Ayak!! 2 3 hari ni aku rasa semangat untuk aku berblog, berblogwalking dan membuat entry baru agak kurang. Aduyaiiii..... Korang pernah rasa semangat korang untuk berblog kurang tak? Atau semangat tu lenyap terus?? Kalau kurang ok lagi der.... Kalau lenyap tu tak dapat den nak tolong.... huhu.....
Admin
1:09 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Aku nak tanya korang... Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi semangat korang untuk berblog? Dah buat entry beratus juta juta jutaaaaa, tapi tak ada pelawat atau komen... Ataupon semangat down bila tengok statistic pelawat yang ciput dan tak naik-naik... Atau cita-cita korang tak tercapai (Income nuffnang tak berganjak-ganjak :P ) Atau korang tiba-tiba mula rasa yang berblogging ni adalah satu kerja yang sia-sia yang tak mendatangkan apa-apa pekdah. Hm..... Fikir-fikir pas tu mai habaq kat ceq na... wakakakaka...
Aku rasa faktor yang mempengaruhi semangat seseorang tu berbeza mengikut apa yang ingin seseorang tu capai. Tul tak?
Macam aku semangat aku agak berkurang bukan sebab pelawat, aku tak kisah sangat pelawat aku tak ramai sebab blog aku ni hanyalah blog picisan jer. huhu... Nak kata aku down sebab entry aku kurang mendapat komen... Aku rasa ok la pada aku dengan bilangan mereka yang memberi komen pada entry-entry aku... Terima kasih la aku ucap kepada korang yang sudi meninggalkan komen kat entry aku. Semangat boleh down wwwoooo kalau tengok entry tak der komen... Rasa macam orang tak sudi jer baca karya aku. wakakakaa Bagi aku la kan. hehe... Semangat aku down sebab nuffnang aku ciput?? Aku tak letakkan harapan yang tinggi sangat la untuk aku meraihkan ratusan ringgit dari blog ni apalagi ribuan.... Tapi kalau convert ker rupiah ada la sikit harapan tu. hahahaha
Semangat aku agak down sebab aku tak banyak masa untuk blog aku sekarang. Kalau dulu hampir masa terluang aku, aku ngadap blog aku ni... Waktu tu berblogwalking pon rajin. Sekarang malas sikit derr.. Aduhhh.... Eh... yang aku tulis ni faktor mengurangkan semangat ker? Aku rasa macam effect semangat down jer. huhu..... Aku tak tahu semangat aku down sebab apa.... Tapi sekarang ni memang tak selincah dulu sangat la. Bukan apa, aku ada satu projek yang aku nak buat.... Projek juta juta jutaaaa punya. hehe Yang aku rasa agak menarik juga la. Tapi ada masalah la pulak dengan projek aku tu yang membuatkan aku terpaksa tarik sikit komitmen aku tuk blog ni kepada projek aku tu. hehehe.. Mungkin bila projek aku tu dah ok, baru la aku fokus kat blog aku ni balik..... Buat masa ni, entry tetap aku buat.... Tapi blogwalking kurang sikit kot melainkan kepada korang-korang yang meninggalkan komen kat entry aku dan melawat blog aku ni. Aku nak senaraikan nama tu ada la dalam 20 orang yang setia melawat blog aku ni :)
Jap... Korang rasa masalah aku ni berkaitan dengan semangat aku atau kekangan masa aku? Aku rasa macam kekangan masa jer tapi apasal aku letak tajuk pasal semangat?..... Hm korang mesti pening plus keliru baca entry aku ni kan... Kalau korang pening............................... Aku pon nak tumpang pening..... wakakakakakakakkakaka... Lelaki ada penyakit meroyan tak sebab aku rasa aku nak meroyan jap. hehe
Kalau projek aku menjadi, aku kongsi ngan korang. Kalau tak jadi diam-diam jer la yer. huhuhu..... Projek juta juta jutaaaaaaaaaaa tuuuuu... (Gurau jer... Tak der la juta juta. hehe)
Air Asam Air Cincau
Aku nak Cau!!! :P
Aku rasa sejak 2 menjak ni aku kurang berblogwalking. Hanya pada mereka yang tinggalkan komen di dalam entry aku jer yang aku terjah. Kekangan masa. Aduh. Tak per, nanti aku set time untuk aku berblogwalking. huhu.....
Agak-agak ada yang marah tak ngan tajuk entry aku ni? Kalau ada yang nak marah, boleh, tak ada masalah, tapi sila baca sampai habis entry aku ni dulu. Okayy....
Mengisahkan tentang seorang rakan baik/rakan sekampung aku yang kini membuka gerai makanan. Aku pernah cerita tentang kawan aku ni dalam entry aku yang lepas-lepas. Lama dah. Gerai makanan yang kawan aku buka ni kecil-kecilan jer dan baru jer dibuka. Kawan aku ni memang dari kecil duk bergelumang dengan kedai makan jer... Kalau waktu aku menuntut di Ipoh dulu, dia kerja dengan mak sedara dia... Pas tu, kerja ngan abang dia, sekarang buka gerai sendiri. Banyak juga pengalaman dia ni. Bukan senang beb nak buka bisnes. Dengar macam dia dah berjaya kan. Korang silap!! Ini lah yang aku nak kupas sikit tentang dunia perniagaan di kalangan kita bangsa MELAYU.
Kalau ada dikalangan korang yang ada latar belakang perniagaan ni pasti korang tahu macam mana peritnya untuk membangunkan sesuatu perniagaan bukan. Tidak semudah yang disangka. Tidah semudah seperti yang diungkapkan juga. Tanpa semangat yang kuat, sesuatu perniagaan itu terlalu mudah untuk jatuh di tengah jalan.
Aku rajin juga lepak di kedai kawan aku tu. Sembang-sembang ngan dia. Aku tanya la, macam mana perniagaan. Kawan aku cakap, "Slow la Amry, 2 minggu yang pertama jer ok, pas tu slow". Aku tanya lagi kenapa... kawan aku tu hanya tersenyum. Tanpa menjawab soalan aku tu, dia tanya aku satu soalan. Soalan yang tak ada kena mengena langsung dengan perniagaan. "Lampu kalau tak dihidupkan suis, menyala tak?" Aku jawab tak. Dia tanya lagi "Lampu kalau tak ada satu kabel pon kat rerumah dia, tak ada starter dia, menyala tak?" Aku jawab tak juga. Aku makin pelik. Apa kena mengena dengan lampu lak ni. Kawan aku tu tersenyum jer tengok aku yang dalam keadaan terpinga-pinga... Aku yang tak puas hati aku tanya la, apa kena mengena lampu ngan perniagaan dia. Dia jawab "Ada orang kacau perniagaan aku Amryyyy....." Aku masih tak paham. Dia jawab lagi sebab tengok aku dalam keadaan masih mengong-mengong. "Ada orang kacau perniagaan aku Amryyy...." Ah sudahhhh.... Sapa pulak nak aniaya kawan aku ni? "Selalu kalau ada benda-benda halus ni, salah satu tanda yang dia ada adalah lampu. Dia suka main-main ngan lampu/elektrik untuk bagitahu yang dia ada disitu" Kawan aku terangkan. Tetiba la plak bulu roma aku meremang. Kawan aku bagitahu orang yang aniaya dia buat yang orang lain tak nampak kedai dia.... Pernah sekali aku tolong member aku ni cek lampu dia, memang pelik. Tak ada apa-apa masalah, tapi lampu tak menyala. Tukar ngan lampu lain menyala. Test balik lampu yang tak menyala tadi kat suis lain, menyala. Tak pelik? Rasa makanan pula lari, sukatan yang digunakan semua sama. Rasa macam tak masuk akal kan. Tapi itulah hakikatnya. Sebelum ni pernah juga member aku ni sakit beberapa minggu sebab terkena buatan orang....
Entry aku buat ni, aku baru lepas balik dari kedai member aku tu. Memang lengang kedai dia, sedangkan kedai dia betul-betul di tepi jalan besar.
| Aku parking betu2 depan gerai. Jalan besar kan? |
| Lengang..... |
Inilah sikap kita orang melayu. Ya. MELAYU YANG LAYU!! Sedih betul aku. Sedih memikirkan sikap kita orang melayu.... Kalau macam ni sampai bila orang melayu nak maju? Macam mana orang melayu nak berjaya. Sedangkan yang menjatuhkan orang melayu tu adalah bangsanya sendiri??? Kenapa perlu nak aniaya sesama kita. Orang tu pon nak cari rezeki. Rezeki masing-masing. Lain la kalau orang tu kacau perniagaan kita. Contoh main harga. Cuba kalau orang lain buat kat perniagaan kita macam tu?? Aku agak orang yang buat kerja ni buka perniagaan juga, tak jauh dari gerai member aku ni.... Kawan aku tu pon dah cuba tengok kedai dia tu (berubat) Orang yang tengok kedai member aku ni suruh cari tapak lain jer.... Bai. Kawan aku ni nak buka gerai buruk ni pon jenuh bergolok bergadai. Pinjam sana pinjam sini. Nak buka restoran?? Sungguh dia tak mampu... Dia hanya mampu bersabar. Bukan dia tak boleh balas, tapi nak buat apa. Kat 'sana' karang menunggu. Selagi boleh sabar dia sabar. Betul la kata dia tu, tapi aku nasihat pagar la tapak dia tu.
Orang melayu ni kalau boleh dia sorang jer yang nak niaga. Orang lain tak boleh (Bukan semua k). Tapi kalau orang cina, diorang saling bantu membantu.... "oooo...wa talak jual itu balang, lu cuba tanya kedai sebelah tengok. mungkin ala"
Dalam perniagaan, persaingan adalah lumrah, tapi bersaingla secara sihat... Tak usah la main kotor. Rezeki masing-masing ma. Cemburu tak salah, tapi biarlah cemburu yang positif. Ubah sikit mentaliti tu. JANGAN JADI MELAYU YANG LAYU. Jangan marah kalau bangsa lain pandang rendah pada bangsa kita, jangan marah kalau bangsa lain kutuk bangsa kita, jangan marah kalau bangsa lain lain ketawakan bangsa kita, sebab bangsa kita sendiri yang merendahkan dan menjatuhkan martabat kita.
Moga perniagaan member aku ni dapat bertahan lama dan berkembang maju. Keluar dari kesempitan hidup.
![]() |
| Ni la kawan aku. Tak leh amik posing dari depan. Kang aku pula yang masuk dalam kuali tu :P |
![]() |
| Hallo geng. huhu.. Dah tak ada orang, tahan la pukat kejap. Part time.... :P |
![]() |
| Menjamu selera bersama isteri dan anak. Aku nyibuk amik gambar. huhu |
Tajuk tak boleh blah. Tajuk apa la yang aku taruk ni. huhu.. Sebenarnya nak gtau rasanya blog aku cuti 2 hari kot. Ha'a blog aku cuti. Da 2 hari tak ada entry. hehehe...Dah cuti baru gtau. ape daaa....
Semalam 9 Feb memang aku tak larat giler bai.....Aku pon tak tahu la kenapa, balik kerja pagi tu, terus cari bantal n tilam. Seminit dah sampai bulan. Sedar-sedar dah kul 4. Siap-siap g kerja jer laa jawabnya. Blog memang aku tak usik langsung. Wakakaka... Jarang der aku tidur macam tu. Setahun ada kot 3 4 kali virus tidur datang. hehehe.... Aku tak baper suker tidur siang. Kalau tidur pon kejap jer n sebab kerja malam. Rasa sayang aku nak tidur siang sebab aku suka suasana siang n tengah hari. Kenapa erk? Sebab damai la kot. hehehe.... Cahaya mataharinya yang menyilau, angin nya yang sepoi-sepoi bahasa (Ewah ayat! huhu) Best wwwoooooo menikmati alam ciptaan Tuhan..
Korang rasa boleh caya ker alasan aku ni.? Kata la aku ni memang dah tak der idea. Kata la weiii..... wakakakaka.... Dah macam budak-budak la plak aku ni :P Lolz
Hari ni aku cuti..... Yahooooooo!!! Pemalas punya Amry! Chait!! :P
Aku tahu korang malas nak baca ayat-ayat carutan aku ni kan? hehe.. Jom layan gambar ni.......
![]() |
Lukisan rupanya!!!!! Hampas betul la!!! Grrrr
Sila Jangan salahkan ibu mengandung jika korang 'terpercaya' dengan gambar di atas tadi k. Jangan salahkan aku juga. Aku pon tak bersalah. Salahkan mamat-mamat yang lukis lukisan tu sebab terlajak kreatif!!! Grrrrrr..........
p/s : Sesekali buat entry santai-santaii ok juga kan. hehehehehe.
Jangan marah aaaaaa... Nanti tak da sapa nak beli korang, buat muka manehhhh ja. Baru ada orang nak beli. Harga pon up!! Wakakakakaka..... Mengong la aku niii...Ish! hehehe.......
Pertama-pertama-pertama sekali aku nak ucap terima kasih kepada Cik Reena Tan. Pembaca baru blog aku yang datang bertandang ke blog aku baru-baru dan meninggalkan komennya di dalam entry aku yang bertajuk 'Saya Blogger Perak'. Cik Reena ni pon blogger Perak gak. Area Taiping. Sama macam Bro Hasrol Nizam.
Ada sapa lagi blogger perak disini? Huhu
Ok ok. Aku nak ucap terima kasih kepada Cik Reena ni sebab entry yang aku nak share ngan korang ni asalnya aku dapat dari blog Cik Reena ni ler. hehe. Entry tentang penghantaran SMS secara percuma. Ni bukan cubaan k. Ni betul-betul punya. huhu. Sistem penghantaran SMS percuma ini dibawakan khas untuk anda oleh MostSMS.com (Macam dalam Iklan TV la plak ayat aku. hohoho)
Serious. Memang percuma baiiii... Aku dah test power dah sistem ni. hehehe.....
Antara ciri-ciri sistem ni :
1. Penghantaran melalui talian Internet (Komputer/Lappy/Phone Canggeh manggeh)
2. Kita boleh hantar SMS max 40 SMS sehari. RM0.10 x 40 = RM4 Jimat-jimat jimat.. hahahahahaha
3. Max character on 1 SMS 100. Ok la tu kannnn.. hehehe. Benda free kannn hehehe
4. Ada SMS collection. SMS collection ni macam SMS template kat phone kita tu la.... Ayat yang telah tersedia ada untuk kita hantar. Best gak collection dia. Ada Besday SMS, Friendship SMS, Jokes SMS, Life SMS dan Love SMS....
5. Selain tu ada juga Phonebook untuk kita simpan senarai No kenalan.
6. Boleh buat 'Schedule' penghantaran. Maksudnya, create SMS hari ni, set hantar kepada penerima esok ke, lusa ker, minggu depan ker, tahun depan ker. hehe. Best kan?
7. Hanya untuk talian dalam Malaysia sahaja. No luar tak boleh derrr. Aku rasa Publisher sistem ni orang Malaysia kot. Tak dapat aku nak trace. Hmmm.
8. Maklumat peribadi tak kan didedahkan kepada Third Party
Tengah-tengah terdesak tak der kredit boleh la guna sistem ni. lalalalalaaa. I LOVE IT!!! hehe.... (Jarang SMS ponnn)
So apa lagi. Silalah terjahkan diri korang ke sana k. Pendaftaran percuma. Jangan takut. Aku dah sponsor. Hahahahahahahaha
P/S : Korang rasa kalau kita hantar guna sistem ni, SMS yang kita hantar tu, pihak MostSMS ni baca tak kat pengkalan pengoperasian sistem diorang. Takut gak kalau aku hantar SMS kat Tokan Ganja aku, tak pasal-pasal makumat aku terkantoi. Hmmm.... (Hanya contoh k) Takut diorang boleh baca SMS yang kita hantar. Hmmm
Admin
11:10 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaFasa-fasa kebangkitan sesebuah blog......? Aper yang korang faham tentang fasa-fasa kebangkitan sesebuah blog ni? Haaaaa......Aku pon tak paham!!! wakakakaka. Mengong la aku ni :P
Entry yang aku nak buat ni lebih menyentuh kepada mereka yang kurang terrer atau memang tak terrer bab SEO ni. Hanya mengharap kepada blogwalking semata-mata. Tak lain dan tak bukan macam aku gak. hohohoho. Kenapa? Sebab fasa-fasa kebangkitan sesebuah blog ni hanya akan dialami oleh mereka yang kurang terrer jer dengan SEO ni. Mereka yang power SEO ni jarang melalui fasa-fasa ni sebab mereka tidak perlu sangat untuk berblogwalking. Buat blog hari ni, berjuta visitor masuk. Ceruk mana aku pon tak tahu. :P
Seperti manusia juga bermula dari bayi dia tidak tahu melakukan apa-apa. Dalam Satu tempoh tertentu, baby tu akan belajar meniarap. Pas tu duduk. Sehinggalah baby tu tadi boleh berdiri, berjalan dan seterusnya berlari melompat dan juga melakukan aksi gimnastik :P
So maksud nya disini fasa-fasa kebangkitan sesebuah blog ni adalah tahap perkembangan sesebuah blog itu didalam dunia blogging ni. Dari Visitor yang ciput sampai la tak terlayan. Macam baby juga, untuk dia pandai berjalan berlari bagai memakan masa yang panjang didalam proses pembelajaran itu. Begitu juga dengan blog. Satu-satu fasa perlu dilalui dan perlu ditempuh oleh seseorang blogger itu untuk meletakkan blognya didalam keadaan selesa didalam dunia blogging ni. Sekarang dah nampak kan fasa yang aku maksudkan? Sekarang jom kita tengok apakah fasa-fasa yang aku maksudkan.
Fasa 1.
Fasa ni adalah fasa seorang newbie. Fasa ni blog dia memang susah untuk mendapat kunjungan, komen apalah lagi. Waktu ni memang sedih beb.... Gua sudah melalui saat-saat sedih itu. Pada tahap ni semangat memang mudah down. Yer la, entry kita tak der sapa nak baca. Sedih baiiiiiiii...... Pada fasa ini, semangat, fokus, dah kerajinan tu amat diperlukan. Kena rajin blogwalking. Lain la kalau blogger tu memang tak nak blog dia dikenali.
Fasa 2.
Blog mula mendapat kunjungan dan komen-komen dari rakan blog yang lain. Pada fasa ini mereka hanya sekadar pembaca dan pengomen, tetapi bukanlah tahap pembaca/pengomen setia. Pada fasa ini, teramat-amat penting untuk membina perhubungan di antara rakan-rakan blogger tu. Macam mana nak bina perhubungan? TOLONG BALAS KOMEN-KOMEN MEREKA. Jangan fikir diorang baca balik atau tidak komen mereka tadi tu untuk melihat balasan korang. JUST BALAS. Kalau diorang tak tengok tak per lah, tapi kalau tengok komen diorang tak terbalas, 30% keinginan pembaca tu nak datang balik ke blog tu akan drop (Suka suki jer aku letak percent tu. hehe) Mereka mungkin akan beranggapan yang komen diorang seolah-olah tidak disambut. Macam kita datang rumah orang la, apa kita rasa kalau tuan rumah tu tak layan kita? Bukan keperluan, tapi seeloknya balas lah. Dengan balasan komen tu juga, pembaca-pembaca lain akan melihat kreadibiliti kita samada kita mesra pengunjung atau tidak. Tak yah fikir komen kita dibaca atau tidak. Balas saja. k. Bina kreadibiliti ;) Jumlah pengomen mungkin 5 ker 10 orang. Jangan lupa buat kunjungan balas.
Fasa 3.
Blog mula mendapat pembaca/pengomen setia. Perhubungan mula tumbuh. Teruskan perhubungan tu. Setiap kali diorang komen, sila buat kunjungan ke blog mereka dan komen juga entry-entry diorang. Pada fasa ni buat la diorang senang dengan kita. Buat lawak bangang sekali sekala never mind derrrrr...... :P Jumlah pengomen atau pembaca mungkin 10 ke 20 orang dan meningkat sedikit demi sedikit. Pada fasa ini, time management penting apalagi kalau kita tak punya banyak masa untuk blog. Pengomen atau pembaca dah ramai....bila nak baca dan balas komen? Bila nak buat blogwalking? Bila nak buat entry? Blog pon perlu time management dowh... Jangan fikir blog dah ramai pengunjung atau pengomen kita tak perlu buat blogwalking lagi. Ingat yer, blog kita tu bukan mesra SEO. huhu. Tapi lain la kalau entry korang tu best dan gempak. Haaaa.... Ingat senang ker nak bangunkan blog :P
Fasa 4.
Blog mula dikenali dan kreadibiliti telah terbina. Perlu time management yang lebih jitu gituuuu..... Pada ketika ini pengomen yang kembali melihat samada komen diorang dibalas atau tidak telah dikenalpasti (Untuk mereka yang tak der email gtau komen diorang dibalas la erk macam comment reply notification tuuuu...) Fasa ni pengomen memang ramai der....aku terfikir gak macam mana la nak layan kalau komen dah beratus. Kebanyakkannya aku tengok memang tak terbalas dah blog yang ramai pengomen ni. Hanya balas pada komen-komen tertentu jer. Certain-certain jer. Pada fasa ni, blogwalking hanya dilakukan sekitar blog-blog pengomen tu jer. Nak buat blogwalking blog-blog lain aku rasa tak terbuat dah kot. hahahahaha....
Itulah fasa-fasa kebangkitan seorang blogger MENGIKUT PENDAPAT akuuuu..... Pernah dengar tak nak berjaya dalam satu-satu perkara. Disiplin dan komitmen tu penting? Pergh!! Buat blog pon kena disiplin gak ker? Haaa.... Nak berjaya atau nak buat duit dari blog ni bukan mudah derrr. Kena ada strategi dan menagement. Lain la kalau blogger tu suka suki isi masa lapang jer buat blog tu.... :P
Apa-apa pon banyak perkara yang mempengaruhi kebangkitan blog atau blogger tu sendiri. Contoh, dari segi entry, topik yang dibincangkan, blog yang mesra pelawat dan macam-macam lagi lah.
Panjang dowh entrey aku ni. Dah apa kebenda aku mencarut ni aku pon tak tahu... Otak aku hang. Erk!! Adios!! :P
Jangan sombong der kalau blog dah dikenalii... Ingat balik waktu kita mula-mula dalam dunia blogging ni.
Renung-renungkan dan selamat beramal :P
Admin
1:19 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia














