Home » , , » Kebaikan Dan Keburukan Air Ketum

Kebaikan Dan Keburukan Air Ketum

Kebaikan Dan Keburukan Minum Air Ketum



Tahu air ketum kan? Dah diharamkan pun di malaysia ni...
Pernah minum air ketum? Rata rata yang minum air ni golongan lelaki la kot, golongan perempuan tak tahu la pulak kot ada.. Admin dulu waktu kerja di kilang, ramai juga kawan kawan yang minum air ketum ni, tapi admin tak minum la sebab banyak yang tak baik admin dengar pasal air ketum ni.. Kawan kawan admin tu pun kalau bawa masuk air ketum tu, bawa masuk curi curi.. huhu..

Apa sebenarnya air ketum ni? Admin dengar air ketum ni kalau diminum sedikit, baik untuk kesihatan badan.. Kalau minum banyak pula, boleh menyebabkan ketagihan dan kesan sampingan kepada badan.. Admin pun confius.. Disebabkan confius, admin langsung tak pernah mencuba merasa air ketum ni..

Tengah tengah belek Facebook, admin terjumpa satu artikel tentang kebaikan dan keburukan air ketum ni yang di post oleh seorang doktor... Jom kita sama sama baca dan mendapatkan info tentang kebaikan dan keburukan air ketum ni.

**********************************************************

 Doc sedih hari ni sbb ramai pesakit doc yg Ketagih Air Daun Ketum adalah bangsa doc sendiri yg doc kasihi. Ramai dah ketagih memohon doc tolongkan. Doc harap yg belum mencuba...JANGAN le TRY langsung ye!! KEBURUKAN serta KETAGIHAN amat susah diubati.

U all tau dak...Air daun ketum senang je dibuat. Bapanya pi cari daun ketum banyak dihutan Msia. Emaknya tolong rebus je daun tu. Anaknya tolong bungus je. Bila di bungkus dlm plastik nampak cam air tebu je. Sebungkus RM 3 ke 5 je.
Famili business. Mudah bukan. Tpi salah disegi undang2 tau!!

Ni doc bgi sikit info mengapa jadi ketagih bila start ambil daun ketum?

A. Pokok Ketum/Pokok Biak (Inggeris: Kratom) tumbuhan drp famili Rubiaceae. Banyak di utara & tengah Semenanjung Malaysia diguna sbgai UBAT TRADITIONAL:
1. Daun Ketum direbus & airnya diminum sbgi pemulih tenaga selepas bersalin, rawatan angin dlm badan dan sakit urat.
Untk lelaki ia bagi POWER tenaga batin dan elak premature ejaculation nya tahan lama. Ni yg buat ramai lelaki suka tu.
2.Merawat cirit birit, demam dan batuk,
Sbgai ubat cacing, tingkatkan selera makan, tambah tenaga untk kerja berat.

B. Ni doc nak habaq mcm2 style cara mengambil Ketum:
• Daun segar dikunyah bersama sirih.
• Daun kering dihisap bersama tembakau.
• Daun direbus, minum sbgai sirap/ teh.
• Serbuk daun ketum diletakkan pd lidah untk beri kesan gian/high.
• Ekstrak mentah ketum dibentukkan pil ditelan/dicairkan dlm air panas.

C. Kegunaan Ketum dlm perubatan:
•Digunakan untk hentikan penggunaan drug narkotik beransur2; penagih akan henti ambil dadah, keinginan (gian), gejala ketagih dikurangkan.
D. Doc nak bgi tau pasal mengapa terjadi ketagih dgn ketum?
Daun Ketum membuat anda ketagihan kerana ia ada MITRAGININ.


1. Klu anda ambil dgn dos rendah: Ia beri Kesan STIMULAN.
• Ketum Bertindak dlm 5-10 minit je dan tahan selama 6 jam. Tenaga tiba2 kuat, angin dlm badan keluar, sakit Otot ok, bagi NAFSU tenaga batin GILA POWER.. Ada yg Suka ramah mesra, suka bergaul.
Bila dos berkurangan dlm badan anda akan Tiada motivasi, tiada minat, Bosan, Malas dan Runsing.


2. Klu anda terlebih ambil dgn Dos tinggi (10-30 helai daun sehari) beri kesan SEDATIF. Anda akan rasa:
• Kurang sensitif pd kesakitan fizikal
• Berasa tenang• Hilang dlm alam mimpi 
• Rasa gatal atau berpeluh
• Anak mata jadi sempit
• Loya

E. Ni doc bgu info Kesan Sampingan Daun Ketum
• Mulut anda menjadi kering
• Kerap kencing
• Kehilangan selera makan (anoreksia) & kurus.
• Sembelit
• Rosak Hati (Jaundice)
• Insomnia (payah tidur)
• Psikosis (gila)
• Kulit jadi gelap di bahagian pipi.
• Banyak tidur
• Hilang keupayaan bekerja
• Denyutan jantung cepat
• Khayalan buruk-sangka
• Hidung dan mata berair
• Cirit birit
• Sakit otot dan tulang
• Tingkah laku agresif
• Mudah meradang

F.Risiko
• Tertidur semasa bekerja.
• Mengantuk dgn tiba-tiba.
• Ketagihan yg susah diubati.

Tu dia info untk anda semua. Kesan samping ketum yg teruk drp faedah yg sikit...
NASIHAT DOC: JANGAN START NAK TRY. BILA TERSANGKUT...TERUK PADAHnya...TIADA FAEDAH. DIRI BINASA.

Ada soalan...doc jawap.

Drp.
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda,
11900 Bayan Lepas,
Penang.
Tel: 04-6444181

***********************************************************

Sumber

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment