Salam rakan-rakan sekalian.. Tu dia.... Tajuk panjang konon nak memenuhi kehendak SEO la tu.. wakakaka.... Tak boleh blah langsung aku ni.... Kui kui kui... Entry aku kali ni aku nak ceciter sikit la pasal naik turun, bangun duduk blog aku yang sungguh tak mesra SEO ni... hohoho
Page Rank
Aku rasa ramai diantara korang yang dah tahu dan perasan bahawa Google baru-baru ni dah update Page Rank untuk dianugerahkan kepada pemilik-pemilik laman web. Tak ketinggalan blog aku juga telah dianugerahkan PR iaitu dari tolor Dinosour (PR0) kepada tiang elektrik (PR1) :P setelah berabad lama blog aku ni diterbitkan...iaitu sejak 23 Ogos 2010. Ada blogger tu aku tengok baru setahun lebih dah ber PR 4, memang power la kan. Alhamdulillah, walaupon baru PR 1, ada lah juga perkembangan positif blog aku ni. Tak der lah PR 0 jer. Sodeh den. Aku tengok ramai juga yang telah dinaikkan PR. Tahniah lah aku ucapkan. Yang tak naik lagi tu, tak per, next time naik lah tu.
Page Rank tu aper?... Aku ni tak lah paham sangat, tapi setelah mengoogle, dapatlah aku terjemahkan yang...
Page Rank ini adalah ukuran kualiti untuk sesebuah web atau sesebuah blog. Diukur dari N/A hingga yang tertinggi 10. Diukur berdasarkan algorithm tertentu. Page Rank ni berbeza dari enjin-enjin carian. Macam Google diorang ada lihat usia laman web tu, makin lama makin mudah web tu mendapat PR. Yahoo pula, tak lihat usia web tu. Apa-apa pon semua ni bergantung kepada SEO.... (terjemahan dari pemahaman aku k, kalau salah tu...silalah perbetulkan :P )
Alexa Rank
Alexa rank ni pula merujuk kepada kepopularitian sesebuah laman web tu. Sesetengah Webmaster/blogger aku tengok kurang menitik beratkan Alexa ni. Tapi ianya mempunyai kepentingan tertentu la terutama dari segi pengiklanan. Aku pernah buat entry tentang Alexa Rank ni. Alexa Rank aku tak stabil, kejap naik kejap turun, sesuai la, blog aku ni bukan ramai pelawat pon. Muehehe...
Nuffang
Yang ni pun termasuk dalam kategori naik turun blog aku gak.... Aku nak nangis dulu boleh?? Waaaaaa......
Apasal nuffnang tarik aku nye status Gliterati yang geli-geli tuuuuu..... Sampai hati ko Nuffnang, kejam! :(
Patutlah akunye earning slow mengalahkan siput Pig :P Aku tersedar waktu aku nak ping entry aku kat Innit..... Tengok-tengok tak boleh.... Aduhaiiii... terkezut dennnnn.... Nak kata aku siar iklan tempatan yang lain, tak ada pong. Tak po tak po, nanti den tanyo kat diorang. Why why why n why.............. Dah alang-alang status aku kena tarik, aku nak try iklan lain, Hhehehe.... Padang muka mung Nuffnang... Den tak heran derrr...
Admin
1:43 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSalam rakan-rakan sekalian.. Apa khabar? Shat-sihat hendaknya. Hampir seminggu juga blog ni tak terusik..
Sekali lagi entry aku kali ni agak berbaur perasaan... Perasaan CINTA. Bezanya kali ni cerita aku bukan mengisahkan tentang diri aku, tetapi member aku. Aku tak tahu lah apa yang aku buat ni betul atau tak.Yer lah, aku kongsikan masalah dia dalam blog aku tanpa pengetahuan dia. Aku just nak tolong lah..... So aku nak mintak pendapat korang apa yang perlu dilakukan jika korang berada di tempat dia. Aku dah tak tahu cam ner nak tolong dah, aku pon jem gak.... Saban hari dia asyik tanya apa yang perlu dia lakukan. Kesian gak aku tengok dia.
CINTA, PERKARA REMEH UNTUK DIFIKIRKAN, TETAPI TATKALA DIFIKIRKAN, IANYA SANGAT MEMBEBANKAN FIKIRAN...
Member aku ni nama dia sama dengan aku, Amri. Cuma dia tua setahun dari aku. Dia ada aweq yang dia dah kenal 2 tahun... Diorang ni boleh lah aku klasifikasikan sebagai cinta jarak jauh, member aku ni di Penang, aweq dia di KL. Aweq dia ni bukanlah cinta pertama member aku ni. Dalam tempoh 3 bulan aku kenal member aku ni, aku tengok dia ni jenis yang terlalu cepat fikir yang bukan-bukan terutama bab perasaan ni. Cinta dia yang dulu pon putus disebabkan fikiran dia yang bukan-bukan ni. Punca masalah diorang ni pula timbul akibat fikiran dia yang bukan-bukan tentang aweq dia tu. Nak dijadikan cerita, hari tu sewaktu dia call aweq dia ni, terdengar suara lelaki, waktu tu aweq dia bagitahu dia dirumah tetapi tak ada lelaki dirumah tu sampai dia tanya member rumah aweq dia... Cross Line. Cross Line bermaksud ada gangguan atau panggilan luar yang masuk kedalam talian orang lain secara direct. Nak memburukkan keadaan pula, si aweq dia ni ada sejarah hidup dia yang mana dulu dia ni agak sosial sikit orangnya, sekarang tak lagi. Harap korang faham ayat tu. Masalah tu seingat aku dah settle. Member aku ni boleh terima alasan Cross Line tu. Timbul pula maslah sekarang ni yang mana member aku gtahu aku yang aweq dia ni buat perangai lama. Aku tanya dia tahu dari mana? Dia jawab waktu dia call aweq dia, aweq dia bersama seorang lelaki bernama Ajiq. Berdua. Waktu tu member aku ni dah gelabah dah. Macam-macam yang dia fikir. Yer lah, siapa yang tak gelabah kalau orang yang kita sayang curang kat kita kan. Masalahnya, tanpa usul periksa, member aku ni terus tuduh yang aweq dia ni buat perangai lama dia dulu!
Setelah bertalu-talu soalan yang dia tanya kat aku, aku kata cek FB aweq dia. Member aku ni boleh access FB aweq dia, cek-cek terkantoi la plakkk... ada mesej antara aweq dia dengan seorang lelaki bernama Ajiq. Mesej tu pulak bersayang-sayang tapi lelaki tu lebih galak, aweq dia biasa-biasa jer... Siap bagitahu lagi yang dia dah ada BF. Aku tengok kat profile aweq da tu, dia pon dah tulis terang-terang "In Relation with Amri". Kat situ aku gtau member aku ni aweq dia jujur la dengan dia. Yang jadi persoalan aku dengan member aku ni...Kenapa dia layan lelaki tu?? Mesej diorang agak berlarutan. Mesej tu pula dah lama. Bulan Mac kalau tak silap aku, Dari situ aku n member aku ni cuba cari jalan tuk uji kejujuran aweq dia ni...
2 3 hari lepas tu member aku gtau yang dia dah tahu DAN BARU SEDAR yang aweq dia ni sememangnya lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. Dia juga mengaku yang dia dah salah tuduh melulu aweq dia. Dia dah pujuk aweq dia dan mengaku salah. Sampai dia kata esoknya dia nak amik cuti tuk ke KL tuk jumpa aweq dia, tapi dia kata nanti aweq dia marah sebab dia tak g kerja semata-mata tuk jumpa dia. Aku pegang point tu aku kata kat dia, kalau seseorang yang kita sayang tu ambil berat kat kita, sanggup ketepikan kepentingan diri dia tuk masa depan orang yang dia sayang, orang tu PERFECT dan sangat sayang kat kita.... Hari ni aku tengok dia tak pegi KL sebaliknya dia masuk kerja. Ok la tu
Masalahnya............... Tuduhan member aku terhadap aweq dia terlalu berat. Siapa tak sedih kalau orang yang kita sayang tuduh kita curang sedangkan kita setia kat dia n sanggup berubah semata-mata kerana dia. Bukan tuduh setakat curang tapi.... Dari situ aku tengok dan aku gtahu member aku yang dia beruntung dapat aweq dia, kalau orang lain, aku rasa dia tak layan dah member aku ni, tapi aweq dia still balas mesej and jawab calling member aku ni. Jaga perasan mungkin. Aku tengok member aku ni dah agak ok.... Tapi tadi waktu dia masuk rumah dia gtahu dia ada masalah lagi dengan aweq dia. Aku tanya masalah apa lagi? Dia jawab tadi dia push aweq dia jawab soalan dia. Soalan dia.... U sayang I tak? Aweq dia jawab tak. Member aku tanya lagi. Rindu I tak? Aweq dia jawab tak gak. Kerana jawapan "tak" tu member aku ni push tanya aweq dia kenapa dia tak sayang dan rindu dia? Pas tu aweq dia gtau bagi dia masa.... Aku tepuk dahi juga la, aku gtau walaupun dia balas mesej n jawab call tak semestinya dia dah lupakan tuduhan hari tu. Hati dia masih sakit n sedih. Aku gtau member aku bagi aweq dia masa macam mana yang aweq dia nak. Aku gtau jangan tanya soalan yang bukan-bukan dulu. Mesej biasa-biasa jer. Tenangkan diri masing-masing terutama aweq dia. Kita mungkin senang lupa salah kita yang menuduh, tapi orang yang dituduh tu......
Aku tak tahu lagi dah apa yang aku nak nasihat kat member aku ni. Dia asyik tanya apa yang dia kena buat. Aku pula asyik jawab bagi dia masa. Tu jer...
Kalau korang ditempat member aku, apa korang akan buat? Mungkin korang ada pengalaman..... Aku cuma boleh gtau bagi dia masa and jangan terlalu push. Pujuk pelan-pelan. Masalahnya member aku ni teralu banyak benda bukan-bukan yang dia fikir.... Dan aku faham..
Sekarang dia masih gelabah.......... Hm..
CINTA...MEMBERI & MENERIMA
Admin
12:52 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaCINTA...MEMBERI & MENERIMA
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.... Moga dalam keadaan sihat... Sewaktu aku menulis entry ni jam menunjukkan jam 2.45 pagi. Aku pasti waktu begini korang semua sudah tidur.
Korang tahu apa Win 7 Security 2012??? Ianya adalah sejenis Malware!! Dan malware tersebut telah menyerang komputer aku!!! Dan disebabkan malware tu lah aku terpaksa bersengkang mata semata-mata untuk aku buang malware yang tak guna ni dari komputer aku. Untuk maklumat korang aku menggunakan Lappy kawan aku untuk aku buat entry ni. Komputer aku sedang didiagnosis.
Win 7 Security ni aku kena sewaktu aku nak cari gambar di google di mana ianya tiba-tiba muncul di screen komputer aku dengan alert bahawa komputer aku diserang oleh Malware!! Bukan 1 bukan 2 tetapi 25 Malware dikesan!!! Aku cuak!!
Win 7 Security 2012 Malware |
Semasa Malware tu menyerang komputer aku, aku tak dapat nak masuk kesemua web. Diblock!!! Apabila aku nak masuk akan kuar box seperti dibawah
Win 7 Security 2012 Malware |
Setiap kalli aku nak klik Google Icon, box tersebut akan keluar. Disebabkan takut, aku klik yes dimana apabila klik yes, "dia" akan mengarahkan kita untuk membeli Antivirus Win 7 ni untuk buang malware yang telah menyerang komputer aku. Aku tanya member aku yang agak pakar bab-bab software.. Dia pon terkejut. Disebabkan access aku diblok maka aku minta tolong kawan aku cek kat google maslah yang menimpa komputer aku. Kata carian yang digunakan "Win 7 Security 2012". Keyword tu digunakan sebab komputer aku tak der pon antivirus tu tapi kenapa dia kuar. Persoalan disitu. Setelah menggoogle, kawan aku bagitau yang "Win 7 Security 2012" ni malware.
Dia cuba cari cara buang malware tu di Youtube, ada beberapa orang yang upload cara tuk buang malware tersebut. (Waktu ni, kawan aku ada problem dengan aweq dia, so aku tak nak menyusahkan dia, aku terpaksa merangkak pelan2 menyelesaikan masalah aku ni - Iklan). Masa yang diambil untuk aku buang Malware ni lebih kurang 6 Jam! Aku tak tidur langsung malam ni! Serious! Ini disebabkan aku kurang arif bab-bab malware/virus apa segala dan beberapa masalah yang terpaksa aku hadapi sewaktu aku nak buang malware tu.
Win 7 Security 2012
Banyak nama malware ni, antaranya (aku amik screenshot jer, tak larat nak tulis dah ni)
Win 7 Security 2012 Malware |
Malware ni sebenarnya adalah palsu, yang mana maklumat yang diberikan adalah palsu, yang sebenarnya komputer tak ada malware atau virus pon. Ianya hanyalah umpan semata-mata untuk kita beli produk tersebut (SCAM!!) Tengok gambar dibawah
Apabila klik pada butang Remind Me Later, alert box akan berterusan keluar sehingga kita klik butang Register dimana kita akan dibawa ke page register untuk membeli produk Win 7 Security ni, Page tersebut juga adalah PALSU!
Cara buang Malware Win 7 Security 2011/2012
Refer video dibawah.... Tak larat aku dah. Video ni adalah video rujukan yang paling membantu aku sewaktu aku buang malware ni.
18 Jun 2011 jam 1 pm...... wah...siap ada tarikh n masa lagiiii...... ha....pada tarikh dan jam tersebut adalah hari yang agak sengal sikit la bagi aku..... kenapa? Meh aku susun dia punya kronologi... Siap ada kronologi lagi tuh!! :P Sebelum tu, kat sini aku nak gtau awal-awal. Sengal dalam entry ni bukan sengal-sengal badan erk... Ni kategori otak sengal... Hehe
* Jam 12 tengah hari tengah duk bertenet.....seperti biasa perut aku mula mendendangkan lagu "November Rain" nyanyian Guns n Roses :P
* Aku pon dengan malasnya keluar rumah untuk ke kedai runcit beli apa yang patut tuk dimasak...
* Dah beli apa yang dihajati......Aku pon balik la ke rumah yang berada pada tingkat 4.........dengan semangat yang berkobar-kobar tuk masak.... Budak bujang masak...setahun sekali gamaknya...hohoho
* Dah sampai depan pintu rumah.............jeng jeng jengggg...........
KUNCI RUMAH AKU TAK BAWAK BAIIIIIIIII............!!! KESENGALAN AKU MAKIN TERASA APABILA PHONE PON AKU TAK BAWAKK.... HAHAHAHA.... PANDAI TAK AKU?
Ayoooo... Aku malas der nak ketuk2 pintu terlolong terlalak panggil member rumah aku..apalagi dia tengah tidur bab kerja malam... Ditambah pulak dia tidur kat tingkat atas..... Memang tak dengar la aku panggil... 40 minit juga la aku panggil dia......Dalam 40 minit tu tau apa yang aku pikir.........??? Nak jer aku lompat masuk ikut beranda rumah...
baper lama masa korang amik tuk pahamkan gambar ni? :P |
Kalau aku hati kering mau aku lompat...... 4 5 kali juga aku nak buat...usha bawah, langsung tak jadi... kena time aku lompat aku jatuh....arwah aku...... Tak nakkkkk tak nak...... So.... terpaksa la aku terjerit terlolong panggil kawan aku tu....ketuk pintu menggunakan besi supaya dia dengar... Hoohohohoho... Selepas 1 jam dia pon buka pntu..... Mujur la ada kawan aku, kalau tak berjaggut aku duk depan rumah....ish ish ish.... Memang aku sengal la hari ni.... :p
Admin
8:11 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaDisini saya ingin membuat sedikit iklan mewakili rakan saya - Sayuti
Rakan saya ini ingin menjual no pendaftaran kereta beliau. Butiran no pendaftarannya adalah :
No Pendaftaran : SA 90 H
Tahun didaftarkan : 1987
Negeri didaftarkan : Kota Kinabalu, Sabah.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan No Pendaftaran ini sila berhubung terus dengan rakan saya di no 0125786499 untuk sebut harga.
Salam rakan-rakan ku sekalian. Nampaknya minggu ni agak kerap aku update blog aku yang buruk ni...huhu.... Aku berada dalam keadaan yang teruja k!! Teruja sampai aku hold dulu kerja-kerja projek aku tuk aku buat entry ni. Dalam tengah duk buat kerja, merayap jap kat blog member, aku terjumpa artikel pasal Ridzuan Riche ni. So, terus aku buat entry pasal bro ni. Huhuhu.... Teruja kenapa??? Haaa...... Meh aku nak story.... kekekeke......
Hamek kau... Bapak punya besar title aku kasi!!!hahahahahha....
Sebelum aku meneruskan langkah aku dalam memerah otak aku tuk story.. Aku nak wish dulu lah kat member kita ni "Happy Anniversary bro. Moga ko lebih Success"
Ok. Siapakah Ridzuan Riche ni? Kalau korang tanya aku soalan tu aku pon tak tahu cam ner nak jawab, sebab aku pon tak kenal sangat bro ni. Aku kenal dia hanya melalui blog peribadi dia. melalui celoteh dia yang giler rileks selamba tahap Power Ranger. Eh? Hari ni melalui blog member aku, Zikrihusaini, baru aku tahu rupanya bro yang selamber rileks ni rupa-rupanya seorang IM!! Seorang blogger sepenuh masa. Mana tak nya, kalau korang pergi ker blog personal dia, gaya penulisan dia memang membuatkan korang tak sedar yang dia seorang IM. Selalunya lah aku tengok kan, para IM ni bila menulis, penuh adab tata susila, yer la kan, jaga kreadibiliti ma. Tapi lain la dengan bro Ridzuan ni, disebalik gaya selamber dia, rupa-rupanya dia ni juga seorang IM. Serious aku tak sangka. Aku juga sangat-sangat terkejut yang bro selamber ni pon ada buat Talk dia. Pergh!! Memang tarbaek ar... Kalau dah tahap boleh buat talk, bukan calang-calang la bro....
Aku tak ingat macam mana aku tersangkut kat blog Ridzuan ni, tapi aku rasa dah lama la aku kenal dia melalui dunia blog ni, cuma tak pernah jumpa jer la. Dulu bro ni pernah buat review tentang blog aku. Memang aku terkejut la, yer la, blog dia aku tengok mana ada segmen review mereview ni, so bila dia review blog aku, memang aku terkejut la dan aku rasa sangat bertuah, waktu tu aku pelan-pelan nak naik, semangat berblog baru nak tumbuh. (Sekarang pon aku merangkak nak naik...huhu)
Ridzuan Riche ni kalau korang nak tahu, cuma sekali jer la dia komen kat blog aku ni, tu pon setelah aku sound dia sikit, bagi motivasi sikit, gertak dia sikit....hahaha...ayat mengong, aku tipu, dia cuma rajin jadi silent reader aku jer lah. But it's ok bro. Aku rajin gak bertandang ke blog dia dan bagi komen. Sekarang ni jer jarang sikit. Kenapa aku rajin ke blog dia?? Haaaa... Ni lah yang dikatakan aura blog yang aku ceritakan sebelum ni. Aku suka gaya penulisan dia yang santai... tak der la berbuku sangat kan.. hehehe... Selain tu, tiap komen yang aku bagi, dia akan balas.... Tu yang buat aku suka tu. Entry-entry dia pon tak membosankan aku.
Sempena ulangtahun ke tiga blog Ridzuan Riche tu, dia buat contest la. Aku dapat tahu bro ni julung-julung kali la nak buat contest, so bila dia buat contest, aku merajinkan diri aku la untuk join tanda aku support IM tempatan kita dan tanda aku...tanda akuu....apa erk?? tanda aku kawan dia laaaaa...hahahaha.... (Ayat bodek..tak boleh blah!! kah kah kah)
Kepada sesiapa yang belum kenal Ridzuan ni, silalah bertandang ke blog beliau dan join la juga contest tu.... Serious blog dia best..... Tahap Power Ranger.. Ngeee
Admin
2:46 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKL GANGSTER |
TARBAEKKKKKK!!!!!
FIVE STARRRRR!!!!!!
2 THUMB UP!!!!!!
INTERNATIONALEEEEE!!!!!
8/10 BINTANG!!!!
Salam rakan-rakan sekalian.... 4 perkataan di atas wa rasa sudah cukup menggambarkan bahawa wa suka bangettttttt filem KL Gangster arahan Syamsul Yusuf ni.... Sebelum tu meh wa cerita sikit pasal diri wa ni. Apa??!! Wa pon nak promote diri wa juga! Apasal?? Tak puas hati??!! Tak puas hati mai ar... Kita lawan Chest!!! :P
* Filem ni adalah filem pertama yang wa tonton pada hari pertama pelancarannya. Sebelum-sebelum ni kalau wa nonton wayang, memang banyak la seat kosong. Hahahaha.... wa ni bukan jenis kaki wayang.
* Wa memang suka la filem-filem arahan Syamsul ni. Pengarah muda ni juga adalah pengarah pertama yang wa tak pernah miss lagi filem-filem arahan dia. Baik bergenre seram mahupon aksi.
* Wa kena racun ngan member blog wa, Hans. Eh. Ye ker? Filem ni dikatakan kuar pada 9 Jun kan. Tapi 8 Jun dah kuar. wa pon serbu arr dengan geng-geng gua....
* Rasa macam kena pukau sebab rasa nak tengok sangat KL Gangster ni.
Camera...Light...Roll....Action!!!!
Wa rasa ramai dah tahu tentang sinopsis KL Gangster ni kan terutama kaki wayang tu, so wa tak nak citer sinopsis dia kat sini, dah terlewat pon kalau nak buat.. Dan wa memang tak nak buat pon sinopsis dia...
Pujian wa tentang KL Gangster
Bagi wa KL Gangster ni adalah satu filem arahan anak tempatan yang bertaraf antarabangsa lah. Serious wa cakap. Sepanjang filem dimainkan, penuh dengan aksi-aksi gaduh. Tarbaek!! Apa yang menarik tentang filem ni, filem ni bukan sahaja mengisahkan tentang kehidupan ahli-ahli kongsi gelap di bandar KL, tetapi turut diselingkan dengan moral kehidupan iaitu kekeluargaan. Memang wa respek beb! Sebab apa??? Orang putih tak kan boleh punya buat filem 2 dalam 1 macam ni. Tak kan ada moral punya citer diorang. Wa respek lu Syamsul!! Selain tu, aksi-aksi bertumbuk juga nampak agak real sampai aku tertendang mamat depan aku. Ops!! wa tipu. keh keh keh.
Kritikan wa tentang KL Gangster
Kritikan wa lebih kepada lakonan pelakon la wa rasa.
Malik lakonan Aaron Aziz - Pergh!!! Memang sempoi la gaya mamat ni. Cool jer gaya dia, memang layak la jadi hero. Lakonan dia juga nampak sangat sangat sangat neutral! Itu yang penting. Naseb baik wa laki sejati bro, kalau tak memang gua cair... Suka uuuu..... woi woi!! Nyah tak dilayan kat sini k. huhu
Jai lakonan Adi Putra - Poyo lebih ar mamat ni... naik meluat pon ada wa tengok!! Ops! Jangan silap,dia membawa watak dengan baik! Sebagai samseng jalanan a.k.a kongsi gelap memang la kena poyo kan. Pelakon yang baik adalah pelakon yang berjaya membuatkan penonton menyelami perasaan diorang.... Alo Jai... Gua amemang meluat ar tengok gaya lu!! Serious... Lu berlagak bagus ar. Poyo giler.. Ni Abang Long Amry arrrr..... Lu tak takut mati ker ha?! :P
Shark lakonan Syamsul - Aduhaiiii... Lu fail ar bro bawa watak tu.... kenapa wa cakap macam tu?? Lu punya gaya bahasa nampak sangat tidak neutral. Lu orang KL kan....?? Tapi bila lu cakap gaya gangster Kedah... Alamakkkk... Fail bro fail!! Lagi satu lu terlalu kerap muncul ar bro.... Over expose mistik.... Scene ni muka lu, scene tu muka lu.. Muka gua tak kuar-kuar pon!! Pui!! Ok ok... dalam filem ni lu seorang yang gila kuasa... wa terima arrrr.. Selain gaya percakapan lu, lakonan lu pon nampak kurang neutral. Lu tak dapat membawa watak gangster yang bengis dengan baik, mungkin sebab muka lu yang jambu kottt... Mungkin ini adalah filem pertama yang lu pegang watak antonis. Ok ok... wa accept ar...
Dari keseluruhan watak-watak..... Errr..nampak agak kampung terutama pada gaya bahasa, lakonan nampak sedikit kalut.. Ok la kan... Malaysia bukan negara menerbitkan filem bergenre kongsi-kongsi gelap yang tegar.
Nasihat wa untuk lu lu orang
Kalau lu orang mau tengok ini cerita ha... wa bagitau awal-awal ha, jangan bawa lu orang punya anak, atau budak-budak umur dia bawah 18 tahun. Tak bagui ma.... Wa gerenti, berani potong jari kuku sebab ar aksi aksi dalam filem ni ar boleh mempengaruhi budak-budak punya minda wo. Wa tak tipu punya!! Lu tak percaya ar, Lu orang pegi tengok sendiri arrr.
Apehal aku bergua-gua berlu lu ni.. Siot jer...hehehe
Dengan selamber nya aku menonton wayang sendiri. Peduli hape aku... Geng-geng aku tu aku tipu jer... Aku laki budiman, mana ada geng.. Ahakz!! Sila muntah hijau!
TARBAEKKKKKKK!!!!!
LU LANGSI TAK TENGOK...LU MATI!!!
Admin
1:46 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAura ker kuasa ni???? |
Salam rakan-rakan sekalian. Moga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya disamping orang tersayang.
Apa itu aura? Sebenarnya aku sendiri tidak paham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan aura. Setelah menggoogle, aura ni dapatlah didefinisikan sebagai satu "tenaga dalaman berbentuk medan tenaga elektromagnet" yang tersimpan atau terdapat didalam tubuh manusia. Didalam tubuh manusia, perkara yang sering dikaitkan dengan aura adalah
* Personaliti
* Kesihatan
* Intelektual
Info lengkap disini
Itu jika didefinisikan dari segi tenaga dalaman tubuh manusia..... Bagaimana pula dengan blog? Blog pon ada aura ker? Ada tenaga?? Hm... Bagi pemahaman aku la, aura ni pon boleh didefinisikan sebagai daya penarik terhadap satu-satu objek (mandai-mandai jer aku bagi definition..ahakz). Ok.... Korang-korang yang datang ke blog aku ni aku percaya mesti rajin berblogwalking kan. Aku jer yang malas :P Aku nak tanya korang..... Apa yang membuatkan korang setia melawat satu-satu blog tu? Sila ketepikan terlebih dahulu alasan "berbalas kunjungan" hehe. Maksud aku disini walaupon penulis blog tu jarang berkunjung ke blog korang, tetapi dirasakan ada satu tarikan terhadap blog tersebut yang membuatkan korang rasa nak pegiiii jer kat blog tu... Dah puas peluk tiang, jerit mintak tolong orang lain tarik tangan korang supaya tak pegi ke blog tu dan apa segala tuk menghalang korang dari pegi ke blog tu, tapi korang tetap rasa nak pegi juga (ayat mengong, sila abaikan)
Pada aku, blog yang mempunyai aura ni macam blog yang bermaklumat selain daripada kreadibliti diri serta penonjolan diri si penulis tu sendiri. Aku rasa korang pon berpendapat macam aku kan.
Aura blog melalui penulisan entry yang bermaklumat....
Aku rasa bila aku masuk dalam satu-satu blog yang bermaklumat ni, tak kira lah blog tu menceritakan tentang kesihatan ker, perniagaan ker, blogging ker, selain daripada berblogwalking, aku rasa aku tidak buang masa disitu selain mendapat output yang berguna dari blog tu. Malah aku rasa macam aku dapat satu kepuasan bila aku melawat blog macam ni. 1 dapat info baru, keduanya mungkin aku dapat berkongsi pendapat aku juga disitu... Tak la berkarat otak ni kan. Orang kata sambil menyelam dalam parit, sambil-sambil minum fresh orange..Eh??!! Boleh gitu?....Paham-paham la ayat aku ni....huhu...
Aura blog melalui kreadibiliti serta penonjolan diri....
Kreadibiliti seseorang dapat diukur dari segi gaya penulisan..... gaya penulisan yang teratur serta berkhemah mampu menjadi daya penarik terhadap satu-satu blog tu. Kalau isi ayat yang disampaikan tu merapu meriban jer tak habis-habis, maklumat yang sampai secubit cuma, susah sikit rasanya (Macam aku la ni :P ). Senang kata, bila orang baca penulisan tu, penilaian yang diberikan adalah........ "No Respect", sekadar baca jer. Tapi banyak la faktor yang mampu membangkitkan kreadibiliti diri ni. Bukan setakat penulisan jer. Kan kan kan. Penonjolan diri.... Aspek ni mungkin ada kelebihan pada mereka yang sering menghadiri perjumpaan-perjumpaan sesama blogger atau satu-satu komuniti.... Dari situ, penonjolan diri tu akan lebih tertonjol (kelakar la plak ayat ni..huhu) Contohnya, apabila seseorang penulis blog tu mampu memberikan idea-idea bernas yang menarik untuk menyemarakkan lagi dunia blogger ni, atau pon penulis tu merupakan orang penting didalam komuniti tu. Ini akan menjadikan orang lain lebih berminat untuk mengenali diri si penulis atau individu itu. Salah satu caranya adalah melalui penulisan dia. Cara lain yang dapat menonjolkan lagi diri adalah melalui blog itu sendiri... Blog ada banner kan? Perhatikan 2 banner di bawah.
Diantara ketiga banner diatas, yang mana mampu memberikan impak yang lebih terhadap penilaian seseorang tu terhadap diri penulis terutama pada mereka yang pertama kali melawat blog tu. Tentu yang ke tiga kan? Nampak remeh, tapi impak besar. Berlaku kat diri aku sendiri. Mula-mula aku masuk blog ni, aku tak kenal penulis dia tapi aku respek pada penampilan dia (Lihat avatar dia). Ditambah dengan gaya penulisan yang matang!! Lama-lama baru aku perasan rupanya penulis blog tu kawan aku sewaktu aku menuntut di Politeknik dulu. Terkejut den. Aku ingat bisnessman mana yang buat blog tu. Orang dia biasa jer di dunia realiti, tapi dia mampu menonjolkan diri melalui penampilan diri di blog! Haha.. Tapi... diingatkan, penampilan mesti selari dengan isi kandungan :) Jangan smart sahaja, penulisan 0! No meaning meh!
P.s. : Entry ni hanyalah sekadar pandangan aku didalam dunia blog. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa k. Sekadar nak berkongsi jer lerrrr.... Cara berblog berbeza mengikut kehendak masing-masing. Adios!!
P.s.s. : Blog aku tak der aura k.. Huhuhu
P.s.s.s. : Kenapa aku tak guna banner no 2 tu erk....??? Hm... Hmmmmm..... Hmmmmmmmmmmmmmmmmm :P
Admin
11:10 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaJuling biji mata nak fokus |
Salam rakan-rakan sekalian. Moga sihat bersama keluarga dan sentiasa dalam keadaan gembira.. Selamat bercuti juga la aku ucapkan erk.... Banyak ker jemputan kenduri kendara yang diterima..hehe
Ok. Kali terakhir aku buat post kat blog aku ni adalah pada 27 Mei yang lepas. Sekarang dah 4 Jun... Hm... Seminggu juga blog aku ni tak terusik. Kesian ko blog... Maaf ler... Huhuhu.... Bukan setakat blog tak terupdate, blogwalking pon tak buat.. Adehh.... Merosot sungguh!!
Kenapa aku lama tak update blog???? Untuk pengetahuan korang aku sekarang tak leh ngadap komputer aku sendiri... Kalau aku ngadap komputer aku sendiri jawabnya tak jadi kerja! Entry ni pon aku buat kat kampung menggunakan lappy adik aku. Muahahaha.... So, memang fokus la aku nak update entry. Kalau komputer aku.... Say goodbye la.... :P
Kenapa aku tak dapat fokus kalau ngadap komputer aku???
On komputer............
1. Nak siapkan projek aku..... (Buat 2 3 jam, tapi hasil kerja 30 minit jer. Hampeh!!!)
2. Layan Winter Sonata! Grrrr..... (Lagi sikit nak habis aku tengok :P )
3. Layan game "Angry Birds" Aku tak der phone ker Ipad ker Tab ker apa segala mak nenek tu, so layan la kat komputer jerrr.... Malas nak pinjam member punya gadjet, so aku pon hairan lah apa yang best sangat "Angry Birds" ni sampai ramai yang suka main, siap ada patung "Angry Birds" lagi. Dah main, best la sekejap, sekarang dah bosan.. Hahahaha.. Tak nak main dah...
4. Buka FB..... Duk tenungggg jer aku kat profile aku kot2 ada update dari member2. Hehe... Tak nak main game, karang tak jadi kerja!!
5. Belek software tu belek software ni........ Lalalalala.....
6. Buka akaun blog. Kalau-kalau ada comment dan nak tengok statistik... Pas tu.....padam. Wakaka.... Kesian kat blog aku. Huuu.... Sungguh dianak tirikan.. Erk??
So, kalau kat kampung buka lappy adik aku ni, blog la yang aku cari...Muahahahahaha... Benda lain malas nak belek.... Kan kan kan?
So macam mana nak fokus kat satu2 kerja tu erk? InsyaAllah siap projek aku, dapat la aku fokus balik kat blog aku ni.... Doakan la yer. Wakakakaka......
Pst!! Blog lama tak berupdate, kuantiti pelawat drop, Alexa drop weh!! Sekarang unik visitor aku pon dah kurang. Arghhh!! Effect betollahhhh...... Nak nangis bolehh??? Waaaaaaaaaaa
Jauh disudut hati aku yang tengah ada taman ni....aku rindu untuk rancak kembali di arena blog ini....Oh... (Ayat tak boleh blah!!! Kan??? :P )
Jauh disudut hati aku yang tengah ada taman ni....aku rindu untuk rancak kembali di arena blog ini....Oh... (Ayat tak boleh blah!!! Kan??? :P )
CUBA FOKUS PADA VIDEO DIBAWAH
KALAU KORANG FOKUS, KORANG AKAN PERHATIKAN KERUSI TU BERGERAK SENDIRI!!