Home » , , » FireFly Tawar Tambang Murah

FireFly Tawar Tambang Murah

FireFly Tawar Tambang Murah Sempena Ulang Tahun Ke-6

Harga Tiket FireFly

Sempena ulang tahun ke-6, syarikat penerbangan komuniti milik Penerbangan Malaysia (MAS) FireFly Sdn Bhd menawarkan tambang murah untuk 500,000 tempat duduk untuk semua destinasi penerbangan dari 13 Jun 2013 hingga Mac 2014.

Kempen tambang murah FireFly ini menawarkan tiket penerbangan sehala bagi laluan dalam dan luar negara pada harga serendah RM49 hingga RM249

Promosi tambang murah FireFly berharga RM49 adalah untuk semua penerbangan sehala dalam negara manakala RM99 untuk penerbangan sehala dari Malaysia ke Singapura dan Indonesia iaitu Batam, Acheh, Medan dan Pekan Baru.


Untuk perjalanan sehala ke Phuket dan Koh Samui di Thailand adalah RM149 dari Pulau Pinang manakala RM249 dari Subang

Tambang murah yang ditawarkan FireFly ini termasuk caj atau kos tambahan yang perlu dibayar oleh penumpang.

Selain menawarkan tambang murah, pelanggan juga berpeluang memenangi iPad Mini Apple jika mereka membeli tiket dari 13 Mei hingga 12 Jun depan. Sebanyak 60 iPad Mini Apple disediakan oleh pihak FireFly kepada bakal pemenang yang memenuhi kriteria dan memberikan slogan yang kreatif

Tempahan Tiket FireFly boleh dibuat menerusi http://www.fireflyz.com.my/

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment