Anda pernah mendengar lagu Ulek Mayang?
Pernah mendengar atau melihat orang ramai di rasuk sewaktu persembahan Ulek Mayang?
Benarkah lagu Ulek Mayang mampu memanggil semangat atau roh makhluk halus atau jin?
Sejauh mana kebenarannya?
Video Rasukan Nyanyian Ulek Mayang
Nyanyian lagu Ulek Mayang ini di katakan berasal dari Terengganu sejak beratus tahun dahulu. Lagu Ulek Mayang ini akan di nyanyikan atau di persembahkan sewaktu menjalankan upacara rawatan tradisional oleh masyarakat melayu terdahulu.
Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang dalam satu kumpulan. Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat roh makhluk halus. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Sejarah Asal Usul Nyanyian Ulek Mayang
Sejarah lagu Ulek Mayang bermula sejak ratusan tahun dahulu. Ianya sebenarnya sebuah mentera yang dinyanyikan untuk menghalau roh jahat. Alkisah, pada zaman dahulu ada sekumpulan nelayan yang keluar ke laut untuk menangkap ikan dengan perahu. Semasa ditengah laut, tiba-tiba datang ribut yang sangat dahsyat menyebabkan semuanya tercapak ke laut. Dipendekkan cerita, oleh kerana penat dan sudah kehabisan tenaga semasa ingin menyelamatkan diri, mereka semuanya pengsan dan dihanyutkan ke pantai.
Akhirnya seorang demi seorang sedarkan diri. Cuma tinggal seorang sahaja yang masih belum terjaga. Dipercayai, rohnya terperangkap di alam Puteri Bunian. Oleh kerana zaman itu kepercayaan terhadap animisme (di mana bomoh digunakan untuk menyembuhkan penyakit seseorang) masih kuat, maka rakan kepada nelayan tersebut memangil bomoh untuk merawatnya.
Semasa dalam mengembalikan semula roh nelayan yang terperangkap, bomoh tersebut dikatakan mengalami pertarungan yang sengit dengan Puteri Bunian. Seorang demi seorang adik-beradik Puteri Bunian datang, sehinggalah yang ke-6. Akhirnya, pertarungan antara bomoh dan Puteri Bunian itu berakhir setelah datang puteri yang ke-7 iaitu kakak sulong daripada Puteri Bunian tersebut. Maka keluarlah dialog yang dimuatkan dalam lirik lagu Ulek Mayang berbunyi, “aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat”.
Tonton Video persembahan tarian Ulek Mayang di bawah dari Split Cust Studios
Ulek Mayang Menjadi Persembahan Tarian Tradisional
Sejajar berjalannya waktu... Perubatan tradisional dengan menyanyikan lagu Ulik Mayang untuk memanggil semangat makhluk halus ini tidak lagi di amalkan kerana mengandungi unsur khurafat.
Ulek Mayang kini hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional tanpa melibatkan amalan khurafat atau sebarang jampi serapah dan masih aktif berkembang di beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.
Walaubagaimanapun, untuk menyanyikan lagu Ulek Mayang ini, para penari di katakan perlu membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan ‘bangkitan’ dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.
Di bawah adalah lirik lagu dalam nyanyian Ulek Mayang
Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
—
Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
*************************************************
Video Penonton Di Rasuk Sewaktu Persembahan Ulek Mayang
Benarkah nyanyian Ulek Mayang nyanyian memanggil semangat atau roh makhluk halus?
Saksikan video di bawah di bawah di mana dua orang awam di rasuk sewaktu persembahan tarian Ulek Mayang di adakan di KLIA pada tahun 2017.....
Video Sedih Seorang Ayah Memberi Pesanan Kepada Anak Kecilnya Seolah Olah Dia Tahu Dia Akan Pergi.... Dan...
Daripada admin post video Dato' Aliff Syukri menangis kes Ferrari Italia merah berharga 1.8 juta dia yang terbakar dekat tengah Highway tu, bagus admin share video sedih seorang ayah yang memberi pesan kepada anak kecil dia supaya jaga adik adiknya seolah olah dia tahu yang dia akan meninggal dunia...
Tak lama selepas beberapa hari dari video tersebut di upload ke media sosial Facebook, lelaki tersebut yang merupakan si ayah kepada anak kecil tersebut meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Tanjung Piandang..
Dalam video tersebut, jelas si ayah kelihatan sedih dan menangis seolah olah dia tahu dia akan pergi meninggalkan anaknya itu sehinggakan anaknya kehairanan melihat reaksi ayahnya...
Al-Fatihah kepada keluarga mangsa....
Petua Berkesan Merawat Resdung Secara Traditional Tanpa Menggunakan Ubat Ubatan
Tak perlu di terangkan lagi dah apa itu resdung. Rata rata orang di Malaysia ni tahu apa itu resdung dan Rata rata orang di Malaysia ni ada resdung... Parah dengan tak parah, teruk dengan tak teruk sahaja tahap resdung dia tu. Sebab apa admin cakap rata rata orang ada resdung ni? Sebab resdung ni berpunca daripada hama dan bakteria yang ada di udara yang di sedut melalui rongga hidung..
Jadi yang tak ada resdung tu, orang tu mungkin tak ada lubang hidung.. huhuhu...
Mereka yang tahap penyakit resdung nya itu agak parah atau teruk, mungkin kerana kurang menjaga kebersihan diri terutama di bahagian muka atau seseorang itu mempunyai rongga atau liang roma yang besar yang membuatkan kulit muka lebih banyak memerangkap hama bakteria dan kotoran yang ada di udara berbanding mereka yang memiliki liang roma yang lebih kecil atau halus.
Tanda Tanda Menghidap Resdung Yang Teruk
Tanda seseorang itu menghidap resdung yang parah yang sering kita dengar adalah selalu bersin terutama pada waktu pagi atau bangun tidur. Muka terutama di bahagaian hidung sering berasa gatal. Muka sering naik bintil bintil yang mengandungi nanak bercampur darah (Seperti jerawat).
Yang menghidap resdung ni, kalau dah bersin dan gatal hidung, memang rasa nak cabut hidung tu dan tonyoh dengan sabut dawai.. kan kan akan... haa..
Pada tahap yang lebih kronik lagi penyakit resdung ni, nafas akan berbau... Kalau orang yang tak gosok gigi, nafas dia akan di bau oleh orang lain sewaktu bercakap.. Orang yang mulut dia berbau tu, dia tak perasan pun mulut dia berbau, tapi nafas berbau akibat resdung, empunya badan sendiri tak boleh tahan sebab bau yang busuk (macam bau taik). Kadang sendiri rasa nak muntah. Ini dah tahap kritikal. Sebab dah penuh bakteria di rongga pernafasan tu, dah beranak pinak dalam rongga pernafasan tu.
Makanan yang paling pantang bagi orang yang menghidap resdung ni, makanan yang gatal gatal macam belacan dan udang. Kalau makan benda benda gatal terutama belacan, tak sampai seminit rasa macam ada ulat kat kulit muka tu bergerak gerak. Orang utara cakap merenyam.. Gatal dia macam mana, tanya orang yang menghidap resdung.. Seksa juga la tonyoh hidung tu.
Dan jangan pandang remeh pada penyakit resdung, jika di biarkan, ianya boleh menyebabkan buta, lumpuh atau maut.
Petua Paling Mudah Merawat Resdung Tanpa Ubat Ubatan Moden
Kalau jumpa doktor, paling doktor bagi antibiotik untuk mematikan kuman resdung tu.. Ada banyak petua traditional untuk menghilangkan resdung ni. Kalau pergi farmasi, kain macam lilin tu banyak di jual, di bakar dan asapnya di kenakan ke muka.. Bolehla mengurangkan sikit gatal di muka akibat resdung tu, tapi itu tak lama sebab ia hanya melibatkan lapisan luar kulit muka. Kalau dulu admin pernah tulis tentang perawatan traditional menghilangkan resdung di kampung admin. Yang duduk dekat dekat kampung admin boleh la cuba.
Petua traditional merawat resdung yang paling mudah dan berkesan... Gunakan kayu manis... Tau kan macam mana bau kayu manis... Cara merawat resdung menggunakan kayu manis ni, bakar kayu manis di hujung sampai berasap, sedut asap tersebut perlahan lahan.. Bila sedut asap kayu manis tu, memang agak pecih di rongga hidung, tapi berkesan untuk merawat resdung secara traditional. Amalkan. Sebaiknya di waktu pagi... Lama kelamaan, penyakit resdung tu akan berkurangan, muka akan kurang gatal terutama bahagian hidung dan kurang bersin bersin.. Yang nafas berbau pun, bau tersebut akan hilang dan bernafas juga akan menjadi lebih selesa.
Selamat mencuba petua tradional merawat resdung dari admin.
Admin
2:50 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPanduan Dan Tips Cara Elak Penyewa Rumah Tinggalkan Tunggakan Bil Eletrik Yang Tinggi Sewaktu Tinggalkan Rumah
Anda pemilik rumah? Anda sewakan rumah anda kepada penyewa? Pernah tak anda dengar atau alami sendiri pemilik rumah terpaksa tanggung bebanan tunggakan bil eletrik yang tinggi yang ditinggalkan oleh penyewa?
Sebelum ini mungkin ada pemilik yang meminta deposit untuk bil elektrik dari penyewa sebelum rumah di sewakan sebagai langkah berjaga jaga sekiranya penyewa berpindah dan meninggalkan tunggakan bil eletrik yang tinggi.
Sebenarnya anda tidak perlu minta deposit bil eletrik dari penyewa kerana takut penyewa tersebut lari meninggalkan tunggakan bil eletrik rumah anda kerana ada cara bagaimana supaya bil bil eletrik tersebut di letakkan di atas nama si penyewa. Bukan atas nama pemilik.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk keadilan Tuan Rumah.
Skim ini membolehkan nama Penyewa didaftarkan dalam Bil bulanan TNB menggantikan nama Tuan Rumah berikutan kes penyewa rumah meninggalkan tunggakan bil eletrik yang tinggi yang makin kerap berlaku kini.
Panduan Menggantikan Nama Pemilik Rumah Kepada Penyewa Rumah Di Dalam Bil Eletrik Menggunakan Skim Penukaran Penghuni Sementara TNB
1. Tamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah.
Keperluan adalah sesalinan MyKad dan Surat Pengesahan No Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.
2. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.
Keperluan:
A. Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tuan Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula. Tidak perlu penyewa menghantar borang tersebut
B. Sesalinan MyKad Penyewa.
C. Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.
D. Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.
E. Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.
Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.
3. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.
Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan di Alamatkan terus ke nama Penyewa.
4. Penyewa berkenaan berpindah keluar.
Mohon Penyewa untuk ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.
Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan disebabkan ia atas nama sendiri.
Melalui cara ini, nombor akaun Penyewa adalah berasingan antara Penyewa Lain dan Tuan Rumah.
Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh Penyewa Lama, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka.
Jika penyewa lama sudah berpindah dan ada penyewa baru yang ingin menyewa rumah anda. Langkah yang sama perlu di lakukan untuk mengelakkan penyewa meninggalkan rumah dengan tunggalkan Bil Eletrik yang tinggi kepada tuan rumah. :)
Ramai yang salah faham dengan maksud 'Penama' dalam KWSP. 'Penama' bukan bermaksud pewaris..
Ramai yang beranggapan bahawa jika pencarum KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) meninggal dunia, wang caruman KWSP tersebut akan di berikan kepada 'Penama'. Jika suami isteri, pencarum KWSP tersebut akan meletakkan pasangannya sebagai 'penama' kerana beranggapan jika dirinya meninggal dunia, wang KWSP tersebut akan di berikan kepada si penama tersebut.
Anggapan ini adalah SALAH SAMA SEKALI
Apakah maksud disebalik perkataan 'Penama' dalam KWSP?
"Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai "benefisiari" atau bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia."
Maksud disini adalah penama hanyalah sebagai pentadbir atau orang yang akan mengurus wang KWSP si pencarum tadi (sekiranya pencarum meninggal dunia) untuk di bahagi bahagikan wang KWSP tersebut mengikut hukum faraid (bagi orang islam)
Jadi wang KWSP yang akan di terima oleh si penama bukan wang mutlak miliknya tetapi sebagai pengurus wang untuk di bahagi bahagikan kepada waris mengikut hukum faraid.
Apa yang berlaku sekiranya si pencarum tidak melatakkan 'penama'?
Sekiranya si pencarum tidak meletakkan penama, urusan untuk menuntut wang tersebut akan menjadi sukar kerana perlu membuat surat kuasa tadbir iaitu melantik pihak yang akan menguruskan wang tersebut. Semestinya ianya memakan masa dan juga modal. Jika ada penama, wang KWSP tersebut akan terus di masukkan ke dalam akaun bank si penama.
Dah tau apa maksud penama dalam KWSP?
Jadi kepada si penama perlu tau apa peranannya sebagai penama, jangan makan duit tu sorang sorang. Jatuh haram.. Kalau ada anak, dan duit tersebut milik anak yang sepatutnya tapi duit tu tak dapat pada anak tersebut, bermaksud makan harta anak yatim.