Malaysiakini Perkenal KiniTV
Kepada yang dah celik IT tu, Malaysiakini mungkin dah tak asing lagi terutama yang mengikuti arus politik di Malaysia. Berbeza dengan Media Prima yang menggunakan media elektronik juga media cetak sebagai bahan penyampaian mereka, Malaysiakini menggunakan medium internet sebagai bahan penyampaian mereka. Pandangan aku, Malaysiakini lebih menarik daripada portal-portal berita yang lain. Malaysia kini lebih telus dalam menyampai berita. Lebih adil. Tak ada cerita sebelah pihak sahaja :D
Untuk lebih memantapkan lagi apa yang mereka sampaikan, Malaysiakini telah memperkenalkan KiniTV iaitu penyampaian disampaikan dalam bentuk video tetapi masih menggunakan medium internet.
KiniTV boleh dilayari di www.kinitv.com atau Youtube di www.youtube.com/malaysiakini
KiniTV dijangka ditonton sehingga 2 juta orang penonton bulan ini dan akan meningkat dengan pantas menjelang PRU-13
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2012 Diumum 21 Mac 2013
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2012 akan diumumkan pada 21 Mac 2013 iaitu pada khamis ini.
Seramai 472,541 calon telah menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia SPM di 3,590 pusat peperiksaan tahun lalu.
Calon-calon SPM boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada 21 Mac 2013. Bagi calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar
Cara Semak Keputusan SPM 2012 Melalui SMS
Calon SPM juga boleh mengetahui keputusan SPM mereka melalui SMS dengan menaip SPM diikuti No. Kad Pengenalan dan No Angka Giliran dan hantar ke 15888
Semakan Keputusan SPM melalui SMS ini akan bermula pada jam 10 pagi 21 Mac 2013 dan berakhir pada 12 tengah malam 27 Mac 2013
Admin
4:27 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAnak Jual Buah Pinggang Untuk Mengubati Bapa
Petikan dipetik daripada HMetro online 14/3/2013
-----------------------------------------------------
Mungkin ada yang kata budak ni bodoh sebab sanggup nak jual buah pinggang dia sebab nak ubati penyakit ayah dia. Macam tak ada cara lain. Tapi tak tahu la kalau ada yang fikir macam tu. Tapi aku kesian gila kat budak ni. Ya Allah. Sedih sangat sangat aku. Tak terkata..... Terlalu besar rasa kasih dan sayang dia kat ayah dia hingga sanggup nak jual buah pinggang dia untuk mengubati ayah dia.
Semoga ayah Fahmi Rahardiansyah cepat sembuh dan Fahmi berjaya dan dirahmati satu hari nanti. Moga ada yang dapat hulurkan bantuan di sana :(
Admin
5:45 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaBukti Pendapatan Jobdirumah.com
Ye betul... Agak lama juga aku menyepi dari blog ni... Malas nak fikir post-post apa yang nak ditulis.. hahaha... Ni terasa rindu pulak kat blog ni.. huhu
Kalau sebelum ni entry pemanasan jari jemari aku ni berkisar tentang keunikan Road Walk di Penang. Kali ni aku nak post pasal duit sikit lerrrrr.... Boleh?? Ehhh... Kenapa tak boleh? Blog den, suka hati den la.. hahaha
Sebulan lebih juga aku meninggalkan blog ni, tetapi duit tetap masuk. Alhamdulillah, boleh la lepas time time sesak kan walaupun tak sampai meriban
Sesuai dengan tajuk, sebelum ni aku ada post sikit pasal bukti pendapatan aku dengan Jobdirumah.com ni. Tengok sinun.
Kali ni apa yang aku nak tekankan, walaupun blog ni lama tak terusik, tetapi Jobdirumah.com tetap menunaikan janji dia. Waaaahhhh... Love You la Jobdirumah.com. Korang memang telus.
Entry terakhir aku sebelum aku tinggalkan kejap blog ni adalah bertarikh 22.1.2013
dan kembali membersihkan sawang-sawang yang ada pada 13.3.2013 Sebulan lebih juga kan. Cer tengok bukti pendapatan aku di Jobdirumah.com selama blog ni aku ketepikan
![]() |
| Bukti Pendapatan Jobdirumah.com |
Sorry.... Belum sampai masa aku tunjuk income aku yang sebenar. Bukan apo, den ni pemalu... Yay!! Sila muntah kuning. Tapi yang pasti Jobdirumah.com tetap menunaikan janji :)
Kepada sesapa yang nak cuba buat duit dengan Jobdirumah.com ni, klik banner dibawah
Destinasi Menarik Penang | Road Walk
Sesapa sini belum pernah pergi penang, angkat kening.. hahaha... Kepada yang kaki melancong atau kaki berjalan tentu korang dah pernah datang Penang kan. Penang antara salah satu destinasi pelancongan di Malaysia terutama di bahagian Pulau. Banyak tempat tempat menarik yang terdapat di penang ni antaranya
![]() |
| Batu Feringghi |
![]() |
| Kebun Bunga |
![]() |
| Padang Kota Lama |
![]() |
| Kampung Nelayan |
![]() |
| Muziam Perang |
Banyak lagi tempat menarik kat Penang ni... Tapi dalam entry aku ni aku nak story pasal satu tempat ni, tempat dia biasa jer, tapi unik siot.Tempat ni best sabtu dan ahad, nama dia Road Walk. Road Walk ni kalau sabtu ahad memang ramai pengunjung. Bukan ada apa pun, pasar pagi jer, tapi macam-macam barang pelik dan barang antik ada kat sini... huhu...
Tak sempat nak snap keseluruhan view Road Walk hari tu, dah masuk dalam pasar baru teringat nak post pasal Road Walk ni... Rugi den.. Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku snap.
![]() |
| Road Walk, Penang |
Pemandangan luar Road Walk. Lokasi Road Walk ni bersebelahan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
Jom kita tengok apa yang unik nya pasar Road Walk ni
Antik tuuuuu..... Ni barang zaman bila aku tak tahu la... Ni kalau tanya harga ni mau ratus rasanya...
Lagi barang antik
Mangkuk antik yang tak berapa nak antik.... :)
Duit lama pun ada dijual di Road Walk, duit syiling, duit note, semua rare rare belaka.. tapi aku tak sempat nak snap.... Jadi aku cilok pic dari blog di bawah yer :). gambar lebih kurang macam ni la...
Barang kat atas ni di jual oleh seorang apek tua.... Dia longgok cam tu jer barang-barang dia.. nak kata antik, tak berapa nak antik... tapi boleh la sesaper yang berminat akan barang-barang yang bakal jadi antik... Kebanyakkan barang yang dijual oleh apek ni dah rosak :P Ramai orang kerumun wooooo.....
Motor kipas siling ni pun apek ni jual...... Huhu..
Dan banyak lagi la barang-barang antik yang dijual di Road Walk ni.... Kepada pengumpul barang-barang antik boleh la try terjah Road Walk ni... Macam-macam adaaaaa..... :)





















