Home » , , » Nasihat Berlandaskan Pengalaman

Nasihat Berlandaskan Pengalaman

Kepada rakan-rakan lama yang mengenali saya tahu lah satu sikap buruk yang tidak terkutuk saya ni. huhuhu... Iaitu suka melompat. Bukan melompat macam arnab tetapi melompat kejap join biz tu, kejap join biz ni...Hm... Tapi itu dulu lah....


Kali ni dalam blog saya saya nak kasi nasihat sikit le (Nak pakai, pakai, tak nak pakai tak kisah pon). Kepada anda-anda diluar sana tu, yang baru mengenal dunia perniagaan tak kira lah online ker offline ke, MLM ke, Affiliate ke, Direct Selling ke, Skim Cepat Kaya (ker), jangan terlalu taksub dengan janji-janji manis pendapatan yang akan ditunjukkan. Periksa dahulu syarikat, produk atau apa-apa lagi (dah diterangkan pada artikel sebelum ni). Apa yang penting, periksa dahulu kemampuan diri masing-masing. "Boleh ker tak aku buat biz ni". Jangan join hantam koromo terus dek cek-cek yang ditunjukkan. Ingat itu bukan cek anda, tetapi cek orang-orang yang dah berjaya.

Apa akan jadi kalau terus join? Salah ke kalau saya terus join? Tak salah pon... Saya pun sekadar bagi nasihat. Cumanya kalau terus join...daripada anda ingin menambah pendapatan..akan jadi sebaliknya, anda hanyalah menambah pendapatan orang lain atau pon satu-satu syarikat tu. Ye la...join biz ni, lebur RM300, join biz tu pulak, lebur RM1000... Akhirnya duit keluar lebih banyak dari duit masuk. Siapa rugi? (Tak tau lah pulak saya kalau ada hobi yang macam tu). Jadi...Fikir dulu. Online....kena pandai buat promosi. Offline....kena pandai bercakap untuk meyakinkan seseorang, kena jaga penampilan diri.

Nasihat Berlandaskan Pengalaman. Inilah pengalaman saya yang ingin saya kongsikan.
1) Pertama kali mengenal dunia networking, perniagaan A*. Gagal. Sebab offline semata-mata. Tak pandai, malu, tergagap-gagap nak bercakap dengan orang... Burn RM520.
2) Berkenalan pula dengan Skim Cepat Kaya (Time budak-budak, tak fikir panjang, ingat duit je) Bermodalkan RM3K, tiap-tiap bulan dapat RM1K, tak yah cari orang, tak yah jual produk. (Inilah Skim Cepat Kaya kalau adik-adik nak tahu) Burn RM3K, sampai sekarang menanggung personal loan (padan muka aku).
3) Diperkenalkan pula dengan direct selling. Syarikat dah ok.. Tapi diri ini yang tak mampu. Kehulu kehilir bawa barang jual kat kedai-kedai, berhutang pula dari stokis. Stop sebab ada persaingan, siap ada sebotaj lagi. Burn RM(tak ingat).
4) Jatuh cinta pandang pertama pula kepada perniagaan Online. Syarikat Power, Produk mantap, Pelan...boleh laaa, Sistem powerfull, Auto downline. MEMANG BEST LAH. Tapi stop juga setelah 3 bulan menahan pressure. Tiap-tiap bulan kena bayar maintenance, komisyen tak dapat-dapat pon. Tak tahannn. Burn RM1K++

P/S : Nama syarikat tidak dapat dinyatakan untuk menjaga imej.

Kalau anda-anda ada pengalaman macam saya, jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri. Kesilapan berpunca dari diri sendiri. Kalau ada yang cop (meluat) dengan perniagaan seperti ini, biarkan sahaja, jangan jadikan ianya pelentur semangat. Yang nak buat anda, bukan mereka. Dan yang akan berjaya tu juga anda, bukan mereka. Mereka ada sebab mengapa berfikiran begitu. Itu hak mereka.

Sekarang alhamdulillah saya dah belajar dari kesilapan dan pengalaman dan menemui biz yang sesuai dengan saya, tiada pressure, boleh dijalankan secara online dan juga offline. HyprobulkSMS. Sesuai untuk orang macam saya.. Kurang berkemampuan (modal sekali seumur hidup), mudah (tiada pressure langsung). Tapi tak lari dari ungkapan ini ye "Duduk Diam Dapat Duit". InsyaAllah saya akan berusaha bersama biz ini.

Kenapa saya buat artikel ni? Sekadar berkongsi pengalaman. Jadikan pengalaman saya sebagai pelajaran anda. Sharing Is Caring...

Takut nak join saya dalam biz ni? Kerana latar belakang saya. It's ok. Saya ada banyak teknik yang telah saya susun hasil pengalaman saya. Kalau nak join, terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan. Segala ilmu akan dicurahkan.

Success One VS Experience One ;)

Salam Maju Jaya.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment