Remaja Mati Lemas Ditarik Ombak Kuat Di Teluk Bahang
Susulan daripada berita berkenaan ombak kuat di persisiran pantai Pulau Pinang semalam, hari ini ombak kuat tersebut telah meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang ketika itu sedang berehat di Pantai Keranchut Teluk Bahang.
Sewaktu kejadian, mangsa Muaz Munawir berasal dari Muar Johor dikatakan sedang berehat bersama rakan-rakan lain selepas mengikuti aktiviti merentas hutan anjuran Kelab Ikmar Teens.
Menurut pengarah program, Mohd Hafiz abdul Hamid, pada waktu itu keadaan ombak agak bergelora dan ombak tinggi datang secara tiba-tiba dan terus menarik mangsa ke tengah laut. Mayat Muaz ditemui terapung tidak jauh dari kawasan pantai setengah selepas kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Balik Pulau untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke kampung halaman untuk dikebumikan.
-------------------------------------------
Menurut Jabatan Meterologi, keadaan laut yang bergelora adalah disebabkan perubahan angin daripada monsun timur laut ke monsun barat daya dengan kelajuan angin 40 - 50 km/j dan keadaan ini dijangka sehingga jumaat ini.
SILA JAUHKAN DIRI DARI KAWASAN PANTAI SEKIRANYA MENDAPATI LAUT BERGELORA KUAT.
p/s : Al-fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa.
Ombak Kuat Melanda Pantai Pulau Pinang
Ombak setinggi kira-kira 3.5 meter mula melanda pesisir pantai Pulau Pinang bermula jam 2 petang tadi. Kejadian yang dikatakan kedua terburuk selepas bencana Tsunami 4 tahun lepas dalam tempoh 20 tahun.
Antara kawasan yang menerima kesan ombak besar ini adalah Padang Kota Lama (Esplanade), persiaran Gurney, Batu Feringghi dan Teluk Bahang. Di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney, air laut melimpah sehingga ke atas jalan raya.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkankan fenomena ini adalah fenomena biasa berikutan perubahan angin dari monsun timur laut ke monsun barat daya yang bermula pada 4 Mei lalu.
Keadaan ombak besar yang berlaku disebabkan kelajuan angin sehingga 40 ke 50KM/J. Keadaan ombak besar ini akan berakhir sehingga Jumaat ini dan nelayan diminta untuk tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.
Gambar sekitar ombak besar yang melanda pantai Pulau Pinang (Padang Kota Lama)


Gambar sekitar ombak besar yang melanda pantai Pulau Pinang (Padang Kota Lama)


-------------------------------
Pernah lepak kat Padang Kota Lama duk tepi pantai atas tembok. Tiba-tiba....... Kebabushhhhh air laut naik atas siot! Nasib baik sempat lari... Kalau tak mandi aku....
Admin
9:19 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaHarga Petrol Ron97 Turun 10 Sen Mulai 7 Jun 2012
Sumber Harga Petrol Ron97 Turun 10 Sen Mulai 7 Jun 2012 - Kosmo! Online
---------------------------------
Mungkin berita gembira pada mereka yang menggunakan petrol Ron97. (Aku guna petrol Ron95 jer)
Harga minyak pasaran turun... Ok. Soalan aku.... Jeng jeng jeng......
1. Kita ada minyak sendiri, tapi kenapa kena ikut harga minyak di pasaran global??
2. Ok. Mungkin aku tak tahu ada pertubuhan antarabangsa yang mengawal harga import eksport minyak untuk seluruh dunia... Tapi tak boleh ker untuk pasaran tempatan harga minyak diletakkan separas dengan pendapatan isi negara? (Rakyat ler)
3. Kenapa Petrol Ron97 jer yang turun. Petrol Ron95 bukan minyak ker?
Ada sesiapa boleh jawab....?? :)
Admin
7:16 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Sumber Harga Petrol Ron97 Turun 10 Sen Mulai 7 Jun 2012 - Kosmo! Online
---------------------------------
Mungkin berita gembira pada mereka yang menggunakan petrol Ron97. (Aku guna petrol Ron95 jer)
Harga minyak pasaran turun... Ok. Soalan aku.... Jeng jeng jeng......
1. Kita ada minyak sendiri, tapi kenapa kena ikut harga minyak di pasaran global??
2. Ok. Mungkin aku tak tahu ada pertubuhan antarabangsa yang mengawal harga import eksport minyak untuk seluruh dunia... Tapi tak boleh ker untuk pasaran tempatan harga minyak diletakkan separas dengan pendapatan isi negara? (Rakyat ler)
3. Kenapa Petrol Ron97 jer yang turun. Petrol Ron95 bukan minyak ker?
Ada sesiapa boleh jawab....?? :)
Fenomena Planet Zuhrah Melintasi Matahari
Fenomena planet Zuhrah melintasi matahari atau dikenali sebagai Transit Zuhrah adalah satu fenomena yang hanya berlaku sekali dalam tempoh 100 tahun.
Pada 6 Jun 2012 telah berlaku fenomena Transit Zuhrah ini dan ianya dapat disaksikan di seluruh negara pada fasa-fasa tertentu bergantung pada lokasi dimana fenomena tersebut berlaku. Menurut Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara, Lau Chen Chen, fenomena Transit Zuhrah kali ini bermula pada jam 6.09 pagi, berakhir pada jam 12.49 tengah hari dan berada pada fasa maksimum (planet zuhrah berada tepat pada lingkaran matahari) pada jam 9.29 pagi.
Penduduk Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa transit zuhrah ini kerana matahari terbit sebelum berlakunya fenomena transit zuhrah tersebut.
----------------------------------
Aku sendiri baru tahu fenomena planet zuhrah mellintasi matahari atau transit zuhrah ni... Pernah tengok gerhana matahari jer dulu waktu sekolah rendah :)
p/s : Rugi tak tengok. Nak tengok cam ner aku kat dalam kilang waktu tu.... :(
Admin
2:13 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTOKYO - Sekumpulan penyelidik Universiti Tokyo, Jepun berjaya mencipta gogal untuk digunakan semasa diet bagi tujuan untuk menguruskan badan.
Gogal tersebut akan menyebabkan si pemakainya mendapati sekeping biskut kecil yang dipegangnya mempunyai saiz lebih besar.
Terdapat kamera pada gogal itu yang menghantar imej biskut kecil tersebut kepada komputer.
Komputer tersebut kemudian akan membesarkan imej biskut yang kecil itu.
Dalam beberapa eksperimen yang diadakan, sejumlah sukarelawan didapati berjaya mengurangkan pengambilan biskut hampir 10 peratus.
Keadaan itu berlaku kerana biskut yang dimakan mereka kelihatan 50 peratus lebih besar.
Seorang penyelidik di universiti tersebut, Profesor Michitaka Hirose berkata, teknologi itu menunjukkan komputer boleh digunakan untuk memperdayakan minda manusia.
Namun, pasukan penyelidik tersebut masih belum memutuskan untuk mengkomersialkan ciptaan mereka itu. - Agensi
Sumber Kaedah Baru Untuk Diet - Kosmo! Online
------------------------------------------
Perut hanya memproses makanan yang dimakan untuk dihadam serta memberikan tenaga pada tubuh. Otak akan membuat tafsiran serta memberitahu perut bahawa makanan yang diambil telah mencukupi.
Diet secara sihat tanpa memudaratkan badan dengan menahan lapar serta pengambilan ubat-ubatan yang mempunyai bahan kimia.
Kalau dikomersialkan, berapa harganya ya agak-agak :)
p/s : Respect kat orang jepun sebab ilmu teknologi diorang hebat walaupun bahasa inggeris diorang hancur!










