Kalau tadi aku buat entry tentang azam 2011. Kini aku nak buat entry tentang tahun 2011.....
Aku sambut kat rumah jer, depan komputer. Nak g tempat menyambut tahun baru 2011 ni jauh sangat dari rumah aku. Malas nak keluar.
Jam menunjukkan 12:05 pagi 1 Januari 2011. Apa perasaan korang? Gembira? Teruja? Sedih? Aku....tetiba aku rasa sedih. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku bakal meninggalkan tahun 2010 yang telah setahun aku lalui. 2010 yang penuh dengan suka dan duka. Walaupon 2011 telah menjelma, tapi aku takkan lupakan tahun 2010. Datang yang baru tak bermakna lupakan yang lama.
Pendek jer entry aku ni. Tak ada apa-apa yang special. Mungkin lebih kepada luahan perasaan yang aku rasa. Selamat tinggal........................2010. I'll miss u
Admin 12:21 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Aku sambut kat rumah jer, depan komputer. Nak g tempat menyambut tahun baru 2011 ni jauh sangat dari rumah aku. Malas nak keluar.
Jam menunjukkan 12:05 pagi 1 Januari 2011. Apa perasaan korang? Gembira? Teruja? Sedih? Aku....tetiba aku rasa sedih. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku bakal meninggalkan tahun 2010 yang telah setahun aku lalui. 2010 yang penuh dengan suka dan duka. Walaupon 2011 telah menjelma, tapi aku takkan lupakan tahun 2010. Datang yang baru tak bermakna lupakan yang lama.
Pendek jer entry aku ni. Tak ada apa-apa yang special. Mungkin lebih kepada luahan perasaan yang aku rasa. Selamat tinggal........................2010. I'll miss u
Admin 12:21 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Salam semua kepada pembaca-pembaca Amry's Blog.
Hari ni Jumaat, 31 Dis 2010. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Segala kenangan pahit dan manis semuanya akan tersimpan rapi didalam diari 2010 masing-masing. Dan macam biasalah kalau dah tahun baru ni, semua pakat nak buat azam baru. Azam nak kahwin....nak berenti rokok....nak ubah perangai....nak itu nak ini, dan macam-macam azam lagi lah.
Kalau nak cerita kenangan pahit ni, aku bukan lah jenis yang suka meraih simpati atau mewar-warkan kisah sedih aku, tambahan kalau ianya melibatkan peribadi. kan kan kan. Cerita pahit maung biar aku jer yang tahu dan biar ianya tertutup rapat dalam diari aku (tak der diari pon). Bab kenangan manis pula adalah sewaktu aku diterima bekerja di sebuah kilang baru...hahaha...manis ke kenangan ni? Setelah hampir 3 tahun aku bekerja di kilang lama yang sememangnya menambah dosa aku (dosa menyumpah seranah kilang lama aku tu dek kerana management yang kurang baik dan kilang yang agak kedekut..huhu..Demn!!...tak tau bersyukur lansung aku ni)
Kenangan manis sebab aku ni bukan jenis tukar-tukar tempat kerja dan kilang baru tempat aku bekerja ni adalah tempat kerja kedua aku. Sekali dapat tukar tu, teruja la jugak. kan kan kan.
Bab azam tahun baru ni pula, aku berazam nak memperbaiki kehidupan aku ke arah yang lebih baik. Kalau tahun 2010, ekonomi aku agak teruk, tahun 2011 ni aku harap ianya dapat diperbaiki.Biarlah ada sedikit duit simpanan...huhu... Aku juga berharap aku akan menjadi lebih matang didalam menempuh kehidupan ni. Pada tahun 2011 ni juga aku harap aku akan kekal sebagai seorang blogger, sebaris dengan blogger-blogger diluar sana yang telah berjaya. Amry's Blog. Bukan sekadar tempat untuk menulis!! Ewah!!
Itu jer lah kot sedikit sebanyak kenangan aku ditahun 2010 dan azam aku ditahun baru yang akan menjelma nanti. Apa azam korang? Admin 4:34 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Salam Harimau Malaya kepada pembaca-pembaca Amry's Blog sekalian. Wah. Masih terasa bahang semangat Harimau Malaya ni. Yeahhhh!!! huhu... Ok. Beberapa hari lepas, aku kena tag derrrr. Bukan 10 bukan 20 bukan 30 tag, tapi.......2 tag jer..hehehe... Gaya macam banyak tag la plak.... 2 Tag ni pon penat nak menjawabnya. First, aku kena tag dengan intankuterpilih. Haaaa.... Kalau korang nak tahu Intankuterpilih ni......memang bukan kakak aku.. Muehehehe Second...nanti aku bagi tau siapa orangnya. Okay? Tanpa membuang masa, aku terus menjawab tag daripada bukan kakak aku ni...hehehe (Awatla aku ni banyak sangat ketawa? Ish..Rimas aku)
Tag kali ni sila lah rujuk kepada tajuk diatas yer. Malas pula aku nak menaip tajuk tag ni. Dan ini adalah soalan-soalan nyer......
1. Apakah nama pena yang sesuai untuk blog Intankuterpilih - Sekadar Menulis Apa Yang Ku Rasa
Hmmm...Ni pendapat aku lah erk. Aku rasa nama pena yang sesuai untuk Intankuterpilih ni..........LoveMom
(Macam tak sedap jerk nama pena yang aku bagi ni erk) Kenapa LoveMom?
* Mom = Sah-sah la dia ni dah kawin, dah ada anak lagi. Sebab tu lah kena ada Mom. Ok tak ok tak?
* Love = Walaupon dia menulis sekadar apa yang dia rasa (tak tahu lah dia rasa pedas ker, masam ker, masin ker, pahit ker waktu dia menulis tu kan. Nak tahu g tanya dia sendiri erk) Antara penulisan dia yang paling menyerlah dimata aku adalah tips-tips cintan. Antara tips dia "Jalan Penyelesaian Tanpa Restu", "Hubungan Tak Direstui. Mengapa?", "Tips Mengenali Pasangan Suami/Tunang Orang Atau Bujang". Selain tu ada juga tips-tips penjagaan wajah. Pendek kata berinformasi juga la blog LoveMom ni. Pendek kata. Silalah terjah.
2. Apakah Perubahan Yang Perlu Dibuat Untuk Blog Intankuterpilih - Sekadar menulis Apa Yang Ku Rasa
Kalau boleh sila letak widget :
* SiteMap : Mudah untuk pembaca melihat keseluruhan entry
* Kategori : Mudah pembaca memilih kategori tertentu
3. Apakah Komen Anda Tentang Blog Intankuterpilih - Sekadar Menulis Apa Yang Ku Rasa
TERBAIK
* Seorang yang peramah. Setiap komen pasti akan dibalas
* Template memang kemas. Mata rabun boleh terqangggg kalau g blog dia. hehe
* Blog yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat :) - Berinformasi!!
4. Sila Tag 10 Orang Blogger Yang Anda Kenali Untuk Pemberian Tag Ini.
Adoiiii...Ni yang lemah ni....Saper yang aku nak tag ni? 10 orang. Ramai tu baiiii..... Bukan semua suka tag ni. Kan kan kan.... Nasib korang lerrrrr..... Calon-calon blogger yang baik hati jatuh kepada :
* Ecah
* Azana
* Hans
(8 dah la yer, yang lain masih baru kat blog aku ni.. hehehe..)
Sorry la yer yang mana kena tag tu.... Kalau tak nak balas, suka hati korang lah. Aku tak suka paksa-paksa ni..
Ok. Settle!!!!
Admin
10:00 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaBravo!!!Bravo!!!Bravo!!! Akhirnya kejuaraan menjadi hak milik Malaysia didalam Piala Suzuki AFF malam tadi dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta setelah penantian selama 14 tahun. MALAYSIA BOLEH!!!!!!
Sungguh teruja aku dengan kemenangan ni walaupon aku tak dapat menyaksikan perlawanan tersebut. "RAJA ASIA TENGGARA", itulah title yang telah dinobatkan untuk pasukan Malaysia!!YEAH!!!
Syabas aku ucapkan untuk pasukan Malaysia. Walaupon terpaksa berhadapan dengan 295000 penyokong Indonesia, namun ternyata ianya tidak pernah menggentarkan semangat pasukan Malaysia kita. SKUAD HARIMAU MALAYA telah membuktikan keberaniannya!!! Ngaumannya terbukti mampu menundukkan keangkuhan Sang Garuda!!!
Tak dapat aku bayangkan betapa kentalnya semangat pasukan Malaysia kita yang terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta berbanding penyokong Malaysia yang hanya seramai 500 penyokong!!! Sungguh terharu aku dengan kesungguhan diorang. Terima kasih aku ucapkan untuk pemain-pemain Malaysia amnya dan kepada Mohd Safee Sali juga Khairul Fahmi khasnya yang telah membawa Malaysia ke puncak kejayaan!!! Tidak dilupa kepada Jurulatih pasukan, K Rajagobal di atas segala perancangan yang telah dibuat. "KORANG MEMANG DABOM!!!!" TAHNIAH DAN SYABAS!!! MALAYSIA BOLEH!!! Admin 2:20 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Ini bukan contest yer. Tapi adalah salah satu usaha untuk menyemarakkan lagi dunia blogging ni (yeh!!I like it!!) yang telah dianjurkan oleh Blog Pilihan Malaysia 2010. Tujuan kategori ini dibuka adalah untuk mengumpulkan blogger-blogger mengikut negeri. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut sila ke link ini k.
Aku nak buat entry aku...Jazzzz...!!!
![]() |
| Anak sapa ni? :P |
Nama : Khairul Amry aka Amry
Status : Single derrrrr. Ader sesaper anak dare yang single kat sini? Boleh lah mencuba nasib. wakaka (Sila hijaukan muntah anda :P)
Cara Hubungi : Facebook (Khairul Amry Mohamad Puad)
: Twitter (amry85)
: Email (amry85@ymail.com)
Daerah : Krian
Tempat Tinggal : Bagan Serai
Tempat Menarik Ditempat Aku : Kuala Gula (Pusat Pelancongan)
Siap!!! Blogger-blogger Perak. Sila buat satu barisan yer. Muahahahahaha
Admin
12:38 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia







