Home » , , » Pembahagian Harta Mengikut Faraid

Pembahagian Harta Mengikut Faraid

Cara Pembahagian Harta Mengikut Hukum Faraid

Pembahagian harta pusaka mengikut Faraid

Apakah yang di maksudkan dengan Faraid? Dari segi bahasa, Faraid bermaksud ketetapan.
Mengikut istilah dalam hukum syarak pula, Faraid adalah mengkhusus kepada penetapan pembahagian harta pusaka kepada waris apabila berlakunya kematian.

Faraid ditetapkan di bawah hukum syarak ke atas waris yang sah dan layak seperti:

* Anak
* Isteri
* Suami
* Ibu bapa dan lain lain

Harta yang akan dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ada selepas tolak :

* Kos pengurusan pengebumian jenazah
* Langsaikan segala hutang pewaris yang berkaitan dengan agama (seperti Zakat, Nazar, dan lain-lain)
* Segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh hukum syarak.

Bentuk harta yang boleh di bahagikan mengikut Faraid adalah:

* Tanah, bangunan (rumah, kilang, gudang, dan lain-lain)
* Barang kemas (emas, perak, dan lain-lain)
* Insuran, saham, bon, tunai (sama ada dilabur atau tidak)
* Tanah, kebun, ladang, dan lain-lain
* Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau, dan lain-lain.

Hukum pembahagian harta pusaka mengikut Faraid.

Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang Islam maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum Faraid. Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDU KIFAYAH kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

Jadual kadar asas pembahagian harta pusaka mengikut Faraid

kadar asas pembahagian harta mengikut faraid

Contoh pengiraan pembahagian harta pusaka mengikut Faraid

Terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, seorang isteri, dan 5 orang anak (2 orang lelaki, 3 orang perempuan) dan ibu bapa si suami. Pada suatu hari, si suami terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Andaikan harta arwah suami berbaki RM3 juta setelah ditolak kos:

* Pengurusan jenazah,
* Selesaikan segala hutang piutang yang ada,
* Wasiat (tak lebih 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka

Melihat kepada jadual kadar asas tadi, pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut sistem Faraid adalah seperti berikut:

* Bahagian si ayah 1/6,
* Bahagian si ibu: 1/6,
* Bahagian si isteri: 1/8,
* Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka.
Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.

Jadi jumlah yang akan diterima oleh setiap waris adalah:

contoh pengiraan pembahagian harta mengikut faraid

*RM1,625,000 adalah jumlah baki setelah ditolak pembayaran kepada ayah, ibu, isteri. Oleh kerana arwah mempunyai 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan, maka jumlah pembawah bagi pecahan adalah seperti rajah di bawah:


Di atas merupakan pengiraan Faraid secara manual dilakukan. Harus diingatkan, apa yang dikongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang biasa. Situasi ini boleh berubah mengikut kepada ahli waris si arwah.

RM1,625,000 / 7 = RM232,142.857 Setiap bahagian
Anak lelaki masing masing mendapat RM464,285.714 (2 bahagian)
Anak perempuan masing masing mendapat RM232,142.857

Perkara lain yang perlu di ketahui dalam pembahagian harta mengikut Faraid

Faraid adalah cara agihan harta pusaka pilihan terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam sekiranya cara pembahagian berasaskan persetujuan semua ahli waris yang dilakukan sebelumnya gagal. Dan apa yang PALING PENTING ialah pembahagian harta pusaka ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada perlantikan pentadbir harta pusaka.

Perkara yang anda perlu ketahui juga, sebarang pembayaran tuntutan insurans jika sepenuhnya pemberian dari pihak syarikat Insurans, ia tidaklah termasuk dalam harta pusaka. Oleh itu, ia diberikan kepada orang yang ditentukan oleh si mati (semasa hayatnya) atau orang yang ditentukan oleh pihak yang menaja Insuran itu (majikan, persatuan khairat dan sebagainya). Jika si mati tidak menentukannya atau pihak yang menajanya juga tidak menentukannya, barulah ketika itu diserahkan kepada ahli-ahli waris untuk dibahagikan mengikut bahagian perwarisan. Oleh itu, penamaan waris adalah amat penting apabila membeli sebarang perlindungan insurans untuk mengelakkan sebarang perbalahan di kemudian hari.

Sumber asal : https://www.eztakaful.com.my/pembahagian-harta-pusaka-menurut-hukum-faraid/

***********************************************

Info Grafik.

Contoh situasi lain dalam pembahagian harta mengikut Faraid











Sumber asal : https://www.facebook.com/pusakaharta/

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment