjaya sedangkan Dr Azizan Osman sering gagal didalam perniagaan pada waktu itu, Jutawan Cina itu bertanya kepada Dr Azizan dalam bahasa cina (Dr Azizan tahu bahasa cina)
"You ada guru"
Dr Azizan jawab tak ada.
"Itu masalah you"
Siapa jutawan cina tu? Jutawan cina tu belajar hanya sampai SRP :)
Bersambung........... :)
Admin
5:51 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaBagaimanakah Perasaan Kita Andai Kita Cacat?
2 Hari idea ni terlintas baru sekarang aku nak tulis. Cacat ada 2. Cacat sejak lahir dan cacat akibat satu-satu kemalangan yang asalnya sempurna sifat.
Bagaimana perasaan kita andainya kita yang asalnya sempurna mata tangan kaki telinga jari semua pancaindera tiba-tiba................................. Salah satu daripada anggota badan kita mengalami kecacatan. Dapatkah korang bayangkan perasaan tersebut? Lihat anggota badan korang sekarang. Sempurna? Cuba bayangkan jari korang yang cukup 10 itu kehilangan 1 jari. Atau kehilangan sebelah tangan yang sekarang ini anda cukup selesa dengan kedua-dua tangan itu. Atau kaki korang yang sekarang boleh berlari tiba-tiba korang kehilangan sebelah kaki dan korang terpaksa menggunakan tongkat atau kerusi roda untuk berjalan. Bagaimana rasanya nya?
Pernah tengok tv, bila pelakon tu cacat, bagaimana keadaan dia? Seperti orang yang sudah hilang semangat untuk hidup. Moral down. Rasa hidup ni seperti tidak ada maknanya lagi. Sebelum ni kalau aku tengok lakonan-lakonan macam tu macam tak ada kesan kat hati aku. Sekarang.......
Wait... Bukan aku yang cacat.... Baru-baru ni salah seorang rakan kilang aku mengalami kemalangan di tempat kerja. 1 kilang dengan aku juga, cuma lain bahagian. Nasib kurang baik, jari dia tersepit pada pintu sewaktu pinti tu tertutup (Pintu tertutup dengan kuat disebabkan perbezaaan tekanan udara diantara dua medium) Akibatnya........................
Jari dia putus!! Separas kuku jari... Aku agak terkejut dengan kejadian tu sebab aku tak ada ditempat kejadian. Tapi aku ada tengok gambar jari di ayang putus tu, kawan aku ada ambil gambar jari tu. Tiba-tiba aku tersedar.... Kalau perkara tu jadi kat aku........................... Dapatkah aku terima?? Walupun separas kuku, ia tetap memberi kesan kepada seseorang itu yang menganggap dia sudah cacat. Kalau jadi kat aku tentu aku sedih juga. Kawan aku tu seorang yang ceria. Lepas kejadian tu aku tak tahu macam mana keadaan dia. Tak sempat lawat dia lagi....
Moral of the story.
Nikmatilah kesempurnaan yang telah dikurniakan kepada kita.
Moga kawan aku tu cepat sembuh dan semangat dia kembali pulih seperti sedia kala.

Bukan cerita artis, bukan isu semasa, bukan cerita politik, bukan pasal gadget, bukan bisnes.... Bukan bukan bukan... Ini kisah bagaimana seorang anak yang pernah dibuang sejak lahir, yang tidak pernah melihat wajah kedua ibu bapanya, yang tidak pernah mendapat kasih sayang ayah dan ibu, yang hidup merempat, mampu berjaya didalam hidup.
Muhd Khairul Hafiz Abdullah, 25, telah membuktikan seorang anak buangan juga mampu berjaya seperti orang lain yang mendapat kasih sayang juga perhatian insan bergelar ibu bergelar bapa. Seorang pengusaha perniagaan makanan sejuk beku dan juga penternak ikan keli.
Menjadi seorang pengusaha makanan sejuk beku dan juga penternak ikan keli sememangnya bukanlah kejayaan besar yang mampu menggemparkan satu dunia macam kejayaan Mark Zuckerberg mencipta laman sosial facebook. Tetapi bagaimana Muhd Khairul Hafiz Abdullah menggorak langkah daripada seorang anak buangan, merempat mampu menjadi seorang yang berdikari dan berjaya seperti hari ini.
Setengah daripada kita melihat kejayaan seseorang itu dengan melihat kejayaan dia pada hari ini, setengahnya lagi melihat bagaimana bagaimana kejayaan itu dicipta dan kejayaan yang paling besar adalah kejayaan daripada hasil usaha sendiri.
Ramai yang berjaya hasil daripada usaha sendiri. Tak dinafikan. Tetapi bagi Muhd Khairul Hafiz, dalam langkah mencipta kejayaan dirinya, dia juga perlu berdepan dengan status dirinya sendiri dan dia tidak pernah menjadikan status sebagai anak buangan sebagai penghalang untuk dia berjaya seperti orang lain.
-----------------------------------
"Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha mencari ibu atau bapa kandung, cium tangan serta ucap terima kasih kerana sekurang-kurangnya mereka membiarkan saya hidup"
Kata-kata dari seorang yang sangat berfikiran positif. Kata-kata dari seorang yang tidak pernah menyalah orang lain atas apa yang telah berlaku ke atas dirinya.
Satu kesilapan yang besar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa Muhd Khairul Hafiz Abdullah.
Tetapi......................................
Setiap yang berlaku ada hikmahnya....................
Semoga Muhd Khairul Hafiz Abdullah akan terus berjaya menjadi seorang usahawan dan dapat bertemu dengan orang tuanya....
Selamat Tahun Baru 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog. Terima kasih kerana masih sudi meninggalkan jejak di blog yang usang ini.
1 Januari 2012.... Alhamdulillah. Aku masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan 1 lagi tahun baru didalam hidup aku iaitu tahun 2012. Kegembiraan menyambut tahun baru tahun ni kurang dirasai sebab malam tadi aku terpaksa melupakan kegembiraan tu untuk mencari sedikit fulus. :) Kegembiraan tu juga kurang aku rasai dan aku sebenarnya tak nak rasakan sangat kegembiraan tu. Kenapa? Bertambah satu-satu tahun bermakna, semakin meningkatlah usia seseorang itu, menandakan semakin tualah usia dia. Tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan dengan kedatangan tahun baru jika kita masih berada di takuk yang lama. Tahun akan tetap silih berganti meninggalkan kenangan-kenangan pahit manis tahun lalu. Apa yang penting, kita perlu menjadi lebih baik dari diri kita yang sekarang. Tidak perlu menjadi terbaik, cukuplah sekadar menjadi lebih baik. Saban hari...... tidak perlu menunggu saban tahun, baru nak berubah.
Bercakap mengenai azam tahun baru. Aku percaya, semua orang akan menanam azam baru setiap kali datangnya tahun baru. Azam itu, azam ini, nak jadi itu nak jadi ini.. Tak salah pun berazam malah ianya bagus untuk menguji kemampuan dan boleh dijadikan kayu penyukat akan kemampuan diri masing-masing. Adakah kita mampu mencapai azam yang telah kita setkan didalam diri kita masing-masing? Jangan hanya sekadar berazam tetapi tidak cuba mencapai apa yang diazamkan.
Pada aku, aku tak meletakkan apa-apa azam pun dalam diri aku. Bukan aku seorang yang tidak bermatlamat. Tetapi aku tidak mahu kecewa dek kerana azam aku sendiri. Aku tak mahu merasa tertekan kerana terlalu mengejar apa yang diazamkan. Cukup sekadar melakukan sesuatu dengan kesungguhan, ianya pasti akan membuahkan hasil.
Mungkin ada yang kurang setuju dengan kata-kata aku, tetapi inilah diri aku. Aku sememangnya tak suka berharap. Jelas sewaktu aku menduduki peperiksaan SPM dulu, aku tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk aku mencapai keputusan cemerlang didalam peperiksaan. Apa yang aku tahu, buat sehabis baik untuk mencapai keputusan yang terbaik semampu aku. Buktinya walaupun keputusan aku kurang baik, tetapi aku tetap mendapat panggilan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Aku tak suka terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu, tetapi aku lebih suka memujuk diri untuk cuba mencapai apa yang termampu yang terbaik dapat aku lakukan.
Apa yang penting adalah cuba lakukan sesuatu dengan kesungguhan dan cuba untuk mencapai yang terbaik didalam apa yang dilakukan. Azam hanyalah satu kayu ukur untuk menguji kemampuan diri samada mampu atau tidak untuk mengecapi apa yang dihajatkan. Tidak kira apa yang dilakukan, senantiasa lakukannya dengan terbaik.
Aku harap aku senantiasa menjadi lebih baik dari diri aku yang sebelum-sebelum ni tidak kira dari aspek apa sekalipun, terutama dari aspek kehidupan. Aku ingin menjadi lebih baik dari diri aku yang sekarang.
Akhir kata. Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua pengnjung-pengunjung Amry's Blog. Moga kita berjumpa lagi di tahun 2013 dan menjadi lebih baik dari tahun ini. InsyaAllah
Admin
11:54 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaGambar Dan Video Lamaran Pernikahan Pengasas Nuffnang, Timothy Tiah Terhadap Pasangan Kekasihnya, Audrey Ooi
Aku tak pasti korang kenal atau tak lelaki bernama Timothy Tiah ni. Orang kata kalau blog tu ada pasang iklan Nuffnang, wajib kenal mamat ni. Sebab nya lelaki bernama Timothy Tiah ni, salah seorang pengasas syarikat pengiklanan Nuffnang. Aku tak hairan kalau korang tak kenal lelaki ni, sebab aku sendiri pun tak kenal. Haha... Pada aku tak rugi pun kalau aku tak kenal Timothy Tiah ni :p (Nama dia pun aku agak sukar nak agak lelaki ker perempuan..hehe)
Apa yang menarik tentang video lamaran pernikahan pengasas iklan Nuffnang, Timothy Tiah ni? Al-kisah maka tersebutlah kisahhhhhh.... Sang kancil datang beramai-ramai mengadap sultan firaunnnnn..... Mana firaun pakai sultannnnn...Ntahhhh.... Hampir sebulan yang lalu, si pengasas iklan Nuffnang Timothy Tiah ni melamar kekasihnya bernama Aundrey Ooi. Detik lamaran itu telah dirakam oleh salah sebuah syarikat pengurusan perkahwinan dan video tersebut telah diupload kedalam Youtube. Video lamaran pengasas iklan Nuffnang si Timothy Tiah ni telah ditonton sebanyak 4juta kali sehingga video yang sweet muit tersebut mendapat perhatian Selebriti Amerika Syarikat, hos rancangan American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri yang mana background music video tersebut merupakan nyanyian Christina ni bertajuk "A Thousand Years"
![]() |
| Petikan akhbar kosmo tentang video lamaran pengasas Nuffnang, Timothy Tiah yang mendapat perhatian selebriti AS |
Aku tengok pada 2 sudut....1 memang la video tu sweet, kalau aku pun aku nak lamar buah hati aku cam tu....Pergh!! Sudut kedua, aku tengok pada si Timothy Tiah tu sendiri... Rasanya umur dia macam tak jauh beza kot dari aku, tapi pencapaian dia dalam kerjaya yang tidak membataskan dia untuk mencapai apa yang diinginkan. Salute kat situ... Bai...tak der fulus jangan nak berangan la nak buat tu buat ni semata-mata nak menambahkan keromantikan tu. Ala kadar jer lah... kang merana kocek bang.....Setuju?? Nak buat pasangan korang bahagia??? Haaa..... kerja bagus-bagus, kumpul duit banyak-banayk, pastu nak bina istana sekali pun orang tak kisah k. Tak kisah ker..?? huhu
Admin
2:24 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog. Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog yang usang ni.
Sedar tak sedar kita sudah pun melangkah meninggalkan tahun 1432. Terasa terlalu cepat waktu berputar. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram antara satu tarikh yang penting didalam kalender islam yang mana pada Awal Muharram mengingatkan kita peristiwa penting iaitu Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah pada 622.
Hijrah bermaksud meninggalkan, memutuskan, atau keluar dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain yang berasal daripada kata kerja hajara.
Pada definisi yang lain pula mengikut peredaran masa, hijrah bolehlah dianggap mengubah sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik.
"Perpaduan Asas Persefahaman Ummah" merupakan tema untuk tahun 1433.
Tertarik dengan artikel daripada saudara Zulkbo. Orang melayu kenapa nak dengki sesama melayu? ORANG MELAYU. Ya, kitalah orang melayu yang dimaksudkan. Mungkin akan ada orang melayu yang marah dengan kata-kata tersebut, tetapi itulah hakikatnya. Hakikat yang terlalu sukar untuk diubah. Seolah-olah telah menjadi darah daging didalam tubuh segelintir orang melayu yang boleh dikatakan setiap orang melayu.
Mengapa perlu ada hasad dengki? Mengapa perlu cemburu melihat bangsa sendiri maju? Sedih melihat orang melayu sendiri yang menjatuhkan bangsanya sendiri. Sepatutnya, orang melayu itu yang juga orang islam perlu menunjukkan sifat yang baik kepada bangsa lain yang saling bantu membantu bangsanya sendiri didalam mencapai satu-satu kejayaan. Tetapi sebaliknya.
"Kalau perniagaan dia maju... Habislah perniagaan kita. Kita mesti buat sesuatu supaya perniagaan dia jatuh" Sedih. Itulah selalunya yang terjadi. Mengapa perlu begitu. Rezeki masing-masing. Tak perlulah nak menjatuhkan sesama sendiri. Tak ada untungnya. Sepatutnya, kita harus bangga melihat bangsa melayu berjaya didalam bidang yang diusahakan. Pergilah kepada saudara melayu yang berjaya itu dan tanyalah bagaimana dia mampu berjaya sebegitu. Ikut lah langkah-langkah dia. Belajar dari ilmu yang dimiliki. Jangan tamak, sikap tamak tak kan kemana.
Tak gembirakah kita bila melihat bangsa melayu kita berjaya seperti mana bangsa-bangsa yang lain. Sekurang-kurangnya dapat membuktikan yang bangsa melayu bukan bangsa yang LAYU di bumi sendiri.
Buanglah perasaan hasad dengki tu jauh-jauh. Ia tak kan menguntungkan sesiapa amnya, bangsa melayu khasnya. Selagi ada perasaan hasad dengki, bangsa melayu itu malah mana-mana bangsa sekalipun didunia ini tak kan maju.
Tak inginkah kita melihat bangsa kita sendiri berjaya dan dihormati oleh bangsa-bangsa lain? Renung-renungkan.
Semoga Maal Hijrah 1433 ini dapat membentuk perpaduan dan persefahaman didalam setiap minda kita bangsa melayu untuk bersama mencapai kejayaan.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1433M
Admin
11:59 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia![]() |
| Drama bersiri Juvana |
Aku tak sure pembaca-pembaca blog aku ni menonton atau pon tidak drama bersiri Juvana ni. Minat atau tidak drama bersiri Juvana ni. Tapi apa yang aku tahu, drama ni sarat dengan iktibar dan pengajaran. Baik buruk sikap atau perlakuan seseorang itu kadang bukan datang dari kemahuan dia sendiri.... Namun seseorang itu mampu memilih untuk menjadi baik atau sebaliknya.....
Seseorang remaja itu boleh terjebak dengan masalah sosial ni mungkin kerana latar belakang keluarga seperti botak yang menjadi liar kerana sikap ayahnya sendiri yang sering mendera.... Minda remaja akan rosak kerana sering didera atau cara mengajar yang salah yang mana remaja itu akan hilang keyakinan diri. Sampai satu tahap, keyakinan diri itu akan dicapai dengan cara memberontak. Mengikut jejak orang yang dia benci a.k.a yang mendera dia.
![]() |
| Botak - Johan Asa'ri |
Mungkin juga kerana desakan hidup... seperti apek... Seorang anak yang baik tetapi terpaksa melakukan kejahatan kerana tidak sampai hati melihat ibunya yang sakit tetapi terpaksa membanting tulang membesarkan dia dan adik-adiknya.
![]() |
| Apek - Shazwan Zulkifly |
![]() |
| Kedah - Fimie Don |
![]() |
| Ayam - Adam Shah |
----
Sorry kawan-kawan, aku tak nak citer jalan drama bersiri Juvana ni sebab aku rasa banyak juga kot blog-blog yang citer tentang drama ni, dan aku rasa ramai juga rakyat Malaysia yang menonton drama ni. Aku dengar drama ni antara drama yang popular.
Kepada sesiapa yang senasib dengan aku iaitu rumah dia tak ada tv, maksud aku rumah bujang, hanya ada komputer juga sambungan internet. Ataupun ada tv tapi tak ada Astro, siaran tv out! Boleh lah tengok melalui tonton.com.my
Kisah aku.......hanya pada episod ke 12 baru aku dapat tengok drama Juvana ni melalui tonton.com.my ni..hahaha.... Sebelum tu, aku tak tahu pasal tonton.com.my ni.... Rumah bujang aku pulak siaran tv3 "clear" sangat sampai merenik mata aku. Muahaha
Apa-apa pun.... Semuanya terletak pada diri masing-masing, jalan mana yang hendak dipilih. Jalan hitam atau jalan putih.... Dan yang penting juga.... AKU BUKAN BALCHI KAU!!!! YEAH!!
![]() |
| INI BUKAN IKLAN MUDAH.MY YER |
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Moga sihat hendaknya dan gembira disamping orang tersayang? Bagaimana hari-hari korang? Semoga senyuman sentiasa terukir dibibir.
Aku tak pasti entry ni aku dah pernah publish atau belum sebelum ni. Malas nak godek-godek blog ni..hehe.... Idea untuk aku buat entry ni lahir setelah aku terbaca 2 entry dari blog ni dan juga blog ni... Lama dah.. Cuma tak terbuat-buat. huhu
P/S : Asal tak dapat update dari blog ko bro Nizam??? Ayayayayayaiiiii....Last entry yang aku dapat "Anggaplah diri ini kerugian apabila anda tidak melakukan sebarang perbuatan yang baik" Sebulan yang lepas. Aku dah follow lain :P
"Mudah...." Sapa orang melayu yang tak pernah sebut perkataan tu, meh aku nak karate leher dia. Muahaha..
Mudah membawa maksud "satu-satu perkara atau perlakuan yang tidak sukar" Perkataan lain bagi "Mudah" adalah "Senang". Betul tak?
Mudah sinonim dengan senang. Tapi sesuatu yang MUDAH tak semestinya SENANG. Paham tak ayat aku ni?? Aku ni pakar dalam memutar belitkan sesuatu fakta. hahahahaha
Pernah tak terbaca ayat macam ni? "Hanya Online 2-3 jam sehari dari rumah, anda mampu jana ribuan ringgit ke dalam poket anda" (Sebelum korang nak menyampah dengan ayat tu, bagi aku menyampah dulu boleh :P ) Ayat diatas contoh saja k dan aku bukan nak cerita pasal MLM pon. Bila seseorang yang baru nak mengenal dunia ni sikit, bila dia terbaca ayat tu, pasti dalam hati dia cakap. "Wah senangnye nak kaya..." Kan?? Ayat pukau dia "2-3 jam sehari". Tanpa seseorang tu sedar, 2-3 jam yang dia anggap mudah tu sebenarnya........... SUSAH! Seseorang tu yang baru baca ayat tu akan anggap mudah hanya bila dia baca tanpa menyelami maksud sebenar "2-3 jam" tu. Bila dia dah cuba untuk lakukan kerja-kerja 2-3 jam tu untuk kaya, dia akan berasa susah dan akan sedar kesusahan tu (Ayat racun ni... :P )
Mudah ni pada aku hanya pada zahirnya sahaja lah..... "Saya tak pernah bawa kereta. Tapi senang je kan nak bawa kereta saya tengok. Start enjin, masuk gear, tekan minyak" Yer lah senang... Ko cuba bawa tengok, masuk longkang ke tak?? Hehehe.. Maksud aku kat sini, Mudah yang disetkan didalam minda tak bermaksud senang apabila dipraktikkan. MUDAH tu hanya akan menjadi SENANG apabila disertai dengan percubaan dan perlakuan. Setuju tak? Bila dah cuba, bila dah buat... yang dianggap SUSAH pon boleh jadi SENANG.
Minda seseorang yang terlalu banyak dirembes dengan bahan kimia yang dikenali sebagai "MUDAH", apabila dia menemui sedikit kesukaran, seseorang tu akan cepat mengalah. Percaya tak? So, jangan terlalu percaya dengan perkataan "MUDAH" dan jangan teralu confident yang korang akan berjaya dengan mudah sebelum melakukan sesuatu perkara tu. Kurangkan sikit confident level tu sebab minda dapat bersedia apabila menemui kesukaran :)
P/S : Dulu waktu dalam pertandingan Te Kwon Do, Disebabkan terlalu yakin dengan performance aku, terlalu yakin dengan kehebatan aku. Aku kalah dalam pusingan pertama. Jangan terlalu yakin k. :P
P/S/S : Sebelum nak jadi kaya.....nak jadi jutawan ker apa ker..... Jangan nak berangan jer. Usaha! Baru dipermudah jalan tu. Hehehe
P/S/S : Hoyeh!! Aku dah berjaya buat korang semua pening-pening lalat dengan entry aku ni...muahahahaha....Maafkan saya...Tumpang lalu...Nak g kedai jap. Beli panadol....... :P
Admin
10:25 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum rakan-rakan. Apa kahabar semua? Moga sihat-sihatlah hendaknya yer. Nampaknya prestasi aku dalam berblog ni agak menurun sejak dua menjak ni. huhu.... Tahu kenapa? Tahu tahu tahu?? :P
Korang percaya tak melalui blog, seseorang itu mampu membentuk dirinya dari yang kurang baik ke arah yang lebih baik? Dunia blog ini bolehlah dianggap satu medium komuniti dimana kita saling memberi, menerima dan berkongsi satu-satu pendapat di antara satu sama lain. Sedar atau tidak perkongsian itu sebenarnya mampu membentuk diri seseorang itu ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, jika sebelum ini seseorang itu merasakan pendapatnya tidak didengar oleh orang lain, melalui blog mungkin pendapatnya itu dapat disuarakan dan apabila pendapatnya itu diterima, ianya sedikit sebanyak mampu membina keyakinan diri didalam diri blogger itu.
Dari aspek lain jika seseorang itu merasakan mungkin hanya pendapat dia sahaja yang betul, mungkin melalui blog dia mula sedar bahawa masih banyak pendapat-pendapat orang lain diluar sana yang masih boleh diterima pakai dan mungkin lebih baik dari pendapat dirinya dan ini akan membuat kan dirinya belajar menerima pendapat orang lain.
Itu mungkin dari segi perkongsian pendapat dan pembinaan keyakinan diri seseorang itu melalui blog. Bagaimana pula dengan pembentukan diri seseorang itu? Sebagai contoh, kesedaran sivik. Jika sebelum ini seseorang itu seorang yang mementingkan diri sendiri dengan melakukan kerosakan itu ini, membuat pencemaran atau lain-lain. Mungkin melalui blog dia dapat berubah. Bagaimana blog mampu mengubah diri seseorang itu? Contoh seseorang itu mempunyai blog dan sering melakukan blogwalking. Contoh artikel yang dilawati "Vandalisme, bangsa yang merosak" dan pelawat itu meninggalkan komen "Ya. Aku setuju pendapat ko, budak-budak yang suka buat kerosakan ni memang tak ada otak!" Sedar atau tidak komennya itu mampu menghalang dirinya dari melakukan kerosakan jika sebelum ini dia sering melakukan kerosakan. Bagaimana? Saat dia ingin melakukan kerosakan, dia akan terfikir kembali komen yang pernah diberikan. Dia bagi komen budak-budak yang buat kerja kerosakan atau vendalisme ni tak ada otak. Jadi jika dia buat juga maknanya dia tak ada otak lah dan dia menipu diri dia sendiri! Cakap tak serupa bikin! Betul tak? So dari situ sudah wujud kesedaran didalam diri dia melalui artikel tersebut. Orang kata, budak-budak macam ni semakin dimarah, semakin dibuatnya. So cuba cara psikologi macam ni pula. Kan. Ini contoh jer lah. Banyak lagi contoh sebenarnya.
So, dengan blog ini sememangnya mampu membentuk diri seseorang itu daripada negatif kepada yang positif.
Kalau kat dunia realiti ni orang kata, ikut orang yang baik, kita pon akan jadi baik dan sebaliknya. Samalah dengan blog. Dia nak bina kreabiliti diri dia mestilah tunjukkan sikap yang baik walaupon dia tu kurang baik. Dari situ sedikit sebanyak akan membentuk dirinya sendiri. Ada juga jasa blog ni kan? Bukan sekadar nak tarik traffik dapat duit. Muahaha..
P/S : Contoh vandalisme di atas bukan aku erk. Tapi aku ngaku la selama berblog ni ada juga perubahan dalam diri aku. Kalau sebelum ni aku memang banyak tak tahu tentang satu-satu perkara tu, melalui blog banyak yang aku belajar. terutama dalam penambahbaikan kualiti hidup. Ngeeee Admin 2:22 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Huh..tengah-tengah aku berblogwalking di rumah, aktiviti aku terhenti. Aku stop aktiviti aku untuk berblogwalking untuk membuat entry ni. Entry khas untuk rakan blog aku. Padlie. Entry ni adalah entry aku yang kedua yang aku buat melibatkan rakan blog aku. Sebelum ni aku buat entry tentang semangat rakan aku juga didaam dunia blogging ni. "On The Cyber Cafe" Amry's Blog - BUKAN SEKADAR BLOG. Aku ingin merealisasikan tagline aku. Aku berblog bukan sekadar menulis, bukan sekadar memberi pandangan pendapat, atau suka-suki menulis untuk mencari sedikit $$$. Aku ingin pergi lebih jauh dengan blog aku ni. Aku ingin mewujudkan satu perhubungan diantara aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Biarpon hanya melalui dunia maya.
Padlie... Aku lupa bila aku kenal si Padlie ni dalam dunia maya ni, tapi dia terlebih dahulu berkunjung ke blog aku dan hubungan aku dengan si padlie berterusan dengan saling membalas kunjungan dan meninggalkan komen. Perkenalan aku masih baru dengan Padlie. Aku masih tak dapat berkenal rapat dengan insan bernama Padlie ni. Tapi yang aku pasti....Dia adalah seorang yang sangat TABAH dan KUAT. Dan sedikit
Dalam pada aku berblogwalking di blog si Padlie ni, aku baca entry pendek dia bertajuk "Bila Padlie Kusyuk MenGoogle" Pada mulanya aku ingat ianya hanyalah entry santai bersahaja. Tetapi telahan aku melesat. Di dalam entry tu ada disertakan link download majalah. Majalah berunsur artis gamaknya. Aku tak minat sangat pasal artis. So aku tak naklah download. Terbaca pula pada komen yang diberikan. Rupa2nya ada kisah Padlie di dalam majalah tu. Apalagi lajulah aku mendownload.... Dan kisah si Padlie ni dalam majalah tu.....sungguh membuat aku KAGUM pada rakan aku ni!
Walau serba kekurangan dengan faktor fizikal, tetapi dia seorang yang sangat KUAT, TABAH dan CEKAL! Aku betul2 kagum dengan semangat yang ada pada Padlie. Aku walaupon dilahirkan dalam keadaan yang sempurna hingga kini, tidak mampu menyaingi kehebatan dan kecekalan Padlie yang serba kekurangan tu. Dalam keadaan dirinya yang sukar itu, dia tidak menjadikan kekurangannya itu sebagai batu penghalang untuk dia berjaya! Malah dia mungkin tidak menganggap lansung dirinya seorang insan yang lemah! Ya. Dia seorang insan yang BERJAYA!
*** Jangan menjadikan kekurangan didalam diri seseorang itu sebagai batu ukur kejayaan dirinya.Mungkin korang masih blur2 tentang si Padlie ni dan kenapa aku begitu memuji dia dan apa yang sebenarnya berlaku kepada si Padlie ni. Korang boleh lah melawat ke blog si Padlie ni sekarang. Jangan lupa download dan kenali siapa si Padlie ni. Ok??
*** Jangan sesekali menghina mereka yang lemah. Kerana disebalik kelemahannya itu, terselit kekuatan yang mungkin tidak ada pada diri kita yang sempurna ini.
*** Jangan jadikan kekurangan diri sebagai batu penghalang didalam menempuh kejayaan.
Padlie - You Are The Best!!!
P/S : Padlie..Umur awak berapa tahun yer?? Kalau lebih tua nak panggil "abang Padlie" hehe Admin 1:19 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Assalamualikum semua...
Rasanya korang pasti tahu perumpamaan di atas kan?? Saper tak tahu....??
Maksudnya sesuatu perkara tu yang kita belum pasti akan memberi pulangan kepada kita, tetapi kita terlalu mengharapkan pulangan darinya kerana dikaburi oleh pulangan-pulangan yang lumayan. Sedangkan sesuatu yang telah memberi pulangan kepada kita telah kita lupakan hanya kerana pulangan nya yang kurang lumayan.
Perkara ni seringkali berlaku kepada mereka-mereka yang agak rakus. Contoh terbaik adalah..... aku. huhu....
Masih ingat akan projek aku yang aku ceritakan pada korang? Ya, entry ni masih berkisar tentang projek aku tu :) Setelah puas aku menggoogle, rupa-rupanya bukan lah sesuatu yang mudah untuk mendapatkan hasil daripada projek aku tu. Memerlukan masa dan kesungguhan untuk belajar selok belok pembinaan PHP kod yang sememangnya agak memeningkan kepala.
Kerana terlalu taksub akan "Pendapatan Lumayan Yang Segera". Beranggapan aku akan mendapat pulangannya pada hari "esok", aku langsung melupakan blog aku ni yang TELAH pon memberi kan pulangan kepada aku. Walaupon tidak banyak tetapi ianya telah membuahkan hasil kepada aku. Dan jika aku terus berusaha membangunkan blog aku ni, tak mustahil juga aku akan mendapat pulangan yang tidak kurang lumayan juga, mungkin lebih lumayan dari projek aku tu (tak yah lumayan la, sekurang-kurang merasa hasilnya dah kira ok. kan). Yang penting, usaha yang berterusan dan tidak memikirkan pulangan yang terlalu cepat untuk satu-satu usaha tu.
Kini aku seperti tersedar dari mimpi yang panjang. Mimpi buruk!! Mimpi buruk aku bersama dengan "pembelajaran hidup" yang baru, "Jangan terlalu mengimpikan sesuatu yang belum pasti!! Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
Yang baik jadikan teladan yang tidak jadikan lah ia sempadan :)
Semangat berblog aku kembali!!! Nantikan entry-entry aku yang lebih hangat selepas ini... Dah lama tak blogwalking. Sorry...
P/S : Masih pening dengan projek aku tu... Benda dah tahu basics, belajar jer lah kan. Tak kan kerana susah sikit, terus tutup buku :P Yang pasti aku tak kan dapat pulangannya "esok"
Meh baca sini juga. Nice entry!!
Admin
11:42 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Salam kepada semua pembaca Amry's Blog. Thanx kerana menerajang menerjah kembali blog aku ni. Jam menunjukkan ja 10.55 malam. Baru sampai rumah sekitar jam 10 malam tadi. Macam ni lah kalau dah tempat kerja jauh. Kuar rumah jam 5.30 pagi. Sampai rumah sekitar 9 lebih. Waktu aku balik, rumah aku dahhh pun gelap. Semua dah tido. Nak tekan keyboard pon kena pelan-pelan. Komputer betu-betul depan "ehem-ehem" tido. Kalau kerja malam tu, balik rumah memang tak tido, mentenet duluuu. kul 3 baru tido. bangun kul 5. Pas tu mula lah g kerja ngan mata merah menyala cam naga. Wakaka. Siapakah "ehem-ehem"? (Pst!! Jangan kecoh. Aku duk ngan orang tua aku. Anak mak? No no no. Dah diorang suh aku duk ngan diorang, terpaksalah) Ehem-ehem tu mak ayah aku. Rumah aku kecik. Bilik pon tak banyak...Hmmm :(
(Panjang nya intro aku kali ni.. Kekeke)
Ok. kalau hari tu aku dapat email ditempat kerja aku tentang makanan halal haram. Kali ni aku dapat email tentang hidayah pula. Hidayah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka-mereka ni. Siapakah mereka-mereka ni? Jom terjah!!!
Tak nampak erk tulisan dia. Ni aku copy dari email aku terus.

(Kisah-kisah pengislaman Dr. Gary Miller (Pakar Matematik Kanada) / Aminah asSilmi (Bekas Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita) / Idris Tawfiq (Bekas Paderi) / Estanislao Soria (Bekas Paderi) /Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika) / Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian London)
Dr. Gary Miller (Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)

Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk "The Amazing Quran" (Quran Yang Mengagumkan). Dalam tulisan ini beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik. Antara tulisannya ialah, "Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu....
Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar". (Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml)
Aminah asSilmi (Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita R adik al)
Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang r adik al dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai "golongan yang menjijikkan." Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kpd mereka agar mereka menganut agama Kristian.
Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver . Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam... (Rujukan: http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html)




Admin
12:06 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
(Panjang nya intro aku kali ni.. Kekeke)
Ok. kalau hari tu aku dapat email ditempat kerja aku tentang makanan halal haram. Kali ni aku dapat email tentang hidayah pula. Hidayah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka-mereka ni. Siapakah mereka-mereka ni? Jom terjah!!!
![]() |
| Mereka memilih ISLAM |
(Kisah-kisah pengislaman Dr. Gary Miller (Pakar Matematik Kanada) / Aminah asSilmi (Bekas Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita) / Idris Tawfiq (Bekas Paderi) / Estanislao Soria (Bekas Paderi) /Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika) / Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian London)
Dr. Gary Miller (Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)
Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk "The Amazing Quran" (Quran Yang Mengagumkan). Dalam tulisan ini beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik. Antara tulisannya ialah, "Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu....
Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar". (Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml)
Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang r adik al dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai "golongan yang menjijikkan." Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kpd mereka agar mereka menganut agama Kristian.
Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver . Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam... (Rujukan: http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html)
Idris Tawfiq (Bekas Paderi Roman Katolik UK )
Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.
Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.
Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, "Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah... Ia tidak menj adik an, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif. Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara." (Rujukan:http://www.idristawfiq.com/)
Estanislao Soria (Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)
Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menj adik an Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai 'Father Stan') berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.
Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam. Beliau berkata, "Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam... Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John)." (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa). (Rujukan:http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml) Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menj adik an Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai 'Father Stan') berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.
Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)
Michael Wolfe berasal daripada Amerika. Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.
Beliau menegaskan, "Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks. Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli... Dan semakin saya mengkaji Islam semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari.".... Antara buku yang beliau karang ialah 'The Hajj: An American's Pilgrimage to Mecca ' dan 'One Thousand Roads to Mecca : Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage'. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003 kerana buku agama terbaik yang dihasilkan. (Rujukan:http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml)
Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London )
Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London , UK . Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah 'In the Steps of Jesus', 'Jesus of Nazareth', 'Does God Have a Body?' dan 'The Trouble with God'.
Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London , UK . Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah 'In the Steps of Jesus', 'Jesus of Nazareth', 'Does God Have a Body?' dan 'The Trouble with God'.
Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986. Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya. (Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml)
Jangan kata aku minum air kopi tak bayar erk. Tu ada sekali sumber-sumbernya aku letak. Artikel ni disusun oleh Dr. Danial Zainal Abidin di dalam blog beliau mindasuper.com Sila lah ke Blog beliau yang mengandungi pelbagai info-info tentang Islam.
P/S: Marilah kita sama-sama berbangga dan bersyukur kerana kita sejak lahir telah menjadi seorang ISLAM.
P/S/S: Dah jam 12. Wuarghhh...Esok keja... Hmm...

Info saya dapat menerusi email saya. Blog seorang ibu tunggal yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan kita semua. Seorang ibu tunggal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi akibat penyakit yang dihidapi. Lebih malang apabila beliau telah ditinggalkan suami. Ikuti kisah beliau dan diharap saudara-saudara dan saudari-saudari dapat membantu ibu tunggal ini. Blog Puan Haryati http://haryanicollection.portalusahawan.com
Secubit Rasa
Simpati juga saya melihat keadaan Puan Haryati ini yang bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Bayangkan jika kita berada ditempat beliau, sanggupkah kita meneruskan hidup? Sukar rasanya. Sedangkan jika kita yang normal ini pon hilang tempat bergantung dah kelam kabut jadinya.
Apa yang membuatkan saya lebih mengagumi Puan Haryati ini adalah ketabahannya. Dalam keadaannya yang serba kekurangan dan daya upaya yang amat terbatas, beliau masih mampu meneruskan kehidupan. Meneruskan kehidupan yang bukan sekadar meminta-minta tetapi adalah dari hasil titik peluhnya sendiri. Disini fikiran saya menjurus kepada mereka yang bergelar "beggar" (Pem***a S*****h). Memanglah mudah untuk kita mengkritik mereka (beggar) kerana kita cukup sifat. Dan mereka terpaksa menadah tangan di tepi jalan kerana tiada pilihan. Tetapi sebolehnya elakkan lah carrier sebegitu. Dapatkanlah sesuatu hasil dari titik peluh sendiri.
Ditempat saya sendiri ada seorang pakcik yang buta matanya. Bagaimana dia meneruskan kehidupannya dalam keadaannya yang serba kekurangan itu? Dia tidak meminta sedekah tetapi....menjual tisu di pasar-pasar malam. Bukankah itu lebih mulia dari meminta? Saya juga pernah terserempak dengan mereka yang senasib dengan pakcik itu, juga senasib dengan Puan Haryati. Mereka tidak 100% meminta sebaliknya mendendangkan lagu atau alunan ayat-ayat suci Al-Quran dikhayalak ramai. Sekurang-kurangnya hasil yang mereka dapat itu adalah dari hasil titik peluh mereka.
Ramai lagi mereka-mereka yang kurang bernasib baik diluar sana yang mengikut jejak Puan Haryati dan Pakcik yang buta tadi, cuma kita kurang membuka mata dan memberi perhatian. Apa yang menyedihkan, ada segelintir masyarakat yang menghina mereka yang kurang bernasib baik ni. Sepatutnya kita membantu mereka meringankan beban mereka. Ingat, mereka tidak bernasib baik seperti mana kita yang normal ini.
Disini saya tidak bermaksud memandang hina mereka yang bergelar "beggar" ni, cuma ingin menunjukkan betapa tabahnya mereka yang kurang bernasib baik ini meneruskan kehidupan mereka hasil dari titik peluh mereka sendiri.
Semoga Puan Haryati dan mereka-mereka yang kurang bernasib baik diluar sana tabah meneruskan kehidupan mereka. Akhir kata, sila lah ziarah (blog) Puan Haryati http://haryanicollection.portalusahawan.com dan bantulah seadanya.
Hari ini hari dia, esok lusa siapa tahu hari kita pula.

Hari berganti Minggu, Minggu berganti Bulan, Bulan berganti Tahun. Hari ni hampir 5 tahun saya memegang jawatan "Makan Gaji" dan hampir 5 tahun juga saya bergelumang dengan Dunia Online ini. Apa yang saya dapat? Dengan jawatan "Makan Gaji" saya mendapat duit poket dan pengalaman. Dalam Dunia Online pula saya mendapat sedikit duit poket dan juga ilmu. Apa beza kedua-dua bidang ini? Satu bidang saya minat dan satu bidang lagi saya tidak minat. Terang-terang "Makan Gaji" saya tak minat :p
Memanglah kalau ditanya kepada sesiapa pon, mereka juga tidak minat untuk "Makan Gaji", kalau boleh nak buka perniagaan sendiri yang 100% keuntungan milik mereka, kalau boleh nak duduk kat rumah goyang kaki, tapi duit masuk dalam akaun. Tetapi atas dasar "Terpaksa", mereka dan saya "Terpaksa" meminati bidang "Makan Gaji" ni.
Apa sebenarnya yang saya ingin sampaikan disini. Percayakah anda jika saya katakan "Sesuatu perkara atau pekerjaan itu jika dilakukan dengan minat dan kesungguhan, ianya akan memberikan suatu kepuasan atau kegembiraan kepada seseorang itu dan seterusnya memberikan hasil kerja yang baik"? Inilah apa yang saya lalui. (Jangan membuat apa-apa andaian terlebih dahulu, teruskan pembacaan anda)
Minat.... memanglah kerja merupakan punca pendapatan kepada kita semua. Tetapi biarlah kerja yang dilakukan itu disertai dengan minat yang seterusnya menyumbang kepada kesungguhan dan memberikan hasil yang baik. Apa yang saya alami dengan memegang jawatan "Makan Gaji" adalah..... saya melakukan kerja dalam keterpaksaan... tiada minat. Bukan tidak minat untuk "Makan Gaji", tetapi tidak minat kepada bidang tersebut. Hasilnya... saya bukanlah seorang pekerja yang baik di institusi saya dan seringkali memberi masalah kepada Team Work saya. Mengapa saya tidak dapat memupuk rasa minat tersebut setelah hampir 5 tahun memegang jawatan"Makan Gaji". Mungkin kita semua pernah mendengar ungkapan ini "Minat tidak boleh dipaksa".
Skop pekerjaan saya adalah didalam bidang teknikal atau lebih tepat saya adalah seorang Juruteknik disebuah kilang yang memerlukan kemahiran membaiki mesin.
Jika tidak minat mengapa memilih pekerjaan ini? Kerana saya hanya ada kelulusan didalam bidang ini.
Mengapa memilih bidang ini? DIPAKSA. Ya, saya dipaksa!!
Sewaktu di Sekolah Menengah, saya adalah pelajar jurusan perakuanan dan sewaktu SPM saya mendapat keputusan yang agak baik sehingga ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Atas alasan peribadi, saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana DIPAKSA untuk mengambil jurusan teknikal. Kerana DIPAKSA, saya langsung tidak dapat menerima jurusan tersebut.
Hasilnya..... Saya bukanlah seorang pekerja yang baik di institusi saya dan selama 5 tahun saya langsung tidak tahu berkenaan teknikal!! Seorang pelajar jurusan perakaunan, yang bermain dengan buku, tiba-tiba terpaksa mengadap mesin!! Bagimana jika anda berada ditempat saya?
Bagaimana pula dengan pekerjaan yang saya minat iaitu Dunia Online dan juga Perniagaan Online? Syukur Alhamdulillah, saya telah menemui satu bidang yang saya minat dan serasi dengan jiwa saya. Sekarang mari kita lihat apa yang saya capai dengan melakukan pekerjaan yang saya minat. Selama hampir 5 tahun dalam Dunia Online dan Perniagaan Online.
Dari tidak tahu bagaimana untuk membina blog, saya sudah tahu bagaimana untuk membina blog walaupun tidak sebagus mereka diluar sana.
Dari tidak tahu membina web, saya sudah tahu caranya.
Dari tidak tahu membina Email Marketing yang merupakan senjata dalam Perniagaan Online, sekarang saya sudah tahu.
Dari tidak tahu membina Ebook, sekarang saya sudah tahu.
Dari tidak tahu menjalankan perniagaan di dalam internet, kini saya sudah tahu.
Sekarang anda lihat, dengan melakukan sesuatu pekerjaan itu atas dasar minat dan kesungguhan, inilah hasilnya dan kesemua ini saya peroleh tanpa sebarang gulungan Ijajah dan bantuan sesiapa. Berbeza dengan pencapaian saya didalam bidang yang lagi satu dengan tempoh yang sama. Kuncinya.... Minat dan Kesungguhan. Oleh itu, nasihat saya lakukanlah sesuatu itu atas dasar minat dan kesungguhan untuk berjaya.
P/S : Artikel ini ditulis bukanlah atas tujuan untuk memuji diri sendiri atau memperagakan apa yang telah saya kecapi kerana tiada apa yang boleh saya banggakan dengan diri saya. Hanya sekadar perkongsian. Yang baik jadikan teladan, yang mana tidak jadikanlah sempadan.
Admin
11:18 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia




































