Home » » Lorong Tambah Nilai PLUS Di Tutup

Lorong Tambah Nilai PLUS Di Tutup

Semua Lorong Tambah Nilai PLUS Di Tutup Sempena Sambutan Raya Aidilfitri

Semua lorong tambah nilai PLUS ditutup sempena raya aidilfitri

Untuk memastikan perjalanan lebih lancar sempena Hari Raya terutama di plaza tol, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan akan menutup semua lorong tambah nilai Touch n Go bermula dari 22 Jun hingga 2 Julai 2017. Ia bertujuan mengurangkan kesesakan disebabkan barisan beratur ketika membuat tambah nilai.

Sebanyak 134 Lorong Tambah Nilai di lebuh raya PLUS akan ditutup dalam waktu tersebut. Untuk itu, pengguna lebuhraya PLUS perlu memastikan baki yang mencukupi di dalam kad Touch n Go atau membuat tambah nilai sebelum memasuki lebuh raya PLUS.

PLUS telah melaksanakan sistem pembayaran elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya kendaliannya sejak 26 April 2017. Tiada lagi transaksi tunai dikendalikan di lebuh raya PLUS dan semua pengguna perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch n Go ataupun SmartTAG.

Semua lorong tambah nilai PLUS ditutup sempena raya aidilfitri


Terdapat banyak lokasi tambah nilai boleh dibuat di seluruh Malaysia. Di lebuh raya PLUS sendiri, beberapa pejabat plaza tol menyediakan kemudahan tambah nilai. Pengguna juga boleh membuat tambah nilai di stesen-stesen minyak di kawasan rehat R&R di sepanjang lebuh raya.

Selain itu, tambah nilai boleh dibuat menerusi mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven, KK Supermart dan 99 Speedmart, stesen minyak dan banyak lagi. Semak senarai dan lokasi tambah nilai di sini.

PLUS juga mengumumkan rebat sempena Hari Raya nanti. 30% rebat diberikan untuk pengguna kad PLUSMiles dan 10% rebat untuk pengguna kad Touch n Go yang lain. Rebat ini diberikan selama 6 hari sahaja iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29Jun dan 3 Julai.

Tetapi rebat ini hanyalah untuk kenderaan Kelas 1 dengan perjalanan melebihi 100km sahaja. Rebat akan diberikan dalam bentuk tambah nilai, apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober akan datang.

Ingat, sebelum mulakan perjalanan balik kampung tu, pastikan nilai Touch n Go mencukupi. Kalau tak, pergi tambah nilai dulu siap-siap sebelum memasuki lebuhraya. Untuk menyemak baki kad Touch n Go anda, anda boleh Register dan login di http://www.touchngo.com.my/


Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment