Pelakon Bujang Lapok S Shamsuddin Meninggal Dunia
Hilangnya sebutir bintang yang sukar dicari ganti.... :( Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman... Takziah diucapkan kepada keluarga S S hamsuddin... Al Fatihah
p/s : Update kat CC :(
Admin
4:25 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaHarga Rokok Naik 3% Mulai 3 Jun 2013
Harga rokok dinaikkan sebanyak 3% mulai 3 Jun 2013. Demikian seperti yang dimaklumkan oleh British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia)
Daripada apa yang ditulis, kenaikan harga rokok ini dipengaruhi oleh kenaikan kos operasi seperti tekanan inflasi, kos buruh dan kos input selain peningkatan berterusan perdagangan rokok haram yang memberi banyak kesan terhadap rokok keluaran British American Tobacco Malaysia.....

p/s : Errr...... 3 pilihan..... 1. Berhenti merokok 2. Hisap rokok seludup 3. Beli rokok elektronik
Pilihan anda???? (Aku sengih macam kerang busuk!)
Admin 4:21 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad Meninggal Dunia
Siapa yang tinggal dekat Bagan Serai mesti agak terkejut dengan kematian Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad atau lebih dikenali sebagai 'Din Protokol' di sekitar Bagan Serai. Sharudin Ahmad merupakan calon BN bagi Dun Selinsing pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
2 3 hari aku dengar arwah dimasukkan ke hospital kerana koma disebabkan jangkitan kuman pada jantung dan buah pinggang. Dan malam tadi, jiran rumah bagitahu 'Din Protokol' sudah meninggal dunia di Hospital Taiping. Satu berita yang agak mengejutkan.
----------------------------------------------------------------
Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah Sharudin atau 'Din Protokol' sewaktu bekerja dekat ............ di Bagan Serai. Tanpa mengira fahaman politik, pada aku beliau seorang yang baik. Waktu aku bekerja di ............, masih sempat dia tegur, bersalam dan bertanya khabar aku (pertaman kali bertegur)
Ayah aku sering juga minta bantuan daripada arwah dan arwah tidak keberatan untuk membantu. Pernah juga arwah menghadiri kenduri kahwin adik perempuan aku dulu.
p/s - Anak kepada kawan ayah aku yang bekerja nurse ada bagitahu yang arwah Sharudin ni dah lama menghidap penyakit jantung dan buah pinggang tapi jarang membuat pemeriksaan kesihatan. Takziah diuzapkan kepada keluarga arwah Sharudin Ahmad 'Din Protokol'. Al- Fatihah
Admin
9:12 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaUstaz Kazim Elias Berhenti Beri Ceramah | Kecewa Difitnah
Aku rasa ramai yang kenal dengan penceramah bebas Ustaz Kazim Elias dan juga pengarang buku "Tuhan Sedang Menguji Kita". Ustaz Kazim Elias Al Hafiz 41 tahun yang mengambil keputusan untuk berhenti dari memberi ceramah adalah kerana kecewa akibat difitnah serta dituduh memberi ceramah berbau politik sehingga dilabel sebagai 'Ustaz Politik'
Selain kecewa difitnah, Ustaz Kazim Elias juga bimbang akan keselamatan dirinya yang pernah menerima ugutan pukul dan bunuh di rumah serta pusat pengajiannya di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Perak selain dimaki hamun di blog dan facebook miliknya.
Baru-baru ini, Ustaz Kazim mendakwa hampir disimbah cuka berhampiran rumahnya.
"Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab" Ustaz Kazim
Sumber - Hmetro 18 Mei 2013
-----------------------------------------------------------------
p/s - Lahanat puak-puak yang buat kerja macam ni! Politik lebih penting dari agama. Sebab tu kalau ada orang cakap malas nak amik port pasal politik, jangan marahkan orang tu sebab politik kat malaysia ni KOTOR!! Sorry to say! Sapa yang sakit hati dengan tulisan aku ni, terima jer lah. Tak yah taksub sangat dengan politik!!!
Admin
11:58 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaFireFly Tawar Tambang Murah Sempena Ulang Tahun Ke-6
Sempena ulang tahun ke-6, syarikat penerbangan komuniti milik Penerbangan Malaysia (MAS) FireFly Sdn Bhd menawarkan tambang murah untuk 500,000 tempat duduk untuk semua destinasi penerbangan dari 13 Jun 2013 hingga Mac 2014.
Kempen tambang murah FireFly ini menawarkan tiket penerbangan sehala bagi laluan dalam dan luar negara pada harga serendah RM49 hingga RM249
Promosi tambang murah FireFly berharga RM49 adalah untuk semua penerbangan sehala dalam negara manakala RM99 untuk penerbangan sehala dari Malaysia ke Singapura dan Indonesia iaitu Batam, Acheh, Medan dan Pekan Baru.
Untuk perjalanan sehala ke Phuket dan Koh Samui di Thailand adalah RM149 dari Pulau Pinang manakala RM249 dari Subang
Tambang murah yang ditawarkan FireFly ini termasuk caj atau kos tambahan yang perlu dibayar oleh penumpang.
Selain menawarkan tambang murah, pelanggan juga berpeluang memenangi iPad Mini Apple jika mereka membeli tiket dari 13 Mei hingga 12 Jun depan. Sebanyak 60 iPad Mini Apple disediakan oleh pihak FireFly kepada bakal pemenang yang memenuhi kriteria dan memberikan slogan yang kreatif
Tempahan Tiket FireFly boleh dibuat menerusi http://www.fireflyz.com.my/







