Home » » Active Income VS Pasif Income

Active Income VS Pasif Income

Saat saya menulis artikel ini, teringat saya pada satu blog saya yang dah pon berkubur. Bukan apa, pada blog saya yang lalu, pada tajuk artikel yang sama, saya pernah ditegur akan tulisan saya itu kerana tulisan saya itu seolah-olah seperti memandang rendah kepada mereka yang bekerja makan gaji dan saya akui akan kesilapan saya itu. Walaupon saya tidak tahu siapa yang memberi komen kepada saya, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana jika dia tidak menegur saya, mungkin saya tidak sedar akan kesilapan saya.


Berbalik kepada tajuk artikel saya kali ini iaitu Active Income VS Pasif Income. Rasanya pembaca-pembaca blog pandai-pandai BI belaka. Tentu tau maksud Active Income dan Pasif Income tu kan... :) Tapi takper lah saya terangkan sedikit. Active Income ni adalah pendapatan dimana untuk mendapatkan sesuatu pendapatan itu, kita perlu bekerja terlebih dahulu dan pendapatannya adalah tidak berterusan. Maksudnya, ada kerja, adalah income, tiada kerja, tiada lah income.
Pasif Income pula adalah sesuatu pendapatan yang mana dengan melakukan sekali pekerjaan itu, kita akan mampu merasai pendapatannya secara terus. Maksudnya, usaha kita hanya perlu dilakukan pada awalnya sahaja, tetapi pendapatannya akan terus dirasai walau kita sudah tidak melakukan kerja itu lagi.
Jika diberi pilihan, yang mana satukah pilihan anda? Jika saya sudah pasti saya akan memilih Pasif Income.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan Pasif Income itu? Banyak cara sebenarnya untuk mendapatkan Pasif Income ini. Sebagai contoh, perniagaan HyprobulkSMS ini sendiri. Dengan perniagaan ini atau apa-apa perniagaan sahaja (I more to online marketing), kita hanya perlu berusaha sedikit sahaja pada permulaannya, ini kerana apabila sesuatu perniagaan itu telah berkembang, kita akan berterusan merasai hasilnya walaupun kita sudah tidak melakukannya lagi dikemudian hari. Namun begitu, saya tidak lah berpendapat yang active income itu tidak penting. Ini kerana saya sendiri masih seorang makan gaji dan memperoleh pendapatan dari active income ini. Ini kerana sebelum kita merasai Pasif Income ini, active income inilah yang menjadi batu loncatan kepada kita dan secara jujur saya katakan active income ini adalah lebih terjamin sebenarnya. Setujukah anda? Namun begitu, tidak salah rasanya jika kita berusaha untuk mencari Pasif Income ini. Jangan tidak tahu ada segelintir dari kita diluar sana yang hidup dengan pendapatan ini. Contoh terdekat....Irfan Khairi....

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment