Cara Traditional Melangsingkan Tubuh Badan Tanpa Ubatan
Tubuh badan yang langsing adalah idaman setiap wanita tidak kira yang belum berumah tangga mahupun yang sudah berumah tangga. Pengambilan ubat ubatan pelansing badan yang sering dan berlebihan di khuatiri memberi kesan jangka panjang terhadap tubuh badan kerana ubat ubatan
moden terkandung bahan bahan kimia yang tidak diketahui. Pengambilan ubat pelansing badan pula sebahagiannya mungkin hanya memberi kesan sementara dan terpaksa bergantung terhadap pengambilan ubat ubatan pelansingan badan ini.
Disini admin nak kongsi sedikit petua traditional bagaimana cara untuk melangsing dan mengekalkan bentuk tubuh badan yang cantik dan langsing walaupun sudah berumah tangga dan bergelar ibu dengan berasaskan bahan bahan alam semula jadi. Petua ini di amalkan oleh ramai wanita di Indonesia, iaitu jamu kunyit asam. Bukan jamu mak dara.. hehe
Meminum jamu kunyit asam dipercayai berkesan menurunkan berat badan selain daripada membuang angin dalam badan, melancarkan proses metabolisme tubuh, peredaran darah, membakar lemak terbuang, maka oksigen segar mudah mengalir dalam darah, sehingga mampu mengatur keseimbangan berat badan.
Walau bagaimanapun, jus kunyit asam ini tidak sesuai diambil setiap hari.
Maka di syorkan minum jus ini 2 kali seminggu
Di bawah adalah cara cara menyediakan jamu kunyit asam untuk pelangsingan badan.
1. Sediakan bahan bahan seperti di dalam gambar
2. Hiris Halia, kunyit dan manjakani dan masukkan ke dalam periuk dan isikan dengan 2 gelas air
3. Rebus bahan bahan yang berisi air tadi.
4. Stelah siap direbus, kisar menggunakan blender atau penghalus bersama sama dengan air rebusan
5. Saring bahan bahan yang dikisar tadi untuk mendapatkan airnya sahaja
6. Air yang telah di saring tadi di masukkansemula ke dalam periuk dan masukkan ketulan gula melaka dan air asam jawa. Masak untuk beberapa minit sehingga gula merah sebati dengan air saringan tadi.
7. Setelah masak, bolehlah diminum dan rasakan perubahan pada badan anda. Untuk jangka pendek, badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.
Selamat mencuba..
Admin
12:08 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKisah Aku Buat Duit Dengan Blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kembali bersawang blog ini kerana lama sudah tidak terusik..
Walau sudah lama tidak terusik.. Blog ini tetap menjadi blog kesayangan admin. Mengapa? Kerana dari blog ini lah admin berjaya menhasilkan ribuan ringgit melalui Internet. Segalanya bermula dari blog dan blog ini adalah saksi kepada jerih perih menghasilkan wang melalui internet atau blog ini.
Mengimbau sejarah, blog ini telah dihasilkan pada Ogos 2010 dengan entry pertama adalah berkaitan program buat duit HyprobulkSMS.. Sudah 6 tahun rupanya blog ini berbakti tanpa sedar..
Admin masih ingat pertama kali mengetahui bahawa boleh buat duit melalui blog dan admin mula belajar menulis blog sewaktu masih di bangku sekolah.. Waktu tu belum ada komputer di rumah.. Pergi ke CC bawa buku mastika.. Cari cerita yang menarik sikit yang ada dalam buku mastika tu, salin balik bulat bulat kandungan buku tu dalam blog... Hahaha.. Cukup manis kenangan tu.. Tak mungkin dilupakan. Waktu tu orang lain seronok main game, admin sibuk menaip. Kikiki...
Dari situlah perlahan lahan admin belajar cara bagaimana menghasilkan wang dari blog sehinggalah wujudnya blog ini walaupun sekadar menggunakan platform percuma blogger atau blogspot. Orang lain dah guna domain sendiri...
Admin masih ingat juga satu pelajaran iaitu cara meningkatkan pelawat blog iaitu kaedah BlogWalking. BlogWalking bermaksud melawat blog blog rakan rakan yang lain.. Dari kaedah Blogwalking ini lah, admin kenal beberapa rakan rakan blogger blogger yang lain. Sekarang ada blog rakan yang masih diupdate saban hari, ada yang jarang jarang, ada juga yang dah lama bersawang seperti blog admin ni.. hehe
Bagaimana Menghasilkan Wang Dari Blog
Kepada yang baru berjinak dan baru nak belajar cara buat duit melalui blog, sebenarnya blog ini hanya lah medium untuk menghasilkan wang di internet. Terdapat banyak cara untuk menghasilkan wang di blog. Antaranya melalui iklan CPC (Cost Per Click) seperti Adsense dan Nuffnang. Servis tapak iklan di blog sendiri dimana anda menyediakan tapak iklan untuk mereka yang ingin beriklan di blog sendiri. Ini adalah dua cara yang paling ramai orang guna. Tapi cara ini pelawat blog kena lah kencang, baru masyuk.
Selain daripada itu, blog juga dijadikan platform penghubung di antara program atau perniagaan yang anda sertai. Contoh anda sertai program Affiliate. Masukkan banner affiliate ke dalam blog anda. Dari situ jika ada pelawat yang datang ke blog anda, mereka melihat banner affiliate anda tadi dan mereka berminat untuk mendapatkan produk affiliate tersebut, maka dari situ anda akan mendapat komisyen atau bonus.. (Admin banyak menghasilkan wang dari kaedah ini)
Walaubagaimanapun... Untuk menghasilkan wang atau pendapatan dari internet atau blog, bukan lah mudah seperti yang disangka.. Memerlukan ilmu dan sanggup berkorban masa.. Bukan kata hari ini buat blog esok dah dapat duit. Ianya akan melalui satu tempoh yang panjang. Anda perlu melalui proses proses pembelajaran.
Kepada yang baru nak belajar buat duit dengan blog atau dari blog... Jangan cepat putus asa... ;)
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437 Hijrah
Assalamualaikum dan salam sejahtera dan selamat menyambut bulan Ramadhan...
Terasa rindu yang amat tebal untuk mengarang di dalam blog ini setelah hampir setahun ditinggalkan dek kerana kekangan masa dan terlalu sibuk dengan urusan seharian.. Fuh!
Adakah aku akan kembali menulis seperti dahulu?
Mungkin Ya... Mungkin tidak...
Hanya masa yang menetukan.......
Sekian mukadimah pembuka bicara mengenang kenangan di blog usang yang berjasa ini.....
Jumpa lagi :)
Video Suami Belasah Isteri Di tempat Parking Kereta
Satu video menjadi viral di media sosial yang mana didalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki memukul seorang perempuan di tempat parking kereta baru baru ini.
Lelaki dan wanita tersebut dipercayai pasangan suami isteri.
Lelaki tersebut berusia 20 tahun telah ditahan polis manakala wanita tersebut berusia 16 tahun dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Kejadian tersebut berlaku di daerah Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah dan
dikatakan berpunca dari masalah keluarga
Ketua Polis Komisioner, M. Chandra mengesahkan kejadian tersebut
Video Orang Cina Nyanyi Lagu Raya Aidilfitri
Hari tu kecoh pasal Cina Melayu bergaduh di Low Yat Plaza. Kali ni lain pula cerita dia.
Satu video menjadi viral dimana sekumpulan remaja cina menyanyikan lagu raya aidilfitri.
Ini baru la 1Malaysia. Saling menghormati di antara satu sama lain.
---------------------------------------------------------------------
Bukan semua Cina jahat. Bukan semua melayu baik.
Hukum hanya pada yang bersalah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN-Amry's Blog

















