Perbezaan Di Antara Orang Yang Berjaya Orang Yang Gagal
Entry ni adalah sambungan daripada entry "Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan" sebelum ini.
Dalam entry lepas aku ada tulis bagaimana seorang lelaki cina yang boleh menjadi jutawan walau hanya lepasan SRP.
Sememangnya tidak dinafikan pelajaran yang tinggi mampu menjamin pekerjaan yang baik seterusnya meletakkan kehidupan seseorang itu di dalam paras 'Selesa'. Tetapi itu bukan janji.
Tidak mengambil kira statistik pengangguran, setiap tahun pengangguran itu tetap ada, bezanya meningkat atau menurun sahaja.
Kita ambil 2 model yang sama-sama bergelar penganggur. Beranggapan seorang penganggur berjaya meletakkan dirinya diparas selesa sedangkan seorang lagi masih buntu bagaimana meneruskan kehidupan sebagai seorang penganggur yang 'bertauliah' :p
Apa beza kedua-dua model penganggur diatas.
Aku rujuk balik kata-kata Dr Azizan Osman didalam seminar Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan beliau. 4 faktor utama yang mempengaruhi kejayaan seseorang
1. Thinking
2. Feeling
3. Communication
4. Action
Thinking
Cara berfikir adalah salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang. Setiap orang mempunyai minda tetapi cara minda itu diapplikasikan mungkin berbeza mengikut individu itu sendiri.
Orang yang berjaya memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi agar dia tetap mampu mencapai apa yang diimpikan sedangkan orang yang gagal menjadikan masalah itu sebagai tembok penamat didalam dia mencapai kejayaan.
Feeling
Apa yang dimaksudkan dengan 'Feeling' atau perasaan didalam menentukan kejayaan?
Cuba kita lakukan aktiviti dibawah
Bayangkan kita ingin mewujudkan sebuah syarikat perniagaan kita sendiri.
Dalam diri katakan "AKU MESTI DAPAT MEMBUKA PERNIAGAAN AKU SENDIRI!!!" Di sekolah dulu cikgu ada ajarkan apa maksud tanda '!' :)
Sekarang katakan pula "Tengoklah.. kalau aku rasa aku boleh, boleh la kot, tak boleh nak kata apa kan"
Dapat apa yang aku sampaikan?
Jadi feeling atau perasaan itu penting untuk melonjakkan diri kita di dalam mencapai apa yang diinginkan.
Perasaan takut ketika dikejar anjing mampu membuatkan seseorang itu melintasi sungai yang sebelum ini tidak dapat dilakukan. See?
Communication
Aku sendiri tak berapa faham point Dr Azizan Osman berkenaan communication ni. Cam ner erk? hehe..
Aku buat point aku sendiri la erk. Communication atau komunikasi ni rasanya bukan bermaksud cara kita berkomunikasi dengan orang lain, tetapi cara kita berkomunikasi dengan diri kita sendiri. Pernah dengar 'pujuk hati'?
Maksud dia lebih kurang macam ni kot... Bila mana kita gagal mencapai apa yang kita inginkan, kita akan putus asa. Betul? Jadi dalam point Communication ni cuba kita berinteraksi dengan perasaan kita sendiri dengan mengatakan bahawa kita masih mampu mencapai apa yang kita inginkan. Kegagalan adalah proses didalam mencapai kejayaan.
Action
Perbuatan. Senang jer kan.. Buat jer lah. Tapi kat sini la ramai yang fail. Kata Dr Azizan Osman la.
Kita dah planning ni, buat itu buat ini, perasaan teruja timbul, keyakinan diri mula terbit tetapi tidak menzahirkan ketiga-tiga faktor di atas langsung FAIL.
Kalau nak ikut kata Dr Azizan Osman, dia suruh senaraikan impian kita 10 tahun dari sekarang. Tak kira lah nak kereta besar ker, rumah besar ker, isteri besar ker, eh!! :p duit banyak dah tentu kot.
Lepas tu dia suruh post kat wall FB! Pergh!! Ada berani?? Aku tak berani lagi..
Kat situ Dr Azizan nak bagitahu perbuatan kita untuk berjaya sering terhalang sebab takut mendapat negatif response daripada orang sekeliling. "Eleh.. Ye ye jer la ko ni.... berangan jer lebih" Ada kawan cakap macam tu amacam??? Woooo.... Syahdu jer dengar kan :p
Orang yang berjaya dia tak peduli semua tu. Yang dia tahu kalau dia tak buat hancus punah semua harapan untuk dia berjaya. Aku tak sampai tahap tu lagi kot :P hehe.... Nak post kat FB jer pun dah terketar, cam ner dalam kehidupan sebenar?? :D
Bersambung............................... Kalau ada... hehe
Admin
5:06 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaInsentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan Dr Azizan Osman
Siapa tak kenal Dr Azizan Osman, Jurulatih Kejayaan No.1 Asia yang telah memotivasikan lebih daripada 260,000 peserta program Intensif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan anjuran beliau sejak tahun 2008.
Kalau sebelum ni aku hanya melihat iklan-iklan berkenaan program-program Dr. Azizan didalam surat khabar. Kali ni aku telah pun menyertai sendiri program Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan Dr Azizan Osman yang diadakan di Bandar Sunway, Penang pada 15 Januari 2013 baru-baru ini untuk yang pertama kalinya.
Seperti sedia maklum, program Insentif Mentor Kejayaan Dan Kekayaan Dr Azizan Osman ini semestinya sesak dengan ribuan orang yang ingin melihat sendiri bagaimana beliau mengubah minda orang ramai tentang bagaimana untuk mencapai kejayan. Seminar kali ini yang diberi nama 'BERANI 2013' tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada peserta. Ternyata sangkaan aku meleset. Aku macam tak percaya Mentor Kejayaan No. 1 Asia yang terkenal ini memberikan motivasi secara percuma kepada peserta :)
Sesuai dengan gelaran Mentor Kejayaan No 1 Asia, Dr Azizan Osman menekankan point-point bagaimana untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Didalam seminar tersebut, Dr Azizan Osman ada menceritakan bagaimana kejayaannya bermula dari bawah sama seperti orang lain. Kalau dahulu, Mentor Kejayaan No 1 Asia ini pernah terlibat dengan aktiviti jualan langsung, pernah mengalami kerugian sebanyak RM100K akibat aktiviti pelaburan haram dan hampir-hampir rumah ibu bapanya tergadai waktu itu.
Bermula dari bawah, Dr Azizan Osman menggorak langkah. Apa yang paling aku ingat kata-kata beliau didalam Seminar 'BERANI 2013' (lebih kurang la ayat dia yer)
"Dunia hari ni tak tengok korang belajar sampai mana. Tapi sebanyak mana kekayaan korang. Kalau korang nak buat pinjaman bank, kakitangan bank tak minta sijil-sijil, diploma-diploma apa segala. Tetapi diorang akan minta slip gaji. Kalau korang belajar setinggi gunung Everest sekalipun, gaji korang RM2000 sebulan tolak hutang sana tolak hutang sini, tinggal RM20..then....." :)
Betul. Pelajaran yang bagus akan memberikan pekerjaan yang bagus dan semestinya wang yang banyak. Tetapi adakah itu sebuah JANJI? :)
Didalam mencari kunci kejayaan, Dr Azizan Osman pernah bertanya kepada seorang jutawan cina (tak ingat nama cina tu) bagaimana dia berjaya sedangkan Dr Azizan Osman sering gagal didalam perniagaan pada waktu itu, Jutawan Cina itu bertanya kepada Dr Azizan dalam bahasa cina (Dr Azizan tahu bahasa cina)
"You ada guru"
Dr Azizan jawab tak ada.
"Itu masalah you"
Siapa jutawan cina tu? Jutawan cina tu belajar hanya sampai SRP :)
Bersambung........... :)
Admin
5:51 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaJobdirumah.com Tipu
Lagi entry berkaitan Jobdirumah.com. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak Jobdirumah.com sebab bagi link kat aku.
Terima kasih juga sebab mewujudkan satu lagi cabang pendapatan untuk aku
Detail pendapatan yang dah aku dapat nanti-nanti jer lah ye.... Simpan untuk entry di masa depan tatkala idea tengah tak der :) Lagipun entry ni bukan nak cerita pasal income pun. Jangan risau, duit korang tebal lagi, aku tau ;)
Jobdirumah.com VS Agen Pencari Kerja
Masih ramai yang masih sangsi dengan program Jobdirumah ni. Salah satu sebab nya sebab perlu keluarkan duit terlebih dahulu untuk join program ni. Kan. Dan salah satu ciri-ciri program scam atau program yang berunsur penipuan ni memerlukan korang membayar dahulu sejumlah wang kepada pihak-pihak tertentu. Betul?
Tapi apa yang aku boleh katakan disini, Jobdirumah merupakan salah satu program yang boleh dipercayai. Payment tak pernah lewat. Kalau korang bernasib baik... Korang akan rasa macam ada satu chemistry diantara korang dengan pihak Jobdirumah.. Pergh ayat! Senang cerita diorang ni friendly la. Baru-baru ni pihak Jobdirumah mengadakan satu pertandingan yang mana hadiah utama dia RM1500!! Best kan.. Tapi aku tak menang la :P
Jobdirumah.com | Agensi Pencari Kerja |
Kerja online | Kerja offline |
Bayar sekali sahaja sebagai pendaftaran | Kekadang kena bayar (Potong gaji) |
Kumpulkan senarai kerja kosong dan hantar ke email kita. Kita pilih | Hantar resume dan mereka akan carikan kerja |
2 pendapatan : Majikan & Jobdirumah | 1 pendapatan : Majikan |
Permohonan berdasarkan kemahiran | Permohonan berdasarkan kelulusan |
Kat sini pihak Jobdirumah bukan majikan tetapi hanya bertindak sebagai agen pencari kerja sahaja yang mana diorang akan kumpulkan senarai kerja kosong yang dibuka oleh majikan dan hantar menerusi email kita. Seterusnya kita pilih la kerja berdasarkan skill yang kita ada.
Kalau rasa-rasa nak apply, klik Jobdirumah.com.
Amaran keras. Tiada paksaan untuk menyertai Jobdirumah.com. Segala pendapatan mahupun kerugian ditanggung oleh pihak anda sendiri.
Admin
4:15 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaResam Padi | Makin Berisi Makin Tunduk
Entry suka suki... Yai.... Aku ulang alik pergi kerja akan melalui kawasan sawah padi... Sekarang ni musim menuai. Pemandangan memang cantik.. kena pula waktu matahari nak timbul atau terbenam.... sejuk mata memandang... Duduk pula dekat buai di bawah pokok yang rimbun disapa angin yang sepoi sepoi bahasa. Pergh!! Memang boleh dibuai mimpi la kan...
Waktu aku melalui kawasan sawah padi tu, teringat pula aku kat satu perumpamaan waktu zaman bebudak
'Resam Padi... Makin Berisi, Makin Tunduk'
Maksud resam padi tu mengingatkan kita supaya jangan sombong atau lupa diri bila kita dah berada diatas atau sudah berjaya.
Sempat juga la aku snap 1 2 gambar sawah padi tu....Beria kan... hahaha :P
Admin
1:41 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia