Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Jana Wang Infiniti. Pada post saya kali ini saya ingin menceritakan apakah sebenarnya perniagaan yang dijalankan oleh Hypernet Resources ini.
Sebelum ini saya telah pon menceritakan Latar Belakang Syarikat, Produk, dan Pelan Pemasaran perniagaan ini. Tetapi apakah sebenarnya perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini? MLM? Direct Selling? Investment? Hypernet Resources ini sebenarnya sebuah syarikat yang menjalankkan perniagaan Affiliate. Affiliate? Kepada mereka yang telah lama menceburkan diri dalam dunia perniagaan Online, Affiliate bukanlah suatu perkataan yang baru bagi mereka, malah perkataan tersebut telah acap kali didengar dan ramai para IM diluar sana yang menjana pendapatan mereka yang lumayan dari program perniagaan Affiliate seperti ini dan tidak kurang juga menjadikan program Affiliate ini sebagai sumber pendapatan utama mereka. Affiliate boleh lah diertikan sebagai bergabung atau kerjasama. Di dalam perniagaan Affiliate lebih menjurus kepada gabungan atau kerjasama yang membawa keuntungan.
Affiliate ini sebenarnya adalah suatu program yang mana kita akan memperoleh pendapatan atau komisyen apabila kita berjaya memperkenalkan ahli baru atau membuat jualan baru kepada sesuatu syarikat terhadap produk mereka. Jika kita melihat perkembangan perniagaan di internet pada hari ini, terdapat banyak program-program Affiliate ini yang telah dijalankan. Ada yang dari Luar Negara dan tidak kurang juga di Malaysia. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar yakni untuk menjadi Affilater kepada sesuatu produk mereka, pihak syarikat terlebih dahulu meletakkan syarat dimana individu itu perlu mendapatkan dahulu produk mereka dan barulah individu itu akan menjadi ahli atau Affiliater mereka.
Apa yang menarik dengan perniagaan berkonsepkan Affiliate ini berbanding dengan perniagaan lain adalah kita tidak perlu memikirkan apa produk yang perlu kita perkenalkan. Ini kerana dengan menjadi Affiliater kita hanya perlu memperkenalkan sahaja produk daripada syarikat Affiliate tersebut iaitu dengan memperkenalkan Referral URL atau link kita kepada mereka dan apabila berlakunya penjualan, maka kita akan mendapat Komisyen yang telah ditetapkan oleh syarikat. Contoh yang paling mudah, anda diminta untuk menjualkan nasi lemak yang dibuat oleh ibu anda yang berharga RM1. 1 nasi lemak yang terjual anda akan diberikan 20 sen sebagai upah oleh ibu anda. Didalam program Affiliate, 20sen adalah komisyen anda dan anda menyertai program Affiliate yang percuma dengan menjualkan nasi lemak ibu anda tanpa sebarang modal.
Sekarang kita berbalik kepada Hyprobulksms. Anda sudah faham apakah yang dimaksudkan dengan Affiliate dan bagaimana perniagaan ini dijalankan. Seperti yang saya terangkan tadi, Hypernet Resources ini merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan Affiliate. Bukan MLM atau pelaburan atau Skim Cepat Kaya. Saya juga ada menerangkan yang mana program Affiliate ini ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Jadi disini kita dapat melihat bahawa Hyprobulksms ini adalah program Affiliate yang berbayar dimana kita perlu terlebih dahulu menjadi ahli kepada syarikat Hypernet Resouces ini dan Sistem penghantaran SMS adalah produknya. Manakala upah atau Komisyennya pula dari 40% sehingga 100%.
Diharap dengan keterangan ini akan membantu anda memahami apakah perniagaan yang dijalankan oleh Hypernet Resources ini khasnya dan apakah yang dimaksudkan dengan Affiliate amnya.
Sekian dahulu dari saya. Bertemu lagi pada post saya yang akan datang.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment