Sumber Berita Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine
Susulan daripada berita mengenai pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine, berikut adalah
sumber-sumber berita mengenai pesawat MAS MH17 yang dikatakan ditembak dan terhempas di Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia
------------------------------------------------------
Astro Awani
Malaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.
Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal
---------------------------------------------------------
BH online
MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine. - Agensi
----------------------------------------------------------
mStar online
Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia - mengorbakan kesemua penumpang dan anak kapalnya.
Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, demikian menurut laporan agensi berita antarabangsa.
Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik antara puak pemisah Ukraine yang pro Rusia dengan tentera Kerajaan Ukraine berhampiran Donetsk dan adalah rumit untuk sampai ke lokasi di mana ia terhempas.
Sementara itu sumber MAS pula berkata, kapal terbang itu belum lagi memasuki ruang udara Rusia ketika ia terhempas.
Tambah sumber, pesawat itu dikhautiri ditembak jatuh ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
Kementerian Dalam Negeri Ukraine dalam satu kenyataan ringkas berkata, kesemua 295 orang penumpang dan krew dalam pesawat itu kini dikhuatiri terkorban.
Pesawat itu berkemungkinan terhempas dari udara disebabkan serangan sistem anti pesawat BUK, kata sumber.
MAS pula melalui laman Twitternya menulis: "MAS telah terputus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir yang diketahui adalah di ruang udara Ukraine."
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment