5 Nafkah Isteri Yang Suami Wajib Tahu
Seperti yang kita ketahui, setelah berkahwin segalanya harus ditanggung suami dari segi perbelanjaan, si isteri boleh membantu dengan bekerja, namun si suami sesekali tidak boleh mengambil hak isteri iaitu duit gaji isteri sekiranya isteri tidak mengizinkannya dan tidak menghalalkannya.
Namun, ramai lelaki zaman sekarang tidak ambil peduli akan hal penting ini, ini bukan la perkara yang direka, namun sudah termaktub dalam islam bahawa nafkah isteri harus diberi setiap bulan. Jika suami tidak berkemampuan, dan isteri menghalalkan, itu tidak mengapa.
Sebagai seorang lelaki dan suami, seharusnya anda mengetahui apa yang perlu anda sediakan untuk isteri anda. Jangan terlalu selesa jika isteri anda yang bekerja dan menanggung anda tanpa anda sedari anda telah abaikan tanggungjawab anda sebagai suami.
Secara umum, mungkin ramai lelaki menganggap nafkah isteri adalah nafkah seperti perbelanjaan harian (makan minum dan wang dapur) dan nafkah batin.
Tetapi ada 5 nafkah yang suami perlu berikan kepada isteri secara khusus. Nafkah tersebut adalah :
1. Duit perbelanjaan diri
(Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
2. Peralatan mandian
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
***********************************
Petikan kuliah Ustaz Fawwaz Mengenai Kewajiban Nafkah Isteri Ke Atas Suami
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah isteri ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur?
Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.
7 Sebab Mengapa Bank Susah Luluskan Pinjaman Kenderaan
Tiap-tiap tahun pastinya akan keluar pelbagai model baharu kereta yang membuatkan ramai teruja untuk memilikinya.
Jika anda seorang berduit, mungkin tiada masalah untuk membeli kereta baru secara tunai, bagi yang kurang berduit, untuk memiliki kereta baru, mungkin terpaksa membuat pinjaman kenderaan daripada bank. Nak beli kereta sekarang pun bukan mudah, sebab syarat untuk sewa beli kereta yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia dah semakin ketat.
Tujuh sebab mengapa bank susah nak lulus permohonan pinjaman kenderaan anda.
Nak tahu apa dia, kami senaraikan untuk anda:
1. Nama yang disenarai hitam (black list)
Ini mungkin salah diri anda sendiri atau orang yang anda jamin sebagai peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman, sebagai contoh PTPTN atau MARA. Nama anda juga boleh disenaraihitam sekiranya gagal menjelaskan hutang kepada Institusi Perniagaan yang menawarkan skim sewa beli, seperti pembelian perabut, peralatan elektrik dan sebagainya dengan syarat, kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh institusi perniagaan tersebut.
Anda boleh semak status anda di bank, badan kerajaan atau syarikat terbabit
(tempat yang anda berhutang dengannya).
2. CTOS (Credit Tip Off Service)
Pastikan nama anda bebas dari senarai CTOS. Ia merupakan sebuah badan atau pangkalan maklumat yang mengumpul data-data saman atau perintah muflis yang dikeluarkan terhadap individu atau syarikat. Sekiranya terdapat kes-kes saman atau muflis, mereka merupakan antara pihak yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.
Bagaimana untuk membuat semakan status anda dengan CTOS?
* Layari laman web CTOS Sdn Bhd dan mendaftar sebagai pengguna
* Muat turun aplikasi CTOS di Apple Store atau Google Play
(kena daftar ID pengguna telebih dahulu)
* Datang sendiri ke pejabat CTOS di alamat :
CTOS Sdn. Bhd
Unit 01-12, Level 9
Tower A, Vertical Business Suite
Avenue 3, Bangsar South
No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian :
03-27228833 (Pertanyaan Peribadi) atau
03-27228882 (Pertanyaan Perniagaan)
3. Central Credit Reference Information System (CCRIS)
Bank sebenarnya tahu maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat kerana adanya sistem pengumpulan maklumat yang dipanggil CCRIS. Segala rekod bayaran pinjaman, gadai janji, kad kredit, overdraf atau lain-lain yang anda lakukan setiap bulan kepada mana-mana bank akan mereka hantar ke Bank Negara Malaysia dalam format laporan bulanan.
Tak kiralah anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada dalam sistem CCRIS. Untuk mendapatkan laporan terkini CCRIS anda, kunjungilah BNMLINK di alamat seperti di bawah:
Ground Floor, D Block,
Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
(Overseas: 603-2174-1717)
Faks: 603-2174-1515
E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my
4. Gaji pokok rendah
Ini adalah perkara yang membataskan hajat mereka yang bergaji rendah. Ia juga penyebab mengapa pinjaman anda ditolak pihak bank kerana anda dianggap tidak berkemampuan untuk memiliki kereta. Contohnya, gaji pokok anda hanya RM1,200, secara automatiknya dalam keadaan ekonomi sekarang, gaji di bawah RM2,000 perlu ada seorang penjamin. Penjamin pula perlu dari kalangan ahli keluarga.
5. Umur yang terlalu muda
Faktor umur terlalu muda seperti bawah 22 atau 23 tahun juga menjadi faktor pinjaman anda sangat sukar untuk diluluskan oleh pihak bank. Sebab apa? Kerana anda dianggap terlalu muda untuk memiliki kenderaan dan kebiasaan bank akan meminta anda menyedikan seorang penjamin.
6. Komitmen bulanan tinggi
Walaupun gaji anda besar dan nampak macam cukup untuk buat pinjaman kereta, tetapi jika anda ada komitmen bulanan tinggi, senang cerita banyak hutang, bank sukar nak luluskan pinjaman anda. Pihak bank akan membuat kiraan komitmen bulanan anda terlebih dahulu, dan sekiranya komitmen terlampau tinggi, ada kalanya sampai tahap negatif, lupakan sahajalah hasrat murni nak pakai kereta baharu.
7. Masalah PTPTN
Ini juga punca bank susah nak luluskan pinjaman kereta anda. Anda perlu ingat, peminjam PTPTN wajib membyar balik pinjamin pengajian selepas enam bulan dari tempoh tamat pengajian. PTPTN akan senaraikan nama anda dalam sistem CCRIS dan apabila ini berlaku bank memang liat nak luluskan pinjaman, melainkan anda ada surat penjadualan semula dari pihak PTPTN.
Sumber :
http://www.funtasticko.net/info-tujuh-sebab-mengapa-bank-susah-nak-lulus-pinjaman-kereta-anda/
Pelakon Filem 'Hantu Kak Limah',
Pak Jabit Meninggal Dunia
Pak Jabit merupakan pelakon pembantu yang sering menjadi watak penting dalam filem seperti Zombi Kampung Pisang dan juga Hantu Kak Limah.
Pak Jabit atau nama penuhnya Man Kadir merupakan pelakon yang sering menjadi pilihan pengarah Mamat Khalid.
Pagi tadi anak kepada Pak Jabit telah membuat pengumuman di Facebook mengesahkan ayahnya itu telah kembali ke rahmatullah.
Pak Jabit atau Man kadir disahkan meninggal dunia pada jam 7 pagi tadi.
Mari sama sama kita doakan buat arwah Man Kadir. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Takziah buat ahli keluarga, semoga tabah hadapi berita sedih ini.
Sehingga kini antara filem lakonannya yang menjadi ingatan ramai ialah seperti, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kaki Limah dan juga Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
Sumber : berita memey
Cara Pembahagian Harta Mengikut Hukum Faraid
Apakah yang di maksudkan dengan Faraid? Dari segi bahasa, Faraid bermaksud ketetapan.
Mengikut istilah dalam hukum syarak pula, Faraid adalah mengkhusus kepada penetapan pembahagian harta pusaka kepada waris apabila berlakunya kematian.
Faraid ditetapkan di bawah hukum syarak ke atas waris yang sah dan layak seperti:
* Anak
* Isteri
* Suami
* Ibu bapa dan lain lain
Harta yang akan dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ada selepas tolak :
* Kos pengurusan pengebumian jenazah
* Langsaikan segala hutang pewaris yang berkaitan dengan agama (seperti Zakat, Nazar, dan lain-lain)
* Segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh hukum syarak.
Bentuk harta yang boleh di bahagikan mengikut Faraid adalah:
* Tanah, bangunan (rumah, kilang, gudang, dan lain-lain)
* Barang kemas (emas, perak, dan lain-lain)
* Insuran, saham, bon, tunai (sama ada dilabur atau tidak)
* Tanah, kebun, ladang, dan lain-lain
* Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau, dan lain-lain.
Hukum pembahagian harta pusaka mengikut Faraid.
Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang Islam maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum Faraid. Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDU KIFAYAH kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.
Jadual kadar asas pembahagian harta pusaka mengikut Faraid
Contoh pengiraan pembahagian harta pusaka mengikut Faraid
Terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, seorang isteri, dan 5 orang anak (2 orang lelaki, 3 orang perempuan) dan ibu bapa si suami. Pada suatu hari, si suami terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Andaikan harta arwah suami berbaki RM3 juta setelah ditolak kos:
* Pengurusan jenazah,
* Selesaikan segala hutang piutang yang ada,
* Wasiat (tak lebih 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka
Melihat kepada jadual kadar asas tadi, pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut sistem Faraid adalah seperti berikut:
* Bahagian si ayah 1/6,
* Bahagian si ibu: 1/6,
* Bahagian si isteri: 1/8,
* Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka.
Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.
Jadi jumlah yang akan diterima oleh setiap waris adalah:
*RM1,625,000 adalah jumlah baki setelah ditolak pembayaran kepada ayah, ibu, isteri. Oleh kerana arwah mempunyai 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan, maka jumlah pembawah bagi pecahan adalah seperti rajah di bawah:
Di atas merupakan pengiraan Faraid secara manual dilakukan. Harus diingatkan, apa yang dikongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang biasa. Situasi ini boleh berubah mengikut kepada ahli waris si arwah.
RM1,625,000 / 7 = RM232,142.857 Setiap bahagian
Anak lelaki masing masing mendapat RM464,285.714 (2 bahagian)
Anak perempuan masing masing mendapat RM232,142.857
Perkara lain yang perlu di ketahui dalam pembahagian harta mengikut Faraid
Faraid adalah cara agihan harta pusaka pilihan terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam sekiranya cara pembahagian berasaskan persetujuan semua ahli waris yang dilakukan sebelumnya gagal. Dan apa yang PALING PENTING ialah pembahagian harta pusaka ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada perlantikan pentadbir harta pusaka.
Perkara yang anda perlu ketahui juga, sebarang pembayaran tuntutan insurans jika sepenuhnya pemberian dari pihak syarikat Insurans, ia tidaklah termasuk dalam harta pusaka. Oleh itu, ia diberikan kepada orang yang ditentukan oleh si mati (semasa hayatnya) atau orang yang ditentukan oleh pihak yang menaja Insuran itu (majikan, persatuan khairat dan sebagainya). Jika si mati tidak menentukannya atau pihak yang menajanya juga tidak menentukannya, barulah ketika itu diserahkan kepada ahli-ahli waris untuk dibahagikan mengikut bahagian perwarisan. Oleh itu, penamaan waris adalah amat penting apabila membeli sebarang perlindungan insurans untuk mengelakkan sebarang perbalahan di kemudian hari.
Sumber asal : https://www.eztakaful.com.my/pembahagian-harta-pusaka-menurut-hukum-faraid/
***********************************************
Info Grafik.
Contoh situasi lain dalam pembahagian harta mengikut Faraid
Sumber asal : https://www.facebook.com/pusakaharta/
Kerajaan Membatalkan GST Ke Atas 60 Barangan Makanan
Kerajaan membatalkan hasrat mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barangan makanan, menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy memberitahu FMT, pihaknya membuat keputusan itu selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan.
Menurutnya, laporan media itu berdasarkan Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.
“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan,” kata Subromaniam dalam kenyataan.
Sebelum ini, China Press memetik Subromaniam sebagai berkata lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi, mulai Julai 1.
******************************************************
Lebih 60 Barangan Makanan Di Kenakan GST Mulai Julai 2017
Bermula 1 Julai 2017, lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor The Star.
Antara barang yang akan dikenakan GST adalah makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi berdasarkan laporan akhbar China Press semalam.
Menurut portal berkenaan lagi, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy telah mengesahkan perkara ini di mana kenyataan penuh akan dikeluarkan pada hari ini.
"Ia hanyalah beberapa barang yang jarang digunakan oleh orang ramai," katanya.
Antara barang makanan yang dikenakan GST bermula 1 Julai ini adalah termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.
Untuk sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.
Manakala barangan lain yang bakal dikenakan GST adalah termasuk bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa.
GST telah diperkenalkan pada April 2015 dalam bentuk cukai 6 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan, untuk senarai lengkap barangan dan perkhidmatan berkadar sifar, lawati gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my
**********************************************
P/s : Admin suka ayat dia ni.. "Ia hanyalah beberapa barang yang jarang digunakan oleh orang ramai," hohohoho.....
UPDATE : GST Barangan Makanan Di Batalkan
UPDATE : GST Barangan Makanan Di Batalkan
Iklan Raya Terbaik 2017 Pilihan Amry's Blog
Dah nak dekat raya ni, memang akan banyak lah keluar iklan iklan raya dari pelbagai agensi. Selain daripada tujuan marketing, iklan raya ini sememangnya mempunyai mesej mesej yang tersendiri yang sememangnya khas untuk menyambut kedatangan aidifitri
Jom layan iklan iklan raya terbaik tahun 2017 pilihan Amry's Blog...
Iklan Raya Yeo's 2017 : #DiariRamadhanOpah
Iklan Raya Yeo's 2017 : #DiariRamadhanOpah
Iklan Raya 2017 - Balang Short Film
Iklan Raya 2017 | MYNIC - Lagi lagi bahulu emak
Semua Lorong Tambah Nilai PLUS Di Tutup Sempena Sambutan Raya Aidilfitri
Untuk memastikan perjalanan lebih lancar sempena Hari Raya terutama di plaza tol, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan akan menutup semua lorong tambah nilai Touch n Go bermula dari 22 Jun hingga 2 Julai 2017. Ia bertujuan mengurangkan kesesakan disebabkan barisan beratur ketika membuat tambah nilai.
Sebanyak 134 Lorong Tambah Nilai di lebuh raya PLUS akan ditutup dalam waktu tersebut. Untuk itu, pengguna lebuhraya PLUS perlu memastikan baki yang mencukupi di dalam kad Touch n Go atau membuat tambah nilai sebelum memasuki lebuh raya PLUS.
PLUS telah melaksanakan sistem pembayaran elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya kendaliannya sejak 26 April 2017. Tiada lagi transaksi tunai dikendalikan di lebuh raya PLUS dan semua pengguna perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch n Go ataupun SmartTAG.
Terdapat banyak lokasi tambah nilai boleh dibuat di seluruh Malaysia. Di lebuh raya PLUS sendiri, beberapa pejabat plaza tol menyediakan kemudahan tambah nilai. Pengguna juga boleh membuat tambah nilai di stesen-stesen minyak di kawasan rehat R&R di sepanjang lebuh raya.
Selain itu, tambah nilai boleh dibuat menerusi mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven, KK Supermart dan 99 Speedmart, stesen minyak dan banyak lagi. Semak senarai dan lokasi tambah nilai di sini.
PLUS juga mengumumkan rebat sempena Hari Raya nanti. 30% rebat diberikan untuk pengguna kad PLUSMiles dan 10% rebat untuk pengguna kad Touch n Go yang lain. Rebat ini diberikan selama 6 hari sahaja iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29Jun dan 3 Julai.
Tetapi rebat ini hanyalah untuk kenderaan Kelas 1 dengan perjalanan melebihi 100km sahaja. Rebat akan diberikan dalam bentuk tambah nilai, apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober akan datang.
Ingat, sebelum mulakan perjalanan balik kampung tu, pastikan nilai Touch n Go mencukupi. Kalau tak, pergi tambah nilai dulu siap-siap sebelum memasuki lebuhraya. Untuk menyemak baki kad Touch n Go anda, anda boleh Register dan login di http://www.touchngo.com.my/
Di Pukul Dalam Keadaan Bogel Kerana Menghina Islam
Satu rakaman video seorang lelaki di pukul dalam keadaan bogel di Labuan dipercayai kerana menghina agama islam menjadi viral sejak rabu lalu.
Mangsa dikenali sebagai James Hunt mendakwa dia dikejar dari Sekolah St. Anna dalam keadaan bogel sehingga dijatuhkan di hadapan Temple Sing, Labuan.
“Saya dikejar dari sekolah dalam keadaan bogel, dipukul menggunakan kayu golf (besi) dan dipaksa meminta maaf dengan mencium kasut ketua mereka.
“Mereka telah memukul saya tanpa belas kasihan hanya kerana saya menegur dan menviralkan permasalahan yang berlaku di Labuan,” tulisnya di laman Facebook.
Namun, berdasarkan maklumat netizen, James dikatakan pernah memuat naik kenyataan yang kurang menyenangkan mengenai agama Islam dan turut mendakwa Perdana Menteri sebagai penyamun, perompak dan penipu.
Bagaimanapun, James menafikan dakwaan itu dan meminta netizen menunjukkan bukti dia berbuat demikian dan jika ada, dia bersedia untuk disaman di Mahkamah Sivil.
“Tunjuk bukti kalau saya mainkan agama dan saman saya di Mahkamah Sivil. Melainkan kritikan saya telah disalahertikan dan dijadikan isu,” katanya.
Video berdurasi 2 minit 49 saat tersebut dimuat naik sejak awal pagi Rabu oleh pengguna Facebook.
Semakan di akaun Facebooknya juga mendapati, James banyak mengaitkan setiap status yang dimuat naik dengan agama Islam.
Segelintir netizen berpendapat, berkemungkinan besar mangsa dipukul kerana status Facebooknya yang terlalu lancang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.
Tonton video lelaki di belasah dalam keadaan bogel kerana menghina islam.
Sumber : sentiasapanas.com
***********************************************
Nota kaki : Ko hina agama Islam, benda sensitif.. guna pula media sosial Facebook... Memang cari penyakit la..
Admin
6:59 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKenangan Dan Jasa Sebuah Blog
Entry terakhir blog ini adalah pada Febuari 2017 iaitu entry berkenaan harga minyak petrol.
Kedua terakhir adalah pada Januari 2017.. Entry berkenaan cuti umum tahun 2017..
Sekarang bulan Jun 2017.. 4 bulan blog ini tidak terusik dan ditinggal bersawang tanpa entry baru..
Ada apa dengan Blog? Apa menariknya menulis blog? Pentingkah sebuah blog?
Jawapan itu hanya ada pada seorang blogger dan jawapannya mungkin berbeza beza...
Ada orang menulis blog sebagai suka suka...
Ada orang menulis blog untuk menyampaikan informasi dan memang menulis adalah hobinya.
Ada orang menulis blog kerana beranggapan ianya mampu memberikan sedikit pendapatan tambahan.
Selama mana jangka hayat satu satu blog itu mungkin bergantung pada tujuan asal blog itu di tulis..
Amry's Blog pernah melalui zaman zaman kegemilangannya yang tersendiri sebelum ianya ditinggal usang yang mula di hasilkan pada Ogos 2010.. Sudah 7 tahun rupanya blog ini.. :')
Banyak kenangan banyak pembelajaran banyak rakan yang admin dapat dari blog ini dan tidak dinafikan kerinduan untuk menulis blog itu masih ada walaupun blog iini hanya sekadar blog picisan... Kepuasan menulis dan menghasilkan blog juga hubungan sesama rakan blogger hanya blogger itu sahaja yang tahu :)
Melihat kembali blog ini teringat zaman zaman aktif berblog dahulu.. Walaupun tak berapa nak aktif.. huhu.. Rakan rakan blogger seperjuangan dulu pun dah ramai yang kurang aktif berblog...
Sesuai dengan faktor usia juga komitmen juga mungkin.. Yang pasti blog ini tak pernah di lupakan :)
Banyak kenangan dan jasa dari blog ini...
Dari blog ini admin belajar berblog..
Dari blog ini admin belajar menulis..
Dari blog ini admin belajar menghasilkan sedikit wang..
Dari blog ini admin dapat berkenalan dengan rakan rakan blogger yang tak pernah tau rupa :)
Rasa macam nak rajin balik berblog... Walau gaya penulisan tak macam dulu lagi :)
Admin
9:55 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaHarga Minyak Petrol Dan Diesel Naik Febuari 2017
Mula mula dengar harga minyak petrol naik 15 sen, sekali confirm naik 20 sen.. Hambik kau..
Bermula tengah malam ini, petrol RON95 naik 20 sen, dan akan dijual pada harga RM2.30 seliter. Sama juga dengan RON97 yang juga dinaikkan 20 sen kepada RM2.60 seliter.
Bagi bahan api diesel pula, ia tetap naik 10 sen, dan dijual pada harga RM2.15 sementara bagi diesel Euro 5 harganya ialah RM2.25 seliter. Dengan pengumuman ini, nampak gayanya harga bahan api di Malaysia meneruskan trend kenaikan harga bagi dua bulan pertama 2017 ini.
Harga terendah yang dicatatkan setakat ini ialah pada September 2016, dengan RON95 dijual pada harga RM1.70 seliter, sementara RON97 pula pada kadar RM2.05 seliter. Kali terakhir harga bahan api turun ialah pada Disember 2016, sebanyak lima sen.
Penuh pula la Stesen Minyak tengah malam nanti... Selamat beratur.. huhu
Kalendar, Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Tahun 2017
Cuti umum dan cuti sekolah tahun 2017.
Disini kami ingin berkongsi kepada anda kalendar yang memaparkan tarikh cuti umum dan cuti sekolah tahun 2017. Cuti umum ini tertakluk kepada perubahan yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh JPM (Bahagian Kabinet ). Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasminya telah mengeluarkan takwim cuti persekolahan untuk tahun 2017.
Senarai tarikh cuti umum di Malaysia tahun 2017 ( Hari Kelepasan Am Perseketuan dan Negeri). Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam Kalendar 2017 Malaysia :-
1. Tahun Baru 2017 : 1 Januari 2017
2. Tahun Baru Cina : 28 dan 29 Januari 2017
3. Awal Ramadhan : 27 Mei 2017
4. Hari Raya Aidilfitri : 26 Jun 2017
5. Hari Raya Aidil Adha : 1 September 2017
6. Awal Muharram (Maal Hijrah) : 22 September 2017
7. Deepavali : 19 Oktober 2017
8. Maulidul Rasul : 1 Disember 2017
9. Krismas : 25 Disember 2017
Senarai Cuti Umum Persekutuan Dan Negeri 2017
Takwim Cuti Sekolah Tahun 2017
Takwim cuti sekolah sekolah dibahagikan mengikut kumpulan A dan B,
berbeza mengikut sekolah negeri.
Kumpulan A : Sekolah- sekolah di negeri Kedah, Terengganu , Kelantan dan Johor
Kumpulan B : Sekolah- sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
Jadual Pembayaran BR1M 2017
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan / kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.
Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BR1M 2017 Bagi setiap pemohonan yang telah diluluskan/ berjaya akan mendapat manfaat nilai atau jumlah bantuan kewangan.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2017 adalah seperti berikut
Kategori Isi Rumah I / E-Kasih
Jumlah agihan BR1M = RM400 X 3 (RM1200)
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah = RM3000 dan kebawah Termasuk warga emas.
Fasa 1 = Feb 2017 = RM400
Fasa 2 = Jun 2017 = RM400
Fasa 3 = Ogos 2017 = RM400
Kategori Isi Rumah II
Jumlah agihan BR1M = RM300 X 3 (RM900)
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah = RM3001 - RM4000 termasuk warga emas.
Fasa 1 = Feb 2017 = RM300
Fasa 2 = Jun 2017 = RM300
Fasa 3 = Ogos 2017 = RM300
Kategori Individu Bujang 21 Tahun Dan Ke Atas
Jumlah agihan BR1M = RM450 x 1
Pendapatan Kasar Bulanan = RM2000 dan kebawah
Di bayar sekaligus pada Feb 2017
*******************************
Tarikh yang tepat pengkreditan duit BR1M kepada penerima akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dihebahkan melalui Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDNM
Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dalam Portal rasmi tersebut Sila ambil perhatian terhadap setiap pemberitahuan Peringatan yang dinyatakan dalam Portal Rasmi e-BR1M.
Harap maklum Agihan BR1M 2017 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera.
********************************
Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:
Untuk sebarang pertanyaan mengenai status BR1M 2017, sila hubungi talian bebas tol
1800-88-2716 (LHDNM) atau
03-8882 4565/4566(Kementerian Kewangan)
ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my.
Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod
Tektik Baru Mencuri Wang Dari Akaun Bank
Ada benar kata kata di atas..
Baru baru ini heboh juga 1 Malaysia sebab bank meminta orang ramai menukarkan kad ATM lama kepada kat ATM baru yang mana kad ATM baru ni dilengkapi dengan cip bercirikan 'PayWave' atau Kad baru ni di panggil Debit Kad..
Salah satu ciri yang ada pada kad ini adalah jika anda hendak membuat pembayaran melalui ATM kad atau kad debit yang baru tu, kita tidak perlu lagi memasukkan nombor PIN kita seperti mana sewaktu kita hendak mengeluarkan duit dari mesin ATM.
Kad ATM atau Debit Kad yang bercirikan PayWave ni, penggunaan dia cukup dengan hanya menyentuh kad dan transaksi sudah boleh dijalankan...
Bahayanya adalah....
Ada applikasi yang boleh mencuri maklumat atau data yang terdapat pada kad tersebut dan seterusnya melakukan transaksi melalui akaun bank kita tanpa kita sedar...
Lihat video video dibawah
Cara data data Debit Kad di curi atau Dipindahkan
Makin bahaya sekarang ni... Adus...
Kena alert selalu macam ni... Apalagi di tempat tempat yang sesak dengan orang ramai...
Kalau dalam video tu diberitahu cara nak selamat, tutup Debit Kad dengan bekas aluminum...??
Lihat video di bawah
Lihat video di bawah
Cara Mengelakkan Data data Debit Kad Di curi
Yang jarang guna dan memang tak guna Debit Kad untuk buat pembayaran, boleh Zerokan atau limitkan nilai transaksi untuk "Contactless Transaction" Cara dengan menghubungi pihak bank.
Ada yang cakap boleh set melalui Mesin ATM... Tak pasti la plak...
Elakkan Penggunaan 10 Produk Kecantikan Berbahaya Ini
Golongan wanita terutamanya dinasihati supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan 10 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk-produk kosmetik itu adalah :
1. Mеlаn: Off Intеnѕіvе Mаѕk
2. Mеlаn: Off Crеаm
3. Afrina Nіght Crеаm,
4. Afrina Daily Crеаm
5. Krim Herba Kеmbоjа
6. Dау Pinky Crеаm
7. Night Glоw Crеаm
8. Debella Nadien Glow Night
9. Mekar Semilu Sсrub Mukа Mutіаrа BeautyvCollection
10. Mеkаr Sеmіlu Crеаm Mekarsutra.
Produk-produk kоѕmеtіk іtu mengandungi asid azelaik, hіdrоkuіnоn аtаu trеtіnоіn dan logam bеrаt mеrkurі dаn tidak lаgі dіbеnаrkаn untuk dіjuаl dі Mаlауѕіа, katanya.
Dr. Nооr Hіѕhаm berkata produk уаng mеngаndungі аѕіd аzеlаіk, hіdrоkuіnоn аtаu trеtіnоіn аdаlаh рrоduk farmaseutikal уаng реrlu berdaftar dengan Pіhаk Bеrkuаѕа Kаwаlаn Dаdаh dаn hаnуа bоlеh dіgunаkаn dеngаn nаѕіhаt profesional kеѕіhаtаn.
Boleh mеnуеbаbkаn kerosakan buаh pinggang dan ѕаrаf
Kеbіаѕааnnуа hіdrоkuіnоn digunakan bаgі merawat kulіt уаng mеngаlаmі mаѕаlаh hiperpigmentasi, mаnаkаlа trеtіnоіn dаn аѕіd аzеlаіk рulа dіgunаkаn untuk mеngurаngkаn kesan іnflаmаѕі bаgі merawat mаѕаlаh jerawat.
"Pеnggunааn hіdrоkuіnоn, аѕіd аzеlаіk dan/atau trеtіnоіn tanpa mendapat nаѕіhаt kepakaran dаrіраdа рrоfеѕіоnаl kеѕіhаtаn dіkhuаtіrі bоlеh mеnуеbаbkаn kesan уаng tidak diingini. Merkuri yang terkandung dalam produk kоѕmеtіk bоlеh menyerap masuk kе dalam bаdаn dan mеnуеbаbkаn kerosakan buаh ріnggаng dаn ѕіѕtеm ѕаrаf," katanya.
Dr Nооr Hіѕhаm bеrkаtа, nоtіfіkаѕі рrоduk kоѕmеtіk tеrlіbаt tеlаh dіbаtаlkаn dаn pihak syarikat уаng bеrtаnggungjаwаb kе аtаѕ notifikasi produk kоѕmеtіk bеrkеnааn diarah untuk mеmbеrhеntіkаn реnjuаlаn/реmbеkаlаn dengan ѕеrtа mеrtа dаn mеmаnggіl bаlіk kеѕеmuа stok fizikal рrоduk kosmetik tеrѕеbut dаrіраdа раѕаrаn dalam tеmроh 72 jam.
Kаtаnуа ѕеѕіара уаng mеmрunуаі ѕtоk produk kоѕmеtіk tersebut dіnаѕіhаtkаn menghentikan реnjuаlаn, реngеdаrаn dan реnggunааn рrоduk kоѕmеtіk tersebut dеngаn ѕеrtа-mеrtа.
Bеlіаu mеngіngаtkаn penjual bаhаwа pemilikan рrоduk-рrоduk kosmetik іtu mеlаnggаr Pеrаturаn-Pеrаturаn Kаwаlаn Dаdаh dаn Kosmetik 1984.
"Indіvіdu уаng mеlаkukаn kesalahan di bawah Pеrаturаn-Pеrаturаn ini boleh dіkеnаkаn hukumаn dеndа tidak mеlеbіhі RM25,000 аtаu реnjаrа tіdаk melebihi tіgа tаhun аtаu kеduа-duаnуа untuk kesalahan pertama dаn denda tіdаk mеlеbіhі RM50,000 аtаu penjara tіdаk melebihi lіmа tаhun аtаu kedua-duanya untuk kеѕаlаhаn berikutnya.
"Sуаrіkаt yang mеlаkukаn kesalahan bоlеh dikenakan dеndа ѕеhіnggа RM50,000 untuk kеѕаlаhаn реrtаmа dаn denda ѕеhіnggа RM100,000 untuk kеѕаlаhаn berikutnya," katanya.
Sumber : Bernama
Antara Dayus, Sayang Dan Sabar
Bacaan khas untuk insan bernama lelaki...
Tengah tengah dok serve internet.. Terjumpa satu artikel yang sangat panjang ini yang mungkin dapat membuatkan kita berfikir atau.... menilai diri kita sendiri.. Apakah kita mampu menjadi seperti kisah lelaki ini....
***************************************
Usia perkahwinan aku 10 tahun, aku ada anak sulung umur 6 tahun dan anak kecik 2 tahun. Aku kerja kontraktor, jadi aku selalu outstation. Ada satu hari, aku outstation kat muar. Tapi hati aku tergerak sangat nak balik JB, aku rindu rumah, rindu anak2, rindu nak tengok muka bini aku. Masa tu tak ada smartphone lagi. Aku sanggup gerak balik JB. Sampai rumah, tahu aku nampak apa? Kun faya kun, Allah nak tunjuk pada aku. Isteri aku dengan jantan lain dalam rumah, anak kecik aku merengek sorang kt luar. Masing2 tengah pakai baju masa aku sampai. Nampak muka aku, lintang pukang jantan tu lari. Isteri aku dah merayu-rayu minta maaf jangan cerai. Aku terdiam. Aku nak mengamuk, aku nak marah. Aku tak ada kekuatan nak lafaz cerai masa tu. Aku tengok muka anak, aku kesian. Kesian anak-anak aku.
Sejak hari tu, aku tak ambil projek luar. aku main dalam JB je, dekat dengan rumah. Aku tak lekat dekat rumah, duduk rumah aku terbayang bini aku dengan jantan tu. Aku tengok muka anak aku, aku kesian. Aku solat pergi masjid, subuh pun aku pergi masjid. Kat rumah aku rasa serba tak kena. Bab jimak, isteri aku selalu kata penat kerja. Aku tidur kat ruang tamu. Aku maafkan isteri aku. Untuk lupakan, susah…
Kemudian, selepas setahun. Aku tak dapat projek besar, kerja kecik2 pun takde. Aku duduk rumah, duit aku cukup tanggung anak bini. Sambil tu aku amik upah pasang paip, upah repair rumah. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.. isteri aku, dia kata aku duduk rumah macam tanggung biawak hidup. Kenapa? Aku duduk rumah bukan duduk saja. Aku tolong dia urus anak, urus makan. Duit bukan aku tak bagi. Tak apa lah, aku diam.
Tak lama lepas tu, aku dapat projek dengan SAJ. Ada rezeki lebih, isteri aku minta hadiah kereta sempena hari lahir dia. Aku belikan. Anak sulung aku minta motor, aku belikan. Anak kecik aku minta gadget, aku belikan. Kali ni, masa kami on the way balik kampung. Ada sorang perempuan call bini aku maki2, aku kat seat driver boleh dengar suara perempuan tu maki bini aku. Bini aku kacau laki orang? Dalam hati aku sabar. Anak2 kat belakang. Bini aku tak mengaku, dia minta aku backup dia. Aku tak masuk campur. Sampai kampung, aku check handphone bini aku. Alhamdulillah, Allah tunjuk lagi. Bini aku kata, sekarang kat kampung.. nak gaduh tunggu balik JB. Takpe lah.. aku malas nak gaduh. Aku pun dah sampai tahap malas fikir bini aku lagi. Aku fikir anak2 aku. Apa nasib diorang.
Beberapa bulan selepas, aku berkenan dengan sorang anak dara. Perasaan aku jumpa budak ni, sama macam mula2 jumpa bini aku dulu. Tengok muka budak ni tenang hati aku, hilang beban otak fikir masalah.
Aku nak ngorat, tapi budak ni jual mahal. Nak tak nak, aku bagitau bini aku.. Aku nak kawin lagi satu. Bini aku mengamuk. Dia tanya perempuan mana, dah berapa lama. Aku gelak. Tak pernah bini aku ‘caring’ macam tu. Sayang rupenye… Aku bawa jumpa dengan budak tu. Budak tu tak percaya aku nak buat dia jadi bini.
Sejak aku nak kawin baru, bini aku kata aku nak balas dendam. Bukan balas dendam, tapi pengajaran. Aku tunjuk gambar budak tu kat mak aku, mak aku pun suka. Bini aku, susah sikit. Macam main tarik tali. Setahun aku main tarik tali dengan bini aku. Akhirnya bini aku suruh nikah siam. Sebab malu dengan orang kampung nanti, tapi dah terlambat. Bapak mertua aku dah kecoh satu kampung, aku nak kawin lagi. Untuk makluman, bapak mertua aku kawin 4 sebab tu bini aku anti poligami. Mak mertua aku merupakan isteri pertama. Masa berita aku nak kawin lagi satu kecoh, adik beradik ipar aku sibuk serang bakal bini muda aku tu. Kena maki bakal bini muda aku tu. Tapi dia rilek je. Rupanya bini aku selama ni bercerita pasal aku nak kawin lagi kat adik beradik dia. Aku diburukkan dekat keluarga mertua. Tapi, aku tak heran. Aku nak cari bahagia aku. Bini aku mendesak cerai, cerai dan cerai. Atas alasan aku dayus sebab dulu tak ceraikan dia.
Sekali lafaz, aku lepaskan dia masa tu. Perasaan aku lepas tu, macam terlepas beban berat. Lapang dada aku macam bernafas lega panjang. Mungkin sepatutnya kami bercerai dulu. Lepastu, bini aku meroyan. Dia call semua orang termasuk mak bapak bakal bini aku. Dia suruh aku kemas baju aku dan keluar dari rumah dia cepat. Masa aku balik nak pack baju, dia minta maaf menangis. Dia mengaku silap dia, janji nak berubah. Dia sayang rumah tangga kami. Dia tak boleh tanggung hidup sorang, dia masih perlukan aku. Dia minta aku rujuk dengan dia. Aku call mak aku, aku luahkan apa aku rasa. Aku mengaku aku gagal didik isteri aku dengan baik. Tapi aku tak cerita apa salah bini aku. Aku cuma tanya, apa aku perlu buat? Mak aku nasihatkan aku rujuk semula, kesian dengan anak2. Kalau tak sayang bini lagi, kesiankan anak2. Esoknya aku rujuk di mahkamah syariah dan aku pegang janji bini aku untuk berubah tapi aku masih teruskan niat untuk nikah lagi.
Hari raya 2014, kami balik kampung bini aku. Sedara mara dia perli dia “Tu lah kau, dulu bapak kau sibuk kahwin lagi kau sibuk serang mak tiri kau mengalahkan mak kau. Sekarang, padan muka.. laki kau orang amik!” Aku nampak dia nangis dalam bilik. Tapi aku tak pergi pujuk, aku biar dia pujuk diri sendiri. Mak mertua aku nasihat, nikah lagi jangan lupa anak bini yang sedia ada. Apa pun salah anak dia, dia minta aku maafkan. Aku pun kata, aku tak amik hati pun. Aku dah biasa. Balik raya belah kampung aku, mak aku tak tanya pasal hal aku nak kawin lagi. Mak bapak aku jenis tak masuk campur hal anak asalkan anak2 tau jaga diri. Balik JB, bini aku cerita. Dia sentap balik raya kat kampung dia dgn kampung aku. Kat kampung aku dia lagi sentap dgn mak aku, dia cerita dia tengah borak dengan mak aku.. Mak aku tanya dia macam mana dia dengan bakal bini aku, dia jawab mungkin balasan untuk dia.. Mak aku kata “memang lah balasan, Allah uji kau.. sabar lah.. ” Dia cuma sentap sebab mak aku kata memang balasan utk dia. Pada aku, itu hal kecik. Orang tua biasa memang terlepas cakap, tak perlu kita nak sentap.
Sebab aku tak layan sentap bini aku, dia serang lagi bakal bini aku. Satu family dia serang. Dlm hati aku masa tu, laki mana lagi la boleh tahan dengan bini aku ni kalau bukan aku je? 20 tahun aku hidup dengan dia, aku tahan dengan perangai singa dia. Kalau laki lain, aku rasa makan kaki tangan jugak ni. Aku tengok bakal bini aku tu buat tak layan je bini aku meroyan kat rumah dia. Aku gelak je dalam kereta. Alahai bini, sayang jugak kau ni. Dah habis adegan serang menyerang kat rumah orang, bini aku call pulak bakal bini aku tu. Penat bini aku maki, dia jawab ok je. Habis call, bini aku tanya “Abg nak kawin dengan siapa ni? Budak ni tak ada perasaan ke? Penat saya je..” Aku diam kan je.
Lepas tu, bini aku dengan bakal bini aku baik. Shopping sama, makan sama, tengok wayang sama. Tenang hati aku, rezeki aku pun semakin murah bila diorang berbaik. Alhamdulillah. Tak lama kemudian, aku nikah lagi di songkhla atas permintaan bini pertama. Selamat nikah, aku sewakan bini muda aku rumah dekat je dengan bini pertama. Senang aku nak ulang alik. Dah poligami ni, bini pertama aku dah mula solat, mula tutup aurat. Alhamdulillah. Bahagia kejap je, bini pertama aku meroyan lagi. Halau aku dari balik rumah dia, siap campak baju depan rumah bini muda. Jiran-jiran semua nampak, kebanyakan jiran situ kawan2 aku. Bini muda aku, kutip satu persatu baju aku. Dia pun tak bagi aku balik rumah dia, aku pun tidur kat petronas dalam kereta. Pengalaman pertama, tidur dalam kereta kt petronas…
Tak lama lepastu, bini-bini aku baik semula… macam biasa keluar sama2. Aku tinggal dgn anak kat rumah layan WWE. Bini pertama aku kata tak payah balik rumah dia, sebab adik beradik dia selalu datang bermalam kat rumah. Jadi aku pun tinggal dengan bini muda tapi selalu balik juga sana tengok anak. Bini pertama aku mula berjinak dengan zumba. Dia kata bosan. Dia dapat kawan baru. Bini muda aku jenis duduk rumah, balik kerja duduk rumah. Susah ajak keluar berjalan, kecuali otak dia dah tepu sangat stress kerja dia ajak aku pergi karaoke. Dia minat sukan, tapi aku tak bagi join. Kalau dua bini aku sibuk dunia luar, aku kat rumah boleh tepu jugak.
Ditakdirkan Allah itu maha adil pada hambanya. Allah tunjuk lagi pada aku. Sekarang zaman smartphone, gadget, internet dan sebagainya. Bini aku pun ada fb/wechat/LINE/whatsapp/telegram. Kelebihan pada aku ialah, aku boleh baca otak dia. Password dia utk access semua tu aku boleh tau. Jadi, satu hari aku tak ada kerja kat site. Tangan aku gatal nak godek FB bini aku. Aku buka email dulu, tak jumpa apa-apa. Tapi masa aku nak sign out tu, dia suruh aku click google plus photos tak silap aku. Kat situ la terbongkar segala nya. Aku jumpa gambar bini aku dengan jantan lain. Aku download satu persatu gambar tu aku simpan kat pendrive, siap print screen sekali kat komputer. Lepas tu aku buka FB dia pulak, aku baca mesej dia dengan 2 orang jantan lain. Yang aku kelakar 2 orang jantan tu kawan baik, kena game dengan bini aku. Gelak sorang aku. Aku tekan bahagian photo kat FB, ada yg sync with phone. Kat sini la kelebihan smartphone, jumpa lagi banyak gambar. Gambar keluar date, gambar screenshot conversation whatsapp/wechat, gambar lucah diorang semua ada. Aku istighfar. Aku download satu persatu jugak.
Anak jantan jangan kata kita kuat sangat, ego tinggi tak menangis bila kena macam ni. Kita ingat satu je, Allah ada. Allah akan balas. Tapi bila duduk sorang, mesti meleleh punya. Aku pejam mata, terbayang muka anak2 aku je. Aku tak nak lepaskan bini aku. So hari tu, aku tunggu bini aku balik kerja. Aku tanya dia pasal jantan2 tu. Dia tak mengaku. Aku kata tak apa, aku ugut bagitau mak dia perangai dia tak elok. Dia kata aku tak ada bukti, kes dulu kes lama. Aku kata, dulu tak ada bukti pasal tak ada smartphone, sekarang zaman berubah. Aku tahu apa dia buat belakang aku. Aku tunjuk gambar lucah dia. Dia terdiam. Aku cakap aku nak post kat fb. Dia takut, dia minta maaf. Dia kata tak ada contact lagi. Aku percaya (sebenarnya tidak).
Esok nya, aku buka lagi email & FB bini aku. Aku jumpa gambar terbaru. Kali ni terus aku cakap kat bini aku, kalau nak teruskan dengan jantan tu. Aku suruh kahwin dengan mereka. Bini aku tak nak. Aku kenal jantan tu, kawan sekolah bini aku. Aku pernah ikut bini aku pergi reunion sekolah lama dia. Dah kantoi macam ni, bini pertama aku meroyan kat bini muda aku lagi. Diorang gaduh lagi. Aku biarkan diorang settle sendiri. Aku pesan kat anak sulung aku, jaga ibu dan adik dia elok-elok. Sebab aku dah tak sebumbung lagi dengan anak-anak. Anak aku paham. Bini pertama aku asyik call supaya aku tak ceraikan, aku kata aku tak akan ceraikan. Aku biarkan masa tentukan mana hala tuju hubungan kami. Allah lebih tahu hati kami.
Bini muda aku, Alhamdulillah dari awal kenal sampai sekarang masuk 2 tahun nikah. Kalau bini pertama aku meroyan, serang, cari gaduh.. dia buat tak tahu. Datang rumah pecah barang pun, dia siap pelawa tidur rumah. Aku biasa tengok diorang bertekak mulut, aku duduk tepi tangga perhati kan je. Buat hiburan… tapi, macam mana buruk pun perangai bini ni.. jauh sudut hati. Suami tetap sayang. Kepada bro yang share masalah bini dia curang tu, aku faham kenapa kau tak cerai kan dia.
Malas semak kepala fikir hal bini ni, baik cari duit senang kan keluarga. Sekarang, aku bahagia dengan bini muda. Bini pertama, aku bagi nafkah duit tiap bulan. Aku dah niat, selangkah dia dalam maksiat tanpa pengetahuan aku. Semoga Allah membalasnya dengan setimpal. Aku cari rezeki untuk keluarga aku. Bini pertama aku sendiri pernah sumpah, kalau dia curang dia sanggup terima azab Allah. Aku pun redha. Bini pertama aku pun tak nak menjanda bila aku tanya pasal cerai.
Semua orang ada kegagalan dalam hidup. Kegagalan aku paling teruk dalam alam rumah tangga. Sangat menguji aku. Tapi bagi pengajaran yang tak semua orang akan faham. Hilang sebuah kasih sayang, hadir sebuah kebahagiaan.
Thanks admin. Maaf panjang cite. Aku tulis pengalaman sepanjang alam perkahwinan aku. Alam perkahwinan, kalau kena uji jangan cepat fikir cerai. Kunci dia sabar dan berserah pada Allah. Tapi kalau dapat pasangan kaki segala kaki, selamatkan diri anda… Assalamualaikum.
**************************************
Kita selalu mendengar kalau yang selalu curang tu adalah lelaki.. Tapi perempuan juga sama... Yang namanya manusia.
Admin kongsi cerita ni sebab admin lelaki.. Tak dapat bayang kalau orang yang kita sayang buat macam di atas... Remuk berkecai hati ooooo....