Dimanakah Terletaknya Nilai Wang?
Dimana terletaknya nilai wang?? Soalan mudah budak umur 12 tahun pun rasanya boleh jawab. RM1 dengan RM10 tentu lah RM10 lebih besar nilainya bukan? Tapi aku bukan nak cakap 'nilai' tu.
'Nilai' yang aku maksudkan adalah adakah nilai wang yang kita keluarkan itu mampu memberi impak kepada orang lain? Aku sendiri jadi pening dengan soalan aku sebenarnya.... Jadi untuk bagi korang faham maksud aku dan bagi aku memudahkan lagi untuk korang faham jom baca cerita kat bawah

RM5 kecil atau besar?? Kecil pada kita mungkin. Kecil atau besar nilai wang itu bukan ukuran, tetapi nilai keikhlasan. Mungkin RM5 terlalu kecil pada kita tetapi besar pada orang lain dan keberkatan ibu bapa tidak ternilai.
Aku suka kata-kata daripada 'pelakon sebenar' cerita di atas yang aku olah sikit
p/s : Aku sendiri dah lama tak hulur kat orang tua aku :( Jom hulur!
Admin
3:09 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTips Panduan Buat Duit Dari Blog
Rasanya sekarang ni ramai yang ada blog. Budak umur 12 tahun pun da ada blog rasanya. Ada yang saja-saja buat blog isi masa lapang, kongsi cerita tu kongsi cerita ni, ada yang buat blog nak cari kawan-kawan blogger yang lain, ada juga yang nak buat duit dari blog.
Aku sendiri rasanya dah nak dekat 5 tahun aku kenal dunia blogging ni. Mula-mula dulu buat blog sebab terbaca satu artikel berkenaan 'buat duit dari blog'. Padahal waktu tu apa kebenda blog aku pun tak tahu. Hahaha... Tapi dah lama-lama, baru la aku kenal apa itu blog walaupun cuma 1% :P
Dan baru tahu bukan senang sebenarnya nak buat duit dari blog. Sesapa yang baru nak berblog, baru kenal apa itu blog, rasa nak buat duit dari blog, simpan dulu impian tu dalam peti besi.
Pernah tak korang dengar atau rasa macam keadaan dibawah.
"Saat kita mencari sesuatu barang yang kita nak pakai atau guna waktu tu, memang tak jumpa.
Tapi bila kita dah tak cari benda tu, benda tu akan datang tanpa di cari"
Inilah perumpamaan dalam dunia blogging ni kalau ada impian nak buat duit dari blog.
Maksudnya, kalau kita berniat nak buat duit dari blog, duit tu tak kan datang, kalau datang pun ak banyak.
Tapi kalau kita berblog dengan ikhlas, InsyaAllah duit tu akan menyusul walaupun kita tak cari.
Berblog dengan ikhlas? Macam mana tu? Yang ikhlas tu yang susah tu. Aku sendiri fail dalam bab ni. Dalam blog, pelawat tu yang penting (kalau nak buat duit dari blog la) Kalau buat blog syok sendiri, pelawat tu belakang kira. Jadi bila nak pelawat, buat la entry-entry yang dapat memberi kebaikan dan juga manfaat atau input kepada pembaca dan keikhlasan tu terletak pada sejauh mana kita nak bagi input, kebaikan atau manfaat tu kepada pembaca (Ketepikan bab SEO sekejap). Bila content blog berkualiti, tanpa diminta, akan ada pembaca yang akan follow blog tersebut, dan dari situlah pelawat akan bertambah dan kreabiliti/kepercayaan akan meningkat dan seterusnya pelawat akan bertambah, bertambah dan bertambah.
Jadi nak berblog cara ikhlas atau telus, income simpan dalam peti besi, pelawat letak no 2, kualiti content no 1. (Ketepikan bab SEO sekejap)
Aku teringat kata-kata Mentor Kejayaan dan Kekayaan No 1 Malaysia, Dr Azizan Osman
"Kalau nak buat bisnes, jangan fikir banyak mana duit yang akan datang, tapi fikir macam mana kita nak tolong orang"
Ni pula kata-kata dari blogger luar negara yang berjaya
"Don't focus on having a great blog. Focus on producing a blog that's great for your readers" Bryan Clark - Copyblogger.com
Macam mana entry ni terhasil???? Aku tak fikir pun nak buat entry bertajuk Tips Buat Duit Dari Blog. Tajuk lain mulanya....Tajuk tu adalah.....
Bersambung............
* Bukan nak tunjuk pandai sebab aku ni bukan blogger pandai pun. Sekadar kongsi apa yang terlintas di minda.
** Ketepikan bab SEO sekejap = SEO satu bab special dalam blogging
Admin
7:09 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia** Ketepikan bab SEO sekejap = SEO satu bab special dalam blogging
Jualan Tudung Online | Chenta Creative HIJAB
Chenta Creative HIJAB merupakan gedung jualan tudung atau hijab yang dijalankan secara online menggunakan medium Facebook. Berpangkalan di Melaka.
Selain menjual tudung yang sudah sedia siap, Chenta Creative HIJAB juga sedia menerima tempahan jika pembeli tersebut inginkan tudung berdasarkan warna dan corak pilihan yang diinginkan.
Sekiranya anda gemar mengumpul tudung, silalah ke Page Chenta Creative HIJAB dan like page tersebut.
Chenta Creative HIJAB ini diusahakan oleh isteri kepada seorang rakan blogger saya yang tidak pernah jemu bertandang ke blog ini. En Fairus.
Petua Untuk Anak Jadi Pintar
Banyak iklan di TV bagi anak minum susu tu minum susu ni supaya anak jadi pintar. Walaupun aku ni belum ada anak, anak kucing pun tak ada, tapi rasanya susu susu komersial ni pun boleh tahan mahalnya. Semakin mahal susu, semakin pintar anak kerana kandungan susu itu mampu meransang perkembangan sel-sel otak...Ewah ayat.
Itu cara moden, jom kita lihat petua orang-orang dulu dalam mendidik anak supaya anak jadi pintar, soleh/solehah dan mendengar kata yang mana waktu tu mak-mak kita bagi susu gantung jer :D
1. Baca "Ya Latif" (Maha Lembut) sebanyak 100 kali dan hembus di ubun-ubun anak setiap malam sewaktu anak tidur. Supaya hati anak lembut dan mendengar kata. InsyaAllah
2. Baca Al-Fatihah 1 kali
3. Baca Alam Nasrah 1 kali
4. Bercakap-cakap dengan anak sewaktu anak tidur. Memberi nasihat misalnya dengan menyebut nama penuh anak dan berbintikan si ibu. (Baru nak dapat anak, bagilah anak nama yang baik yer)
5. Sapu air lebihan wudhu' pada muka dan ubun-ubun anak
Apa Itu Penyakit HIV?
Ramai yang gerun tatkala mendengar perkataan HIV atau Human Immunodeficiency Virus. Penyakit yang tiada ubat dan membawa maut. Ramai yang sudah sedia maklum penyakit ini menyerang mereka yang mengamalkan gaya hidup bebas yang sering bertukar pasangan serta berkongsi jarum (penagih dadah). Yang lebih menyedihkan, ada segelintirnya menanggung penyakit ini akibat perbuatan orang lain seperti perbuatan suami yang sering bertukar pasangan di belakang isteri atau jururawat atau doktor yang tidak berhati-hati semasa melakukan pemindahan darah (Pernah jadi kes)
Admin
2:30 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia![]() |
| Petikan SinarHarian 21 Feb 2013 |
Kaedah Baru Merawat Penyakit HIV
Sekumpulan Saintis dari Universiti Washington di St Louis, US berjaya menemui rawatan baru bagi menyembuhkan penyakit HIV iaitu menggunakan racun lebah.
Saintis, Joshua L Hood berkata, racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus HIV dengan tindak balas darah manusia.
Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus.
Melittin dan partikel nano tidak akan menjejaskan sel manusia kerana ianya hanya bertindak balas pada virus HIV.
Kaedah ini dikatakan lebih berkesan daripada rawatan anti-retroviral yang hanya membantutkan pertumbuhan virus dalam badan kerana kaedah ini menghapuskan kehadiran virus tersebut.











