Sumber Berita Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine
Susulan daripada berita mengenai pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine, berikut adalah
sumber-sumber berita mengenai pesawat MAS MH17 yang dikatakan ditembak dan terhempas di Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia
------------------------------------------------------
Astro Awani
Malaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.
Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal
---------------------------------------------------------
BH online
MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine. - Agensi
----------------------------------------------------------
mStar online
Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia - mengorbakan kesemua penumpang dan anak kapalnya.
Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, demikian menurut laporan agensi berita antarabangsa.
Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik antara puak pemisah Ukraine yang pro Rusia dengan tentera Kerajaan Ukraine berhampiran Donetsk dan adalah rumit untuk sampai ke lokasi di mana ia terhempas.
Sementara itu sumber MAS pula berkata, kapal terbang itu belum lagi memasuki ruang udara Rusia ketika ia terhempas.
Tambah sumber, pesawat itu dikhautiri ditembak jatuh ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
Kementerian Dalam Negeri Ukraine dalam satu kenyataan ringkas berkata, kesemua 295 orang penumpang dan krew dalam pesawat itu kini dikhuatiri terkorban.
Pesawat itu berkemungkinan terhempas dari udara disebabkan serangan sistem anti pesawat BUK, kata sumber.
MAS pula melalui laman Twitternya menulis: "MAS telah terputus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir yang diketahui adalah di ruang udara Ukraine."
Admin
1:41 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine
Sebuah pesawat milik MAS MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia.
Pesawat tersebut membawa penumpang seramai 295 penumpang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur selepas terputus hubungan dari menara kawalan.
Video Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine
Kejadian Gadis Peugeot Putih Mengamuk
Rasanya dah kecoh 1 Malaysia pasal kes seorang gadis yang memaki hamun seorang warga tua berbangsa cina gara-gara melanggar kereta Peugeot dia dari belakang. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah pasaraya di Kuantan pada 14 Julai yang lalu.
Video Gadis Peugeot mengamuk tersebut dirakam oleh salah seorang saksi kejadian dan dimuat naik ke internet.
Video gadis peugeot tersebut mendapat cemuhan dan kritikan daripada seluruh rakyat Malaysia yang marah dengan tindakannya yang terlalu biadab memaki hamun warga tua berbangsa cina terbabit malah merosakkan kenderaan mangsa menggunakan 'Stereng Lock'
Video Gadis Peugeot Putih Mengamuk
Kejadian gadis Peugeot ini juga telah mendapat perhatian daripada pihak polis kerana diklasifikasikan sebagai 'kes buli pengguna jalan raya' dan 'samseng jalan raya' yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Alasan wanita terbabit bertindak demikian adalah dia dalam keadaan terlalu emosianal pada waktu tersebut.
---------------------------------------------------------
Hanya kerana Peugeot Putih miliknya calar dan sedikit kemik. Habis kecoh satu Malaysia...
Lepas ni dia tak kan berani lagi melenting di khalayak ramai macam kena histeria. Nasi dah jadi bubur.
Kesian kat uncle tu... bak kata orang utara... Kuajaq!
Nasihat daripada gadis pemilik Peugeot Putih kepada seluruh rakyat Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Video Pejabat YSLM Diserbu KPDNKK
Semalam ada buat story pasal sign board YSLM di Pulau Pinang akan diturunkan kerana dipercayai menjalankan Skim Cepat Kaya. Post disini
Hari ni ada pula video yangmenunjukkan pejabat YSLM ni diserbu oleh KPDNKK.
YSLM Disahkan SCAM
Pernah dengar YSLM? Atau pernah lihat papan iklan YSLM macam kat bawah?
Papan iklan YSLM di atas berlokasi di jambatan Pulau Pinang.
Kepada yang pernah dengar mengenai YSLM ni... Ok. Kepada yang tak pernah dengar atau tahu, YSLM ni dikatakan satu program yang dapat membuatkan seseorang menggandakan pendapatan dengan modal yang diletakkan dalam program YSLM ni. Tak tahulah apa maksud YSLM tu. Pernah kecoh juga pasal YSLM ni tak berapa lama hari tu dengan menunjukkan gambar orang menerima wang yang banyak.
Kalau tak silap ada juga pemberian kereta mewah secara percuma kepada ahli-ahli YSLM ni.
Di Facebook pun dilihat ramai yang mempromsikan YSLM ni.
Kalau tak silap plan dia, labur modal minima RM300, dalam tempoh 3bulan, RM300 tadi akan digandakan kepada satu jumlah tertentu.
Ada rakan sekerja yang ajak join program ni. Sebelum diajak, saya dah tahu pasal program ni tapi ada kemusykilan yang sangat besar walaupun ada beberapa gambar 'tokey' YSLM' ni bergambar dengan para menteri
1. YSLM ni jelas sangat ala-ala SKIM CEPAT KAYA
2. Tak tahu apa perniagaan yang dijalankan atau kemana wang yang dilaburkan oleh orang ramai digunakan
3. Hanya dalam tempoh 3 bulan, modal dapat digandakan.
Sangat pelik.
Hari dapat info yang papan iklan YSLM yang bertulis 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia' (Hype betul) akan diturunkan kerana disahkan haram.
Sebenarnya lelaki yang bernama Zhang Jian ni adalah warganegara China dan perniagaannya berpusat di China.
Menurut laporan The Star, YSLM telah dilaporkan haram di negara tersebut dan Zhang pernah ditahan polis sebanyak 5 kali.
Ini kerana Zhang dipercayai terlibat dengan penipuan skim cepat kaya yang menyebabkan 10,000 orang mengalami kerugian RM20 juta
-------------------------------------------------------
Yang dah join, bersabar je lah.
Lepas ni kalau nak join biz atau nak buat duit, pastikan perniagaan tu betul-betul sah dan mempunyai produk atau servis yang jelas.
Papan iklan yang gedabak besar bukan jaminan perniagaan itu sah.
P/S : Pelik macam mana YSLM boleh masuk Malaysia? Siap dapat 'Red Carpet' lagi dari para menteri. Aduhaiiiii
Note : Saya bukan skeptikal dengan program buat duit ni sebab saya sendiri ada join biz-biz online ni. Nasihat saya, kalau nak join satu-satu biz tu, periksa dahulu latar belakang biz tersebut, jangan pakai rembat je.






.jpg)








