Assalamualaikum rakan-rakan. Apa kahabar semua? Moga sihat-sihatlah hendaknya yer. Nampaknya prestasi aku dalam berblog ni agak menurun sejak dua menjak ni. huhu.... Tahu kenapa? Tahu tahu tahu?? :P
Korang percaya tak melalui blog, seseorang itu mampu membentuk dirinya dari yang kurang baik ke arah yang lebih baik? Dunia blog ini bolehlah dianggap satu medium komuniti dimana kita saling memberi, menerima dan berkongsi satu-satu pendapat di antara satu sama lain. Sedar atau tidak perkongsian itu sebenarnya mampu membentuk diri seseorang itu ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, jika sebelum ini seseorang itu merasakan pendapatnya tidak didengar oleh orang lain, melalui blog mungkin pendapatnya itu dapat disuarakan dan apabila pendapatnya itu diterima, ianya sedikit sebanyak mampu membina keyakinan diri didalam diri blogger itu.
Dari aspek lain jika seseorang itu merasakan mungkin hanya pendapat dia sahaja yang betul, mungkin melalui blog dia mula sedar bahawa masih banyak pendapat-pendapat orang lain diluar sana yang masih boleh diterima pakai dan mungkin lebih baik dari pendapat dirinya dan ini akan membuat kan dirinya belajar menerima pendapat orang lain.
Itu mungkin dari segi perkongsian pendapat dan pembinaan keyakinan diri seseorang itu melalui blog. Bagaimana pula dengan pembentukan diri seseorang itu? Sebagai contoh, kesedaran sivik. Jika sebelum ini seseorang itu seorang yang mementingkan diri sendiri dengan melakukan kerosakan itu ini, membuat pencemaran atau lain-lain. Mungkin melalui blog dia dapat berubah. Bagaimana blog mampu mengubah diri seseorang itu? Contoh seseorang itu mempunyai blog dan sering melakukan blogwalking. Contoh artikel yang dilawati "Vandalisme, bangsa yang merosak" dan pelawat itu meninggalkan komen "Ya. Aku setuju pendapat ko, budak-budak yang suka buat kerosakan ni memang tak ada otak!" Sedar atau tidak komennya itu mampu menghalang dirinya dari melakukan kerosakan jika sebelum ini dia sering melakukan kerosakan. Bagaimana? Saat dia ingin melakukan kerosakan, dia akan terfikir kembali komen yang pernah diberikan. Dia bagi komen budak-budak yang buat kerja kerosakan atau vendalisme ni tak ada otak. Jadi jika dia buat juga maknanya dia tak ada otak lah dan dia menipu diri dia sendiri! Cakap tak serupa bikin! Betul tak? So dari situ sudah wujud kesedaran didalam diri dia melalui artikel tersebut. Orang kata, budak-budak macam ni semakin dimarah, semakin dibuatnya. So cuba cara psikologi macam ni pula. Kan. Ini contoh jer lah. Banyak lagi contoh sebenarnya.
So, dengan blog ini sememangnya mampu membentuk diri seseorang itu daripada negatif kepada yang positif.
Kalau kat dunia realiti ni orang kata, ikut orang yang baik, kita pon akan jadi baik dan sebaliknya. Samalah dengan blog. Dia nak bina kreabiliti diri dia mestilah tunjukkan sikap yang baik walaupon dia tu kurang baik. Dari situ sedikit sebanyak akan membentuk dirinya sendiri. Ada juga jasa blog ni kan? Bukan sekadar nak tarik traffik dapat duit. Muahaha..
P/S : Contoh vandalisme di atas bukan aku erk. Tapi aku ngaku la selama berblog ni ada juga perubahan dalam diri aku. Kalau sebelum ni aku memang banyak tak tahu tentang satu-satu perkara tu, melalui blog banyak yang aku belajar. terutama dalam penambahbaikan kualiti hidup. Ngeeee Admin 2:22 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
![]() |
| IPanelonline |
Sape nak buat duit online sila angkat kedua-dua belah kaki selama 10 saat tanpa duduk atau menampan menggunakan tangan! Huhuhu....
Tengah-tengah aku berblogwalking, aku terjumpa satu entry ni di blog Sissyira yang menceritakan tentang program jana wang online IPanelonline.. Disebabkan aku ni addict la juga tentang duit ni, aku pon try la lawat laman web IPanelonline ni... Merayap-rayap jap dalam laman web tu, rupa-rupanya program jana wang ni adalah program survey. Program Survey k, bukan "Paid Per Survey" Kenapa aku cakap bukan Paid Per Survey sebab survey yang dilakukan tidak terus dibayar sebaliknya diberikan mata atau point. Maksudnya kena kumpul point dululah baru boleh ditukarkan kepada hadiah atau wang tunai. Nilai minima point atau mata yang diperlukan untuk menebus mata ganjaran adalah serendah 520 mata. Bersamaan........... RM5!!
Ayak! penat wei nak kumpul 520... dapat RM5 jer.. Huhuhu...
Rayap punya rayap, aku pon try lah join.... Sebab...... Pendaftaran percuma baiii... Kalau dah percuma tu, cuba jer lah kannnn.... Bukan aku kuar duit pon. Huhuhu.... Apabila korang mendaftar, korang akan terus mendapat 50 mata dari pendaftaran korang tu...
Daripada apa yang aku baca didalam laman web tu, ada dua cara untuk mendapat point iaitu
1. Membuat survey
Setiap survey yang dilakukan, korang akan mendapat point. Nilai point adalah bergantung kepada tahap kesukaran satu-satu survey tersebut. Setakat ni yang aku tengok paling tinggi 5 point satu survey. Senang jer survey dia. Objektif.
2. Mencari Referral.
Referral adalah orang yang mendaftar dibawah korang. Setiap seorang berjaya mendaftar dibawah korang, korang akan mendapat 50 mata. So Referral income ni la yang nak buat duit pon kan...
Belajar dari pengalaman.... Aku pon tanyalah pakcik Google pasal IPanelonline ni samada ianya Scam atau pon tidak. Aku tengok IPanelonline ni macam baru lagi di Malaysia ni. Rata-rata ramai yang masih belum tahu akan kewujudan program jana wang ni. Disebabkan masih baru... So tak jumpa lagilah suara-suara sumpah seranah tak dapat cash-out kan. Rata-ratanya dapat cash-out.. Tak tahulah pada masa akan datang pulak.
Waktu aku masuk laman web IPanelonline ni, aku agak pelik dari segi bahasa melayu dia. Rasa-rasa budak darjah 6 lagi bagus tatabahasa dia. Muahahaha... So aku pikir yang memperkenalkan program jana wang ni adalah orang cina Malaysia sebab ada sikit-sikit tulisan cina. Rupa-rupanyaaaa..... Betul la apa yang aku pikir tu.... Orang cina yang buat program ni! Tapi...... Bukan cina Malaysia, cina ori punya ni. Shanghai mariiii
Refer sini. Program ni dah wujud sejak 2004! Dah 7 tahun!! Dan program ni bukan setakat di Malaysia, malah dah masuk beberapa negara-negara lain seperti New Zealand, Australia, Korea Selatan, Vietnam, India, Indonesia dan banyak lagi.
Setakat tu jer la yang aku selidik. Kalau korang nak selidik lagi Lawatlah laman web IPanelonline ni. Kalau rasa nak buat duit, cuba jer lah register. Benda percuma jer pon.... Lagipula rasa peluang tu cerah kot, sebab masih baru dan tak ramai yang tahu pasal IPanelonline ni. Cari referral banyak-banyak. Ajak satu kampung join korang. muahahahahahaha....
-------------------
Promote yer yer jer aku ni kan. Aku tak la addict sangat. Tak la berharap sangat program jana wang macam ni. Sebab macam ada baur-baur Scam kan. Tapi try jer lah. Benda percuma. Untung batu tenggelam..Untung sabut timbul... Huhuhu.. Agak-agak dengar benda ni Scam. Stop jer lah.. huhu
| Innit - Nuffnang |
1. Teknik ini hanya untuk mereka yang benar-benar serious didalam dunia blogging (Complicated!!)
2. Teknik ini hanya untuk mereka yang ingin upkan traffik dari Nuffnang
3. Teknik ini hanya untuk mereka yang RAJIN!!
4. Teknik ini memerlukan KEJUJURAN!!
-------
Salam sahabat-sahabat sekalian.
Kali ni aku nak dedahkan satu teknik yang mana MUNGKIN mampu menggandakan sedikit traffik blog korang daripada Nuffnang. Idea ni sebenarnya aku dapat 2 hari lepas sewaktu aku nak balik kerja. Waktu tu hujan lebat, aku berenti kejap untuk berteduh dan waktu tu lah idea ni datang. Cumanya aku tak sempat nak update entry aku pada hari tersebut.
Aku tak pastilah kalau teknik ni dah pernah didedahkan atau pon tidak sebelum ni sebab aku tak pernah jumpa lagi lah teknik ni di mana-mana blog yang aku terjah dan belum ada yang buat teknik ni aku tengok di Innit.
Kenapa ada amaran untuk entry ni? Teruskan pembacaan korang....
Bagaimana caranya untuk mencuri atau mendapatkan atau upkan traffik dari nuffnang?
Teknik yang aku nak kongsikan ni adalah berkait rapat dengan featured post dan nang.
![]() |
| Innit - Featured Post |
Teknik 1 : Submit entry pada waktu yang tepat!
Aku pernah terbaca didalam satu blog (aku tak ingat blog apa sebab dah terlalu lama), katanya kalau nak mendapatkan nang yang tinggi dan seterusnya entry blog tersebut terpapar didalam featured post. Seeloknya submit entry di Innit selepas atau sekitar jam 12 malam. Ini kerana pada jam 12 malam. Innit akan update entry-entry baru yang di ping untuk tarikh yang baru. Bermaksud, entry di featured post pada 1 Mac 2011 (Contoh) akan digantikan dengan entry yang baru untuk tarikh 2 Mac 2011. Jadi sekiranya entry korang dihantar pada jam 12 malam, entry korang tu adalah yang terawal. Apabila menjadi yang terawal, ianya akan terpapar didalam featured post walaupon entry tu hanya mendapat beberapa nang sahaja kerana pada tarikh yang baru, entry nang yang tertinggi dikira dari 0 nang. Jadi jika entry tersebut mendapat 5 nang, ianya pasti akan terpapar di dalam featured post, betul?
Namun begitu faktor tajuk dan juga entry itu sendiri perlu memainkan peranannya jika ingin kekal lebih lama didalam featured post. Kalau tajuk "Kucing saya lahirkan 5 ekor anak", rasanya susah sikit la kot :P
Teknik 2 : Interaction
Aku namakan teknik 2 ni sebagai interaction sebab ianya lebih kepada persetujuan diantara 1 pihak dengan pihak yang 1 lagi. Iaitu admin entry dengan pembaca. Bagaimana? Gunakan ruang komen sebagai senjata!!
Jika kita klik pada satu-satu tajuk entry tu, kita akan dibawa pada satu page yang menunjukkan description tentang entry tersebut terlebih dahulu sebelum dibawa terus ke blog tersebut. Bukan? Pada page description tu ada ruang komen bukan? Sebagai admin untuk entry korang tu.... Tulis ayat ni "Kepada nanger, blog anda pasti diterjah! Entry anda akan di nang!" Dengan komen ini, ianya akan membentuk satu interaksi diantara admin entry dengan pembaca bukan? Walaupon teknik ini kosepnya lebih kurang "u follow me, i follow u" Tetapi ianya membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.
"Win-win situation", walaupon dengan cara ini berkemungkinan pembaca itu hanya ingin mengambil kesempatan sahaja agar entry dia juga akan mendapat nang yang tinggi dan seterusnya terpapar didalam featured post dengan hanya nang entry korang tetapi tidak melawat pon blog korang, korang masih mendapat kelebihan dimana korang mungkin mendapat nang yang tinggi juga dan entry korang terpapar didalam featured post. Didalam keadaan ini. Tajuk entry pula yang akan memainkan peranannya.
Itu jika pembaca itu hanya ingin mengambil kesempatan. Jika dia sememangnya melawat ke blog korang, dah dapat 1 pelawat dari Innit. Kalau pembaca tu hanya nang, kita pon nang sajalah juga. Kalau dia melawat, kita lawat lah balik. Kalau dia komen, kita pon komen lah balik :) Tapi.................. Sila bersikap jujur ok! Janganlah member tu nang, korang tak nang balik. Benda ni sebab dah dibuat perjanjian kan kat kotak komen.
Dah baca amaran aku tadi kan? Complicated...? Sanggup buat untuk traffik...? Rajin tak nak terjah setiap blog mereka yang nang entry korang? Jawapannya...........
Hanya untuk mereka yang benar-benar serious didalam dunia blogging!!
Aku sendiri tak sure aku mampu atau tidak buat teknik ni. But at least aku kongsi idea aku ngan korang kan. Kan kan kan :P Jom test market!!! :D
Kalau teknik ni menjadi, kena lantik seorang PA... Pening rasanya. Entry ni pon dah buat aku pening. huhuhu... Admin 12:50 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
![]() |
| Webmaster Tool |
Salam. Hari ni aku nak kongsi secubit
Selain menyenaraikan blog ke dalam Google, Google Webmaster Central/Google Webmaster Tool ini mampu memberikan guide atau panduan untuk blogger atau pemilik laman web untuk mengoptimalkan lagi satu-satu laman web atau blog.
Tanpa menggunakan ayat yang berbunga-bunga. Aku terus listkan step-step dia ok.
1. Buka Google Webmaster Tool
2. Log-in menggunakan akaun Gmail. (Jika masih tiada akaun Gmail, daftar disini)
3. Setelah log-in, klik butang "add a site" dan masukkan nama blog korang.
![]() |
| Webmaster Tool - Home |
4. Setelah itu, page "Verify Ownership" akan keluar. Page ini adalah untuk mengesahkan bahawa korang adalah pemilik blog yang ingin didaftarkan. Terdapat 4 pilihan untuk membuat pengesahan.
![]() |
| Webmaster Tool - Verify ownership |
i. Add a Meta Tag to your side's Home Page
Memasukkan kod pengesahan ke dalam HTML page blog (Rujuk arahan)
ii. Add a DNS record to your domain's configuration
Option ini adalah untuk mereka yang menggunakan webhosting berbayar (Rujuk arahan)
iii. Link to your Google Analytic account
Option ini boleh digunakan sekiranya pada pada server atau HTML page satu-satu blog itu mempunyai Google Analytics tracking code. Jika tiada, pengesahan tidak dapat dilakukan.
iv. Upload an HTML file to your server
Option ini boleh digunakan sekiranya korang menggunakan webhosting berbayar (Rujuk arahan)
**Untuk pengguna blogspot, sila gunakan pilihan pertama dan rujuk arahan yang diberikan. (Save dahulu template sebelum memasukkan kod pengesahan sebagai langkah berjaga-jaga sekira berlaku kesilapan)
5. Setelah langkah-langkah pengesahan telah dilakukan. Klik butang "veify". Jika tiada error. Blog tersebut telah pon disahkan dan "Dashboard" untuk blog tersebut akan keluar. Klik pada "more" pada bahagian Sitemaps.
![]() |
| Webmaster Tool - Dashboard |
6. Page Sitemaps akan keluar. Klik pada "Submit a Sitemap".
7. Copy dan masukkan satu persatu RSS/Sitemaps dibawah dan masukkan ke dalam kotak "Submit a Sitemap" dan klik "Submit Sitemap" untuk setiap satu RSS/Sitemap.
i. /at
ii. /at
iii. /fe
iv. /fe
v. /fe
vi. /rs
vii. /rs
Apabila sudah selesai kesemuanya, kesemua RSS/Sitemap akan tersenarai seperti ini
![]() |
| Webmaster Tool - Sitemaps |
Setiap kali ada entry baru. Resubmit kesemua Sitemap yang telah dilistkan. InsayAllah dalam masa 1-2 hari, entry korang akan tersenarai didalam enjin carian Google.
P/S : Tersenarai didalam enjin carian tidak bermaksud tersenarai didalam page pertama enjin carian. Masih banyak faktor yang mempengaruhi penyenaraian satu-satu blog atau laman web itu didalam enjin carian Google.
P/S/S : Otai-otai sifu kalau ada salah silap tolong tegur.... Den bukan arif sangat. huhu Admin 11:41 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
![]() |
| SEO Consultant |
Entry ni bukanlah aku nak cerita tentang apa itu SEO. Aku nak cerita, aku sendiri pon tak khatam bab SEO ni. Senang citer SEO ni adalah singkatan untuk Search Engine Optimization. Ianya adalah teknik-teknik didalam mengoptimalkan web untuk tersenarai didalam enjin carian. Nak bagi lagi 'senang' cerita....bukan 'senang' untuk mengoptimalkan laman web tu supaya sentiasa tersenarai di dalam enjin carian terutama page pertama enjin carian tersebut kerana kedudukannya sentiasa berubah-ubah. Kenapa boleh jadi macam tu... Jangan tanya aku :P
Apa pula SEO Consultant? Consultant bermaksud penasihat. Penasihat SEO ni bermaksud membantu pemilik-pemilik laman web ini untuk menyenaraikan laman web mereka di dalam enjin carian. Nasihat disini bukan macam bagi nasihat la tapi lebih kepada diorang setkan atau optimalkan laman web tersebut untuk disenaraikan didalam enjin carian. Dan sudah tentu ianya bukan percuma. Ada yang mengenakan bayaran bulanan iaitu consultant ni sentiasa memantau perkembangan satu-satu laman web tersebut. Ada pula yang mengenakan hanya sekali bayaran dimana mereka akan berikan tip-tip atau software untuk mengoptimalkan laman web supaya tersenarai didalam enjin carian dan kita lakukan tip-tips itu sendiri. Persoalannya..... Berbaloikah menggunakan servis-servis mereka ini? Berbaloikah melaburkan duit untuk mendapatkan servis-servis dari SEO consultants ini?
Mungkin ada penyedia-penyedia servis ini yang sememangnya mampu membuatkan satu-satu lama web tersebut tersenarai didalam enjin carian tetapi perlu berhati-hati kerana bimbang sekiranya mereka menggunakan teknik yang salah atau 'Black Hat' yang mana satu-satu laman web tersebut mungkin akan di banned oleh Google.
Sekiranya korang pernah terjumpa laman web laman web yang menyediakan servis seperti ini yang menyatakan bahawa mereka mampu menyenaraikan laman web di tangga teratas enjin carian, Kemungkinan ianya hanyalah gimik semata-mata. Mereka mungkin hanya ingin mengaut keuntungan sahaja dengan alasan kita tidak tahu untuk mengoptimalkan laman web tersebut.
Betul SEO ini sukar dan ramai yang tidak tahu teknik-teknik SEO ni termasuklah aku. Tetapi rasanya banyak sumber-sumber yang boleh didapati yang menyediakan tips-tips SEO ini tanpa sebarang bayaran yang mana jika kita mengikut teknik-teknik yang betul, tidak mustahil untuk membuatkan laman web tersebut tersenarai didalam enjin carian. Sanggup tak sanggup jer. Blogger di Malaysia ni pon ramai yang hebat-hebat dan pakar-pakar SEO. Google jer dan pasti akan terjumpa tips-tips yang diorang bagi
Disini aku ada senaraikan antara laman web laman web yang dirasakan boleh dijadikan panduan untuk mengoptimalkan laman web dan ianya adalah percuma.
Banyak lagi rasanya laman web laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk mengoptimalkan laman web ni, rasanya 3 ni pon dah cukup.. tu pon tak terkejar rasanya.
P/S : Aku pon buta SEO der...benda ni sajer la nak kongsi...kan kan kan. Tak salah kan... Ada sesaper nak sekeh kepala aku? :P
Admin
12:50 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia















