Iklan Raya RTM 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Waktu post ni di tulis dah masuk Ramadhan ke-23 dah, tinggal tak berapa hari je lagi nak sambut raya. Makin terasa. Kalau kat shopping shopping kompleks, radio-radio dah ada yang pasang lagu raya. Muehehe..
Seperti biasa lah, nak dekat dekat raya ni, banyak iklan-iklan raya di televisyen. Macam-macam iklan. Yang agak popular iklan dari Petronas dan TM. Ada iklan yang lucu ada yang sedih.
Dalam duk scroll scroll FB terjumpa iklan raya dari RTM untuk tahun 2014, iklan dia agak lucu. Yang rajin menonton TV mungkin dah tengok iklan ni (Den jarang tengok tv).
Apa tema iklan raya RTM tahun 2014 ni? Apa yang lucunya? Jom tengok video iklan raya RTM 2014 dengan tajuk... INI BARU RAYA!!
Wanita Cina Hina Islam Dengan Memakai Baju Batik Bercorak Tulisan Al-Quran
Seorang wanita berbangsa cina menghina Islam dengan memakain baju batik yang dipenuhi dengan corak tulisan Al-Quran.
Gambar dibawah menunjukkan seorang lelaki (mungkin berbangsa Arab) menegur perempuan cina yang memakai pakaian batik bercorak tulisan Al-Quran di Pasaraya Hero Taman Dagang, Ampang
Daripada mana perempuan cina ni? Dari mana dia dapat baju tersebut? Kalau perempuan cina ni rakyat Malaysia, memang kurang ajar sebab langsung tak sensitif dengan masyarakat Islam di Malaysia.
Rasa-rasa kes cina tua nak mampos ni boleh jadi macam kes gadis Peugeot putih tak? Kasi heboh satu Malaysia, Bagi ketaq sikit. Bingai!
Admin
11:19 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSenarai Penuh Nama Penumpang Serta Anak Kapal Pesawat MH17
Malaysia Airlines System (MAS) telah mengeluarkan senarai penuh nama penumpang serta anak kapal yang terlibat dalam tragedi pesawat MH17 yang dipercayai ditembak baru-baru ini di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.
Senarai kesemua penumpang dan anak kapal MH17 di keluarkan menerusi laman rasmi syarikat penerbangan MAS.
Sumber : Malaysiakini
Admin
10:56 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTemplate Baru Amry's Blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Moga sihat-sihat semua.
Semalam blog ini dah pun bertukar wajah dengan menukarkan template baru setelah sekian lama blog ni tak tukar 'baju'. Dulu rajin lah tukar template, kejap kejap tukar kejap kejap tukar. Sekarang tak serajin dulu dah. Huhuhu..
Template lama ditukar sebab dah nampak kusam dan ada masalah pada widget 'Page Navigation' dia. Malas nak godek tukar terus template.
Penting ke template kepada blog? Ke sekadar nak bagi cantik blog je?
Kalau nak tahu template ni memainkan peranan juga dalam Search Engine Optimization atau SEO.
Huish, tak layak rasanya nak cerita bab SEO ni, tapi memang template ada peranan dalam membawa pelawat ke blog. Tak caye, cuba google Template Mesra SEO.
Kalau di mata pembaca template yang kemas memang la sedap mata membaca. Bagi 'Robot Crawler' pula, dia tak tengok cantik ke hodoh blog tu, tapi dia tengok pada susunan kod-kod template... Semakin tersusun kod semakin senang dia nak jelajah blog. semakin senang crawler ni jelajah lagi senang dia nak bawa pelawat.
Pemilihan template ni bergantung kepada individu dan niche blog. Kalau sekadar blog suka suki dan personal, hantam ja lah nak pakai template apa pun. Dah nama pun suka suki. Tapi yang mempunyai tujuan dalam menghasilkan blog dan mempunyai niche niche tertentu, dia perlulah memilih template yang sesuai, yang penting, template tu mesra SEO untuk membawa masuk pelawat.
Template kali ni diberi nama 'New Super SEO Friendly'. Super SEO la sangat blog ni..
Template ni adalah antara template terbaru untuk tahun 2014. Template ni dipilih kerana ianya agak friendly dengan Robot Crawler a.k.a SEO selain susun atur dia yang kemas.
Kalau korang terasa nak tukar template, boleh klik link dibawah. Di sana ada beberapa pilihan template yang mesra SEO dan agak sodap mata dipandang
Video Live Keadaan Pesawat MAS MH17 Terhempas
Sumber daripada media luar menunjukkan keadaan pesawat MAS MH17 sejurus ia terhempas. Dalam video tersebut masih terdapat mayat penumpang MH17 yang bergelimpangan :(
Kronologi Kejadian Pesawat MH17 Amsterdam Kuala Lumpur Terhempas
Susulan daripada kejadian pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam Kuala Lumpur pada 17 Julai yang lalu, berikut adalah konologi sebelum pesawat tersebut terhempas.
17 Julai 2014
12:15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) : Pesawat berlepas dari lapangan terbang Amsterdam.
10:15 malam (waktu Malaysia) : MAS menerima laporan daripada ATC Ukraine bahawa mereka terputus hubungan dengan penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30KM dari Tamak, kira-kira 50KM daripada sempadan Rusia-Ukraine
18 Julai 2014
12:00 tengah malam : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menulis Tweet "Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta"
Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas MH17.
2:07 pagi : Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada hari Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di Selatan Ukraine selepas menerima berita akan kejadian pesawat MH17 terhempas di kawasan tersebut
2:30 pagi : Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada hari Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di Sempadan Ukraine adalah satu tragedi dasyat dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan untuk mengenal pasti punca MH17 terhempas.
Admin
7:20 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaVideo Gadis Peugeot Putih Mohon Maaf Di Radio Era
Baru-baru ni kecoh pasal 1 Malaysia kerana kebiadaban seorang wanita yang yang dikenali sebagai kiki mengamuk setelah kereta Peugeotnya dilanggar oleh seorang uncle berbangsa cina (Uncle Sim) sehingga dicop sebagai 'Gadis Stereng Lock'
Perbuatan wanita tersebut telah mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.
Susulan daripada itu, Stesen Radio Era telah menjemput Kiki untuk ditemubual dan Kiki telah pun membuat permohonan maaf terhadap Uncle Sim dan Uncle Sim sememangnya telah memaafkan Kiki.
Senarai Anak Kapal Pesawat MH17 Yang Terhempas Di Ukraine
Berikut adalah senarai anak kapal MH17 yang terhempas di Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur
Senarai penumpang nahas pesawat MAS MH17 mengikut negara
Malaysia : 38 orang (15 Krew, 23 penumpang)
Belanda : 154 Penumpang
Australia : 27 Penumpang
Indonesia : 11 Penumpang
United Kingdom : 6 Penumpang
German : 4 Penumpang
Belgium : 4 Penumpang
Filipina : 3 Penumpang
Kanada : Seorang Penumpang
47 masih belum dapat dikesan
Gambar Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine
Lokasi Pesawat MAS MH17 Terhempas
Sumber Berita Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine
Susulan daripada berita mengenai pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine, berikut adalah
sumber-sumber berita mengenai pesawat MAS MH17 yang dikatakan ditembak dan terhempas di Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia
------------------------------------------------------
Astro Awani
Malaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.
Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal
---------------------------------------------------------
BH online
MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine. - Agensi
----------------------------------------------------------
mStar online
Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia - mengorbakan kesemua penumpang dan anak kapalnya.
Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, demikian menurut laporan agensi berita antarabangsa.
Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik antara puak pemisah Ukraine yang pro Rusia dengan tentera Kerajaan Ukraine berhampiran Donetsk dan adalah rumit untuk sampai ke lokasi di mana ia terhempas.
Sementara itu sumber MAS pula berkata, kapal terbang itu belum lagi memasuki ruang udara Rusia ketika ia terhempas.
Tambah sumber, pesawat itu dikhautiri ditembak jatuh ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
Kementerian Dalam Negeri Ukraine dalam satu kenyataan ringkas berkata, kesemua 295 orang penumpang dan krew dalam pesawat itu kini dikhuatiri terkorban.
Pesawat itu berkemungkinan terhempas dari udara disebabkan serangan sistem anti pesawat BUK, kata sumber.
MAS pula melalui laman Twitternya menulis: "MAS telah terputus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir yang diketahui adalah di ruang udara Ukraine."
Admin
1:41 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine
Sebuah pesawat milik MAS MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia.
Pesawat tersebut membawa penumpang seramai 295 penumpang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur selepas terputus hubungan dari menara kawalan.
Video Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine
Kejadian Gadis Peugeot Putih Mengamuk
Rasanya dah kecoh 1 Malaysia pasal kes seorang gadis yang memaki hamun seorang warga tua berbangsa cina gara-gara melanggar kereta Peugeot dia dari belakang. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah pasaraya di Kuantan pada 14 Julai yang lalu.
Video Gadis Peugeot mengamuk tersebut dirakam oleh salah seorang saksi kejadian dan dimuat naik ke internet.
Video gadis peugeot tersebut mendapat cemuhan dan kritikan daripada seluruh rakyat Malaysia yang marah dengan tindakannya yang terlalu biadab memaki hamun warga tua berbangsa cina terbabit malah merosakkan kenderaan mangsa menggunakan 'Stereng Lock'
Video Gadis Peugeot Putih Mengamuk
Kejadian gadis Peugeot ini juga telah mendapat perhatian daripada pihak polis kerana diklasifikasikan sebagai 'kes buli pengguna jalan raya' dan 'samseng jalan raya' yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Alasan wanita terbabit bertindak demikian adalah dia dalam keadaan terlalu emosianal pada waktu tersebut.
---------------------------------------------------------
Hanya kerana Peugeot Putih miliknya calar dan sedikit kemik. Habis kecoh satu Malaysia...
Lepas ni dia tak kan berani lagi melenting di khalayak ramai macam kena histeria. Nasi dah jadi bubur.
Kesian kat uncle tu... bak kata orang utara... Kuajaq!
Nasihat daripada gadis pemilik Peugeot Putih kepada seluruh rakyat Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Video Pejabat YSLM Diserbu KPDNKK
Semalam ada buat story pasal sign board YSLM di Pulau Pinang akan diturunkan kerana dipercayai menjalankan Skim Cepat Kaya. Post disini
Hari ni ada pula video yangmenunjukkan pejabat YSLM ni diserbu oleh KPDNKK.
YSLM Disahkan SCAM
Pernah dengar YSLM? Atau pernah lihat papan iklan YSLM macam kat bawah?
Papan iklan YSLM di atas berlokasi di jambatan Pulau Pinang.
Kepada yang pernah dengar mengenai YSLM ni... Ok. Kepada yang tak pernah dengar atau tahu, YSLM ni dikatakan satu program yang dapat membuatkan seseorang menggandakan pendapatan dengan modal yang diletakkan dalam program YSLM ni. Tak tahulah apa maksud YSLM tu. Pernah kecoh juga pasal YSLM ni tak berapa lama hari tu dengan menunjukkan gambar orang menerima wang yang banyak.
Kalau tak silap ada juga pemberian kereta mewah secara percuma kepada ahli-ahli YSLM ni.
Di Facebook pun dilihat ramai yang mempromsikan YSLM ni.
Kalau tak silap plan dia, labur modal minima RM300, dalam tempoh 3bulan, RM300 tadi akan digandakan kepada satu jumlah tertentu.
Ada rakan sekerja yang ajak join program ni. Sebelum diajak, saya dah tahu pasal program ni tapi ada kemusykilan yang sangat besar walaupun ada beberapa gambar 'tokey' YSLM' ni bergambar dengan para menteri
1. YSLM ni jelas sangat ala-ala SKIM CEPAT KAYA
2. Tak tahu apa perniagaan yang dijalankan atau kemana wang yang dilaburkan oleh orang ramai digunakan
3. Hanya dalam tempoh 3 bulan, modal dapat digandakan.
Sangat pelik.
Hari dapat info yang papan iklan YSLM yang bertulis 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia' (Hype betul) akan diturunkan kerana disahkan haram.
Sebenarnya lelaki yang bernama Zhang Jian ni adalah warganegara China dan perniagaannya berpusat di China.
Menurut laporan The Star, YSLM telah dilaporkan haram di negara tersebut dan Zhang pernah ditahan polis sebanyak 5 kali.
Ini kerana Zhang dipercayai terlibat dengan penipuan skim cepat kaya yang menyebabkan 10,000 orang mengalami kerugian RM20 juta
-------------------------------------------------------
Yang dah join, bersabar je lah.
Lepas ni kalau nak join biz atau nak buat duit, pastikan perniagaan tu betul-betul sah dan mempunyai produk atau servis yang jelas.
Papan iklan yang gedabak besar bukan jaminan perniagaan itu sah.
P/S : Pelik macam mana YSLM boleh masuk Malaysia? Siap dapat 'Red Carpet' lagi dari para menteri. Aduhaiiiii
Note : Saya bukan skeptikal dengan program buat duit ni sebab saya sendiri ada join biz-biz online ni. Nasihat saya, kalau nak join satu-satu biz tu, periksa dahulu latar belakang biz tersebut, jangan pakai rembat je.