Home » » Ada Apa Dengan Blog?

Ada Apa Dengan Blog?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini..

Sedar tak sedar rasanya dah lama juga saya berkecimpung didalam dunia internet ni. Dari 0 knowledge hingga ada sedikit pengetahuan dalam dunia internet ni (Masih newbie lagi ni...dan dalam dunia internet ni kita sentiasa newbie kerana tak kan pernah habis ilmu internet ni kalau nak dituntut. Setuju?)

Ada apa dengan blog? Dulu waktu mula-mula kenal dunia internet ni, terbit juga soalan tu dari minda saya yang cetek ni. Kenapa ramai sangat yang tergila-gilakan blog? Namun hari ni, tanpa ada sesiapa yang memberikan jawapan kepada soalan saya itu, saya sendiri telah mengetahui jawapannya...Kalau setakat nak bercerita dalam blog, kan lebih selesa ajak rakan-rakan sebelah rumah duduk bercerita.. Kalau setakat nak menulis, dapat apa kalau setakat menulis....dapat duit ker?

Sungguh tak disangka, blog ini mempunyai satu kuasa, aura yang boleh membuatkan seseorang itu ketagih. Dulu saya fikir blog ini sekadar bercerita benda-benda mengarut, merepek. Tapi kini barulah saya sedar akan kepentingan blog. Bukan sekadar bercerita, menulis atau merepek melalut didalamnya tetapi ianya mempunyai satu tujuan yang mana para IM yang telah berjaya diluar sana tidak akan berjaya tanpa blog atau laman web mereka sendiri. Kini baru saya sedar akan kepentingan blog ini.

Mungkin setiap individu itu berbeza tujuannya terhadap blog mereka, tetapi percayalah setiap dari mereka mempunyai satu matlamat yang sama iaitu ribuan traffic mengunjungi blog mereka dan dari situ akan wujud satu kepuasan dalam diri setiap dari blogger itu.

Saya tidak meminta persetujuan dari sesiapa terhadap pendapat saya ini kerana saya tahu tidak semua berkecimpung didalam dunia internet ini, dan pendapat dari kita semua adalah berbeza.
Mungkin ada diantara kita berblog sekadar hobi, mengumpul rakan, berkongsi pendapat dan tidak kurang untuk menjana wang darinya. Dan pada hari ini, saya yang dulunya 0 didalam internet telah berada disini sehingga mampu mewujudkan blog (yang tak seberapa ni) adalah dari satu matlamat, iaitu menjana wang dari internet. Sedar tak sedar, sepanjang tempoh pembelajaran saya selama ini telah membawa saya sehingga tahap ini. Betullah pepatah ini, "Ilmu tak kan dapat kalau tak dicari" dan saya mungkin masih 0 sekiranya saya tidak belajar,
dan tanpa saya sedar sebenarnya saya telah pon mencedok ilmu dari internet ini.

Percayakah anda jika saya katakan dengan berblog anda akan memperoleh satu kepuasan. Kepuasan dimana segala ilmu anda akan terhasil di blog, kepuasan melihat penghasilan blog anda, kepuasan melihat blog anda dikunjungi ramai pelawat, kepuasan anda apabila hasil penulisan anda atau pendapat anda dapat dikongsi dengan pembaca-pembaca blog anda, kepuasan dimana anda dapat menjana wang dari blog anda. Saya katakan begini kerana bukan lah mudah untuk membina sesuatu blog yang berguna atau ramai pelawatnya. Ianya menuntut kesabaran yang tinggi terutama kepada newbie seperti saya.

Saya suka melihat blog sebagai satu premis atau buku. Jika premis itu mendapat ramai pelanggan, sudah pasti ianya dapat memberi kepuasan kepada pemiliknya. Begitulah juga jika buku itu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran yang mana penghasilan premis atau buku itu memerlukan satu usaha untuk mencapai tahap itu. Begitulah juga dengan blog....

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment