Assalamuallaikum rakan-rakan sekalian. Sihat. Sihat hendaknya yer. Pertama pertama sekali aku nak ucap PADAN MUKA untuk diri aku sendiri. Muahahaha... Ini disebabkan kejyaan aku didalam dunia berblog ni kerana setelah errr..... berapa lama aku tak pasti yang aku dah lama tak update blog dan dah lama tak berblogwaking!! Padan muka aku!!
Entry aku kali ni aku tak nak berskema berprotokol bertatasusila pe segala. Entry aku kali ni aku nak memereng kan sedikit otak yang dah sekian lama berkarat ni!! Bak kata orang-orang tua, "Apa yang kau tuai hari ni, adalah apa yang kau tanam dahulu" Eh. Apa kena mengena pepatah ni? Huhuhu... Sah!! Otak aku hang malam ni. Erk!!
Setelah hampir beberapa minggu aku tidak melakukan aktiviti berblogwalking, ditambah pula blog yang dah bersawang tak terusik dengan entry-entry baru, sekarang aku telah menerima akibatnya. Sememangnya blog aku agak sunyi. Huhuhuhu..... Kawan-kawan juga kan. Kawan penat-penat bertandang kat blog aku, aku tak der pulak bertandang kat blog rakan-rakan. Ish ish ishhh... Sungguh tak patut.... Kan kan kan. huhu...
So, malam ni aku nak terjah kesemua blog rakan-rakan aku..korang la tu, saper lagi. Agak banyak juga yang aku nak kena terjah. InsyaAllah genap 2 hari baru settle semua!! Wakakakakaka....
Pst! Sebenarnya aku just nak gtahu malam ni aku nak melawat blog-blog korang. Cewah!! Ini pon nak umum ker? Macam orang VIP la plak. Huahuahua..
Moral of the story : Nak orang melawat blog kita, kita pon kena la melawat blog rakan-rakan/orang lain. Tak gitu? :P
Untuk rakan blog aku...................
JAI dari blog DeCrewz........SELAMAT PENGANTIN BARU AKU UCAPKAN!! MOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT. AMINNNN.
![]() |
| Cute Baby |
Ok cukup pembuka bicara disitu. Entry aku kali ni berkisar tentang merancang keluarga. Bukan perancangan selepas kahwin tetapi sebelum kahwin (belum ada kene mengena dengan penulis :) ). Pagi tadi di kilang. Aku berborak-boraklah dengan rakan kerja aku. Rakan kerja yang boleh lah dianggap orang lama. Boleh dianggap abang. Dan aku hormati kerana perwatakannya yang cukup matang. Berumur 43 tahun digelar Pak Andak. Sewaktu aku berbual dengan dia, dia tanya aku dengan tidak semena-mena... Ikuti perbualan aku dengan Pak Andak
Pak Andak : Hang dah nikah Amry? (Gaya bersahaja)
Amry : Belum Pak Andak.
Pak Andak : Sekarang umur hang berapa?
Amry :
26
Pak Andak : Hmm... Boleh kahwin dah tuuu.... 26... Dah ada calon?
Amry : Ada..... (Terdapat perbualan yang terpaksa di censored. Maaf)
Pak Andak :
Saya dulu Amry... Rancang nak kahwin umur 27. Tapi atas sebab-sebab tertentu
Amry : Oooo.. Sekarang umur Pak Andak berapa? Pak Andak : 43 Amry : Sekarang anak yang sulung umur berapa?
Pak Andak :
12
Amry :Hmmm.... Jauh juga beza umur yer Pak Andak. Bukan apa, kita dah tua anak baru nak remaja. Susah sikit la. Nak dapat menantu pon jadi lambat. Kan. Macam abang kepada kawan saya, Umur 40+ tapi dah ada menantu. Anak umur dah 20. Sekarang pon saya tengok banyak juga yang kahwin muda. Kawan saya pon cakap untung kahwin muda. Nanti kita masih bertenaga, masih kuat anak dah pon besar. Kena dah tua, dah tak larat, anak masih kecil, susah juga nak menjaga. (Ramai juga rakan-rakan aku yang berpendapat sebegini)
Pak Andak :Ada betul juga apa yang hang kata tu. Tapi pada saya Amry...kalau kahwin pada umur sekitar awal 30-an pon ok juga. Ada kelebihan dia juga. Macam saya... Sekarang umur saya 43, anak baru 12 tahun. Mungkin saya dah agak tua, anak masih kecil. Tapi saya lihat dari segi ekonomi Amry. Macam amry mungkin melihat dari segi umur kan. Dari segi ekonomi maksud saya umur 55 tahun, EPF boleh dikeluarkan. Pada umur 55 tahun anak saya yang sulung 24 tahun. Adik-adik dia mungkin 18 ke 20 tahun. Saya tengok Amry walaupon pada umur 55 tahun tu saya dah agak tua dan anak baru nak naik remaja atau dewasa. Tetapi pada umur tu mungkin mereka ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Nak sambung belajar memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Cuba Amry tengok timing saya. Pada waktu anak saya ingin menyambung pelajaran. Pada saya sudah tiada masalah kerana saya sekurang-kurangnya ada wang EPF saya yang dapat membantu kos pelajaran mereka. Memang la kita pada usia muda boleh buat ASB, simpan duit tu simpan duit ni di bank-bank. Boleh dikeluarkan pada usia kita dah tua, tapi bukankah dengan adanya wang EPF, ianya sedikit sebanyak membantu juga. Jadi tak perlu nak pening-pening cari duit mana nak sara anak belajar. Tak payah suruh anak mohon pinjaman dah. Anak-anak pon nanti dah habis belajar tak pening-pening nak bayar hutang sana, bayar hutang sini. Yang tengok dari sudut tu Amry. Sebab tu kita kalau nak kahwin, perancangan keluarga tu penting. Bukan pakai kahwin jer. Cuba congak-congak masa depan kita nanti.
Amry : Wah!! Ada benar juga kata-kata Pak Andak tu. Saya tak terfikir pula macam tu.
Begitulah lebih kurang perbualan aku dengan Pak Andak yang membuka sedikit minda aku didalam hal merancang keluarga. Sungguh aku tak pernah terfikir cara Pak Andak merancang keluarga. Idea Pak Andak tu. Selama ni aku fikir kalau kahwin, elok kahwin muda, nanti tak susah sebab waktu kita masih kuat, anak dah besar. Merancang dari sudut ni aku tengok sangat sesuai pada mereka yang mungkin ada masalah kewangan macam tak ada wang simpanan atau ASB atau sebagainya yang boleh digunakan pada usia tua. Bukan semua orang duit poket berkepok k.
Perbualan aku dengan Pak Andak betul-betul memberi sudut pemikiran yang baru pada aku yang belum kahwin ni.. So, merancang keluarga ni sememangnya penting. Tapi sudut yang mana satukah yang dipilih didalam perancangan tersebut. Sudut usia atau sudit ekonomi. Pada korang, yang mana pilihan korang seandainya korang masih belum kahwin macam aku (Yang dah kahwin pon boleh bagi pendapat)
P/S : Dulu aku fikir kalau cakap tentang merancang keluarga ni sekadar berapa ramai anak yang nak dihasilkan. huhu....
AMARAN!!!
ENTY INI HANYA UNTUK MEREKA YANG MENGHARGAI APA ITU CINTA
Orang kata blog boleh dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan. Mungkin bagi wanita, adalah perkara biasa jika mereka meluahkan perasaan mereka melalui blog. Tetapi bagi lelaki mungkin ianya agak menjanggalkan. Memalukan. Terutama jika ia melibatkan perasaan cinta.Takut digelar jiwang!!
Saat aku menulis entry ini, sememangnya jiwa aku sangat terganggu.
Ya. Aku juga punya perasaan.
Ingin menyayangi dan disayangi.
Aku pasrah.
Saat cinta itu berlalu pergi, ianya sangat menyakitkan.
Ada apa dengan cinta?
Sorry untuk entry ini.
Ini yang pertama dan yang terakhir.
Admin
10:10 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu aku ingin mohon ampun banyak-banyak kepada korang kerana blog aku ni sejak dua menjak ni memang jarang sangat berupdate. Sawang tu jangan tanya la. Memang penuh. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada korang yang masih sudi melawat blog aku. Yer lah. Sekarang blogwalking pon aku jarang sangat. Komen tak tak berbalas.
Kepada bro Sahromnasrudin. Saya masih ingat janji saya kepada bro untuk membuat review tentang blog bro. Jangan risau. Walaubagaimanapun, saya mohon maaf kerana belum tertunai janji saya tu. Bukan tak nak buat, cuma feel tu belum ada. Rindu betul saya untuk membuat posting.
Kenapa Amry's Blog tak berupdate untuk sekian lama? Selain daripada masalah yang datang bertimpa-timpa. Sebenarnya saya sedang menyiapkan satu produk saya sendiri yang mana sekarang dalam proses. Baru 30% siap. Aku sendiri tak pasti berapa lama lagi masa yang aku perlukan untuk aku siapkan produk aku tu. Mungkin sebulan, 2 bulan. Tapi aku akan cuba siapkan secepat mungkin dan berblog seperti biasa selepas itu.
Terlebih dahulu aku ingin mohon ampun banyak-banyak kepada korang kerana blog aku ni sejak dua menjak ni memang jarang sangat berupdate. Sawang tu jangan tanya la. Memang penuh. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada korang yang masih sudi melawat blog aku. Yer lah. Sekarang blogwalking pon aku jarang sangat. Komen tak tak berbalas.
Kepada bro Sahromnasrudin. Saya masih ingat janji saya kepada bro untuk membuat review tentang blog bro. Jangan risau. Walaubagaimanapun, saya mohon maaf kerana belum tertunai janji saya tu. Bukan tak nak buat, cuma feel tu belum ada. Rindu betul saya untuk membuat posting.
Kenapa Amry's Blog tak berupdate untuk sekian lama? Selain daripada masalah yang datang bertimpa-timpa. Sebenarnya saya sedang menyiapkan satu produk saya sendiri yang mana sekarang dalam proses. Baru 30% siap. Aku sendiri tak pasti berapa lama lagi masa yang aku perlukan untuk aku siapkan produk aku tu. Mungkin sebulan, 2 bulan. Tapi aku akan cuba siapkan secepat mungkin dan berblog seperti biasa selepas itu.
Untuk pengetahuan korang produk aku ni ada sebut harga. Tetapi khas untuk pembaca-pembaca dan pengomen-pengomen setia Amry's Blog. Ianya hanyalah PERCUMA. Namun ianya adalah terhad untuk beberapa naskah sahaja. InsyaAllah akan cuba disiapkan secepat mungkin dan akan aku umumkan nanti.
Sekali lagi aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada korang-korang yang masih sudi melawat blog aku ni dan membersihkan sawang-sawang yang ada :P
Moga bertemu lagi pada entry yang akan datang.
Admin
12:11 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Tepat jam 12 tengah malam 1 April 2011, sekali lagi harga minyak RON97 dinaikkan dari RM2.50 kepada RM2.70, kenaikan sebanyak RM0.20 seliter. Kali terakhir harga petrol RON97 ini dinaikkan adalah pada 31 Januari 2011 baru-baru ini yang membawa kenaikan harga RM2.50 dari RM2.40 iaitu kenaikan sebanyak RM0.10 seliter. Kenaikan ini bagaimana pon tidak melibatkan RON95 yang masih kekal pada harga RM1.90 seliter. Berkemungkinan, harga bahan mentah ini akan terus mengalami kenaikan ekoran krisis di Timur Tengah. Sehingga kini harga setong bahan mentah mengikut harga pasaran dunia adalah US$114 minggu ini berbanding US$104 minggu lepas. - Sumber : Harian Metro
------------
Kita orang-orang biasa ni tak yah risau sebab kita orang-orang biasa ni pakai RON95 jer. Yang nak menggelupur tu orang-orang berduit la kot. Kan kan kan. huhuhu.... Dah nama pon orang-orang berduit. Tak der hal lah! Kalau harga RON95 RM2.70. Tobat aku pakai basikal pas ni!! :P Admin 11:00 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
![]() |
| Kenaikan Harga RON97 - HMetro |
Kita orang-orang biasa ni tak yah risau sebab kita orang-orang biasa ni pakai RON95 jer. Yang nak menggelupur tu orang-orang berduit la kot. Kan kan kan. huhuhu.... Dah nama pon orang-orang berduit. Tak der hal lah! Kalau harga RON95 RM2.70. Tobat aku pakai basikal pas ni!! :P Admin 11:00 AM New Google SEO Bandung, Indonesia









