Cara Mudah Dan Pantas Post Iklan Di Facebook Group
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Moga sihat hendaknya....
Post ni aku buat khas untuk mereka yang menggunakan Facebook Group sebagai tempat membuat promosi. Yang rajin buat post kat Facebook Group ni terutama group group iklan sah-sah la yang ada produk untuk dijual atau mencari downline kan. Ops! Downline? Faham-faham jer lah. hehe
Di Facebook terdapat banyak group-group pengiklanan yang dihasilkan. Ramai yang beriklan atau membuat post di group-group ini terutama kepada mereka yang kekurangan bajet untuk beriklan menggunakan Facebook Ads. Dah ramai yang berjaya mengaut keuntungan dengan melakukan promosi atau membuat post di group ini memandangkan bilangan ahlinya yang ramai. Ramai ahli, maka ramai lah yang lihat post atau iklan tadi :)
Applikasi tercanggih Smart Phone.
Applikasi tercanggih Smart Phone.
Tetapi untuk beriklan atau membuat post di Facebook Group ini, ianya memerlukan sedikit kerajinan dan kesabaran. Ini kerana post-post yang dibuat didalam group akan tenggelam ke bawah kerana post yang baru akan berada diatas. Post akan lebih cepat tenggelam ke bawah jika ramai yang beriklan di dalam group tersebut. Apabila post tenggelam, potensi untuk mendapat pelanggan akan berkurangan. Untuk mengekalkan post iklan didalam group sentiasa berada di atas, anda atau seseorang perlu meninggalkan komen didalam post tersebut untuk meletakkan kembali post iklan anda tadi di atas. Jika tak ada komen, post iklan tersebut akan terus tenggelam ke bawah. Sebab itu, untuk beriklan didalam Facebook Group, memerlukan kerajinan dan kesabaran. Rajin post dan sabar menunggu feedback terutama didalam group yang ramai ahli dan banyak post atau iklan.
.
.
Bagaimana Nak Atasi Masalah Ini?
.
Kalau dah setiap 5 minit kena buat post kat Facebook Group, Tak jadi kerja jawabnya. Betul tak?
Kalau dah setiap 5 minit kena buat post kat Facebook Group, Tak jadi kerja jawabnya. Betul tak?
Jadi macam mana nak atasi masalah ni?
Pernah dengar BzEarn? BzEarn adalah satu applikasi bertindak sebagai robot untuk menghantar post ke dalam Page atau Group secara automatik.
Mudah dan pantas. Dengan BzEarn, anda tidak perlu risau jika tiada masa untuk membuat post ke dalam Facebook Group atau post iklan tenggelam kebawah. Apa yang perlu dilakukan adalah hanya tulis iklan yang ingin anda post dan setkan waktu iklan tadi dipost ke dalam group yang anda inginkan dan tinggalkan.
Robot Autopost akan mengambil alih tugas anda sehingga ke satu tarikh yang anda tetapkan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman BzEarn
Butik Chenta Creative - Butik Pakaian Melaka
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Post kedua sebelum aku kembali menyepikan diri dari dunia blogging.
Selama aku menyepikan diri dari dunia blogging ni.. Aku tumpang bangga dengan satu pencapaian salah seorang rakan blogging aku ni yang mana rakan blogging aku ni dah pun merealisasikan impian beliau dan isteri beliau untuk memiliki perniagaan butik mereka sendiri.
Bukan mudah sebenarnya untuk mengorak langkah didalam dunia perniagaan ini... Tanpa kesungguhan, tanpa keberanian dan tanpa semangat yang cekal, impian untuk memiliki perniagaan hanya akan tinggal impian.
Bermula dengan hanya mempromosikan perniagaan butik mereka melalui rakan rakan sekerja dan penyampaian dari mulut ke mulut, mereka meluaskan pasaran mereka melalui medium online Facebook seterusnya membuka sebuah booth untuk perniagaan butik mereka yang ketika itu rasanya hanya mempromosikan tudung sebagai produk utama mereka. Kini perniagaan rakan blog aku ni semakin maju setelah berjaya membuka gerai butik mereka sendiri yang selain tudung, mereka turut menjual kain ela jenis English Cutton yang didatangkan dari Vietnam dan juga jubah muslimah. Syabas aku ucapkan. Semoga Butik Chenta Creative akan terus maju dan bertambah maju. Keep it up bro!!
Yang tinggal di area Melaka bolehlah singgah singgah di Butik Chenta Creative yang beroperasi di
19G, Pandan Square,
Kompleks Kesidang,
75300 Bachang,
Melaka.
Nak beli online layari
Admin
5:28 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca pembaca dan pengunjung pengunjung Amry's Blog... Apa khabar? Sihat sihat semua hendaknya disamping orang tersayang.
Lama betul tak update blog ni. Mau dekat 4 bulan. Dah usang macam Banglo Villa Nabilla dah.. Cuma tak berpuaka je. haha.. Bukan nak tinggalkan dunia blog atau malas nak update.. cuma tak berkesempatan.
Sekarang ni nak buka blog memang jarang sangat.. Nak update jauh sekali. Sebabnya... tak perlu kot aku kongsi kat sini. Cukup sekadar aku cakap ada benda yang lebih penting yang perlu aku fokus selain berblog. Kalau ikutkan hati memang hari-hari nak update blog... Ada satu kepuasan melihat ada pelawat yang masuk membaca post post yang di tulis.
Selepas post ni mungkin akan ada 1 atau 2 post lagi yang akan ditulis dan selepas tu tak tahu lah bila pula nak update blog ni.. Tunggu jer lah.. Hmm.. Yang pasti aku selalu merindui dunia blogging ini yang pernah berjasa kepada aku dengan memberikan sedikit duit poket ;)
Pst.. Sekarang kembali tinggal di rumah bujang... Komputer tak ada... Nak ke CC malas... That why ma... hehe
Admin
4:50 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPrestasi Harimau Malaya Merudum Di Bawah Rajagobal
Aku bukanlah peminat sukan tegar yang mengikuti setiap perkembangan semasa sukan negara. Tidak kiralah bola sepak, badminton, hoki atau sukan-sukan lain. Sekadar 'terduduk' di depan televisyen dan tersiar rancangan sukan mungkin aku tonton, kalau nak set time semata-mata nak tengok aksi sukan, mungkin tidak.
Walaupun kurang mengikuti perkembangan semasa sukan negara, telinga dan mata aku tidak terlepas terdengar dan terbaca mengenai prestasi Pasukan Bola Sepak Malaysia, Harimau Malaya yang kian merosot dibawah pimpinan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.
Sudah lama terdengar dan terbaca mengenai prestasi Pasukan Bola Sepak Malaysia yang kian membimbangkan tapi aku buat tak endah. Kekalahan demi kekalahan menimpa pasukan bola sepak malaysia, Harimau Malaya di bawah pimpinan Datuk K Rajagobal sehingga beberapa kali diberi peluang kepada Datuk K Rajagobal untuk memperbaiki mutu persembahan Harimau Malaya tetapi keadan masih tetap sama.
Yang terbaru, pasukan bola sepak Malaysia mengalami kekalahan teruk didalam tiga siri perlawanan persahabatan dengan Liga Kelab J di Jepun.
Tanpa meraih sebarang jaringan gol, pasukan bola sepak kebangsaan ditewaskan 0-2 dengan Kelab Divisyen Satu Shimisu S Pulse. 0-5 dengan kelab di zon penyingkiran Liga J, Shonan Bellmare. 0-5 dengan kelab Divisyen Dua, Tokyo Verdy.
Pasukan negara ditewaskan oleh pasukan dari kelab bola sepak?? Walaupun kurang arif mengenai dunia sukan, tapi aku rasa pasukan negara tidak selayaknya ditewaskan oleh pasukan bola sepak yang hanya berstatus kelab.
Memberikan alasan bulan Ramadan antara salah satu faktor kekalahan kerana pemain tiada tenaga untuk bermain seolah-olah tidak dapat diterima.
“Pengajaran yang saya dapat di sini, kita tidak harus bermain dengan kelab yang boleh dikatakan mempunyai tahap permainan tinggi ketika bulan puasa. Kalau kita datang ke Jepun pada masa akan datang, mungkin bukan ketika Ramadan.
“Kita perlu sedar pada perlawanan kedua, kita main jam 11 pagi dan perlawanan ketiga, 3 petang. Kita main tiga babak dan keletihan itu datang pada babak kedua dan ketiga.
“Apapun, saya tetap hormat pemain sebab mereka berusaha memberikan yang terbaik ketika berpuasa dan ada ketikanya kita mampu beri tekanan kepada pihak lawan. Saya rasa ini persiapan yang bagus untuk perlawanan menentang Barcelona,” kata Datuk K Rajagobal yang tiba dari Jepun semalam.
Sedar akan kritikan-kritikan yang diterima dan desakan yang memintanya meletak jawatan susulan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan yang membimbangkan, Datuk K Rajagobal cuba mempertahankan dirinya.
“Saya tidak tahu kenapa ada pihak yang suka sangat saya undur diri.
“Tapi saya bukan penakut. Saya akan pikul tugas saya hingga kontrak berakhir 31 Disember. Selepas itu barulah majikan buat keputusan dan saya juga akan buat keputusan.” Rajagobal turut membidas kritikan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini yang memintanya melepaskan jawatan.
“Ini bulan Ramadan, jangan buat dosa. Kalau kita nak kritik, biarlah tepat dan konkrit.
“Kalau mereka datang ke Jepun dan tengok prestasi sebenar pemain dalam bulan Ramadan, itu tak apa. Tapi, mereka tidak ada di situ, mereka hanya memberikan komen berdasarkan keputusan perlawanan, itu tidak adil. Kritikan mereka sepatutnya berdasarkan fakta, itu sajalah yang saya nak beri nasihat.
“Sebelum ini pun ramai yang kritik, ramai yang ganggu tapi saya tak akan lari daripada fokus saya,” katanya.
Hari ini, Datuk K Rajagobal sekali lagi diberi peluang untuk terus menerajui pasukan bola sepak kebangsan sehingga tempoh kontraknya dengan pasukan Harimau Malaya berakhir Disember tahun ini iaitu sehingga berakhirnya kempen kelayakan Piala Asia 2015 tahun depan.
Sumber : Hmetro & kakibolasepak
--------------------------------------------------------------------
Hm.... apa pendapat peminat-peminat sukan Bola Sepak Kebangsan?
Sudah banyak peluang diberikan tetapi prestasi Harimau Malaya terus mengecewakan.
Pandangan aku sebagai non-fan sukan
Bukan kata tak layak, tapi jika keadaan terus begini, ada baiknya diberikan kepada yang lain demi kebaikan semua pihak atau cuba gunakan idea daripada mereka yang turut mempunyai pengalaman didalam dunia bola sepak.
Admin
11:05 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaMaeklong Market | Pasar Paling Bahaya Di Dunia
Maeklong Market, pasar paling bahaya didunia. Kenapa Maeklong Market dilabel sebagai pasar paling bahaya di dunia? Ini kerana pasar Maeklong yang menjual berbagai buah-buahan, rempah dan makanan eksotik ini terletak betul-betul di laluan rail keretapi di Samut Songkram, 60km dari barat bangkok, Thailand
Gambar pasar Maeklong di Samut Songkram sewaktu dilintasi keretapi
Siren akan dibunyikan sebelum keretapi melalui kawasan pasar Maeklong dengan kelajuan 20km/j dan peniaga akan segera mengenepikan barang jualan mereka bagi mengelakkan dilanggar keretapi.
Keadaan ini berlaku sekurang-kurangnya 8 kali sehari.
Gambar Pasar Maeklong sebelum dan selepas dilalui keretapi
Video keadaan di Pasar Maeklong, Samut Songkram
.jpg)
.jpg)





.jpg)













