Salam rakan-rakan sekalian.. Tu dia.... Tajuk panjang konon nak memenuhi kehendak SEO la tu.. wakakaka.... Tak boleh blah langsung aku ni.... Kui kui kui... Entry aku kali ni aku nak ceciter sikit la pasal naik turun, bangun duduk blog aku yang sungguh tak mesra SEO ni... hohoho
Page Rank
Aku rasa ramai diantara korang yang dah tahu dan perasan bahawa Google baru-baru ni dah update Page Rank untuk dianugerahkan kepada pemilik-pemilik laman web. Tak ketinggalan blog aku juga telah dianugerahkan PR iaitu dari tolor Dinosour (PR0) kepada tiang elektrik (PR1) :P setelah berabad lama blog aku ni diterbitkan...iaitu sejak 23 Ogos 2010. Ada blogger tu aku tengok baru setahun lebih dah ber PR 4, memang power la kan. Alhamdulillah, walaupon baru PR 1, ada lah juga perkembangan positif blog aku ni. Tak der lah PR 0 jer. Sodeh den. Aku tengok ramai juga yang telah dinaikkan PR. Tahniah lah aku ucapkan. Yang tak naik lagi tu, tak per, next time naik lah tu.
Page Rank tu aper?... Aku ni tak lah paham sangat, tapi setelah mengoogle, dapatlah aku terjemahkan yang...
Page Rank ini adalah ukuran kualiti untuk sesebuah web atau sesebuah blog. Diukur dari N/A hingga yang tertinggi 10. Diukur berdasarkan algorithm tertentu. Page Rank ni berbeza dari enjin-enjin carian. Macam Google diorang ada lihat usia laman web tu, makin lama makin mudah web tu mendapat PR. Yahoo pula, tak lihat usia web tu. Apa-apa pon semua ni bergantung kepada SEO.... (terjemahan dari pemahaman aku k, kalau salah tu...silalah perbetulkan :P )
Alexa Rank
Alexa rank ni pula merujuk kepada kepopularitian sesebuah laman web tu. Sesetengah Webmaster/blogger aku tengok kurang menitik beratkan Alexa ni. Tapi ianya mempunyai kepentingan tertentu la terutama dari segi pengiklanan. Aku pernah buat entry tentang Alexa Rank ni. Alexa Rank aku tak stabil, kejap naik kejap turun, sesuai la, blog aku ni bukan ramai pelawat pon. Muehehe...
Nuffang
Yang ni pun termasuk dalam kategori naik turun blog aku gak.... Aku nak nangis dulu boleh?? Waaaaaa......
Apasal nuffnang tarik aku nye status Gliterati yang geli-geli tuuuuu..... Sampai hati ko Nuffnang, kejam! :(
Patutlah akunye earning slow mengalahkan siput Pig :P Aku tersedar waktu aku nak ping entry aku kat Innit..... Tengok-tengok tak boleh.... Aduhaiiii... terkezut dennnnn.... Nak kata aku siar iklan tempatan yang lain, tak ada pong. Tak po tak po, nanti den tanyo kat diorang. Why why why n why.............. Dah alang-alang status aku kena tarik, aku nak try iklan lain, Hhehehe.... Padang muka mung Nuffnang... Den tak heran derrr...
Admin
1:43 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia![]() |
Alexa Rank |
First sekali jangan cakap aku master ker apa ker atau nak tunjuk pandai ker apa ker bila aku buat entry ni. Entry ni lebih kepada aku nak kongsi jer lah ngan korang apa yang aku dapat kan. Alexa aku drop wehhhh..... Dah lah ciput. Drop pula. Sengalll jer aku rasa. Yang paling aku terasa, dulu waktu aku rajin update blog, alexa rank aku memang cepat jer naik, sekarang makin menurun dan terus menurun. Lagi satu, kesan terhadap....................Nuffnang!! Jangan terkejut. Baca dulu. Ngee...
Apakah Alexa? Apa pula Alexa Rank?
Alexa adalah sebuah laman web yang bertindak mengumpul serta menganalisis data-data sesebuah blog ataupun laman web yang seterusnya memberikan ranking terhadap sesebuah laman web itu. Ranking yang diberikan pula mampu memberikan gambaran kepopularitian terhadap sesebuah blog itu. Semakin rendah ranking yang diberikan semakin popular website atau blog tersebut dan sebaliknya. Terdapat 2 penilaian Alexa Rank iaitu Ranking dari seluruh dunia dan ranking negara (Macam kita ranking Malaysia lah kan)
Bagaimana Alexa Rank dinilai?
Sememangnya Alexa Rank yang diperolehi adalah tidak tepat berbanding Google Page Rank. Ini kerana salah satu cara Alexa Rank dinilai adalah melalui Alexa Toolbar yang dipasang pada browser laman web. Data-data traffik yang melawat satu-satu laman web tersebut adalah berpandukan Alexa Toolbar tersebut. Ianya dikatakan tidak tepat kerana data-data yang terkumpul adalah tidak merangkumi keseluruhan pengguna internet di dunia. Data hanya dikumpul melalui pengguna laman web atau blog yang berdaftar dengan Alexa sahaja.
Semakin ramai pelawat, semakin cepat Alexa rank naik..... Betul ker???
Selain daripada kuantiti pelawat atau pengunjung, kuantiti web yang berdaftar dengan Alexa juga mempengaruhi Alexa Ranking. Google dan yahoo merupakan laman web yang mempunyai ranking alexa yang tinggi yang mana satu ketika dahulu Google menduduki Alexa Rank #1 dan Yahoo pada ranking #2. Kedua-duanya mempunyai Alexa Rank yang tinggi, tetapi setelah Facebook tercipta, Yahoo telah jatuh pada kedudukan #4. Didalam situasi ini dilihat kuantiti pelawat satu-satu laman web itu bukan penentu untuk memastikan Alexa Ranknya terus naik, kuantiti web juga mempengaruhi Alexa Rank. Begitu juga dengan blog atau laman web yang lain, rankingnya mungkin akan terus jatuh saban hari kerana adanya laman-laman web atau blog-blog baru yang dihasilkan dan berdaftar dengan Alexa yang mewujudkan persaingan diantara laman-laman web tersebut. Atau Alexa Ranknya berterusan naik walaupun tidak ramai pelawat kerana banyak laman-laman web atau blog yang tidak terupdate dan seterusnya terkubur. Pada ranking 1,000,000 dan kebawah persaingan mungkin kurang terasa dimana jika diperhatikan ranking akan terus naik sehingga paras dibawah 1,000,000. Tetapi pada ranking mungkin 300,000 persaingan mula terasa dan naik turun ranking mungkin dapat diperhatikan.
Reach View??? Page View???
Bagaimana Alexa mendefinisikan "Reach View". Alexa akan mencatat "Reach View" hanya pada kunjungan pertama kali pelawat atau pengunjung satu-satu laman web tersebut. Pada kunjungan seterusnya ianya tidak dicatat sebagai "Reach View" lagi. Reach View = Unique visitor. Dalam situasi ini sekiranya pengunjung satu-satu laman web itu adalah orang dari IP yang sama (komputer yang sama), walaupun pengunjung tersebut telah melawat satu-satu laman web atau blog itu, unique visitor tetap dicatat sebagai 1 unique visitor sahaja. Berbeza dengan "Page View", jika terdapat seorang pengunjung laman web (unique visitor) melawat laman web tersebut, ianya dikira 1 unique visitor, tetapi jika pengunjung yang sama klik pada tajuk entry yang lain, Alexa akan menganggap blog tersebut telah dikunjungi oleh 2 unique visitor. Jadi tidak hairanlah jika laman web atau blog yang mempunyai ramai pengunjung tetapi Alexa Ranknya tidak naik sedangkan laman web atau blog yang tidak mempunyai ramai pengunjung, Alexanya terus meningkat. Kuncinya......"Page View".
Apakah kepentingan Alexa Rank ini?
Selain dari memberi imej kepopularitian sesebuah laman web, Alexa Rank ini mempunyai satu lagi kepentingan yang jika disedari, pasti ramai yang berebut-rebut untuk meningkatkan ranking Alexa. Kepentingan tersebut adalah dari segi pengiklanan. Pengiklan mungkin menjadikan Alexa Rank sebagai kayu ukur untuk meletakkan nilai satu-satu iklan didalam laman web atau blog tersebut. Semakin tinggi ranking yang diperoleh semakin tinggi nilai iklan tersebut. Contoh iklan, Pay-Per-Click. Kalau dari sudut Nuffnang pula, mungkin semakin tinggi ranking, semakin banyak BE yang diperoleh. Kot la kan..... :P
Kesimpulannya.... Traffik mempengaruhi Alexa Rank. Bukan Alexa Rank mempengaruhi traffik... Kan kan kan....???
Sumber : Wong168 Admin 12:01 AM New Google SEO Bandung, Indonesia