Aku sekarang berada dalam keadaan yang sangat mengujakan!!! Serious!!!
Sebelum aku nak meneruskan celoteh aku, terlebih dahulu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada
Jom-Belajar-English ni baru jer melawat blog aku ni dan dia meninggalkan komen di entry aku
Sangat menarik blog tersebut kerana basic basic yang diberikan.
**Sangat menarik sebab aku sememangnya tak pandai bahasa Inggeris ni :P
Yang lebih menarik tu.......Dia juga ada menyediakan link-link web yang menyediakan pembelajaran bahasa inggeris secara PERCUMA.
dan juga menyediakan kelas belajar bahasa inggerisnya sendiri dengan bayaran tertentu.
So, kalau korang rasa korang nak pandai bahasa Inggeris dan nak belajar, silalah ke sana yer.
Kalau dah pandai tak yah pegi :P
P/S :Waktu sekolah tak nak belajar betul2, dah tua bangka baru terhegeh2. Hampes!!
Kisah benar dari Penulis Amry's Blog.
Seperti korang semua tahu, aku ni bekerja sebagai seorang Technician disebuah kilang di Penang. Kalau tak tahu sila ke Page About Me. Nak dijadikan cerita...baru-baru ni mesin di line yang aku jaga tu down untuk kerja-kerja ubahsuai produk atau dipanggil Conversion. Sering juga line aku ni buat Conversion, dan sekali buat conversion tu, sememangnya agak memenatkan, banyak kudrat yang diperlukan dan memakan masa 2-3 hari.
Kalau dah Technician, pasti ada ketua atau Leader kan, pada hari conversion tu, sewaktu aku dan kawan-kawan yang lain termasuk Leader aku ni perlu mengangkat beban seberat 50kg separas kepala. Beban tu tak le besar, Besar sikit dari printer rumah korang tu jerrrr.... (malas specific ukuran dia). "1....2....3...angkat!!!" Jerit Leader aku tu, kami pon angkat ler beban tu ke port yang ditetapkan.....Tiba-tiba, Leader aku tuk bersuara sambil ketawa kat aku dan kawan-kawan aku "Amry boleh tengok jer...??" What the...... Aku panas laa.... sebab aku pon angkat gak. Benda besar printer jer bang.... tak kan nak gomoi sampai 5 orang. Silap-silap, timpa kaki baru padan muka. Aku angkat sekadar ruang yang aku ada la... Tempat dah sempit, tak kan aku nak muatkan juga badan aku ni...
Dengar-dengar jer dia cakap macam tu, aku terus angin. Bukan apa, dah banyak kali aku jer yang dia nak paku. Mentang-mentang la aku ni diam.. Aku tolak bahu dia "Woi!! Aku angkat la!!! Apahal yang ko tak puas hati sangat ngan aku ni??!!!" Suasana terus jadi sepi kejap time aku menjerit tu. Kawan-kawan aku semua tengok aku. Yer la, aku tak pernah sound-sound orang, inikan kan pula Leader aku. Leader aku terdiam, mungkin sebab dia terkejut aku sound dia macam tu. Lebih kurang seminit aku sound Leader aku tu, kawan-kawan aku cuba relaxkan aku. "Beragak sikit nak sound-sound orang, aku tau la ko tu Leader,aku angkat a benda tu tadi" Aku masih tak puas hati, tapi suara aku dah agak perlahan dari jeritan yang pertama tadi. Member aku masih cuba stabilkan aku, aku blah macam tu jer. Tak masuk line dah...
Waktu balik kerja, aku tunggu dia kat luar, masih tak puas hati, tak lama aku tunggu dia keluar dan aku nampak dia keluar dari kilang. Aku tahan kereta dia. "Ko keluar!! Kat dalam ko Leader, kat luar ko bukan sapa-sapa. Ko keluar!!! Gtau aku apa yang ko tak puas hati sangat dengan aku?!!"..............................
-----
Apabila marah menguasai diri, manusia hilang pertimbangan akal fikiran... Mujurlah perkara diatas tu hanya bisikan syaitan.... Memang betul leader aku sound aku macam tu, walaupon aku angkat juga beban tersebut. Tapi aku cuma membalas dalam keadaan terkejut... "aku angkat laaaa...." Dengan hati yang sememangnya panas, aku belah dari tempat tersebut, buat kerja lain. Sewaktu aku panas tu, memang ada terlintas difikiran aku tuk buat seperti perkara diatas. Lama-lama perasaan tu kian redha, dan terus redha. Aku panas sebab selalu kena sound dengan Leader aku tu... Sabar-sabar juga, tapi setiap kesabaran tu ada batas... Kalau aku tak dapat kawal perasaan aku waktu tu, tak tahulah.......Gaduh tetap gaduh, yang paling teruk imej aku akan tercalar terus dikalangan rakan-rakan aku, silap-silap kena buang kerja...Saper susah...?
Jangan sampai marah menguasai diri, buruk akibatnya.....Yang rugi adalah diri sendiri,bukan orang lain.
Sabar itu separuh daripada iman.
Admin
11:35 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKepada korang-korang yang baru kenal dunia blog ni, tau tak apa itu Niche Blog? Niche Blog ni lebih kurang macam tema blog. Niche atau tema ni tujuannya adalah untuk memudahkan seseorang blogger tu menulis sesuatu yang berkaitan dengan blog tersebut. Contoh niche macam Dunia Permotoran, Perniagaan, Kewangan, Fesyen dan lain-lain. Kebiasaannya Niche ni lebih kepada pengetahuan atau kepakaran seseorang tu. Sebab tu Niche ni dikatakan memudahkan blogger tu untuk mencari idea dan menulis.
Soalan aku....Apakah Niche blog korang? Sewaktu mula-mula aku buat blog ni, Niche aku Perniagaan Internet kot. hohoho. Tapi lama kelamaan, blog aku ni dah tak macam blog Perniagaan dah, dah macam rojak dan lebih kepada Dunia Blogging.
Soalan aku yang kedua.....Adakah Niche blog ni masih relevan dengan Dunia Blogging sekarang? Jom kita kongsi pendapat disini. Setelah agak lama aku didalam Dunia Blog ni, kebanyakan blog yang aku jumpa aku tengok kebanyakannya tidak mempunyai Niche yang tertentu, bercampur-campur. Kalau yang berniche pon, lebih kepada kehidupan seharian mereka. Itu pon aku tak pasti adakah mereka sedar atau tidak yang blog mereka bernichekan kehidupan diorang :P.
Niche atau idea? Yang mana lebih memudahkan didalam penulisan blog? Pada pendapat aku, blog yang mempunyai Niche tertentu ni, sememangnya blogger tu mempunyai pengetahuan yang mendalam didalam satu-satu Niche tersebut. Antara Niche yang memerlukan pengetahuan yang mendalam seperti, Perniagaan, Teknologi atau gadget, Komputer, Jana Wang Internet (bukan MLM yer) dan banyak lagi. Kebiasaannya mereka-mereka yang mempunyai Niche seperti itu selain sekadar berblogging, aku pasti mereka mempunyai satu lagi motif yang amat jelas, iaitu menjana pendapatan dari pengetahuan mereka itu. Dengan pengetahuan mereka itu mereka dapat membuat satu E-Book tentang Niche mereka dimana ianya pasti mendapat sambutan daripada mereka-mereka atau pembaca-pembaca yang sememangnya tercari-cari maklumat tentang perkara atau bidang atau Niche tersebut. Ataupon mereka yang mempunyai Niche sebegini mampu juga memperoleh pendapatan dengan menyediakan khidmat nasihat atau servis. Contoh Niche, pembinaan Laman Web dan teknik SEO. Dan blog-blog yang mempunyai Niche sebegini mempunyai pembacanya yang tersendiri.
Jadi kepada blogger-blogger yang macam aku ni yang tak tahu Niche apa untuk blog tu, may be idea lebih membantu didalam penulisan blog tu. Senang kata, apa yang terlintas kat dalam fikiran tu, agak-agak menarik publish jer laaa... Selalunya blog-blog yang macam blog aku ni sekadar suka suki jer menulis. Nak dapat income tu, letak iklan. Tu jerlah kot cara nak merasa duit dari internet. Tak da iklan tak da la income. Tu pon kalau ada income dari iklan tu. Hohoho. Lagi satu, kalau blog tu sekadar suka-suka menulis, eloklah rojakkan sikit blog tu. Kalau tak pembaca akan bosan. Kenapa? Asyik citer pasal koranggg jer. Kan. Sekali-sekala bagi maklumat sikit kepada pembaca tu, kalau tak pon, buat la lawak bodos sikit tuk pembaca korang tu. Terhibur la juga pembaca tu bila melawat blog korang. kan kan kan :P
Kesimpulan dari aku, kalau korang nak bina blog yang ada Niche, pastikan korang betul-betul tahu atau pakar dalam Niche tu, kalau tak, sekerat jalan dah jadi rojak macam blog aku, muehehehe.. Yang paling teruk, korang akan terjebak didalam masalah "Tiada Idea Untuk Menulis" :P
Ni hujah aku jer lah. Apa hujah korang?
Admin
10:54 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Tak nampak lagi kan maksud sebenar entry ni? Maksud aku.... Semakin blog dikenali, semakin ramai yang berkunjung, semakin perlu lebih berhati-hati.... Berhati-hati untuk apa? Supaya setiap penulisan atau entry yang dihasilkan tidak akan menyinggung perasaan sesiapa.
Kadang kita tidak sedar penulisan yang dihasilkan itu telah menyinggung perasaan sesetengah pihak. Kebiasaannya entry berbentuk teguran itu adalah yang mudah membuatkan seseorang itu terasa walaupun penyampaian mesej telah disusun selembut mungkin dan ianya adalah teguran membina dan ianya tidak terniat langsung untuk menyakitkan hati sesiapa. Tetapi hati manusia ni susah diramal kan dan sukar untuk menyenangkan hati semua orang. Walau hanya sekadar blog, hubungan di alam maya, selagi bernama manusia, ianya tetap perlu hormat menghormati antara satu sama lain.
Bak kata seorang Blogger terkenal ni, "Sebab tu saya kalau boleh, membuat entry, tak mau sentuh langsung bab yang melibatkan orang lain, biarlah sekadar cerita keluarga kami"
Sebagai seorang yang baru serious dalam dunia blog ni, pada aku, entry yang aku buat ni adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri agar lebih berhati-hati didalam membuat satu-satu entry yang melibatkan orang ketiga.
Di kesempatan entry ni, kepada pembaca-pembaca Amry's Blog, sekiranya ada entry aku yang membuatkan korang terasa, khususnya entry "Widget Yang Telah Disalah Guna", aku mohon maaf. Tak ada niat langsung untuk buat korang kecik hati, cuma sekadar teguran dari blogger kepada blogger yang lain. Admin 7:11 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Kadang kita tidak sedar penulisan yang dihasilkan itu telah menyinggung perasaan sesetengah pihak. Kebiasaannya entry berbentuk teguran itu adalah yang mudah membuatkan seseorang itu terasa walaupun penyampaian mesej telah disusun selembut mungkin dan ianya adalah teguran membina dan ianya tidak terniat langsung untuk menyakitkan hati sesiapa. Tetapi hati manusia ni susah diramal kan dan sukar untuk menyenangkan hati semua orang. Walau hanya sekadar blog, hubungan di alam maya, selagi bernama manusia, ianya tetap perlu hormat menghormati antara satu sama lain.
Bak kata seorang Blogger terkenal ni, "Sebab tu saya kalau boleh, membuat entry, tak mau sentuh langsung bab yang melibatkan orang lain, biarlah sekadar cerita keluarga kami"
Sebagai seorang yang baru serious dalam dunia blog ni, pada aku, entry yang aku buat ni adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri agar lebih berhati-hati didalam membuat satu-satu entry yang melibatkan orang ketiga.
Di kesempatan entry ni, kepada pembaca-pembaca Amry's Blog, sekiranya ada entry aku yang membuatkan korang terasa, khususnya entry "Widget Yang Telah Disalah Guna", aku mohon maaf. Tak ada niat langsung untuk buat korang kecik hati, cuma sekadar teguran dari blogger kepada blogger yang lain. Admin 7:11 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Rasanya ramai yang dah tahu harga minyak RON97 telah diselaraskan kepada RM2.40 seliter pada 5 Jan 2011. Iaitu kenaikan sebanyak RM0.10 Seliter. Kepada yang tak tahu tu mungkin kerana korang pakai RON95 kan, macam aku, so apa yang berlaku pada RON97 lantak lah kan. huhu...
Kalau hari tu aku ada buat Tips Menjimatkan Petrol Siri 1, kali ni aku akan buat Tips menjimatkan Minyak Siri 2 pula. Dah lama nak buat tapi tak buat-buat, aku rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk aku dedahkan tips ni. Tips ni tak der sapa pon yang tahu dan aku dapat daripada member aku, seorang Engineer.
Sila baca betul-betul tips yang aku berikan. Kalau boleh salin sebab ada step-step dia. Dan ianya memerlukan sedikit penelitian.
Amaran :
* Tips ini adalah salah disisi undang-undang kerana ia seperti mencuri minyak. Aku tidak akan bertanggungjawab keatas apa-apa masalah yang korang hadapi sekiranya korang hadapi masalah kerana menggunakan tips ini.
* Sewaktu menggunakan tips ini pastikan jumlah minyak yang akan korang isi tidak terlalu banyak. Korang akan tahu nanti apa sebabnya. Teruskan pembacaan.
* Sila memilih stesen minyak yang kurang pengawasan. Kalau pengguna motosikal, jangan gunakan tips ini jika ada cashier di pam tersebut.
Step-step :-
1. Macam biasa bayar duit ke kaunter. Tak perlu bayar dengan jumlah yang banyak, cukup sekadar RM10.
2. Pergi ke pam, jangan angkat nozzle terlebih dahulu. Perhatikan gambar dibawah dan ikut step-step. Sila salin :
2.1 : Tekan butang "R" (Reset) jangan lepaskan. Dalam masa yang sama, tekan butang "C" (Clear) tiga kali. Ini adalah bertujuan untuk meresetkan jumlah nilai yang telah anda bayar dikaunter tadi. Penting untuk tekan butan "R" kerana jika korang tak tekan, cashier di kaunter akan dapat detect perubahan pada pam yang telah di set tadi. Kalau dapat detect, masalah. Sudah tekan "C" tiga kali, sila lepaskan "R". Jangan lepaskan butang "R" sebelum "C".
2.2 : Tekan butang "#" (Set) dan jangan lepaskan. Dalam pada yang sama, tekan jumlah amaun yang korang ingin. Jika korang ingin RM50, tekan 50. Selepas itu tekan butang "*" (Comfirm) beberapa saat untuk mengesahkan jumlah yang korang setkan tadi (Jangan set terlalu banyak, takut cashier akan syak korang, bayar RM10, tapi isi lama macam isi banyak minyak)
2.3 : Angkat nozzle seperti biasa dan masukkan ke dalam tank.
Semoga berjaya!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||
||||||||||
||||||||
||||||
||||
||
Tetinggal 1 step. Perhatikan kembali meter pam pada paparan "RINGGIT". Ianya akan tertulis :-
Alo kawan, mau culi minyak ka? Lu ingat ini minyak lu yang bikin? Wa pon bayar sama kerajaan maaa....
Jangan ini macam wooo.....Talak baik punya.
Nanti wa leport sama tok kadi balu tu tau. Haiyaaaa!!!!! Neng Po Ti Neng, Pui Pu Ti Pui!!
Jangan marah haaaa...... yang marah-marah merungut harga minyak naik tu, sila geletek perut korang untuk seketika.... hahahahahahahaha
Admin
3:54 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia










